Friday, 25 January 2013

kenapa masalah selalu datang ni?


assalamualaikum..seronoknya rasa hati ni ..dapat berkongsi itu ini.. alhamdulillah Allah beri nikmat kesihatan yg baik.. setiap ilmu yg datang itu adalah dari Allah.. aku sebagai manusia hanyalah makhluk Allah yang turut sama mengalami kesusahan itu ini.. pengalaman itu ini..kisah baik dan buruk.. kadang2 aku tak pernah alami..tapi orang disekeliling yg pernah alami kongsi cerita dengan aku..so aku nak bgtau kenapa kita selalu ditimpa masalah... bagaimana mahu selesaikan masalah?


“...Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluannya).” (Surah a-Talaq: 2-3)


ok sebelum kita PERSOALKAN kenapa aku ditimpa malang.. kenapa aku ??bukan orang lain..kenapa dan kenapa?? sampai bila kita nak persoalkan?? jadi buat checklist ni dulu baru persoalkan:


1) sudah terbayar NAZAR yg anda buat??
2) sembahyang 5 WAKTU ..cukup?
3) PUASA anda cukup?kalau tak sempat ganti ni..
 4) kepada yg telah layak untuk bayar zakat..sudah bayar ZAKAT??
5) sudah BAYAR HUTANG kepada org yg bagi hutang?
6) sudah minta maaf dengan KAWAN2? tak salah kalau minta maaf dengan org yg kita tak buat salah pon..
7) sudah minta maaf dengan ibu bapa??
8) sudah memaafkan orang lain?
9) sudah buat SOLAT TAUBAT?


haaa..kalau semua yg tersenarai kat atas ni anda dah buat tapi tetap dilanda musibah.. jangan bimbang dan risau.. anda orang2 yang bertuah..anda telah dipilih oleh Allah untuk menerima sesuatu yg lebih HEBAT suatu hari nanti..sebenarnya setiap kesusahan,sakit, atau kerugian yg berlaku kepada manusia itu ada hikmahnya.... Allah mahu kita kembali mengingati Dia..sesetengah manusia yg kecapi kejayaan itu ini selalu lupa SIAPA yg beri kejayaan itu.. jadi, Allah cuma beri peringatan KECIL je tu.. untuk kita kembali mengingati, memohon dan menyayangi Dia..Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hamba-Nya melampaui kemampuannya.. jadi,teruskan berdoa untuk dimudahkan segala urusan ..in sha allah



“Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya.” (Surah al-Mukminun: 62)



 “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)

6 comments:

  1. Alhamdulillah, satu peringatan untuk saya juga, tapi bersyukurlah, kita rasa kita ni takda nasib, tapi bila kita check balik diri, barulah tahu kenapa. Orang lain kekadang lebih teruk nasib mereka berbanding kita. Salam jumaat

    ReplyDelete
  2. Peringatan buat diri ini :)

    Dah follow! Jemput follow back.. Komen sekali tau ! Ada entry baru cyap :)

    ReplyDelete
  3. Entri yg sangat baik & bermanfaat....Alhamdulillah,sebagai checklist utk muhasabah diri sendiri...:)

    ReplyDelete
  4. nice sharing..moga menjadi peringatan buat diriku
    follow sini..yg ke 200

    ReplyDelete
  5. muhasabah diri hamba yg penuh dosa dan hina ini :')

    ReplyDelete

Do comment this entry :)