Friday 30 June 2023

TRIP REVIEW : TEMPAT MENARIK DI CAMERON HIGHLANDS 3D2N

 Assalammualaikum readers, dah lama bercuti baru nak up cerita kan..okay haritu husband ajak pg short vacay naik cameron.. kita dah pg bnyak kali.. tp husband 1st time sampai,.. tu yang acah2 tourist lah kita.. bawak org luar hahha.. tu pon smua last minit plan.. baru nak cari chalet memang penuh lah tmpat yang best2 tu.. makanya.. ni lah trip kami hari tu selama 3 hari 2 malam




ada pit stop husband ajak bergambar dulu hahaa

Bharat Tea Plantation




taktau nak makan apa.. siap tapau mee goreng dan nasi goreng dari rumah makan kat sini.. tak cukup kami order roti tuna + fries , air teh mahal ye.. 1 hidangan je dah Rm20.. dah lah last minute plan.. beli tutup mata je lah.. plus lapar sejuk2 πŸ˜‚





yang bawa parents dan anak2 boleh naik TRAM.. tiketnya saya tak tau sebab tgk ramai sgt beratur. makanya kami turun je jalan kaki.. hahhaa






Kea Garden Mini Chalet 

dari bawah nak ke Bharat tea smooth je perjalanan.. dari ladang teh ni nak naik ke chalet rupanya jem..  nasiblah.. dah naik kot takkan nak turun balik πŸ˜†

makanya, pandai2 plan perjalanan anda ye bila dah sampai sini.. memang jem teruk tu bukan biasa2..lg2 kalau cuti am..sila plan bila nak solat nak berhenti kat mana smua okay..





sebelum ke chalet kami tak jumpa petrol pump yang ada surau..tapi kami jumpa bangunan ni yang ada tandas di pekan dia..gamble je masuk sini.. surau dia kecik je.. kalau tak selesa carilah tempat lain ye.. atau solat bawa tikar/telekung .. tandas memang ada dan dijaga.. 





lepas dah solat kami mulakan perjalanan semula.. dah solat memang lapang je perjalanan walaupon jem teruk tapi kami enjoy je 😊


sebabkan dah petang kita singgah ke Pasar Malam Brinchang cameron Highlands untuk tapau makan malam pula.. kat sini banyak pilihan.. melayu pon ramai buka kedai.. dan brg2 murah kat sini.. berbanding kat tempat2 lawatan dalam cameron tu.. cumanya pasar ni dibuka hanya pada hari SABTU.. makanya shopping dulu baru ke chalet hahaha


finally sampai chalet kami.. 

kami taktau rupanya mini chalet ni betul2 kecik muat untuk berdua.. sbbkan last minit.. dan murah..booking je lah.. siap masukkan beg smua letak dalam.. bwak meja makan sekali tau.. sbb kereta husband almari bergerak.. tu kluarkan je apa yg ada.. tak plan nak bawa pon hahaha.. romantik sangat makan dalam ni.. bawa pelapik lah ye.. jangan makan sepah2 pulak dalam ni.. dah 1 kerja nak kena cuci πŸ˜“



credit: website chalet sendiri

ada katil bantal siap TV ye.. dan air untuk 2 org.. walaupon takde aircond.. boleh buka tgkap atas kepala tu.. memang selesa dan sejuk je .. walaupon kami pergi bulan 6 . alhamdulillah bukan musim hujan.. risau juga kalau musim hujan bnyak kes tanah runtuh sepanjang perjalanan kan.. 


side dari luar.. kena tunduk kalau nak masuk mini chalet ni hahaha.. nice konsep.. 


haaa.. ni tandas kongsi.. lelaki sebelah sana.. perempuan belah kiri.. surau pula kat luar.. ada chalet khas untuk tempat solat.. bawa telekung ye.. teleung tak disediakan



kalau nak lg selesa booking dalam ni..
boleh bawa parents dan anak2


apa yang menarik nya lagi sebab ada taman dalam ni tau.. tu yang buat sy tertarik untuk booking tempat ni.. please kalau datang tolong jaga kebersihan.. pantang viral tempat cantik.. bila ramai datang terus kotor penuh sampah.. tu yang tak suka dengan mentaliti kita ni.. cuba lah jaga kebersihan guys..

dah makan satu tempat tu bersihkan semula.. kutip sampah2.. ajar anak2 anda supaya tak buang merata.. kan berdosa buang sampah merata..sebab menyusahkan orang lain dan mencemarkan alam sekitar 

THE SHEEP SANCTUARY
Tiket (termasuk makanan kambing bentuk pallet/daun rumput):
Rm12 (13 tahun ke atas) Rm7 (3-12 tahun) Opening hours: 9.30 am - 5.30pm (daily) bukak je pagar terus kambing2 tu berlari ke kita sbb nampak kita pegang makanan.. siapa dapat pallet memang kambing2 tu suka .. sbb tu vitamin.. kalau rumput diorang taknak sangat .. cuba lah nasib nanti .. ada je yang makan hahaha
penternak berjaya.. yang 3 ekor anaknya tu dok berlari bertiga sama2.. kita ni dah lah takut haiwan.. memang menjerit je lah bila diorang berlari ke arah kita.. πŸ˜†
tapi lama2 bila tengok husband bagi makan mcm best je.. kita cuba dan yeayy berjaya.. geli ye bila dia jilat2 pallet atas tangan.. hahaha 1st time dtg sini dan bg makan haiwan kat tgn sendiri.. pengalaman best hehee lepas dah bagi makan.. pg lah basuh tangan... ada paip disediakan..

kambing ni berapa ntah usianya.. tanduk dia tu wow sangat.. nampak jantan hahha

yang ni pulak orang nak bergambar dia menyorok betul2 belakang tiang.. nasib baik dapat 1 gambar yang ok hahaha
comel betul.. culik bela kat rumah kang baru tahuuu.. πŸ˜‚


KHM Strawberries & Jam
Opening Hour:
8am - 6ptg Tempat yang ada nasi lemak strawberry.. tapi ladangnya kat sebelah dah tutup.. owner kedai makan kata tuan tanah nak tanah diorg balik.. tu tak dpt petik strawberry sendiri.. sebelum ni memang ada
yakin lah sikit nak try aiskrim dia bila owner kedai melayu islam kan.. kalau tempat lain meragukan.. aiskrim ni kena guna gelatin halal ye baru boleh makan..

kita beli scone dan dried strawberry ... both sedappp


nah kita tgkap resit terus .. jangan tanya dah harga tu berapa harga ni berapa hahaha

Nasi lemak strawberry sy bg 4/5 bintang .. sambal dia ada strawberry.. manis2 pedas gitu... Ayam dia rangup.. bestπŸ‘

Lavender Garden

Tiket : Rm20/person Opening Hour: 9 am -7pm besar ye tempatnya.. yang best jugak ada surau dan puas betul tangkap gambar dalam ni.. semua jenis bunga ada..

korang kena naik atas sampai jumpa castle ni baru jumpa surau tauu..

Amik wudhu' untuk
perempuan belah kanan.. lelaki belah kiri..

jom teroka tempat ni..





strawberry dah habis.. tak dpt petik hermm tengok jelah dari luar..


My Mr Photographer.. gigih tangkapkan gambar bini..

Centrum Mall Cameron Highland


Tak bergambar sangat kat sini..tp nice je.. konsep london sikit.. ingatkan mall besar rupanya kat luar ni je pastu ada supermarket dalam ni aras 1.. penat cari surau.. takde.. tu yang dah jalan2.. balik terus.. taktau nak pergi mana.. smua tempat jem hahahaπŸ˜… kedai makan - ada steamboat dalam chalet tu sebenarnya Rm30/pax tp kami tak cuba.. next time dtg mesti makan situ - makanan kelantan di pekan.. tempat makan sy akan tambah smula dalam posting ni.. buat masa skrg saya lupa makan kat mana yang best πŸ˜†


Makan ubi keledek panas2 musim sejuk memang best.. Sihat pon sihatπŸ˜‰ sy cuba tukar cari jajan REAL FOOD bukan keropok2 dah .. Kita cuba πŸ’ͺ
Sekian sharing saya.. Terima kasih sudi Baca sampai habis πŸ’–