Friday, 30 September 2022

FOOD REVIEW: Kek Halal Cantik dan Sedap (Part 3)


 

 
3) Kek Batik Sedap Premium
(based in Raub, Pahang - Postage available)

biasa kita jumpa kek batik coklat biasa kan guys? ni kek batik dari horlick ..nyumm 😋

paling best penuh dengan kekacang atasnya

rasa tak manis sgt.. sedang2 dan tak muak..

meh cuci mata tgk gambar2 nya dulu 😆













Saya sendiri dah cuba .. puas hati 😋 Dan yg best juga kek batik ni boleh post.. Packaging untuk post pon kemas .. sampai dalam keadaan baik..


simpan dlm peti.. esok sambung makan lgi hahah..





ada beberapa jenis kek batik tau..

💥 untuk makluman yang size mini, seller tak post tau.. jenis medium dan large je seller akan post  💥


B.A.T.E.K M.I.L.K.Y H.O.R.L.I.C.K

Mini pack : RM 16 (8pcs)
Medium : RM 32 (16 pcs)
Large (
Size 7inch) : RM 63 (32pcs)


B.A.T.E.K A.L.M.O.N.D

Mini pack : RM 14 (8pcs)
Medium: RM 28 (16 pcs)
Large (Size 7inch) : RM 55 (32pcs)


B.A.T.E.K A.L.M.O.N.D mix H.O.R.L.I.C.K

Mini pack : RM 15 (8pcs)
Medium: RM 30(16 pcs)
Large (Size 7inch) : RM 60 (32pcs)


Nak beli kat mana ?

go contact this seller .. yang berdekatan raub..
seller boleh delivery ye 😉


Boleh check facebook seller ..
semua testimoni real dapat
sama macam dlm gambar 😊

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0zrqAzzmicCHSdLJDeDZYsNh721AxFfzmcpYoLexE5EJ76xZTTFU89c7KS1D1FDVNl&id=100010399544617


ada yang nak sy review kek homemade anda atau apa2 je jenis homemade dan unik anda buat ?
baru nak mula niaga ? email sy di nkay.service@gmail.com untuk sy review..

sy beli ye bukan minta percuma..
kalau sedap dan kena selera..
sy akan promote secara PERCUMA di blog sy ni 😊


any comment ? drop down ya .. thank you 💓

Yang Sy Review sebelum ni ..sila klik 👇

FOOD REVIEW: KEK KETUK2

FOOD REVIEW: KEK CACTUS LUKISAN CANTIK


Friday, 23 September 2022

PART 2 : Pengalaman Beli Rumah Selangorku, SKIM Rumah Pertamaku



 Assalammualaikum semua, okay berbulan tak update sebab baru je dapat kunci bulan 7 haritu..
sekarang sedang uruskan DEFECT tapi pemaju tak betulkan lagi..ada rumah yg retak sampai masuk air, ada yang anai2 lah.. macam2 haih ;(

dari sambungan entri ni 👇
https://iellakylla.blogspot.com/2020/10/pengalaman-beli-rumah-selangorku.html

Apa perlu buat sepanjang proses nak dapatkan kunci rumah selangorku ni ? Kos2 yang sy sertakan tak sama untk smua rumah ye..

dan ada juga pemaju/lawyer kena kan bayaran lewat hantar document dan sebagainya ..isu ni melibatkan pihak agent bank dan lawyer.. tetapi pembeli rumah pula kena denda (pengalaman kakak sendiri kena bayar 2-4k masa nak ambil kunci)

jadi di sini.. lepas sign S&P , pastikan agent bank maklum ye segala progress dan pastikan bank release bayaran pada lawyer tepat sebelum tarikh ditetapkan lawyer untuk proses S&P kita..

supaya pihak pemaju/lawyer tak kenakan denda pada pembeli.. ramai tak alert hal ni sebab 1st time beli rumah.. sama mcm sy dulu.. bila dengar kakak cerita.. terus alert hehhe

ok kat bawah ni proses yang sy lalui .. mula2 dapat notis untuk ....

| PEMASANGAN METER API AIR |
Bulan 11 2021 mcm tu dapat email pengesahan nak suruh check alamat rumah kita betul tak..

bulan 4 2022 pula dapat email dan call dari TNB untuk pemasangan meter api dan air.. masa ni tak perlu bayar apa2 lagi ye.. pemaju yg bayar .. ni apa yg pihak TNB bgtau masa dapat call :)

Kos : RM510 (paid by pemaju)

| RENEWAL FIRE POLICY |

Bulan 3 2022 dapat surat untk update fire policy, lepastu dah blurr untuk apa ni ?? tanya agent bank.. agent bank kata abaikan melainkan pemaju ada bg policy untuk fire insurans.. baru kita bgtau agent bank supaya kita tak kena charge 2 kali..

| Cukai Taksiran/Cukai pintu/Cukai harta |
(PERLU BUAT BAYARAN 2x setahun
@ 1 tahun terus)

info:  
Cukai taksiran, juga dikenali sebagai cukai pintu, adalah cukai tanah tempatan yang dikutip oleh majlis perbandaran tempatan (PBT) untuk menampung kos membangun dan mengekalkan infrastruktur dan perkhidmatan tempatan spt pembaikan lampu tepi jalan, pembersihan taman, pengumpulan sisa pembandaran dsb untuk jadikan tempat kediaman selesa dihuni  

Bulan 5 macam tu dapat surat untuk bayar cukai taksiran penggal kedua .. ni pon sy bayar lepas dah dapat kunci sbb tak jumpa nak bayar kat mana hehee

Kos : Rm133

Boleh buat pendaftaran dan bayar di 

LINK BAYAR CUKAI TAKSIRAN
KEDIAMAN DI SELANGOR


1. https://ip3ks.mpks.gov.my/

ATAU

2. https://pbtpay.kpkt.gov.my/home


| SEBELUM DAPAT KUNCI RUMAH | 

bulan 6 dapat surat baki payment perlu dibuat
sebelum ambil kunci..

Kos: Rm240.17


| Penyerahan Kunci Rumah |


Masa ni ada wakil pemaju 2 org teman suami untuk
tengok2 rumah .. kemudian wakil ada bagi borang
untuk list defect .. dan kunci2 untuk semua
pintu dalam rumah..


| CHECK DEFECT |

Ikutkan kami tak tahu nak suruh siapa check kan defect.. nasib baik abg sndiri pandai bab2 mcm ni.. dia ajar kitorg step2.. dan cara filing ..jimat Rm200-300 bajet hahaha

apa yang perlu anda buat
untk check defect:

1) lukis pelan rumah semula kalau dlm S&P kecik sgt

2) labelkan setiap ruang dalam rumah
(supaya kontraktor tahu kat mana defect tersebut)

3) numbering setiap defect yang dijumpai

4) listkan nota beserta gambar dan lokasi bagi mudah kedua belah pihak nak ambil tindakan

defect yang perlu tgk:

-saluran air tersumbat atau tak
- water pressure ok ke tak
-ada kebocoran atau tak
- tgk tanda2 atap bocor
- hair line crack
-plug function ke tak
- ada tak lubang sana sini
-cat rata ke tak
-ada anai2 ke tak?
-ada lumut tak ?
(tanda2 ada bahagian dimasuki air)

CONTOH LIST DEFECT 👇
(cara kami hehe )


Lepas buat macam ni.. scan dan buat copy untuk kita double check lepas kontraktor dah betulkan.. make sure diorg repair apa yang kita komen.. kalau yang simple2 takpe.. kalau melibatkan bocor dan sebagainya.. kena ambil berat sikit dan beri perhatian lebih supaya tak bertambah teruk..

lepas submit defect di ofis pemaju , mereka perlu betulkan dalam masa SEBULAN, kalau tiada tindakan.. boleh resend atau tanya update pada pemaju ..

kalau masih belum bertindak dalam masa 2-4 bulan, boleh ke pihak atasan secara legal (tribunal) dengan buat surat hitam putih.. sebab bank masih pegang 5% dari loan.. belum release pada pemaju..

jadi anda tahu apa perlu buat kan :)






| JOIN GROUP WHATSAPP TAMAN |


Bila dah ada rumah sendiri ni walaupon belum duduk lagi.. pastikan kita kenal siapa kejiranan kita.. jangan menyombong heheh apa2 masalah nanti jiran2 juga yang akan bantu ..betul tak ? haa gitu mukadimah hahah

okay cara nak join .. korang cari facebook taman dulu.. mesti ada admin yang baik hati akan buat group untuk komuniti.. minta admin add korang join group whatsapp ye..




SEKIANNN...

masa untuk deco rumah mengikut citarasa dan bajet poket masing2...

Tahniah bagi yang berjaya dapat rumah selangorku.. ada yang belum.. teruskan mohon ye.. pastikan memenuhi kriteria dan syarat2 ditetapkan :)

next topik ?? nak setelkan loan rumah menggunakan emas .. boleh ke tak ? ikuti entri sy seterusnya dan doakan sy berjaya buat ye aminnn  :)

kalau nak sertai team kami simpan emas fizikal direct kilang BUMIPUTERA MUSLIM.. boleh follow sy :)

Follow fb & Ig untk testimoni 💗

💢Facebook page:
https://www.facebook.com/goldsistershop/