Thursday, 24 July 2014

TIPS: CARA ASAS BUAT RESUME ..MUDAH JER!




CARA-CARA BUAT RESUME UNTUK APPLY SCHOLARSHIP/KERJA :

1)Tajuk - Berkaitan dengan biasiswa/kerja/jawatan apa yang korang nak apply.
2)Nama - Ikut dalam IC
3)Alamat -Ikut dalam IC
4)Nombor telefon - Own phone number dan latest punya (senang org nak approach korang)
5)Email - Pastikan korang create satu email yang official dan jangan bubuh nama pelik2 contoh : sayacantik@yahoo.com (Its a BIG NOOO ), kena buat simple dan sweet contoh : mohdAbdul@gmail.com
6)IC number - optional
7)Senarai nama sekolah yang pernah korang attend. - sekolah tadika tak perlu ea..
8)Involvement and Achievements/Activities -  Pastikan yang top sekali adalah the latest

achievement korang. listkan sekolah dari sekolah rendah tau..tadika TAK PERLU

9) Jawatan - Put your highest title in school.
10) Work experience - sesiapa yang buat part time lepas SPM tu amat digalakkan.
11) Now tell us your behaviours/attitudes/manners - describe diri macam mane..jangan bohong dan jangan over tau.. takut nnti interviewer naik mnyampah pulak..

12) Any extra info that can hook up your readers - Erm, ni depends kat korang.
13) referees -  cannot be a family member actually maybe boleh tulis cikgu sekolah/pensyarah/Supervisor ...it has to be someone who is not related(blood-related/family) instead, a teacher/boss/someone that can confirm your academic and co-curriculum participations along with what you have written as your personal statement
(your skills/attitude etc)

TIPS

Font : 12
Style : Times New Roman
Pages: Max 2 pages (Make it short and precise)

SEMASA INTERVIEW

During Scholarship interview, bawak sekali :

1) PMR certificates.sbb kdg2 ade certain scholarships yg minta

2) Slip exam akhir tahun form 4. kalau ade lah.

3) Slip trial SPM both , kalau nak amik, amik yg the highest lah

4) IC korg, mak , and ayah.

5) now comes to certificates korg
 (NOTE: susun ikut paling latest dan level paling highest
 contoh:antarabangsa-negeri-daerah-sekolah)




Sekian, Selamat mencuba ^_^









Wednesday, 16 July 2014

pengalaman Latihan Industri FRIM,Kepong

assalamualaikum.. hai semua.. lama tak update blog.. tapi dalam kepala macam2 aku nak cerita.. hurm.. ok sekarang ni aku tgh buat latihan industri kat frim, kepong.. aku di tempatkan kat department keluaran hutan.. first time dalam seumur hidup aku.. aku  g keje.. (ala ala keje la kan haha ) dari rumah ada lah 15 ke 20 minit.. aku bawak motor kan.. so, taklah kene mengharung sesak jalan raya. muehehe.. 

so, apa yang aku nak cerita .. hurm.. first week aku masuk keje.. rasa kekok gilaa.. tapi disebabkan aku ni bnyak mulut.. aku tanya lah macam2 kat kakak2 RA(research assistant) kat situ. almaklumlah.. gementor .. hahaha and one more thing..

aku sorang je kot budak LI kat situ.. mau tak kekok.. takde geng nak ajak borak.. tapi takpe.. nasib baik kakak2 ngan abang2 RA kat sini baik2 belaka.. tak kekok share ilmu kat aku.. actually first day lagi aku dah cuak.. takut kena buli.. yelah mane tau dia suruh buat keje yg tak patut  aku buat ke kan.. tapi alhamdulillah.. diorang layan aku baik punye.. sampailah supervisor aku datang and bagi aku task pada hari ketiga.. aku dapat task " determination of starch and sugar in khaya wood" .. 
bila dapat tajuk je aku dah.. dup dap dup dap.. boleh ke aku nak determine dua benda (starch and sugar) dalam masa 2 bulan? gila weh... dahlah apparatus dalam lab tu bnyak yang aku tak pernah guna masa kat u.. so, aku cuba jadi se positive yang boleh.. dalam hati hurm sempat .. sempat.. yang tak best tu.. dari A to Z aku kena buat sendiri.. kalau kat lab u kan ada lab assistant.. reagent  , sample ..semua ada org buatkan.. memang aku punya semangat masa tu 45% je kot.. 

sampailah aku cerita kat mak.. mak bg aku nasihat.. dlm family mana ada yg amik bidang sains cam aku.. tu yg aku lemah sikit.. tapi tak semestinya aku give up.. hahaha mak ngan abah la inspirasi aku.. yg paling best tu.. setiap hari aku kena update kat abah bila dah sampai tmpat keje.. "abah, ila dah sampai".. abah pon call balik.. "ok, alhamdulillah" heheheh nmpak tak caringnye seorang bapa terhadap anak dia ni.. bukan apa.. anak dara bawak motor.. sape je yg tak risau kan.. hehe 

eh melalut cerita bnda lain pulak kan.. hurm.. ni la yg aku buat sepanjang 8 minggu ni.. biar gambar ceritakan segalanya.. 



nampak banyak tak? haa sebenarnya lagi banyak.. bila kena replicate satu sample kepada 3.. phewww !


heeeee..

bila balik rumah.. aku mengadu penat .. lepas semayang terawih je terus terbongkang.. tido awal.. mana tak penat.. puasa tauu.. haha pastu mak ckp.. ila cuba baca "laila hailla anta subhanaka inni kuntumminazzolimin"  doa ni di baca oleh nabi yunus a.s masa dalam perut ikan paus..

Allah permudahkan nabi yunus a.s masa tu.. walaupon dalam perut ikan.. tapi nabi yunus a.s masih hidup.. aku pon amalkan lah.. baca setiap kali doa lepas semayang.. setiap kali ada kesusahan menimpa kita.. kita perlu minta pertolongan dari Allah..

alhamdulillah.. minggu ke-4 ni.. tiba tiba ada dua orang student baru masuk.. so, diorang sambung keje aku .. aku cuma determine starch je... yeay.. Allah makbulkan doa aku.. so aku boleh lah siapkan report dan slide untuk presentation.. hehehe syukurr sgt...

Thursday, 29 May 2014

"ORANG PERTAMA" dalam ISLAM

assalammualaikum dan selamat tengahari .. hehe manusia.. kebanyakan hanya tahu siapa manusia pertama yang mencipta telefon.. manusia pertama yg naik ke bulan.. semuanya yg PERTAMA akan sentiasa diingati.. tahukan kita sejarah ORG PERTAMA dlm islam..?? kelak kalau anak2 kita tanya mengenai sejarah islam.. tahukah kita untuk bercerita kepada mereka?? at least tahu .. walaupon tak ingat.. so silakan baca dgn tenang .. hehehee
30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM 

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.
Rugilah kalau tak SHARE sebab hanya 1 peluang dakwah yang MUDAH. . . Jom share!! 

Tuesday, 27 May 2014

D.I.Y : Dinner photobooth

salam semua.. ni nak share sikit apa yg aku dah buat untuk dinner blok hari tu.. untuk mnjimatkan wang.. so, aku buat sendiri.. mula2 decoration part untuk dinner ni sepatutnya org lain yg handle.. then tetibe 3 hari sebelum event.. aku di propose untuk ambil alih.. sbb kakak tu ada hal sikit.. hehehe so, aku malas nak beli2 ni.. ape lagi.. buat sendiri.. tgk gambar dah boleh tau kot ape yg aku buat.. kann.. heee
sediakan brg2 seperti dlm gambar... gunakan apa yg ada...
print mana2 ayat2 yg terbaik untuk digunakan nanti...

sediakan sehelai kertas A4 untuk buat pasu (pasu lah sgt.. haha)
taraaa.. untuk balut botol ni sbnrnyaa.. hehe.. lpas potong ikut acuan.. tulislah apa2 atas kertas tuh.. 
letak sedikit plasticine untuk cucuk tulisan2 yg korang dah buat..
DONE !!! 
this is the simple deco that come across my mind..

Finally.... siapp.. hehehe 
this is my EX-rumate masa tahun 2 dulu.. and my ex-matrik collegemate..

ni pulak rumatee sekarang..(tahun 3)  hehe dia ni my junior la..  


Crew of DEcoRation Part .. =)


THATS ALL.. selamat mencuba =)

Wednesday, 14 May 2014

Tips: CARA TACKLE HATI PEREMPUAN...

assalamualaikum semua. . hamboii tgk tajuk excited kan nak click.. haha aku terpikir tetibe kenapalah lelaki ni kalau nak mengayat awek mcm2 cara yg diorang guna.. tapiiiiiii anooyingg... rasa mcm nak kena ketuk pon ada.. hurm..
eh tetibe short message mcm ni.. cam tak kena je..😑
ok.. first thing first, bila korang yang rasa dah LAYAK untuk BERKAHWIN.. maka inilah cara2 yg korang patut guna.. tapi kalau yg tgh belajar lagi tu.. lagi2 sekolah rendah tuuu.. toksah lah tahu ye.. adik2 pg baca kitab dulu.. khatam kan al-quran dulu ye baru baca entry akak nihh.. hehehe 

1) TERUS TERANG

 bagi aku sebagai KAUM HAWA ni atau pon wanita.. ecehh.. aku lebih suka kalau lelaki tu yg mulakan dulu.. contoh " hai awak,, boleh saya nak kenal awak dan jadi kawan kepada ayah dan mak awak suatu hari nanti ? " - mcm isham proposed namee  hikss .. ini baru cara gentleman..

guys,  korang cakap je terus terang.. korang nak kenal ngan dia.. terima atau tak tu belakang kira.. yg penting korang dah luah apa yg korang rasa.. mana tau perempuan tu pon ada perasaan yang sama.. kalau aku, aku suka berkawan so anyone yg nak berkawan ngan aku.. aku akan layan macam kawan.. tapi kalau ada yg nak anggap lebih.. masa tu lah aku akan pikir sedalam2-nya.. then, kalau org tu adalah pilihan hati aku..

ada ciri-ciri lelaki yang akan jadi suami dunia akhirat aku.. aku akan kata " yesss.. i do" .. mcm drama mat salehhh gituwww.. umur pon dah 20-an so takde kot rasa nak berkapel2 ni...pikir yg halal aje skrg ni.. sape nak kapel aku bg pelangkung.. haaaa


2) JANGAN TERLALU MESRA

ok kat sini point yg agak PENTING.. sebab perempuan ni..dia pantang dan kuat jeles kalau tgk lelaki yg dia  dah mula suka atau syg... berkawan RAPAT atau terlalu MESRA dgn perempuan lain.. 

kau dah la luahkan perasaan kat dia yg kau suka kat dia.. nak jadikan isteri lah bagai.. dlm masa yg sama kau layan perempuan lain.. mentang2 kau ramai peminat.. semua kau layan sama.. so,mana keistimewaan perempuan yg kau minat tu? so the answer for your first proposal will be REJECTED! hey guys, please be sensitive if you want to tackle her heart.. ok ?

3) JANGAN TERLALU MENJENGKELKAN

hahaha ayat teruikkk sgt.. menjengkelkan tuu.. nak tau kenapa ? korang lelaki kalau nak mengorat anak dara org.. tgk2 la kiri kanan.. ini mak dia atau ayah dia ada kat sebelah kot.. korang boleh "peewiit pewiiitt.. nak kenal boleh ? " aduhh ..

ni kalau dgr tak tgk muka pon lagi.. aku dah reject.. ni kalau aku lah eh.. hahaha ntah pape ngorat anak dara org mcm tu. ... kau ingat anak tikus agaknyaaa?? T_T dahlah mak ayah dia kat sebelah.. tak respek langsung .. ni memang tak boleh nak jadikan calon suami.. tahuu ??


4) DO SOMETHING DIFFERENT 

ehemmm.. for me org yang buat sesuatu kelainan ni nampak macam dia bersungguh2 nak dpatkan kita.. seriusly.. cara ni boleh buat aku jatuh cinta..hahaha sebagai contoh zaman sekarang ni kan zaman teknologi.. semua dihujung jari.. tapi apa kata buat kelainan .. mengorat guna surat balik ke.. nampak cam simple but it is too special ..

bagi aku sgt istimewa kalau ada org bagi surat.. yelah zaman sekarang kan semua nak senang.. through the phone je nak berkenalan..tak pon facebook.. tapi cara2 cam tu mcm tak bersungguh lah.. sbb kalau dia boleh berkenalan ngan aku melalui facebook..

mungkin dgn perempuan lain pon dia boleh senang2 nak berkenalan melalui facebook jugak..  kalau tulis surat kan kena amik pen, kertas.. pastu kena tulis.. karang ayat.. pastu kena cari org atau cari cara mcm mana nak bg surat kat org yg kita suka tu.. dgn cara2 tu aku rasa mcm sweet je dan boleh buat hati perempuan ni cairrrrr =')  lagi2 hati aku.. hahahaha

ni cara lama.. masa sekolah2 dulu.. haha ntah pape .. --__--

5) TUNJUK CIRI KELAKIAN

haaa macam mana tuu.. ahaha ok tunjuk ciri kelakian kat sini maksud aku.. kalau perempuan yg kita minat tu perlukan pertolongan ke.. even benda kecik.. pergilah tolong dia.. buat2 caring ke.. lelaki kalau terlalu caring ngan perempuan ni pon boleh buat perempuan tu jatuh cinta sebab dia rasa special..

and plis jgn lah kau caring ngan semua perempuan.. tu namanya PLAYBOY ( ohh serik dah knal ngan mamat playboy.. so kena hati2 ok kaum2 wanita semua.. jgn jadi mangsa playboy .. hahaha ) then, kau kena lah tunjuk ciri kepimpinan sikit.. boleh handle event kolej ke.. pastu boleh jadi pengarah program ke .. ketua kelas pon boleh.. dari situ kau akan nampak macho masa tgh beri arahan.. hahaha ..

ini tak ada sesetengah org tu.. asyik nak meniru.. perempuan tengok pon.. heiihh takleh jadi calon suami ni.. takde sifat tanggungjawab.. (betul ni.. tak tipu)

6) PENYAYANG 

oh kalau nak tgk lelaki penyayang sgt susah.. kadang2 ego.. so cukuplah kalau korang tunjuk tak pon buatlah secara ikhlas... tunjukkan sifat penyayang korang ngan ibu2.. tak pon ngan orang2 tua.. ngan anak2 kecik.. nampak ciri2 seorang lelaki yang baik..ciri kebapaan.. haha  ni pon boleh buat hati perempuan cair dan terpikat tgk korang..
aku minat aaron ni sbb dia ada ciri lelaki penyayang.. HEHEHE
7) PUJI 

hermm puji.. kaum hawa amat suka dgn pujian.. so pujilah si dia dgn pujian ikhlas.. bukan pujian yg dibuat2.. contoh masa tu dia selebet sgt pergi kelas.. kau pujilah cantiknya kasut.. baru beli ke? ( tapi kena make sure yg kasut dia tu memang nampak lawa.. nanti dia ingat kau perli dia pulak.. tak pasal2 kena reject.. hahaha ) 

8) JANGAN KOMEN BERLEBIHAN

hurmm kat sini point yg agak sensitif bagi kaum perempuan.. korang nak kenal ngan dia.. tapi ayat korang start macam ni " awak ni cantik, tapi kalau berisi sikit lagi hot " .. " awak kalau tukar style sikit mesti lagi cun".. " awak pandai memasak tak" ?? those questions buat perempuan rasa mengecil ..

nak tau apa yg kecil?? tu haahh part HATI.. aduhh sakitt kot hati kalau kena tanya macam tu.. kau nak perempuan macam tu macam ni. kenapa nak ubah dia.. kenapa kau tak cari je yg betul2 badan berisi ke kan.. memasak.. benda tu kan boleh blajar lepas kawin.. dan mungkin skill memasak tu tak nmpak lagi sekarang.. tapi nanti lepas kawin kan sweet kalau kau pon ajar dia memasak.. so perkara2 kecik macam ni buat hati kaum2 hawa macam aku ni rasa 'kurang selesa untuk berkenalan ngan kau ' ..haha paham .?

p/s : setakat ni.. ni je la idea yg aku rasa bernas.. sebab aku pon mengalami benda2 ni.. hehehehe kalau nak share kisah korang.. silakan tulis di ruangan komen ehh.. feel free to comment me =

nak tahu CARA TACKLE HATI LELAKI ??? ..boleh baca kat sini :) 
https://iellakylla.blogspot.com/2019/12/tips-cara-tackle-hati-lelaki.html



Nak beli emas fizikal harga kilang ? beli dengan Goldsistershop okay ? murah berpatutan direct kilang muslim 😊


http://www.wasap.my/601126303509/HaiNakBeliEmas
.
.
iellakylla Share info emas/isu Semasa:
https://t.me/GoldsisterShop
.
.
Follow page & Ig untk testimoni :
Facebook:
https://www.facebook.com/goldsistershop/

 
 



Wednesday, 7 May 2014

Meniru .. Bagus atau Tidak??

haii.. aku kembali lagi ke laman ini.. walaupon besok ada quiz java.. (ahli kimia amik subjek budak komputer  ..knape ntah.. tak paham) haha malas pikir.. banyak kali aku run tak dpt2.. last give up ! heee so amik mood balik dgn menulis.. yeayyy

assalammualaikum.. haaaa kli ni aku nak share pndapat aku pasal meniru.. baik ke tidokk?? 
bagi aku.. kalau kita meniru perangai atau perwatakan orang yg kita minat.. or kita admire.. ITU BAGUS.. tapi kalau meniru dalam peperiksaan.. ITU TERUK.. serius teruk.. tapi kalau tiru assignment tu lain sikit.. sbb kita mesti ubah ayat assignment kawan tu jadi ayat kita.. the other word, kita jadikan assignment kawan sbg rujukan.. jadi.. itu BUKAN MENIRU..
ok dari sudut POSITIVE meniru perwatakan org lain tu bagus sebab kalau lah ada org dah tegur " eh kau ni.. tak kemas lah ", " eh kau boleh tak sopan sikit, perempuan kott.. " , " kau cuba tgk dia rajin kot buat keje" haaa dari sini kita boleh ikut atau tiru gaya dan cara orang lain untuk menjadikan diri kita lebih baik dari sebelum ini.. ok?


then, dari sudut NEGATIVE .. kenapa itu TEROKK? sebabbbb.. kalau kita meniru masa exam.. itu salah satu penipuan.. dan dlm menuntut ilmu.. penipuan paling terbesar yang kena elak adalah meniru semasa exam.. kenapa? kau tak rasa ke ilmu yang kau tiru tu akan di bawa sampai kerja nanti.. bayangkn bila kau meniru.. konon2nya kau dapat markah tinggi berbanding dgn org yang JUJUR.. pastu kau dapat pointer tinggi.. pastu kau dapat kerja.. kau rasa kerja kau nanti HALAL ke dgn cara "meniru kau tu" agak2 duit kau kerja tu kau nak bg mkn anak2.. elok ke ?? bagus ke? mungkin ada yg kita tgk " eh dulu dia kaki meniru.. skrg berjaya gila" hermm.. itu aku tak dpt nk ckp.. mungkin ada yang akan "KURANG" dlm kehidupan dia.. mungkin anak2 rosak ke takberapa nak pandai ke.. . dia rasa tak happy ke.. Allah itu maha adil..

sila buat muka cam ni kalau ada kawan nak tiru jawapan kite.. ok ?? hehehe
so, untuk elakkan korang punya masa depan hancur.. istighfarlah kalau korang penah buat kerja2 meniru ni.. lepas tu.. jgn lah di buat lagi okei.. ? kalau korang dah baca buku.. even sikit.. jawap je apa yang ada dlm kepala.. kalau blurr.. baca doa ni.. inshaallah bolehh! ok kawan2.. =)
aku amalkan doa ni setiap kali baca nota tapi tak boleh masuk dah.. macam ajaib.. tetiba  lpas baca boleh hafal.. alhamdulillah.. kuasa DOA

# ingatlah.. setiap tingkah laku kita SEKARANG untuk kita bawa ke MASA HADAPAN.. dan effect nya juga akan datang di masa hadapan.. 

idea lain.. buat aje macam nih.. haha
tapiii tapiii. kalau tetibe lecturer or cikgu korang kata.. haaa boleh bincang .. tu maksudnya boleh tiru lah.. so takpe kott heee


Wednesday, 19 March 2014

CARA TRADISIONAL/SEMULAJADI HILANGKAN BATUK DAN KAHAK



Setiap orang mesti tak suka bila mereka sakit batuk dan lebih-lebih lagi jika ada kahak. Sungguh tak selesa rasanya bila ada kahak ni. Jika anda nak menjimatkan duit atau malas ke klinik boleh la cuba beberapa Cara Tradisional Hilangkan Batuk dan Kahak. Dengan bahan semulajadi, mudah dan murah ini..InsyaAllah anda dapat sembuh dari batuk dan kahak. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. :)



Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 1
(guna MADU)

Anda hanya perlu mencampurkan madu mencampurkan madu dan limau nipis dalam sedikit air suam kemudian minum air yang telah dicampurkan itu.Anda boleh mengamalkan minuman ini di pagi hari. Jika anda tidak tahu berapa banyak madu yang perlu dicampurkan, boleh menggunakan nilai campuran yang aku gunakan, iaitu, 3-4 biji limau
nipis + 1 sudu kecil madu + suku cawan air suam....




Petua Hilangkan Batuk dan Kahak  2
(guna LIMAU KASTURI)

Bahan:
1. limau kasturi + kicap
2. limau + madu
3. minum air rebusan epal merah
sudahnya lepas seminggu tu baik terus sebab amalkan petua ke 3 tu
tu pun dah tak rebus, makan mentah je setiap pagi
almaklumlah terlebih rajin…




Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 
(guna BAWANG PUTIH)

1) Makan bawang putih bakar, dalam dua ulas satu malam
Cara-cara:
Ambil seulas bawang putih dengan kulit nya. Cucuk dengan garfu pas tu bakar terus atas apa selama 2 minit.
Kemudian kupas kulit,di basuh dan makan, jika dah masak betul bawang tu.dia tak pedas. dia ranggup dan sedap untuk di kunyah macam makan gula (memang agak susah bagi yg tidak sukakan bawang..tapi cubalah dulu ea..).

Friday, 7 March 2014

TRIP REVIEW: Berjalan sambil belajar ke universiti JOGJAKARTA, indonesia

assalamualaikum readers .. it has been a long time im not updating this blog.. ecehh berapa minggu je baru.. cepuk tau lah.. haha camni..  aku ada join satu program under fakulti sains, UPM...  ke mana eh ?? ke JOGJAKARTA, indonesia lahhh. huhu semua yg terlibat nih student kimia.. (major kimia, kimia petroleum ngan kimia industri ) excited ? kau tanye aku excited ke tak? mestilah.. pg negara org kot.. dah la jauh dari keluarga .. pastu first time pulak tu ..walaupon hanya negara jiran je kan..  ohhh hanya jantung aku je tau tahap excited aku waktu tu.. eh melalut lagi.. maaf :)
here we are.. JOGJAKARTA!!
kat sini aku nak cerita yang kami semua sepatutnya kena SIT-IN program tu cuma satu minggu.. tapi Allah telah uji kami dgn sedikit bencana alam kat sana.. debu gunung kelud meletus pulak three days before we should back to malaysia.. masa tu dgn duit semua hujung2 tanduk je kan.. tapi ada yang secara tak sengaja prepare duit lebih.. macam tau2 je benda nak berlaku.. apa2 pon alhamdulillah kami semua selamat walaupon aku ni kena demam nak masuk dua minggu dah nih.. sob sobb :"(
tebal kan debu tu.. smpai moto ni pon tenggelam..


feel macam power puff girls gunung kelud nihhh.. hahaha 

dipendekkan cerita.. ni lah tempat2 yang kami dapat pergi selama seminggu 4 hari kat jogja..

1) Universitas Negeri Jogjakarta,indonesia (UNY)
student UNY sambut kami di sini...
chemistry's club
ni la lecturer yg ajar kami inorganic chemistry
universiti ni pulak kalau tak silap dah lama ditubuhkan.. tak ingat pulak brape lama.. haha tapi kat sini kitorang belajar kinetic chemistry dgn inorganic chemistry.. apa yang kitorang sempat sedut ilmu kat situ ialah.. kitorang kena buat model ni .. C60, C70 ngan C80.. ( yg amik kimia je tau.. yang tak tau tu takpe.. tgk gambar je okei ..hehe )

2) Universitas Islam Negeri (UIN)

 universiti ni kalau kita tengok secara kasar kan.. lebih kurang macam universiti islam antarabangsa.. (UIA ) apa yang kami dpt belajar kat sini .. menakjubkan.. kimia dikaitkan dgn ayat2 al-quran.. wahh.. terasa seperti setiap kejadian yang Allah cipta tu sgt indah..



ni la lecturer yg bagi mukadimah kimia dlm al-quran..

wajah-wajah ceria masuk kuliah .. HAHAHA  -___-

3) Universitas Gadjah Mada (UGM)

UGM ni pulak kebanyakan student malaysia amik medical.. memang takdelah student malaysia yg amik kimia kat sini.. dan dia punye lab pon cantik kot.. baru lagi.. dlm 7 tahun kot dibina lab tu..

ni ala ala pakaian doktor kat jogja.. 

mas, pinjam logonya ya.. mahu tangkap gambar.(nnti org ingat aku gatal nak snap blkg bdn dia pulak heh )
ni bis = bus la.. hehe


masih bersemangat.. 

4) Malioboro

malioboro ni.. kalau korang dtg jogja.. korang kena dtg sini untuk beli souvenir.. kirenya kalau kat KL, malioboro ni macam central market tak pon jalan masjid india.. ada jual baju2 , keychain.. bla blaaa..


im here.. malioboro.. shoppinggggg!

kalau tak larat nak jalan jauh.. kuda ada di situ dan sedia membawa korang yee...


 aku bukan nye suka sgt berjalan jauh ni.. pastu bersesak- sesak cari brg... nnti aku cepat rimas.. rasa nak pitam..(low blood pressure kan,.. memang camni) so, tak beli apa2 la.. hehe


5) candi borobuddur

candi borrobudur ni tempat paling bersejarah.. tapi time kami dtg ni kurang cantikla sikit tempat dia.. sebab berdebu.. haha
aucaaakkkk .. senyum mata je lah.. mulut tak nmpak pon.. haha
tu ada sebilangan student UNY yg bawak kitorang jenjalan.. 
ni diaaa.. bila ahli kimia menari.. eeeewwaahhh

kepenatan berjalan wehhh..
6) parangritis

ni pantai .. kat sini popular lah jugak pantai nih.. nak masuk kena bayar tau.. lebih kurang 40,000 rp .. pastu masuk tandas lagi 2,000 rp.. errr sila convert duit malaysia ye .. anda tau mahal ke tidak harga tuh.. hhehehe


keindahan pantai parangritis .


haaa.. tu diaa.. masa ni la nak cuba semua yg ada.. murah kan.. hehee
7) Lampion

lampion ni pulak kalau kat malaysia.. its look alike icct, shah alam..but, it just a simple icct i guess.. nak masuk pon kena bayar tau.. ingat free.. ? haha lebih kurang dlm 25 000 rp - 35 000 rp setelah diskaun.

p/s : maaf .. kat sini aku tak tgkap gmbar .. sbb bateri phone habis.. kalau ada pon kat phone org lain.. so nnti boleh search sendiri ye pasal lampion nih..

8) Goa pindul

haaaa, dlm banyak2 tempat yg aku pg.. aku suka tempat nih.. sebab challenging weh ! aaaghhh seronok gila.. masuk gua.. masuk dlm air.. hikss.. yg suka aktiviti challenging nih.. aku suggest korang PATUT datang sini.. it is a must !  nak masuk kena bayar jugaklah kan.. dlm 50, 000 rp.. tapi berbaloi.. trust me.. 


yeayyyy! full of energy ...

taklimat sikit sebelum masuk gua.. aku boleh ambil risiko masuk gua tak pakai spek.. tapi takpe.. ni masuk gua ramai2.. kalau tak mau aku sesat kot tak nampak apa woi kalau tak pakai spek sebenarnye.. tapi buat2 tak rabun je lahh.. hahah

keadaan dlm gua tu.. CANTIKKKK !!

aku : yg ada lampu kat kepala jgn jauh dari aku.. (mangsa: zarin)


rehat japp. penat ....


lepastuuu.. kitorang mandi sungai pulaaaa..hehehe  sungai sepanjang 4 km..

bergabungggg... hehe

kami : pakcik.. tgkap gambar kami.. kenangan kenangan nihhh
ni dia aksi lasak dari mereka.. aku ? memang taklah nak lompat setinggi tu.. kang bertambah demam aku kang.. demam kepialu takut hantu.. ehh mengarutt

9) Alun-Alun

ni tempat yang ohsem jugak.. kat sini korang boleh naik kereta tapi kena kayuh .. ala-ala basikal gitu.. pastu kereta korang ada aircond semulajadi.. hahaha seronok.. lagi2 naik ramai2.. kalau ada kat malaysia nih.. mesti ramai dtg ( ramai kalau murahlah hahaha ) aku naik satu kereta 9 orang camtu kena bayar 40,000 rp.. so 40,000 kitorang bahagi la dgn 9 org... jimat sikit duit kan.. kena lah pandai berbelanja disamping nak enjoy tu.. kate pon student.. paham2 lah.. hiksssss



jadi kat sini aku nak cakap.. kalau ada peluang korang dapat ke luar negara tu.. grab cepat2.. tak kisah la negara tu kaya dari kita or susah dari kita..
aku ingat lagi masa kitorang nak masukkan beg dlm kargo.. ada pramugari tu tanya.. "kenapa lah pg jogja.. ? ade ape je kat sana..? pg lah bandng ke " see.. lagipon kitorang pg jogja ni untuk pengalaman belajar di negara org.. kalau nak ilmu tak kira lah kat tempat kaya atau miskin..  yang penting korang akan bertambah sayang dekat negara sendiri.. bak kata pepatah.. hujan emas di negeri orang.. hujan batu di negeri sendiri.. maksudnya.. walau bagus mana pon negara orang.. kita tetap sayang negara tempat kita lahir tu jugak.. ngerti nggak ?? hehehe  kluar dah bahasa indon sikit.. sebelum tu nak selit sikitt...

makanan fames - NASI KUCING 

nasi kucing sebab dia sikit macam nasi lemak 60 sen .. haha kena makan 2 bungkus baru kenyang.. kalau budak laki nih.. 3 bungkus la baru cukup kot..


kitorang makan kat luar.. kat tepi2 kedai.. sambil makan tu nikmati udara luar la katekan.. hehehe



ni la warung nasi kucing tu..

 tempat cari barang dapur - INDO MARKET 



 model indo market tak berbayar bersama seluar batiknya.. (kat indon je aku berani pakai seluar ni pg kedai.. kalau kat malaysia.. errr krik krikkk )


ni lah hasil tangkapan kami selama setengah jam mencari makanan dlm kedai ni.. (hari lain)


oh yee.. bukan nak cakap ape lah.. kalau pg mane2 tu pastikan korang ada pelindung diri.. lindungi diri korang dari ilmu hitam atau ermmm ada kes tau sebenarnya masa kitorang kat sana.. one of my friend hilang duit dgn cara senang.. ada la sorang mamat indon nih lalu sebelah kawan aku tu.. then tetibe dia pegang peha kawan aku .. pastu tak samapi 10 saat mamat tu tepuk peha dia sendiri.. once kawan aku sedar, duit dlm poket dia lesap.. semuaaa sekali.. so aku bg link nih untuk korang baca dan amalkan yee :)
 http://iellakylla.blogspot.com/2013/01/tips-doa-doa-pelindung-diri.html