Showing posts with label rumah selangorku. Show all posts
Showing posts with label rumah selangorku. Show all posts

Friday, 23 September 2022

PART 2 : Pengalaman Beli Rumah Selangorku, SKIM Rumah Pertamaku



 Assalammualaikum semua, okay berbulan tak update sebab baru je dapat kunci bulan 7 haritu..
sekarang sedang uruskan DEFECT tapi pemaju tak betulkan lagi..ada rumah yg retak sampai masuk air, ada yang anai2 lah.. macam2 haih ;(

dari sambungan entri ni 👇
https://iellakylla.blogspot.com/2020/10/pengalaman-beli-rumah-selangorku.html

Apa perlu buat sepanjang proses nak dapatkan kunci rumah selangorku ni ? Kos2 yang sy sertakan tak sama untk smua rumah ye..

dan ada juga pemaju/lawyer kena kan bayaran lewat hantar document dan sebagainya ..isu ni melibatkan pihak agent bank dan lawyer.. tetapi pembeli rumah pula kena denda (pengalaman kakak sendiri kena bayar 2-4k masa nak ambil kunci)

jadi di sini.. lepas sign S&P , pastikan agent bank maklum ye segala progress dan pastikan bank release bayaran pada lawyer tepat sebelum tarikh ditetapkan lawyer untuk proses S&P kita..

supaya pihak pemaju/lawyer tak kenakan denda pada pembeli.. ramai tak alert hal ni sebab 1st time beli rumah.. sama mcm sy dulu.. bila dengar kakak cerita.. terus alert hehhe

ok kat bawah ni proses yang sy lalui .. mula2 dapat notis untuk ....

| PEMASANGAN METER API AIR |
Bulan 11 2021 mcm tu dapat email pengesahan nak suruh check alamat rumah kita betul tak..

bulan 4 2022 pula dapat email dan call dari TNB untuk pemasangan meter api dan air.. masa ni tak perlu bayar apa2 lagi ye.. pemaju yg bayar .. ni apa yg pihak TNB bgtau masa dapat call :)

Kos : RM510 (paid by pemaju)

| RENEWAL FIRE POLICY |

Bulan 3 2022 dapat surat untk update fire policy, lepastu dah blurr untuk apa ni ?? tanya agent bank.. agent bank kata abaikan melainkan pemaju ada bg policy untuk fire insurans.. baru kita bgtau agent bank supaya kita tak kena charge 2 kali..

| Cukai Taksiran/Cukai pintu/Cukai harta |
(PERLU BUAT BAYARAN 2x setahun
@ 1 tahun terus)

info:  
Cukai taksiran, juga dikenali sebagai cukai pintu, adalah cukai tanah tempatan yang dikutip oleh majlis perbandaran tempatan (PBT) untuk menampung kos membangun dan mengekalkan infrastruktur dan perkhidmatan tempatan spt pembaikan lampu tepi jalan, pembersihan taman, pengumpulan sisa pembandaran dsb untuk jadikan tempat kediaman selesa dihuni  

Bulan 5 macam tu dapat surat untuk bayar cukai taksiran penggal kedua .. ni pon sy bayar lepas dah dapat kunci sbb tak jumpa nak bayar kat mana hehee

Kos : Rm133

Boleh buat pendaftaran dan bayar di 

LINK BAYAR CUKAI TAKSIRAN
KEDIAMAN DI SELANGOR


1. https://ip3ks.mpks.gov.my/

ATAU

2. https://pbtpay.kpkt.gov.my/home


| SEBELUM DAPAT KUNCI RUMAH | 

bulan 6 dapat surat baki payment perlu dibuat
sebelum ambil kunci..

Kos: Rm240.17


| Penyerahan Kunci Rumah |


Masa ni ada wakil pemaju 2 org teman suami untuk
tengok2 rumah .. kemudian wakil ada bagi borang
untuk list defect .. dan kunci2 untuk semua
pintu dalam rumah..


| CHECK DEFECT |

Ikutkan kami tak tahu nak suruh siapa check kan defect.. nasib baik abg sndiri pandai bab2 mcm ni.. dia ajar kitorg step2.. dan cara filing ..jimat Rm200-300 bajet hahaha

apa yang perlu anda buat
untk check defect:

1) lukis pelan rumah semula kalau dlm S&P kecik sgt

2) labelkan setiap ruang dalam rumah
(supaya kontraktor tahu kat mana defect tersebut)

3) numbering setiap defect yang dijumpai

4) listkan nota beserta gambar dan lokasi bagi mudah kedua belah pihak nak ambil tindakan

defect yang perlu tgk:

-saluran air tersumbat atau tak
- water pressure ok ke tak
-ada kebocoran atau tak
- tgk tanda2 atap bocor
- hair line crack
-plug function ke tak
- ada tak lubang sana sini
-cat rata ke tak
-ada anai2 ke tak?
-ada lumut tak ?
(tanda2 ada bahagian dimasuki air)

CONTOH LIST DEFECT 👇
(cara kami hehe )


Lepas buat macam ni.. scan dan buat copy untuk kita double check lepas kontraktor dah betulkan.. make sure diorg repair apa yang kita komen.. kalau yang simple2 takpe.. kalau melibatkan bocor dan sebagainya.. kena ambil berat sikit dan beri perhatian lebih supaya tak bertambah teruk..

lepas submit defect di ofis pemaju , mereka perlu betulkan dalam masa SEBULAN, kalau tiada tindakan.. boleh resend atau tanya update pada pemaju ..

kalau masih belum bertindak dalam masa 2-4 bulan, boleh ke pihak atasan secara legal (tribunal) dengan buat surat hitam putih.. sebab bank masih pegang 5% dari loan.. belum release pada pemaju..

jadi anda tahu apa perlu buat kan :)






| JOIN GROUP WHATSAPP TAMAN |


Bila dah ada rumah sendiri ni walaupon belum duduk lagi.. pastikan kita kenal siapa kejiranan kita.. jangan menyombong heheh apa2 masalah nanti jiran2 juga yang akan bantu ..betul tak ? haa gitu mukadimah hahah

okay cara nak join .. korang cari facebook taman dulu.. mesti ada admin yang baik hati akan buat group untuk komuniti.. minta admin add korang join group whatsapp ye..




SEKIANNN...

masa untuk deco rumah mengikut citarasa dan bajet poket masing2...

Tahniah bagi yang berjaya dapat rumah selangorku.. ada yang belum.. teruskan mohon ye.. pastikan memenuhi kriteria dan syarat2 ditetapkan :)

next topik ?? nak setelkan loan rumah menggunakan emas .. boleh ke tak ? ikuti entri sy seterusnya dan doakan sy berjaya buat ye aminnn  :)

kalau nak sertai team kami simpan emas fizikal direct kilang BUMIPUTERA MUSLIM.. boleh follow sy :)

Follow fb & Ig untk testimoni 💗

💢Facebook page:
https://www.facebook.com/goldsistershop/
 

Thursday, 4 March 2021

Pengalaman Beli Rumah Selangorku, SKIM Rumah Pertamaku (PART 1)

Assalammualaikum dan salam sejahtera.. dibawah adalah summary segala proses, dokumen dan bajet yang diperlukan untuk urusan membeli rumah selangorku SEMASA MUSIM COVID-19 :( dan juga merupakan rumah pertama kami selepas mendirikan rumah tangga pada 2019 (1 year anniversary).. apply masa tu selepas 4 bulan kawen (bulan 3 thun 2020).. kerja suami dah tetap selama 5 thun, dan aku dah kerja tetap selama 2 thun 8 bulan .. ni pon penting ye.. untuk mengukuhkan lagi kelayakan..
 

rezeki kawen dan hadiah anniversary lah kiranya ni hehehehe :)

 Pengalaman kami beli Rumah Selangorku, semua proses Alhamdulillah dipermudahkan oleh Allah.. tak sangka jugak dapat tawaran dan dapat rumah yang lebih murah .. bersyukur sangat ..

mula2 pon isi saja2 ..sebab tak sure layak ke tak.. tgk2 dalam masa
1 bulan lebih dari date apply, terus dapat tawaran bersyarat.. boleh tgk stiap status update kat bawah ..

sebelum nak apply korang kena tahu dulu syarat kelayakan..
iaitu jenis rumah yang korang nak apply dan kelayakan pendapatan

aku ada share tips dan trick kat bawah.. baca sampai habis tauu :)


| Proses permohonan rumah selangorku |

17/6/2020
Mula2 try isi website LPHS untk projek rumah S** K***a (250k)

14/7/2020
Status: Berjaya Daftar (telah semak)
  
24/7/2020
Status: Tawaran bersyarat
 
(kena bg dokumen pada developer)

16/8/2020
terus pg sales gallery developer untk tanya statusdan tanya agent yang in charge untuk kita update bilaa nak dpt tawaran..agent kata kena tggu LPHS bg senarai nama,
kemudian baru dipanggil..


Agent developer kami :
En.Ariff (dari Glomac)

 
11/9/2020
Dpt email Jemputan semakan dokumen di Glomac damansara (HQ)

26/9/2020
Jmpa En. Ariff & jumpa wakil agent dari bank masing2
(Note: masa ni kita kena pilih bank mana yg kita nak buat loan..akan ada beberapa agent dari bank lain2 dtg.. so kena check satu2 mana yg sesuai dgn kemampuan..
agent bank akan kira siap2 komitmen dan bgtau brapainterest rate .. kemudian dia akan kirakan, kita layak mohon loan personal atau join loan..baki gaji isi rumah
utk dduk area kl/selangor kena range rm1000 baru lepas

Pilihan kami :
Maybank dgn interest rate, 3.25%
Agent in charge :
En. Kamaruddin
Status dokumen: layak

 
29/9/2020
Pagi tu mcm tergerak hati nak tgk website LPHS, lepastu bezakan rumah A dgn B .. yg aku nak sbnrnya A.. sbb lebih murah,
dan dulu pernah tanya developer.. diorg kata
full dah untk rumah jenis A tu..
Tapi aku tak putus asa, Then, try call En. Ariff ptg tu..tanya S** K****i (180k) ada kosong tak? luckily adaa kosong ONLY 1 unit..sbb ada client tak lepas loan..dah kata rezeki kan.. syukur..En. Ariff terus bookingkan sbb effort aku call dia pagi tu hehehee ..Ikutkan dia nak buat Tawaran terbuka.. nasib baik.. rezeki kami :)

12/10/2020

Ptg camtu, En. Ariff call sruh dtg booking rumah esok..
sbb PM umum PKPB untk selangor,kl dan putrajaya pada 14/10/2020
 
13/10/2020
Bayar booking rumah guna cara Bank Draf (Rm500) & kena
buat surat permohonan tukar projek rumah untk submit ke LPHS,
En Ariff terus contact agent Maybank (En. Kamaruddin)
& law firm (Diana noor & partner) untk setelkan dlm masa 14 hari 


(Note:kalau dari tarikh korg bayar deposit,
1-2 hari camtu takde lawyer/agent bank contact..
korang kena approach diorg dulu tau..untuk law firm tanya pada developer)


Updated 17/4/2021: Kalau dpt lawyer Diana Noor & Partner.. minta revise sbb not recommended.. baru dpt cerita tak baik dari kenalan rapat. :(
tak boleh cakap lebih2 lg skrg..
kita tunggu masa nak dpt kunci nanti macam mana diorg buat kerja ..ada kena late payment charges atau tak.. sepatutnya segala progress shud be smooth.. sbb ni antara lawyer, bank dan pemaju punya kerja.. 


14/10/2020
PKPB (masa ni harapkan tak terganggu proses beli rumah ni :( )

15/10/2020
Email dokumen pada En. Kamaruddin, lawfirm call set date untk sign agreement

17/10/2020
jumpa lawyer untk sign S&P dlm area KL je dan  kna online transfer legal fees (rm 500)

19/10/2020
submit surat pertukaran projek rumah ke LPHS

17/11/2020
sign offer letter maybank (rate : 3.25%, full loan 180k) & Sign Up ASB 200k (kena ambil any product dari maybank sbb tak pernah ada loan dgn maybank sama ada credit card/ASB/loan kereta ke.... so kami pilih ASB sbb boleh pendekkan tempoh bayar rumah dgn buat pusingan dividen dgn bayar guna kwsp akaun 2 - next entry)

22/12/2020
Sign  few document di law firm, selepas dpt offer letter dari bank

24/2/2021
Lawyer firm watsap minta baki payment legal fees untuk FILE LOAN dan FILE S&P (boleh tengok jumlah bayaran dibhagian kos, sy update kat bawah ) ...masa ni 
rumah dah 75% siap.. tapi belum dpt kunci


| Dokumen diperlukan |

 Urusan: apply rumah di Website LPHS

 sebelum apply make sure korang tinggal di alamat selangor..mcm aku, lahir di kl..tp alamat sempadan, kl-selangor..dan aku check poskod rumah stay skrg adalah selangor.. so aku try lah mohon rumah selangorku..

boleh register di sini dan tgk status setiap proses disini juga tau..jgn tunggu email..
kena tgk website selalu..baru proses jadi cepat sbb tindakan kita pon cepat :)

http://lphs.selangor.gov.my/

boleh upload semua borang yang diperlukan kat website tu..

(Note: aku baca dari blog lain.. kalau status tak berubah dalam masa 2-3 bulan, cuba check balik mukim, daerah dan kawasan kita apply.. kena betul2... jangan salah daerah/mukim yee.. lpastu kalau tempat kerja salah sorg.. sama ada suami atau isteri dekat dengan rumah selangorku yg kita apply, high possibility untk kita dpt) 

 

Urusan:  Jemputan ke acara Semakan dokumen Rumah Selangorku
dan semakan Pra-kelayakan

akan dpt email nanti.. tapi aku kepilkan apa yang aku pernah dapat :)

Senarai dokumen yang kena bawa

Cara dapatkan CCRIS report.. aku buat nombor 3 dan kena bayar Rm9.73 (harga promosi) untk dptkan dlm masa sehari jee

boleh tgk cara kat sini 👇

1) Dapatkan CCRIS RECORD secara online tp ada cas kena bayar: 
https://iellakylla.blogspot.com/2020/06/cara-mudah-check-status-ccris-secara.html


2) Dapatkan CCRIS RECORD secara free tp kena pg ke cawangan untuk daftar pertama kali: https://iellakylla.blogspot.com/2023/04/tips-cara-buat-eccris-dan-check-ccris.html

Borang ni diperlukan untk kira brapa DSR atau % komitmen

Urusan : Loan Perumahan untuk Pihak bank

1) Copy of IC
2) 3 bulan latest salary slip ;
  kalau ada OT / non fixed allowance provide 6 months
3) 6 months bank statement salary credited
4) EPF statement
5) EA year 2018 & 2019
( annual bonus can be calculate income for GLC /
Public Listed company)
6) ASB / FD latest statement ( Interest & Dividend can recognize as income )
7) Title @ Geran rumah ( Individual / Strata title )
8) Booking Form / Offer To Purchase / Booking Form / Letter intent to buy ( direct case )

 (Note: dokumen No.7 & 8 nanti agent bank akan dapatkan dari developer sendiri :) )

Urusan : Tandatangan perjanjian S&P

 kat sini nanti lawyer akan tanya, pernah ada rumah tak sebelum ni? pernah sign apa2 perjanjian sbg penama mana2 rumah tak? dari sini penentu kita akan dpt atau tak rumah selangorku ni.. sebabnya, syarat nak apply..pemohon & pasangan (if join loan) tak boleh ada rumah lagi... sbbnya syarat untk apply..rumah selangorku ni adalah rumah pertama (dlm selangor) si pemohon..

then kalau takde, boleh lah proceed sign agreement ni.. nnti akan dihantar untk stamp duty, dari sini akan confirmkan lagi yg pemohon ada penama untk mana2 rumah atau tak..

 

Urusan : Surat Permohonan penukaran
tawaran projek rumah selangorku dan hantar ke LPHS

Sediakan 2 copy untk surat ni.. 1 minta cop di kaunter LPHS (for our simpanan), 1 lagi pass ke kaunter letak dlm sampul surat, untk proper lg letak alamat LPHS skali ye.. selesai :)


Setahun dulu dating berdua siapkan urusan untk majlis kawen,
tahun ni uruskan beli rumah pulak.. :)
  

Urusan : Tanda tangan documents di law firm

Masa ni kena tanda tangan initial je di setiap penjuru document. Document mengenai syarat2, financing, pelan rumah dsb

| Bajet dan kos diperlukan sepanjang proses pembelian rumah selangorku |

[Date : 13/10/2020]

BOOKING RUMAH

Bank draf :  Rm 5 (dlm bentuk cheque)
Stamp duty : Rm 0.15
Processing fee :  Rm 0.5
Booking fee (bank draf form) : Rm 500

[Date: 17/10/2020 ]

SALES & PURCHASE
Legal fees S&P : Rm 500 (online transfer)

[Date: 22/10/2020 ]

BANK FINANCING

Legal fees : Rm 500 (online transfer)

LEGAL FEE PAID ON 1/3/2021

File loan : Rm 3350.92 (online transfer)

File S&P : Rm 1447 (online transfer)

(dpt watsap dari lawyer Diana Noor ni suruh bayar legal fees ni untk document disbursment,tp tak dpt surat apa2 pon... bila dah bayar 1 march, dpt surat dari glomac ..akan kena 10% per annum if late payment 14 hari from letter date which is on 1/3/2021.. then tanya lawyer pada 16/3/2021 dah disburse ke belum document.. dia jawab next week means dah lewat 10 hari .. saje peram document ke cam mana ?? Nasib baik takde kena cas denda lewat ke apa.. 😐) 

UPDATE RUMAH TERKINI  bertarikh (1/3/2021)

tak pergi tengok rumah pon sbb PKP :( ambil dari group facebook taman je hehehe terima kasih kpd yg share update terkini :)