Sunday 26 June 2022

Tips: Cara Check CCRIS Online

Assalamualaikum dan salam sejahtera, harap entry ni dapat membantu sesiapa yang sedang mencari cara untuk Check status CCRIS secara online dan  tanpa perlu pergi ke kaunter BNM .. 

*Bagaimana cara mendapatkan laporan CCRIS tanpa hadir ke BNM*

1. Muat turun borang di bnm.my/ccrisform
2. Lengkapkan borang dan sediakan semua dokumen yang berkenaan
3. Hantar borang melalui webform - https://telelink.bnm.gov.my

Sertakan Dokumen berikut:
1)Borang permohonan Laporan Kredit (borang CBS01) *dapatkan di link diatas*
2) Pengisytiharan pinjaman *ada bersama borang CBSO1*
3) IC (depan dan belakang) /Passport *untk bukan warganegara*
 4) 2 document TAMBAHAN diperlukan sama ada :

a. Lesen memandu yang sah (depan dan belakang)
b. Bil utiliti spt bil air, bil elektrik, bil ASTRO, bil telefon dll
c. Penyata akaun bank
d. Penyata kad kredit
e. Penyata KWSP


Note: kemudian upload borang dan document tersebut di link yang diberikan.. siap! Document hanyalah dalam format pdf, docx,doc,png,jpg,jpeg sahaja

CARA saya.. Lepas Download borang, then isi.. sy tangkap gambar guna apps CamScanner.. Gambar cantik macam scan guna printer tau.. document yang lain2 sy tangkap gambar dan upload dalam bentuk gambar je.. pastu send.. siap.. just tunggu diorang balas permohonan status kita kat email (ni kita kena tick dalam borang nak maklumbalas dalam bentuk apa.. jangan lupa tick by email tau kalau tak kena pg kaunter)




if korang nak check selalu teruslah buka akaun eCCRIS je senang.. boleh baca kat sini 👇

https://iellakylla.blogspot.com/2023/04/tips-cara-buat-eccris-dan-check-ccris.html