Saturday 8 April 2023

Gold Info: 4 Cara untuk pastikan EMAS TULEN ATAU PALSU

Assalammualaikum dan salam sejahtera readers, kali ni sy nak share CARA UJI KETULENAN EMAS anda sama ada emas TULEN atau Palsu.. Ada BEBERAPA TEKNIK DIPERLUKAN YE.. BUKAN SEMATA dengan menggunakan MAGNET je tau


 CARA-CARA MENGUJI KETULENAN EMAS 

Terdapat 4 cara yang biasa di gunakan untuk menilai ketulenan emas yang biasa di gunakan di Malaysia.

Cara-cara tersebut ialah:

1. Energy-dispersive X-ray spectroscopy

2. Densimeter

3. Ujian Asid

4. Ujian Fizikal
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

1.Energy-dispersive X-ray spectroscopy
Paling tepat tetapi agak mahal.

2. Ujian menggunakan densimeter
Apakah itu densimeter?
Densimeter ialah mesin yang di gunakan untuk menguji ketumpatan emas, ianya bukanlah kaedah terbaik untuk menguji ketulenan dan jenis emas. Fungsi utamanya ialah untuk menguji ketumpatan emas. Biasa kita lihat mesin ini di kedai emas dan di arrahnu

Dengan menggunakan prinsip Archemedes dan teori ketumpatan jisim, ketumpatan sesuatu emas dapat dinilai. Perlu diingat kaedah ini dapat memberikan bacaan yang jitu untuk emas jongkong dan emas dalam bentuk padu sahaja.

Ketulenan emas dalam bentuk barangan perhiasan emas tidak boleh dinilai dengan tepat kerana terdapat banyak ralat yg mengganggu bacaan seperti ukiran, sambungan & buih-buih yang terperangkap di antara sambungan barang kemas. Kadang-kadang, daki dan kualiti air pun boleh mengganggu bacaan.

3.Ujian Asid
Ujian ketulenan emas menggunakan asid merupakan salah satu cara yang lebih mudah dan murah. Kit ujian ketulenan emas menggunaan asid ini terdiri dari 3 bahan

1. Asid Hidroklorik (HCI) - digunakan untuk menentukan produk itu adalah emas atau sebaliknya.

2. Natrium Hidroksida (NaOH) – digunakan untuk menentukan kualiti emas

3. Batu menguji emas atau di kenali sebagai batu hitam

Kaedah ini sangat sesuai untuk menentukan kualiti emas dalam bentuk barang kemas. Permukaan batu yang digosok barang kemas digosok padanya akan meninggalkan kesan kuning, dan seterusnya diuji menggunakan kedua-dua asid.

Perlu diingat setiap jenis emas akan memberikan kesan warna kuning yang berlainan pada batu hitam. Secara umumnya, semakin tinggi kualiti sesuatu emas, warna kuningnya akan semakin terang. Warna kuning pada emas yang kurang mutunya juga mudah luntur apabila dikenakan ujian asid berbanding emas yang berkualiti.

4.Ujian Fizikal
Tidak berapa tepat.

Diantara ujian fizikal menguji ketulenan emas yang boleh di lakukan ialah


(a) Ujian kepanasan
Ujian ini dilakukan dengan membakar barang kemas tersebut sehigga merah. Emas yang tulen tidak akan terjejas manakala emas yang lain akan meninggalkan kesan hitam mengikut kategori masing-masing.


(b) Ujian kelembutan
Emas yang tinggi mutunya adalah lebih lembut dan boleh dibengkokkan jika di bandingkan dengan emas yang lain.

(c) Warna dan Berat
Dengan melihat kepada warna dan berat barang emas itu. Lebih kuning dan berat emas tersebut maka lebih banyaklah kandungan emasnya. Untuk mendapatkan perhiasan yang kuat dan warna yang diinginkan, emas asli dicampur dengan logam lain. Logam-logam yang biasa digunakan untuk campuran perhiasan emas adalah Tembaga, Perak, Timah Putih, dan Nikel. Disamping menambahkan kekuatan emas yang berbeza-beza maka campuran logam juga untuk mendapatkan warna yang diinginkan, sehingga dikenal beberapa macam warna perhiasan yang dibuat emas iaitu :

Emas Merah – Emas murni dicampur Tembaga.
Emas Kuning – Emas murni dicampur Perak.
Emas Putih -Emas dicampur dengan Timah atau Nikel

d)Ujian kemagnetan
Emas tulen tidak akan ada tarikan kuasa magnet.

❤Semoga bermanfaat utk semua. PASTIKAN TULEN BARU BELI okay ? 😉



Follow fb & Ig untk testimoni 💗

💢Facebook page:
https://www.facebook.com/goldsistershop/
 

Friday 7 April 2023

Tips: Cara check berapa baki pinjaman kita dgn bank (eCCRIS) secara percuma

 Assalammualaikaum dan salam sejahtera readers, okay kali ni sy nak share cara daftar eCCRIS.. proses ni sy buat tahun 2022 lagi .. masa tu nak tahu berapa baki loan kereta dan alhamdulillah dah habis bayar..

kalau korang nak check CCRIS berapa baki pinjaman/loan kita kena pg BNM kan? atau nak check online pon boleh.. tp kena bayar.. sy pernah share caranya kat sini 👇

https://iellakylla.blogspot.com/2020/06/cara-mudah-check-status-ccris-secara.html

  rupanya buka akaun eCCRIS di mesin pon boleh .. sekejap je guys..tak perlu beratur pon..  JOM BACA sy share cara2nya.. 

1. Mula2 kena pergi cawangan AKPK atau bangunan Bank Negara Malaysia untuk DAFTAR MAKLUMAT DIRI ANDA.. banyak je cawangan korang boleh google ye..

kalau korang dduk area kl boleh ke cawangan AKPK berdepan dengan SOGO ..kat sini 👇
Location: https://goo.gl/maps/FK2ktDdB3ynNPCH19 


pastikan bawa KAD PENGENALAN anda ye.. jangan lupa 😊


2. masuk ke dalam bangunan dan terus tanya pak guard kat mana booth AKPK ? sebab booth ni ada dalam bangunan CIMB 




masuk kat dalam tu dan terus ke belakang.. nmpak poster AKPK besar2 tu kan.. ada kerusi kat situ .. 



3. Kalau tak kena ambil nombor terus ke mesin macam ni untk isi maklumat diri anda..





4. Lepas dah isi maklumat korang akan dapat salinan password dan cara2 untuk masuk ke web.. dah dapat access ke web tu nanti sila lah tukar password yang lebih mudah ingat .. siap 👍

kemudian boleh lah check RECORD CCRIS setiap hari atau setiap masa berapa BAKI LOAN tanpa perlu bayar cas apa2.. 👇
 https://eccris.bnm.gov.my/eccris/pages/sec/login.xhtml#!


Lepas dah tahu berapa baki pinjaman.. cepat2lah set target nak setelkan ye.. jangan ditambah pula.. memang menjerat leher sendiri  😊


ketahuilah OPR sentiasa akan naik sbb ekonomi dunia di paras yang tak baik ye skrg.. bila OPR naik , bayaran bulanan juga akan NAIK.

APA ITU OPR ??
"OPR ialah KADAR FAEDAH yang ditetapkan oleh BANK PUSAT, BANK NEGARA MALAYSIA (BNM)"



   Kenapa ianya berlaku??
jom teruskan membaca gambar2 di bawah 👇


sejak DUNIA kita dilanda Cov** kadar interest naik berkali2 sejak tahun lepas (2022).. Ini news terbaru.. akan naik lagi JULAI 2023 😞



apa yang berlaku bila anda buat pinjaman bank atau apa2 je jenis LOAN 👇




dan tahukah anda bahawa BANK ISLAMIC
juga tidak terkecuali ?




so APA PERLU KITA BUAT ??





hiduplah secara sederhana dan carilah ASSET yang mudah DIBELI, MUDAH DIFUNGSIKAN dan MAKIN LAMA semakin BERNILAI..

gunakan ASSET tersebut UNTUK LANGSAIKAN HUTANG anda.. ADA ILMU MUDAH JADINYA 😊

semoga dapat manfaat dari sharing sy ni 😉

Follow fb & Ig untk testimoni 💗

💢Facebook page:
https://www.facebook.com/goldsistershop/