Friday, 30 June 2023

TRIP REVIEW : TEMPAT MENARIK DI CAMERON HIGHLANDS 3D2N

 Assalammualaikum readers, dah lama bercuti baru nak up cerita kan..okay haritu husband ajak pg short vacay naik cameron.. kita dah pg bnyak kali.. tp husband 1st time sampai,.. tu yang acah2 tourist lah kita.. bawak org luar hahha.. tu pon smua last minit plan.. baru nak cari chalet memang penuh lah tmpat yang best2 tu.. makanya.. ni lah trip kami hari tu selama 3 hari 2 malam




ada pit stop husband ajak bergambar dulu hahaa

Bharat Tea Plantation




taktau nak makan apa.. siap tapau mee goreng dan nasi goreng dari rumah makan kat sini.. tak cukup kami order roti tuna + fries , air teh mahal ye.. 1 hidangan je dah Rm20.. dah lah last minute plan.. beli tutup mata je lah.. plus lapar sejuk2 πŸ˜‚





yang bawa parents dan anak2 boleh naik TRAM.. tiketnya saya tak tau sebab tgk ramai sgt beratur. makanya kami turun je jalan kaki.. hahhaa






Kea Garden Mini Chalet 

dari bawah nak ke Bharat tea smooth je perjalanan.. dari ladang teh ni nak naik ke chalet rupanya jem..  nasiblah.. dah naik kot takkan nak turun balik πŸ˜†

makanya, pandai2 plan perjalanan anda ye bila dah sampai sini.. memang jem teruk tu bukan biasa2..lg2 kalau cuti am..sila plan bila nak solat nak berhenti kat mana smua okay..





sebelum ke chalet kami tak jumpa petrol pump yang ada surau..tapi kami jumpa bangunan ni yang ada tandas di pekan dia..gamble je masuk sini.. surau dia kecik je.. kalau tak selesa carilah tempat lain ye.. atau solat bawa tikar/telekung .. tandas memang ada dan dijaga.. 





lepas dah solat kami mulakan perjalanan semula.. dah solat memang lapang je perjalanan walaupon jem teruk tapi kami enjoy je 😊


sebabkan dah petang kita singgah ke Pasar Malam Brinchang cameron Highlands untuk tapau makan malam pula.. kat sini banyak pilihan.. melayu pon ramai buka kedai.. dan brg2 murah kat sini.. berbanding kat tempat2 lawatan dalam cameron tu.. cumanya pasar ni dibuka hanya pada hari SABTU.. makanya shopping dulu baru ke chalet hahaha


finally sampai chalet kami.. 

kami taktau rupanya mini chalet ni betul2 kecik muat untuk berdua.. sbbkan last minit.. dan murah..booking je lah.. siap masukkan beg smua letak dalam.. bwak meja makan sekali tau.. sbb kereta husband almari bergerak.. tu kluarkan je apa yg ada.. tak plan nak bawa pon hahaha.. romantik sangat makan dalam ni.. bawa pelapik lah ye.. jangan makan sepah2 pulak dalam ni.. dah 1 kerja nak kena cuci πŸ˜“



credit: website chalet sendiri

ada katil bantal siap TV ye.. dan air untuk 2 org.. walaupon takde aircond.. boleh buka tgkap atas kepala tu.. memang selesa dan sejuk je .. walaupon kami pergi bulan 6 . alhamdulillah bukan musim hujan.. risau juga kalau musim hujan bnyak kes tanah runtuh sepanjang perjalanan kan.. 


side dari luar.. kena tunduk kalau nak masuk mini chalet ni hahaha.. nice konsep.. 


haaa.. ni tandas kongsi.. lelaki sebelah sana.. perempuan belah kiri.. surau pula kat luar.. ada chalet khas untuk tempat solat.. bawa telekung ye.. teleung tak disediakan



kalau nak lg selesa booking dalam ni..
boleh bawa parents dan anak2


apa yang menarik nya lagi sebab ada taman dalam ni tau.. tu yang buat sy tertarik untuk booking tempat ni.. please kalau datang tolong jaga kebersihan.. pantang viral tempat cantik.. bila ramai datang terus kotor penuh sampah.. tu yang tak suka dengan mentaliti kita ni.. cuba lah jaga kebersihan guys..

dah makan satu tempat tu bersihkan semula.. kutip sampah2.. ajar anak2 anda supaya tak buang merata.. kan berdosa buang sampah merata..sebab menyusahkan orang lain dan mencemarkan alam sekitar 

THE SHEEP SANCTUARY
Tiket (termasuk makanan kambing bentuk pallet/daun rumput):
Rm12 (13 tahun ke atas) Rm7 (3-12 tahun) Opening hours: 9.30 am - 5.30pm (daily) bukak je pagar terus kambing2 tu berlari ke kita sbb nampak kita pegang makanan.. siapa dapat pallet memang kambing2 tu suka .. sbb tu vitamin.. kalau rumput diorang taknak sangat .. cuba lah nasib nanti .. ada je yang makan hahaha
penternak berjaya.. yang 3 ekor anaknya tu dok berlari bertiga sama2.. kita ni dah lah takut haiwan.. memang menjerit je lah bila diorang berlari ke arah kita.. πŸ˜†
tapi lama2 bila tengok husband bagi makan mcm best je.. kita cuba dan yeayy berjaya.. geli ye bila dia jilat2 pallet atas tangan.. hahaha 1st time dtg sini dan bg makan haiwan kat tgn sendiri.. pengalaman best hehee lepas dah bagi makan.. pg lah basuh tangan... ada paip disediakan..

kambing ni berapa ntah usianya.. tanduk dia tu wow sangat.. nampak jantan hahha

yang ni pulak orang nak bergambar dia menyorok betul2 belakang tiang.. nasib baik dapat 1 gambar yang ok hahaha
comel betul.. culik bela kat rumah kang baru tahuuu.. πŸ˜‚


KHM Strawberries & Jam
Opening Hour:
8am - 6ptg Tempat yang ada nasi lemak strawberry.. tapi ladangnya kat sebelah dah tutup.. owner kedai makan kata tuan tanah nak tanah diorg balik.. tu tak dpt petik strawberry sendiri.. sebelum ni memang ada
yakin lah sikit nak try aiskrim dia bila owner kedai melayu islam kan.. kalau tempat lain meragukan.. aiskrim ni kena guna gelatin halal ye baru boleh makan..

kita beli scone dan dried strawberry ... both sedappp


nah kita tgkap resit terus .. jangan tanya dah harga tu berapa harga ni berapa hahaha

Nasi lemak strawberry sy bg 4/5 bintang .. sambal dia ada strawberry.. manis2 pedas gitu... Ayam dia rangup.. bestπŸ‘

Lavender Garden

Tiket : Rm20/person Opening Hour: 9 am -7pm besar ye tempatnya.. yang best jugak ada surau dan puas betul tangkap gambar dalam ni.. semua jenis bunga ada..

korang kena naik atas sampai jumpa castle ni baru jumpa surau tauu..

Amik wudhu' untuk
perempuan belah kanan.. lelaki belah kiri..

jom teroka tempat ni..





strawberry dah habis.. tak dpt petik hermm tengok jelah dari luar..


My Mr Photographer.. gigih tangkapkan gambar bini..

Centrum Mall Cameron Highland


Tak bergambar sangat kat sini..tp nice je.. konsep london sikit.. ingatkan mall besar rupanya kat luar ni je pastu ada supermarket dalam ni aras 1.. penat cari surau.. takde.. tu yang dah jalan2.. balik terus.. taktau nak pergi mana.. smua tempat jem hahahaπŸ˜… kedai makan - ada steamboat dalam chalet tu sebenarnya Rm30/pax tp kami tak cuba.. next time dtg mesti makan situ - makanan kelantan di pekan.. tempat makan sy akan tambah smula dalam posting ni.. buat masa skrg saya lupa makan kat mana yang best πŸ˜†


Makan ubi keledek panas2 musim sejuk memang best.. Sihat pon sihatπŸ˜‰ sy cuba tukar cari jajan REAL FOOD bukan keropok2 dah .. Kita cuba πŸ’ͺ
Sekian sharing saya.. Terima kasih sudi Baca sampai habis πŸ’–




Saturday, 6 May 2023

Info : Pemakanan Sihat Yang Ramai Tak Tahu


 Assalammualaikum salam sejahtera readers 😊 Okay selepas mengumpulkan bahan2 dan saya sendiri dah cuba tukar gaya hidup dan pengambilan makanan sy.. selama setahun.. memang sangat2 membantu ..

tahap kesihatan pon lebih baik.. Alhamdulillah dengan izin Allah.. anda jaga pemakanan basic2 ni dulu tak perlu pg part2 lain lagi.. ini pon dah sangat2 membantu.. cuba ye πŸ˜‰

check semula pemakanan seharian kita dan keluarga macam mana.. perbetulkan sikit demi sedikit..
"tak dapat buat semua jangan tinggal semua"




1. Santan

Santan tiada kolestrol.. tp kalau sy cakap je takde pakar yang mengesahkan mesti org tak percaya kan ? jadi boleh tgk sendiri dari mulut seorang doktor pakar kesihatan ini πŸ‘‡

Video

 


2. Gula Putih


Elakkan makan atau minum minuman yg ada gula putih.. Yg terbaik gantikan dgn gula natural/organik sama ada coconut sugar, brown sugar, stevia,kurma 

 

Madu mcm mana ? Madu juga ada gula.. Apa2 yg tulis "ose" kat blkg tu adalah gula.. spt fructose, galactose, maltose, sucrose dan glucose .. Jd jgn berlebihan mengambil madu.. Kesannya boleh menaikkan kadar gula dlm darah dan menyebabkan kencing manis walaupon ianya organik/natural/bahan semulajadi.. jelas ? 

 

Untk org yg bersukan yes perlukan gula yg lebih untk gula tersebut ditukarkan menjadi tenaga.. Tp bg yg bekerja hanya dduk sahaja seharian tidak memerlukan gula yg bnyak..

 

Effect bagi yg suka makan /minum gula berlebihan akan menyebabkan gula tersebut bertukar menjadi lemak.. Sbb tu anda senang naik berat badan..

 

Dan Allah memang ciptakan badan manusia boleh mengatasi apa2 penyakit tanpa perlu ambil apa2 tambahan lain.. kita ada antibody yang terbaik dah sebenarnya.. tp bila tak jaga pemakanan.. habis rosak hormon2 ysemulajadi yang Allah dah buat untuk hamba-Nya

 

Sbg contoh bila gula yg diambil kita berlebihan dari apa yg kita perlukan.. Pancreas akan mengeluarkan insulin secara semulajadi..untuk memotong/mengawal kadar gula tersebut.. 

 

Tetapi jika gula yg di ambil terlalu tggi.. Sbb tu anda perlu dicucuk insulin.. Nak ke ? jd jagalah pengambilan gula dlm pemakanan anda.. Minum air kosong banyak2 kalau ada ambil apa2 yg manis seharian tu.. neutralizekan semula kandungan gula dalam darah anda.. Ini sgt penting sbnrnya.. kita sendiri yang perlu kawal apa yang "masuk" dalam badan dan perut kita πŸ“Œ

 

Air bergas atau air kotak/tin yg tulis "low sugar atau free sugar" kebiasaannya digantikan dgn Aspartame . .. Pengganti rasa manis tp tak menaikkan kadar sugar dlm darah anda..



Apa itu Aspartame? Ia adalah gula chemical.. Senang dikenali sbg gula buatan atau synthetic sugar.. Jd kalau dari bahan chemical diambil terlalu kerap akan merosakkan hati.. Sbb hati adalah anggota badan yg akan tapis bahan2 tak elok atau toxic dlm badan.. bila terlampau banyak mampu ke hati nak buat kerja?

 

Bg anak2 yg kerap demam/batuk/selesema juga tidak digalakkan diberi air2 manis ni..bnyakkan minum air mineral untk tambah mineral dlm badan anak2 dgn secukupnya jgn berlebihan.. Supaya cepat recover

 

3. Kolestrol

Tahukah anda ada wujudnya 2 JENIS KOLESTROL dalam badan anda?

1) kolestrol baik - HDLP
 
2) Kolestrol Jahat- LDLP 

Tidak semua kolestrol perlu kita elak..jadi, 
perlulah seimbangkan keduanya.. 







Apa terjadi kalau kolestrol berlebihan pula?




4.Gandum


Siapa kat sini selalu kena gerd/gastrik/alahan/eczema? Korg perlu ubah atau kurangkan makan makanan bergandum..


Tepung gandum tggi kandungan gluten .. Glu= gam, ten = protein.. Protein yg mcm gam ada dlm tepung tu.. Jelas ?
Jd apa berlaku bila pengambilan gluten tggi ? Ianya akan menggangu pengahadaman dalam perut kita sbb gluten2 ini akan menempel di usus2 anda..
Bagaimana usus anda nak proses makanan dgn baik ? Jdnya bila usus anda tak elok sbb tu mudah kena gerd dan gastrik..

Jd kurangkan makan roti dan biskut yg dibeli diluar sebab selalunya mereka tak hirau dgn ada gluten atau tak.. Mesti akan guna tepung gandum biasa je kan.. Jd kalau buat sndiri carilah yang less atau zero gluten.. Agak mahal kan? Tp boleh digantikan dgn tepung lain.. sy akan listkan di bawah entri ini 😊 

 

Malas buat sndiri atau tak sempat? Boleh je makan yg sy tulis td tp kurangkan janganlah makan setiap hari kalau taknak dpt kesan2 yg sy sebutkan..

 

5. Beras

Beras basmathi adalah yg terbaik sbb kurang kanji..dan juga agak mahal sedikit.. Jd bila kita makan.. Carbohydrate lambat ditukarkan menjadi gula atau lambat diserap kedalam darah.. Berbanding beras yg tggi kanji ..

Beras basmathi mahal kan? Jd boleh je campur2 atau tambahkan dgn santan/minyak masak/minyak olive 1 sudu semasa mula memasak nasi..

Sbb tu nasi lemak sbnrnya baik.. Panjang nak story..tp kalau dah tgk subtopik tentang santan di atas tadi..anda akan tahu nasi lemak tak bersalah dalam menaikkan kadar kolestrol anda  πŸ˜† 
sy pernah makan nasi lemak pagi2 selama 1-2 minggu .. konon nak naikkan berat badan.. tapi sama je tak berubah...

 

6. Avoid/minimakan pengambilan Instant food / processed food/fastfood/fake food/synthetic food & drug


Maxxi, hotdog, nugget,fries,burger,MSG dan sbgnya... Tak perlu sy senaraikan jenama di sini.. faham2 lah ye πŸ˜‚

 

Conclusion, go for REAL FOOD dan sunnah ye..itu yang terbaik 

 

πŸ’•ALTERNATIF

 Air: Air kosong/ Air mineral/Air zam2 (sumber mineral paling terbaik yang Allah cipta untuk kita)

Gula:  Gantikan dgn manisan dari bahan semulajadi : Kurma, gula kelapa, gula merah, stevia,gula tebu dsbgnya atau dari Madu (tetapi dalam kuantiti sedikit-1 sudu sehari sudah cukup bukan 1 botol ye πŸ˜…)

 Tepung : Tepung ubi,tepung beras, tepung jagung tepung gandum cap ros (tanpa/kurang gluten)

Beras: cari yang kurang kanji/campurkan 1 sudu minyak masak/Minyak Olive semasa mula menanak nasi..

 Ayam organik:  Jenama Ayam bismi / Ayam Delima/Ayam Nanas Aqina/Ayam Dr Zainal

 Mee Gluten Free : Laksa jenama Jati, Bihun jenama Jasmine, kuey teow laksamana

 Perasa : mushroom seasoning powder

 Yeast : Natural Active Dried Yeast

 Susu : susu segar / susu kambing/ santan

 Minyak: minyak kelapa/minyak kelapa sawit/olive (zaitun jenis cold press)


minyak tak elok: minyak2 dari sayuran
(spt sunflower/canola) 


Multi Vitamin (Untuk kuatkan antibody) : kurma, madu, bawang putih, cengkih (hidu/minum air rendaman) , habattus sauda, Sayur2 an, Buah-buahan, Morringga asli dari daun.


Nak cari Madu Asli dan Morringga asli boleh cari sy kat sini #iellakyllaShare  

 https://t.me/Goldsistershop/7196

Teh : teh senna (cari dari daun asli bukan yg letak pewarna)


Pewarna : ambil dari sumber2 semulajadi

Hijau (daun pandan), biru (bunga telang) , kuning (saffron) keringkan dulu kemudian blend.. 



Nota kaki: Sy sendiri belajar dalam bidang kimia.. kenalan sendiri juga ada di kalangan doktor2 Phd.. jd sy tak boleh sewenang2 nya untuk berkata apa2 tanpa bukti.. dan tanpa kaji..

sebab tu Allah beri manusia akal untuk berfikir..dan sebab tu kita perlu cari ilmu.. bukannya semua fakta betul dan bukan semua salah.. Jadi, gunakan akal untuk memilih mana yang baik dan berdoa pada Allah untuk sentiasa di dorongkan dgn maklumat2 yang benar 😊

dulu sy sendiri tak tahu kenapa sy didorongkan dalam bidang kimia sampai master pulak tu πŸ˜†sedangkan sy minat bidang lain dan smpai skrg sy masih belum dapat kerja yang betul2 kena dengan bidang belajar sy..

tapi Alhamdulillah sekarang sy dah tahu kenapa.. tak sia-sia mak abah hantar belajar dulu..ilmu yang cikgu2 dan pensyarah sy ajar pon sy gunakan sampai skrg untuk diri sendiri dan ahli keluarga sy sendiri.. dan skrg sy nak share untuk kenalan2 dan pembaca blog sy juga.. walaupon sy tak dpt salurkan dalam bidang kerja.. πŸ˜‰ smua yg berlaku pasti ada hikmahnya.. ambil side positif dapatlah positif input.. 





Pengalaman sy sndiri :

 Ayah sy dah tak perlu makan ubat kencing manis sbb boleh kawal makan dan mak selalu masakkan kami campuran beras basmathi + dgn beras tggi kanji.. sbb mahal kan kena campur haha Jd, kanji nya tak berapa tggi..

 Sy sndiri berjaya puasa maggi /roti/biskut yg berasaskan gluten.. yg menjadi favourite sy.. tak makan langsung selama 3-6 bulan.. Jd kalau teringin sgt tggu lg 3 bulan baru makan.Tak pon makan buat raso-raso je cukup ..😁, tp maggi tak usik langsung dah.. mood boikot still on smpai bila2 πŸ˜‚πŸ€£ 

 Dulu kalau makan lambat.. Kerap perut masuk angin dan naik ke kepala. Kalau puasa pon tak tahan kalau tak makan sahur.. Tp skrg tidak lg..berbuka lambat pon ok je tak lapar/masuk angin pon πŸ˜Š


 Bila pemakanan pon dah jaga dari yang BASIC.. jom ke next posting sy untuk RAWATAN SECARA SEMULAJADI/ NATURAL REMEDY pulak.. 

siap masuk kelas tau nak dapatkan ilmu πŸ˜‚ 

dah siap tulis nanti sy akan bg link.. tungguu yaa 😊



Entri Berkaitan Pemakanan sihat dan halal :

Sunnah : Kurma + Butter

"Pig" dalam masakan atau barangan di pasaran