sekarang sedang uruskan DEFECT tapi pemaju tak betulkan lagi..ada rumah yg retak sampai masuk air, ada yang anai2 lah.. macam2 haih ;(
dari sambungan entri ni 👇
https://iellakylla.blogspot.com/2020/10/pengalaman-beli-rumah-selangorku.html
Apa perlu buat sepanjang proses nak dapatkan kunci rumah selangorku ni ? Kos2 yang sy sertakan tak sama untk smua rumah ye..
dan ada juga pemaju/lawyer kena kan bayaran lewat hantar document dan sebagainya ..isu ni melibatkan pihak agent bank dan lawyer.. tetapi pembeli rumah pula kena denda (pengalaman kakak sendiri kena bayar 2-4k masa nak ambil kunci)
jadi di sini.. lepas sign S&P , pastikan agent bank maklum ye segala progress dan pastikan bank release bayaran pada lawyer tepat sebelum tarikh ditetapkan lawyer untuk proses S&P kita..
supaya pihak pemaju/lawyer tak kenakan denda pada pembeli.. ramai tak alert hal ni sebab 1st time beli rumah.. sama mcm sy dulu.. bila dengar kakak cerita.. terus alert hehhe
ok kat bawah ni proses yang sy lalui .. mula2 dapat notis untuk ....
bulan 4 2022 pula dapat email dan call dari TNB untuk pemasangan meter api dan air.. masa ni tak perlu bayar apa2 lagi ye.. pemaju yg bayar .. ni apa yg pihak TNB bgtau masa dapat call :)
Kos : RM510 (paid by pemaju)
Bulan 3 2022 dapat surat untk update fire policy, lepastu dah blurr untuk apa ni ?? tanya agent bank.. agent bank kata abaikan melainkan pemaju ada bg policy untuk fire insurans.. baru kita bgtau agent bank supaya kita tak kena charge 2 kali..
@ 1 tahun terus)
info: Cukai taksiran, juga dikenali sebagai cukai pintu, adalah cukai tanah tempatan yang dikutip oleh majlis perbandaran tempatan (PBT) untuk menampung kos membangun dan mengekalkan infrastruktur dan perkhidmatan tempatan spt pembaikan lampu tepi jalan, pembersihan taman, pengumpulan sisa pembandaran dsb untuk jadikan tempat kediaman selesa dihuni
Bulan 5 macam tu dapat surat untuk bayar cukai taksiran penggal kedua .. ni pon sy bayar lepas dah dapat kunci sbb tak jumpa nak bayar kat mana hehee
LINK BAYAR CUKAI TAKSIRAN
KEDIAMAN DI SELANGOR
1. https://ip3ks.mpks.gov.my/
ATAU
2. https://pbtpay.kpkt.gov.my/home
bulan 6 dapat surat baki payment perlu dibuat
sebelum ambil kunci..
Kos: Rm240.17
Masa ni ada wakil pemaju 2 org teman suami untuk
tengok2 rumah .. kemudian wakil ada bagi borang
untuk list defect .. dan kunci2 untuk semua
pintu dalam rumah..
Ikutkan kami tak tahu nak suruh siapa check kan defect.. nasib baik abg sndiri pandai bab2 mcm ni.. dia ajar kitorg step2.. dan cara filing ..jimat Rm200-300 bajet hahaha
apa yang perlu anda buat
untk check defect:
1) lukis pelan rumah semula kalau dlm S&P kecik sgt
2) labelkan setiap ruang dalam rumah
(supaya kontraktor tahu kat mana defect tersebut)
3) numbering setiap defect yang dijumpai
4) listkan nota beserta gambar dan lokasi bagi mudah kedua belah pihak nak ambil tindakan
defect yang perlu tgk:
-saluran air tersumbat atau tak
- water pressure ok ke tak
-ada kebocoran atau tak
- tgk tanda2 atap bocor
- hair line crack
-plug function ke tak
- ada tak lubang sana sini
-cat rata ke tak
-ada anai2 ke tak?
-ada lumut tak ?
(tanda2 ada bahagian dimasuki air)
CONTOH LIST DEFECT 👇
(cara kami hehe )
lepas submit defect di ofis pemaju , mereka perlu betulkan dalam masa SEBULAN, kalau tiada tindakan.. boleh resend atau tanya update pada pemaju ..
kalau masih belum bertindak dalam masa 2-4 bulan, boleh ke pihak atasan secara legal (tribunal) dengan buat surat hitam putih.. sebab bank masih pegang 5% dari loan.. belum release pada pemaju..
jadi anda tahu apa perlu buat kan :)
Bila dah ada rumah sendiri ni walaupon belum duduk lagi.. pastikan kita kenal siapa kejiranan kita.. jangan menyombong heheh apa2 masalah nanti jiran2 juga yang akan bantu ..betul tak ? haa gitu mukadimah hahah
okay cara nak join .. korang cari facebook taman dulu.. mesti ada admin yang baik hati akan buat group untuk komuniti.. minta admin add korang join group whatsapp ye..
masa untuk deco rumah mengikut citarasa dan bajet poket masing2...
Tahniah bagi yang berjaya dapat rumah selangorku.. ada yang belum.. teruskan mohon ye.. pastikan memenuhi kriteria dan syarat2 ditetapkan :)
next topik ?? nak setelkan loan rumah menggunakan emas .. boleh ke tak ? ikuti entri sy seterusnya dan doakan sy berjaya buat ye aminnn :)
kalau nak sertai team kami simpan emas fizikal direct kilang BUMIPUTERA MUSLIM.. boleh follow sy :)
PROMOSI TERKINI JADI DEALER KILANG EMAS
















