Thursday, 24 January 2013

apa kelebihan berselawat?

haii..assalamualaikum..SALAM MAULIDUR RASUL semua.. wahh seronok kan..seronok apa??seronok dapat cuti??tahukah kita tarikh keramat ini tarikh apa?? hermm tarikh ini di mana NABI MUHAMMAD s.a.w di lahirkan.. kita sebagai umat nabi haruslah sentiasa mengingati baginda sepertimana baginda juga mengingati umatnya.. tahukah kamu bahawa semasa nabi menghembuskan nafasnya yang terakhir.. baginda tidak meminta kepada malaikat untuk ditangguhkan dulu ..tetapi baginda masih sempat menyebut UMATKU UMATKU.. lihat??!! baginda begitu sayang kepada kita umatnya.. baginda seorang nabi yang sangat baik.. sangat rendah diri masih ingat kepada kita umatnya walaupun tidak pernah melihat kita..tetapi kita ?? apa yg kita lakukan untuk baginda yang sudah tiada?? maka dengan itu BERSELAWATLAH !!banyak kelebihan berselawat ni..antaranya

banyak kelebihan2 berselawat kawan2.. antaranya :

1) menjadi penyebab doa dan amalan baik diterima Allah

2) boleh menghapuskan dosa

3) jaminan untuk mendapatkan rahmat Allah dunia dan akhirat serta syafaat nabi s.a.w

4)menjadi benteng sifat munafik dan kafir 

5) selamat dari huru-hara hari kiamat

6) salah satu amalan yang paling utama

7) tiket untuk mudah memasuki SYURGA..

8) menggantikan sedekah jika kamu tidak mampu bersedekah dengan duit..

9) dikasihi nabi dan turut serta mendampingi nabi di syurga nanti

10) hati menjadi lebih tenang

11) wajah bercahaya


# Rasullullah s.a.w telah bersabda : "di mana sahaja kamu berada berselawatlah kepadaku, nescaya selawat itu sampai kepadaku.. (Riwayat al- Tabrani daripada husain bin ali r.a)


Cuba amalkan ini juga dan lebih baik share kan kepada orang lain:

Setiap lepas solat fardhu.

1) Istighfar 11x
2) Selawat 11x
3) Al fatihah 1 x
4) Al-ikhlas 3x
5) Subhanallah 33x
6) Alhamdulillah 33x
7) Allah Huakbar 33x
8) Kursi 1x

Sebelum tidur.

1) ambil wuduk
2) kibas tilam dgn kain atau selimut sambil selawat, buat secukup rasa jgn sampai hancur tilam  tu
3) tidur mengiring ke kanan. minta maaf dan maafkan semua org yg pernah buat salah dgn kita.
4) baca bismillah........ 21x sambil niat Allah lindungi kita dari gangguan jin dan manusia yg berniat jahat.
5) baca surah al-ikhlas,al - nas, al- falak
6) baca ayat kursi..hafalkan? kalau tak cari buku ok..
7) baca doa tidur "bismikallah humma ahya wa amut"
8) semburkan ke telapak tangan dan sapukan keseluruh badan *elak disihir atau didekati syaitan in sha allah..
9) bila semua dah settle, tetapi tak boleh nak lelap, zikir lah Allah Allah Allah. mula-mula guna mulut (ada suara, perlahan). lepas tu dlm hati le kalau mulut penat..kalau boleh selawatlah sampai tertidur pon takpe.. heeehe








1 comment:

Do comment this entry :)