Saturday 31 December 2022

INFO RUMAH PERTAMAKU: CUKAI DAN BIL APA PERLU TUAN RUMAH BAYAR ?


Hai smua, memandangkan sy sendiri NEWBIE dalam hal2 membeli rumah ni.. sy tahu ramai juga tertanya2 

 BILA DAH DUDUK RUMAH SENDIRI
APA YANG PERLU TUAN RUMAH BAYAR ?

sy senaraikan di bawah sila scroll lg.. 

KENA ALERT YE.. IF TAK BAYAR ATAU LAMBAT BAYAR.. RUMAH BOLEH DISITA, API AIR BOLEH DIPOTONG ATAU ADA CAS DENDA NANTI


1. Bill elektrik 
(setiap bulan)


*bayar di Apps TNB
(1 malaysia guna apps ni..sabah sarawak tak pasti 😅)


*TNB careline : 1300 88 5454 untuk
semakan no akaun if tak dpt surat


2. Bil Air 
(setiap bulan)


*bayar di Apps AirSelangor
(cari apps air di negeri masing2 ye bg luar selangor)

*AirSelangor careline :15300 untuk
semakan no akaun if tak dpt surat


3. Bil pembentungan
indah water, IWK
 

(2x setahun)

*bayar di 
https://www.iwk.com.my/pay-bill 
(1 malaysia guna website yang sama..sabah sarawak tak pasti 😅 )


*IWK careline : 03-2083 2828 untuk dapatkan nombor sewerage akaun if tak dapat surat ye
(bg alamat untuk staff check) 


4. Cukai taksiran/Cukai Pintu
/Cukai Harta

(2x setahun)

*bayar di 
https://ip3ks.mpks.gov.my/ 
(selangor shj)

ATAU 

 https://pbtpay.kpkt.gov.my/home 
( hanya untuk Kedah,kelantan,melaka, Negeri sembilan,pahang,pulau pinang,perak,perlis,selangor,johor,terengganu )

boleh daftar akaun menggunakan nama dan IC Tuan rumah.. no.akaun akan tertera dlm website dan jumlah perlu dibayar pon ada sekali.

ATAU

(kuala lumpur shj)

JomPay Biller code : 6981


5. Cukai Tanah/ Cukai petak 
(bg rumah landed... untk rumah townhouse sy
masih belum dpt info mengenai cukai tanah ni)


*bayar di 
https://ehasil.selangor.gov.my/

*Careline ehasil : 03-5544 7343           
                  03-5520 5636

*email ehasil : 
hasilptg@selangor.gov.my


Okay itu sahaja ..selamat membayar cukai..
plan lah perbelanjaan anda sebaiknya.. bila ada rumah ni tangunggjawab pon bertambah huhu ..



nak baca pengalaman sy beli rumah
pertama di bawah selangorku ? 


PART 1 : 

Wednesday 30 November 2022

Tips: Persiapan UMRAH dan tempat ziarah di Makkah Madinah (Part 2)


Sambungan dari moment di Madinah :


sekarang sy nak share kenangan di Makkah pula..

kami checkout pukul 8.30 pagi dari hotel di madinah .. dan terus ke station train laju..

bas akan bawa beg2 besar kami terus ke makkah (ambil masa 5-8jam perjalanan) 
jadi perlu bawa sepersalinan
dalam hand luggage tau..in case bas
tak smpai malam tu..




Station Train Laju Madinah
(niat ihram di dalam train - lalu Miqat Bir Ali)


Solat Jama' zohor dan Asar dan
 solat sunat ihram sekali..







ada cafe dalam ni train ni tau..di COACH No.7

cost 1 cawan coffe latte : 14 SR..

terima kasih Makcik zaidah belanja
kami smua minum hehe






Sepanjang dalam perjalanan Bertalbiyah lah .. 

"LabbaikAllahumma Labbaik 

Labbaik la sharika laka labbaik
Innal-hamda
wa-nimata
laka wal-mulk,
 la sharika lakh"



Makkah al Mukarramah

MASJIDIL HARAM


sampai je di station Makkah
(pukul 7 mcm tu terus solat sunat ihram dan
solat jama' maghrib isya')


kemudian, naik bas dan terus check in
hotel untuk letak barang



selepas letak barang kami terus ready di lobby pukul 10pm macam tu untuk buat UMRAH PERTAMA

l
agi baik selesaikan UMRAH secepat yang mungkin walaupon masa tu dah pukul 10 malam
(waktu makkah) untuk mengelakkan terlanggar mana2 pantang larang di dalam ihram







Kami selesaikan umrah pertama pada
pukul 2pagi macam tu.. in grouping ..






buat umrah pakai baju sejuk sebab kat madinah sejuk masa ni.. ingatkan kat makkah pon sejuk rupanya tak.. hahha

siapa baca part 1 tahulah mcm mana sy dilemma tahan dari kencing .. makkah dan madinah tandas dia kat luar masjid.. dan jauh.. jd kena ambil inisiatif sndiri untk elak dari
rasa nak terkucil...

akhir entri sy ada share video yg sy record kat makkah dan madinah.. boleh tgk macam mana suasana di sana skrg :)




MUZIUM ALMOUDI MAKKAH




Lepas ke muzium kami terus solat zohor 
dan s
olat sunat ihram untk umrah kedua
di Masjid Hudaibiyah (Miqat) 

Rules terkini :
Untk solat di area depan kaabah ..lelaki kena pakai ihram baru boleh ikut laluan bawah  (location: dikiri masjid kalau dari Clock tower)..

Kalau perempuan takpe pakai baju biasa boleh
masuk laluan mana2 pon.. 

kalau lelaki yg pakai baju biasa kena masuk laluan atas (pintu ajyad) kena solat pon di bahagian atas.. 

sebab apa diorg buat rules ni.. untk bagi keutamaan pada yg buat umrah atau tawaf sunat..

dapat solat depan kaabah ni baru sayu sgt hati ni.. nangislah puas2 ...dan berdoalah sungguh2.. mohon lah apa2 pon.. sebab berdoa depan kaabah mustajab.. jgn berdoa yg bukan2 atau berkata yg bukan2.. jaga lisan, jaga hati dan perbuatan..




Umrah kedua ni kami nak rasa naik skuter.. sebab dulu tak ada kan.. ni harga2 nya..Kalau sakit kaki atau mak ayah yang tak larat boleh lah bg naik skuter ni..

COST SKUTER UMRAH

Saie  = 57.5 SR

Tawaf = 57.5 SR

Full umrah ( Tawaf dan Saie ) = 115 SR

kalau nak buat Full umrah lepastu nak buat tawaf sunat ..
kena tambah 115 + 57.5 SR 

Pandangan sy bila guna skuter ni .. kita jd hilang fokus untk beribadah... sbb tak nampak kaabah.. laluan skuter/wheelchair di tgkat atas ye.. jadi tak tahu kat mana sudut rukun yamani dan sbgainya.. kita hanya tahu sudut hajar aswad je sbb ada lampu hijau.. 

takde masalah pon tp dari pandangan sy sndiri bila naik skuter rasa mcm enjoy.. dgn sejuknya.. tak dan berdoa dan khusyuk betul2 macam berjalan 
depan kaabah semasa tawaf atau saie :'( 

tp oklah untuk ambil experience kann.. hehehe

COST WHEELCHAIR TAWAF / SAIE

Bagi yang memerlukan wheelchair ada org boleh kita upah untuk tolakkan
wheelchair mak ayah kita tu.. diorg dah ada wheel chair tu.. mcm servis grab.. 

harga servis wheel chair
kalau tak salah dalam 70+ SR macam tu kot
sbb kita guna servis diorg untk pusingan tawaf atau saie tu kan.. jd mahal sikit.. 
ni boleh confirm semula bila dah sampai sana..
 





Kami buat tawaf dengan berjalan.. manakala kami amik skuter untuk saie sahaja.. so ni lah gambar2 kenangan kami naik skuter.. 




JABAL THUR

sejarah di sini ustaz syaharuddin dan ustazah salmiah dari Page MKT cerita di mana dalam perjalanan Rasulullah s.a.w untuk berdakwah .. sebelum ke madinah.. Rasulullah s.a.w dan sahabat perlulah menukar laluan untk lari dari tentera Quraisy yg sedang menunggu untk menyerang Rasulullah s.a.w .. jadi di sini Rasulullah dan sahaba
t berlindung kemudian baru ke madinah.. 





Selepas ke Jabal Thur ..ada yang nak buat umrah ketiga..mutawwif bawa ke Masjid Jaaranah  (Miqat ) untuk niat ihram


JABAL RAHMAH/PADANG ARAFAH





THAIF


Plan nak naik cable car .. di bawah cable car tu terdapat laluan Nabi Muhammad s.a.w
semasa datang untuk berdakwah.. 

Cost Cable Car : 150 SR

tp sebab cuaca tak mengizinkan .. hujan turun dengan lebat.. dan cuaca di sana ketika itu dalam 16 'C ..
Jadi, agak bahaya untuk diteruskan plan naik cable car ni.. nasib baik tutup .. haha


Sebelum hujan kami di bawa ke tmpat ni untk rasa air teh ros.. ni termasuk dalam package kami...

Cost per entry : 3 SR










Bersebelahan dgn Ladang Ros..  ada kilang pengeluar minyak wangi juga berasaskan Bunga Ros






kemudian destinasi terakhir kami di Thaif ni..
kami di bawa ke Gerai buah2an murah 



Mak borong buah delima guys.. murah2.. 
20 SR = 10 Biji

kat thaif ni kami di hidangkan nasi arab lagi sekali tp kali ni habis ye. sbb portion dah dikurangkan dan kami lapar kesejukan hahaha.. 

mutawwif siap bg dessert kunafa besar ni sorg 1 ... sedappppp tp ada yg tak suka.. jd depends on individu hehe





AKTIVITI HARI2 LAST DI MAKKAH

Shopping 

shopping ni hendaklah di lakukan sebelum tawaf wada' tau.. lepas tawaf wada' tak boleh dah nak bersedekah atau nak berjual beli lagi dah.. kena balik hotel dan get ready untuk check out

masa ni lah sy jual emas tu untk tambahan duit shopping .. sy ada cerita
di entri PART 1 

bawah hotel kami ada deretan kedai2 cenderahati





Cost gift

sejadah mini = 5SR
keychain = 5 SR
Jubah = 35 - 80 SR

boleh survey2 lah ye... ada yg boleh bg m
urah ..
tp ni lah harga average kat sana 




Pharmacy Makkah : nahdi

kalau nak cari ubat.. cari nahdi pharmacy.. Oh yee.. lepas tawaf wada' sy perasan di bhagian atas laluan wheelchair ada tempat khas untk kecemasan
(tak tgkap gambar sbb tak sempat nak amik
fon dlm beg org dah bersesak2 nak keluar
masjid haha)..

in case ada jemaah yang sesak nafas ke apa.. boleh bawa ke situ atau inform je org2 yang pakai baju mcm polis tu.. ramai je bertugas disekitar masjid.. 




NASI ARAB UNTA





1st time makan daging unta... takdelah pelik sgt.. macam daging lembu je.
tapi panas ye daging unta ni ..
kalau awal2 preg (1st trim) tak digalakkan
untk makan 

boleh pulak jumpa Faizal ismail (FBI) malam nak pg makan tu..dia pon nak makan nasi arab unta jugak mlm tu.. dia cerita dah 3 kali buat umrah thun ni..paling latest bulan 12 nnti..
 alhamdulillah rezeki dia kan.. 



TAWAF WADA'
(Tawaf selamat tinggal)


sebelum tawaf wada' kami diarahkan untk keluarkan beg2 bagasi dan diletakkan depan pintu bilik untk staff hotel susun kat lobby dan bawa masuk bas 

ingat ye lepas tawaf wada' tak boleh dh nak shopping2 atau bersedekah.. kalau nak membeli lagi kena buat sebelum tawaf ye.. 




isi air zam2 buat bekal dalam perjalanan.. 









Terima kasih ustazah untk pemberian Rahsia ni dlm plastik kuning..insyaallah doakan sy dikurniakan zuriat ye..

Taknak share apa product tu.. kalau menjadi nnti sy akan share di blog ni ye.. mcm2 sy dah cuba .. kita hanya mampu ikhtiar selebihnya Allah tentukan.. kami Redha.. 


KISAH DOA DIMAKBULKAN (MAKKAH)





JEDDAH - FLIGHT BALIK

sebelum ke lapangan terbang jeddah.. kami di bawa ke mall jeddah dan membeli belah di mana ntah.. tak tau nama tmpat ni hahah

2 hari sebelum kami ke jeddah.. Hujan lebat .. masa kami di thaif lagi dah hujan lebat.. dan kami dpt tahu Jeddah banjir teruk.. 

JEDDAH BANJIR TERUK.. BUKAN MAKKAH YE macam yang orang di Malaysia dah viralkan haritu..

jangan samakan Kawasan Makkah dan Jeddah.. jauh..

macam banjir tu kat Johor/Melaka.. tapi kami kat kl...
gitulah jauhnya.. 

memang teruk banjir masa tu.. sebab apa ? sebab hujan sgt RARELY happen di Tanah Arab..di tanah haram.. sebab tu sistem perparitan dan longkang mereka tidak di jaga dan di lengkapi dgn space yang besar untk tampung air hujan yg tiba2 berterusan selama beberapa jam/hari (dah 2 hari kot hujan on off masa tu).. sbb tu lah banjir teruk..

even masa kami ke jeddah.. masih ada kawasan bertakung dan ada peniaga2 tepi jalan keringkan barang2 jualan mereka yang terkena  banjir.. :'(








JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT

Dah balik barulah nak beli yang bukan2.. nak habiskan duit riyal kan ..hahah

pastu kita belilah Albaik ni.. kalau kat malaysia famous dgn kfc.. kat makkah madinah famous dgn Al baik.. tp kami beli Udang fry.. harga lupa dah tp mahal lah.. air pon mahal sbb airport kot hahaha oh ye fun fact: susah nak jumpa air coklat ye kat sini.. finally jumpa air coklat kat airport ni harganya 20 riyal kot.. lupa hahaha








Rezeki buat umrah bulan 11 ni dpt air zam2 sorg
1 botol (5L) tp kwn2 yg pg sebelum2 ni tak dpt.. ketat lagi kot masa tu.. 

harga 1 btl murah je.. smpai malaysia
ratusan jdnya hahaha (faham2 lah kenapa ye)




VIDEO KENANGAN MAKKAH/MADINAH

 https://www.youtube.com/watch?v=SXn3L25aSHA

Sekian.. ni sahaja yg sy ingat untk di share dengan pembaca setia sy.. terima kasih sudi baca .. kalau nak komen dan share apa2 tentang umrah.. boleh komen di bawah :)