“Rasulullah SAW telah masuk ke rumah kami. Lalu kami menyediakan mentega (butter) dan tamar. Baginda menyukai mentega dan tamar.” (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)
Jadi, ia adalah makanan yang paling sedap ketika itu kerana Nabi kita kerap berlapar atau berpuasa. Baginda tidak mengambilnya kerap, kecuali jika ada kesempatan.
Mengikut kiraan kalori, sebiji kurma bersamaan dengan 20 kalori, manakala satu sudu kecil mentega, 50 kalori.
Selain menjadi makanan sunnah yang penuh berkah, gabungan kurma dan butter juga memberikan manfaat yang tinggi kepada kesihatan.
Gabungan kurma dan mentega dikatakan terbaik sebab kurma membekalkan karbohidrat yang kompleks, vitamin, mineral dan fiber. Selain itu ia memberikan tenaga yang segera sementara mentega pula memberikan tenaga yang berkekalan untuk jangkamasa yang lama.
Jadi sesuai untuk mereka yang ingin mengurangkan masa makan atau tiada makanan lain dengan mengambil 3-5 biji kurma dan mentega untuk kekal bertenaga sehingga terawih. Ia juga mengurangkan rasa mengantuk.
Tetapi jika ada ambil makanan lain jumlah pengambilannya harus dikurangkan.
DAN pastikan anda periksa dahulu status halal butter samada halal ATAU tidak sebelum membeli 😁👍🏻✨
Ingat ya, Kurma campur Mentega/Butter tau bukan marjerin ! kalau salah makan,dengan kuantiti yang banyak berhari-hari boleh kena penyakit pula nanti 😓
Butter ✓
Marjerin ✘
Jom kenali jenis butter dan marjerin supaya tak salah beli 👇
“Kalau mentega habis, ganti
dengan marjerin boleh tak? Sama je kan?” Sekali imbas, nampak macam sama…
Tapi sebenarnya, kandungan lemak antara marjerin dan mentega adalah berbeza, dan kegunaannya juga tak sama.
MENTEGA /BUTTER
Mentega adalah produk tenusu yang diperbuat daripada krim yang diproses atau susu haiwan (sebab tu wajib cari yang HALAL bagi yang muslim).
Ia mengandungi 80% lemak, 20% air and juga protein susu (pejal). Mentega terhasil melalui proses yang dipanggil pengadukan (churning), pempasteuran dan pemadatan.
Terdapat dua jenis mentega di pasaran iaitu salted dan unsalted. Kebanyakan mentega di pasaran diperbuat daripada susu lembu. Terdapat juga mentega dari sumber haiwan lain seperti susu kambing, biri-biri, dan kerbau.
Warna mentega yang dihasilkan bergantung pada pemakanan haiwan tenusu yang digunakan.Mentega kebiasaannya berwarna kuning pucat, tetapi ada juga yang berwarna antara putih hingga kuning pekat.
Mentega lebih mudah cair apabila dibiarkan pada suhu bilik. Oleh sebab itu, mentega perlu disimpan di dalam peti sejuk.
Mentega sesuai digunakan dalam resepi biskut ataupun kuih yang mempunyai tekstur garing tetapi lembut. Ia memberikan rasa yang berkrim, aroma yang wangi serta tekstur yang cantik kepada biskut atau kuih anda.
Biasa dengar tak orang sebut tentang pure butter?
Mentega dikategorikan sebagai pure butter apabila ia mempunyai kandungan tenusu sekurang-kurangnya 80%.
Kurang daripada 80%, ia dikategorikan sebagai marjerin ataupun mentega yang telah dicampur dengan marjerin (non-pure butter).
Non-pure butter dilabel sebagai lepa susu. Antara jenama non-pure butter yang terkenal di pasaran ialah: Buttercup, FarmCows, TwinCows dan lain-lain.
💕Nota kaki : Biasanya, pure butter lebih mahal harganya berbanding dengan non-pure butter. So, lagi mahal mentega yang anda gunakan untuk buat biskut, lagi bertambah sedap dan sihat lah hasilnya.
Marjerin ni asalnya dicipta pada tahun 1869 oleh Hippolyte Mège-Mouriès sebagai alternatif kepada mentega bagi golongan yang bertaraf ekonomi rendah. Harga marjerin lebih murah berbanding mentega.
Marjerin bukanlah kategori produk tenusu. Ia mengandungi 80% minyak sayuran dan air.
Marjerin dihasilkan melalui proses hydrogenation di mana minyak sayuran yang berbentuk cecair ditukarkan menjadi pepejal atau separa pepejal.. bila melibatkan "proses tambahan" maka, ianya tidak berapa sihat berbanding dengan produk semulajadi ... Jelas?
Marjerin boleh dibiarkan pada suhu bilik dan tidak akan cair, so, tak perlu disimpan di dalam peti sejuk.
Marjerin biasa digunakan untuk masakan lauk pauk dan juga kek.
No comments:
Post a Comment
Do comment this entry :)