Wednesday, 5 August 2015

Cara Apply Master in Science : UPM

assalammualaikum ..salam sejahtera semua... so, setelah habis pengajian dalam bachelor (Hons) in major chemistry.. aku terus apply untuk sambung master in analytical chemistry kat upm..

ok, first of all, what u need to do are :
1. Choose your favourite supervisor (yg ni penting , pilih yg korang dah selidik latar belakang dari kwn2 ke.. supaya tak terkena dgn certain supervisor yg "kaki buli" ni..so korang akan rasa comfortable bila bekerja dgn dia nanti. eh, tapi setakat ni lecturer upm takdelah yang main buli2 ni.. semua baik2 tauu.. jgn risau.. hehehe.)

2. Register kat school of graduate studies portalhttp://sgsportal.upm.edu.my/

nak daftar portal ni kena bayar yuran tau . aku kena RM 60++ (GST included T_T)
(bila dah login. adalah kena download dan isi certain borang dalam portal tu sendiri , make sure korang upload borang tu semula dgn jayanya tau.. kalau tak application korang tak complete, and make sure korang tak tick kotak kecik kat bwah sekali.. once korang dah klik.. tak boleh edit document or data yang korang dah isi. )

3. kena tunggu offer letter (macam aku , urusan dapat offer letter ni amik masa selama sebulan lebih  sebab our offer letter akan sampai ke fakulti yang kita apply lepastu akan ke tangan our choosen supervisor. bnyak flow so, it takes time ) surat kita ni provisional tau.. kalau nak apply mybrain kna tukar kepada "tawaran penuh". so pihak sgs bgtau suruh bwak surat senat, transkrip akhir dan surat tawaran (provisional) .

4. bila dah dapat offer letter , boleh lah guna untuk apply kolej pula.. cari lah kolej ke rumah sewa .. area upm ni.. it depends on u.. 

5. Cari dana untuk tanggung yuran korang .. ada macam2... contohnya MARA , KPM, YAYASAN SELANGOR ke (ikut kawasan korang lahir ) , ZAKAT ...  tak pon korang kena lah cari duit lebih dengan jadi Research Assistant (RA) ke.. apply jadi demonstrator kat lab ke.. jadi cikgu tuisyen ke.. so many ways to find money.. its all about choices.. hehehe

6. Register master (24/9-4/9/2015 ) 
tarikh register ni berubah ikut semester yang korang apply.. aku apply first semester.. so kemasukan aku bulan september.. sape yang buat defendment, atau nak apply second semester akan masuk pada bulan 2.
tempat untuk register , jumlah yuran yang kena bayar ikut kos ,pihak SGS (school of graduate studies) will emailed us after we got our offer letter.

7. Masa register ni nanti korang kena lah bawa document  :
-borang permohonan kad matrik
-borang laporan kesihatan
-Duit yuran (aku punya yuran RM2106 again GST included -__- )


that's all... any question or suggestion ... kindly comment me .. thankyouuu :D


Nak menabung emas fizikal ? boleh buat simpanan emas untuk sambung belajar nanti.. atau nak beli emas harga kilang ?

beli dengan Goldsistershop okay ? murah berpatutan direct kilang muslim 😊



http://www.wasap.my/601126303509/HaiNakBeliEmas
.
.
iellakylla Share info emas/isu Semasa:
https://t.me/GoldsisterShop
.
.
Follow page & Ig untk testimoni :
Facebook:
https://www.facebook.com/goldsistershop/

 
 




Tuesday, 4 August 2015

STUDENT'S BUDGET TRIP : MELAKA GETAWAY


hai assalamualaikum.. 

hokeyy sekarang aku nak buat review untuk kengkorang yg suka berjalan dan kaki jalan tu.. kalau nak buat short trip plus budget trip..  dalam sehari je dah cukup untuk berjalan kesemua tmpat yg aku pg ni.. 

1. A FAMOSA

haa bila sebut melaka. tak sah kalau tak pg A famosa.. ni trip jimat.. so korang takyah lah masuk ye.. lalu kat depan tu bergambar je ngan kawan2..  hehehe *tiru macam kami*

2. DATARAN PAHLAWAN 

dataran pahlawan ni depan A famosa je sbnarnya.. dan sbnarnya dataran pahlawan ni tempat yg dispesifikasikan sbg shopping complex..  so kami tangkap gambar sekitar kawasan tu je lah.. tadaaaa


tu diaaa tu diaaaa.. nak tunjuk hebat  pon tak tgk ada makcik kat blkg tu.. habislah kna langgar woi.. hahahaha
Group 150 .. hihihiii

jangan dekat .. !! 

2. PANTAI KLEBANG 

haaa yg ni pulak kalau korang nak bergambar kat atas pasir pantai.. ala ala padang pasir *cuma kat sini takde unta hokey * hahaha


opss.. tapi sebelum tu.. korang kna tau susah payah nak masuk kawasan ni.. 
biar gambar berbicara.. hehehe


hahaha nampak takk?? kereta tak boleh masuk sampai pasir kaler brown tu.. sbb pasir dah mula tebal.. ada jugak masa tu kami tlg tolak kereta dari group lain yg dah tersangkut kat tengah2.. nak2 pulak group tu smua gegirls.. nasib baik kami ada jejaka 4 org ni.. heros of the day lah kiranya ni *YEKE?*

3. MASJID SELAT MELAKA 

masjid ni femes ye kat melaka.. dahla cantikk dikellilingi laut selat melaka pulak tu.. sebab tu nama masjid ni masjid selat melaka.. haaa

view siang 






view malam 

cantik kannn .. dikelilingi laut.. tapi tak guna cantik kalau korang singgah untuk bergambar je.. solat lah sekali yee.. hewhewww  (credit gambar : google)
so, itu je yg aku dapat share.. hehehe harap dapat bagi korang idea ye.. walaupon tak bnyak kihkih.

pesanan ringkas : dah kata budget trip.. so duit minyak, duit tol korang tong-tong lah ye.. jgn nak ingat naik kereta kawan tu free.. minyak naik skrg ni.. jgn smpai kwan kita pon naik minyak jugak.. haha okayy have a safe trip guys.. tataaaaa.. 

Sunday, 5 April 2015

Tips: cara untuk kembali BERSEMANGAT !!

   
assalammualaikum semua.. salam sejahtera.. salam bahagia.. salam satu Malaysia.. salam hari raya.. ehh ya allah teruk sgt aku ni.. merapu meraban pulak.. maaf ye readers..so, ni cara aku untuk kembali bersemangat.. yelah..macam2 masalah kita hadapi semalam.. so hari ni kita kna buat sesuatu untuk kembali bersemangat....supaya tak spoil mood kita for the whole day.. 
       

1) EMOSI 

emosi manusia selalunya tak stabil.. lagi2 kaum perempuan macam aku ni.. kadang2 marah .. kadang suram seram.. kadang2 happy smpai terlompat terbalik.. kadang2 mood sedih tetibe.. ini bukan pelik.. tapi benar yee. most of the girl out there have a same emotion with me.. have a same feeling with me.. cara aku atasi emosi marah (rasenye emosi marah la emosi negative dlm bnyak2 emosi .. betul tak ?) so apa yg aku buat : 

contoh : kalau aku tetibe rasa marah kat seseorang.. aku akan diam .. relax.. tarik nafas.. lpas tu aku akan cari kawan, atau buku atau apa2 yang menggembirakan.. aku takkan pikir pasal perasaan MARAH tu.. so lama2 hati aku akan sejuk dgn sendiri.. dan aku selalu set mind.. buat ape lah marah kat org.. diri sendiri pon banyak buat silap.. rileks la.. maafkan org tu kan mulia..
 seeee lpas tu aku akan kmbali ceria dan hati pon tenang.. ingat, kalau kita simpan dendam atau makan hati dgn org lain.. kesihatan kita pon mungkin akan terganggu.. lebih2 lagi penyakit hati.. believe me.. hahaha (ketawa sikit la.. nape masam2 nih ? )
pagi2 tu senyum sikit.. walaupon takde benda yg membuatkan kita senyum.. bila kita tersenyum.. hati kita dgn sendiri rasa ceria.. betul.. aku selalu buat.. senyum dgn org yg sekeliling tu kan elok.. 


2) SUASANA

suasana ni maksud aku.. sekeliling aku.. sbg contoh.. kalau rumah.. untuk dpatkan suasana yg ceria.. suasana yg FRESH.. kita kena tukar perabot2 dlm rumah kita kalau boleh setahun sekali.. OPSS jangan marah.. kalau yg rasa kewangan menjadi penghalang ( macam aku la..) aku akan gunakan cara lain.. aku akan tukar KEDUDUKAN barang2 atau perabot dlm rumah.. so kita taklah rasa bosan je bila masuk rumah.. bila tak bosan.. kita akan rasa bahagia.. takdelah NEGATIVE minded akan terjadi.. betul tak ? sbg contoh knapa waktu raya mak kita tukar langsir , tukar kusyen baru ? tentu lah sbb nak bg keadaan dlm rumah nampak fresh .. nanti time raya pon seronok je.. taklah rasa raya tu suram  sepii je.. kann..
tenang kan gambar ni.. nature is the best tool to be fresh.. 


3) PAKAIAN

orang yang ada sikap mudah bosan macam aku ni.. aku suka tukar2 atau beli pakaian atau attire baru selalunya setahun tu 2-3 kali aku akan beli baju , kasut , beg atau jam tgn baru... selalunya baju baru tu aku beli online je.. sbb baju muslimah yg setakat ni mnjadi pilihan hati aku hanya di jual secara online.. hew hew.. senanglah nak shopping.. tak payah nak bersesak tengah panas.. aku rimas sikit.. jenis yg tak tahan.. nanti nak pengsan.. bukan mengada.. ni penyakit tau penyakit.. hahaha 

haaa takpon aku akan matching kan baju tu dgn tudung yg berlainan warna.. kalau hari ni pakai baju biru dgn tudung biru.. minggu depan aku akan pakai baju biru yg sama dgn tudung warna kuning..tak pon pakai skirt pulak.. macam2 kita boleh buat.. tak semestinya kena beli baju baru .. ( ini juga salah satu cara nak berjimat ..ok ..jgn membazir.. musim kegawatan ekonomi skrg ni hahaha) 
so, bila aku mulakan hari aku with a new attire..  aku akan jadi bersemangat untuk sepanjang hari tu..  semangat tu la yg membuatkan aku berpikiran positif


4) RESULT

ni sesuai bagi sesape yg bernama pelajar la kot... in my situation, setiap kali aku dapat result exam.. aku semestinya akan down. tak penah la tak down.. markah teruik uihh.. mane tak down kan.. tapi lpas beberapa ketika .. aku kan kmbali ceria.. caranya .. aku akan cerita kat kwan2 *yang boleh dipercayai*.. kadang kawan aku tu markah tinggi.. so dia bg aku semangat.. ( ayat yg paling aku suka dari sorang kawan baik aku ni.. " rileksla, ni semua DUNIAWI je " ) bila sebut je ayat ni aku jadi tenang semula.. one more thing kita kena usaha la dulu.. baru betul.. ini tak usaha.. tetibe bila dpt mrkah rendah, kita salahkan takdir.. tak boleh tau mcm tu... 

selain tu,  aku selalu pegang dgn kata2 mak aku " kalau rezeki ila bukan kali ini... mungkin akan dtg, jgn pernah putus asa..sentiasa doa , dan tawakal , solat dhuha kena buat ..paling liat pon kena buat seminggu sekali.. solat dhuha tu penarik rezeki..  "

p/s : tiada siapa boleh mengubah diri kita melainkan diri kita sendiri.. cuba cari jalan penyelesaian.. jgn salahkan keadaan.. sebab keadaan tu kita sendiri yg cipta.. smile =)

takde sape boleh ubah kucing ni kecuali edit mata dia jd comel mcm ni.. geram nengokk.. comel giloss ! haha kbai.


Tuesday, 10 March 2015

CARA TRADISIONAL BUANG HILANGKAN JERAWAT


KENALI JENIS JERAWAT 

PUNCA JERAWAT TUMBUH



PETUA & CARA HILANGKAN JERAWAT


1) Cara Untuk Hilangkan Jerawat Batu

1) Ambil telur putih sahaja , masukan telur putih dalam bekas kecil..kemudian ambil Kapas, dan ambil cebisan kapas kecil , sapukan telur itu di kapas..

2) letakkan di jerawat itu, sebolehnya lakukan cara itu sebelum tidur..

3) hasilnya ,jerawat itu akan melekat di kapas itu…


2) Hilangkan Jerawat Halus
Untuk mangatasi masalah ini ambil dua sudu tepung ubi. Kemudian dicampurkan dengan air asam jawa. Biar kelihatan pekat. Simpan dalam pei sejuk selama 1/2 jam. Sebelum tidur pakai sebagai mask/topeng.


3) Menghilangkan Jerawat

Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .


Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.


Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.


Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.


Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.


Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.


Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.


Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.


Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

3) Menghilangkan Bekas Jerawat

Petua 1 : Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama  seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.


Petua 2 : Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.


Petua 3 : Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu.


Petua 4 : Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.


Petua 5 : Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam.


Petua 6 : Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 7 : Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.


Note: semua petua2 ini dikreditkan dan diambil dari buku "masalah wanita"..selamat mencuba :)

Sunday, 7 December 2014

Tips : CARA HADAPI SI PEMARAH

Assalammualaikum.. salam sejahtera ... semua sihat ? eheehe ok nak tanya ni. pernah tak hadapi situasi berdepan dgn seseorang yang agak GARANG .. cepat MARAH .. hurmmm.. situasi aku . aku memang di besarkan dalam kalangan org yg memang panas baran.. (tapi belum sampai tahap pukul memukul yeee .. hehe) sebab tu aku tau cara untuk kita COOL DOWN kan org yang panas baran ni.. tapi taklah expert.. kekadang menangis jugak... sebab kena marah  hahaha ... lama2 dah jadi alah bisa tegal biasa ( maksud : dah biasa sgt )  

aku praktikkan cara2 ni dah lama dah .. so apa dia ? mari baca .. hehehe

TIPS 1 : DIAM

masa dia tengah marah kita ... kita sepatutnya kena diammm jee.. kalau boleh buat muka sedih.. JANGAN sesekali nak lawan balik. ingat .. api kalau di beri minyak.. akan membara .. sampai tahun depan tak habis.. so cara aku.. aku akan diam..

smpai dia berhenti cakap.. aku akan diam. smpai aku tengok dia tak bangkitkan hal "tadi" haaaa masa tu dia akan cakap " ila, mak mintak maaf.. mak marah tadi. sebab mak syg ila" (sambil peluk dan cium ubun2 aku ) aku yang kena marah tadi... mula2 hati cekal tak nangis..bila dah kena pujuk cenggitu.. mengalir air mata weh.. terharu... mak masih syg aku ? yeayyh :') then, bila dia dah sejuk. mulalah sesi bermaafan antara kita.. cehhh  - tips kalau kena marah ngan mak atau ayah. 
TIPS 2 : BAGI SENYUMAN

ok. yang ni pulak tips kalau kena marah ngan kawan.. haaa kadang2 ada org tu lepas dah kena marah terus cakap " AHHHH , AKU TAK NGAM LAH NGAN DIA, sikit2 nak marah.. sikit2 nak mengamuk " kamon guys. benda ni tak boleh setelkan problem korang.. korang secara tak langsung dah putuskan sillaturrahim.. Allah murka bg sesiapa yg cuba putuskan hubungan sesama saudara ni... ingattt.. ok,

so cara aku , kalau kena marah.. aku akan diam.. macam biasa. tak pon aku akan bagi senyuman menawan.. buat2 macam manja2 sikit.. tapi jangan buat gedik. nanti org meluat.. kahkahkah.. tahu kan beza MANJA dan GEDIK ? kalau taktau.. tanya pakcik google.. heheheheeh nanti lama2 dia cool lah.. yg penting kita tak melawan..

tapi kadang2 aku pon tak tahan.. tapi ntah. dari mana kekuatan yang Allah bagi.. smpai aku mampu tersenyum. mungkin sebab aku cakap dalam hati  .. " AKU SAYANG KAWAN AKU NI WALAU MACAM MANA PON PERANGAI DIA .. and aku selalu set mind.. once kau pernah jadi kawan aku.. sampai bila2 kau tetap kawan aku.. cuma ngam tak ngam tu belakang kira. hehehe :D


TIPS 3 : HATI SEJUK

cara ni untuk diri sendiri.. ada jenis manusia yang MUDAH SEJUK, dan ada yang lambat .. aku ni pulak. memang seorang yang pemarah TAPI CEPAT SEJUK.. bila aku tgh marah.. aku akan duduk sengsorang.. aku taknak org ckp ngan aku.. (beranilah tegur kalau nak kena #$#*&^^!@##@*) hehehe

so, masa aku diamkan diri tu  aku akan pikir balik apa jasa org yg marah aku tu pernah bg kat aku.. even ada satu... aku akan cakap " humm dia pernah buat baik kat aku dulu, takkan lah nak marah pasal hal kecik ni je pon " pastu suddenly ... aku akan happy balik..

then aku boleh borak semula seperti biasa. cuma satu je. "JANGAN UNGKIT HAL TADI " kalau tak hati aku akan MERAJUK / MARAH semula.. haa senang kan.. senang kot bagi aku... haha (dah 8 tahun praktikkan cara cool down kan diri ni.. and its really works! )   . sebab tu aku yang SEKARANG bukanlah yang DULU.. kalau tanya kawan2 sekolah menengah aku .

mereka akan ckp.. haah.. Khalilah tu garang.. panas baran. hahaha ... usia makin meningkat, cara aku makin matang , nak setelkan hal kecik ni pon kena matang lah . kalau tak dari hal kecik. akan jadi rumit .. betul tak ?

TIPS 4 : MINTA MAAF 

haaa yang ni.. kalau lah kita nak bg org tu COOL DOWN.. apa kata kita terus je minta maaf kat dia. EGO tu campak tepi dulu.. ego ni lah BATU BESAR dalam diri kita yg mmbuatkan kita tak reti nak minta maaf .. even kau tak salah pon. kau boleh je minta maaf .. MENGAKU SALAH TAK BEERTI KITA KALAH.

set this quote into ur mind my lovely friends :) ok, mungkin korang malu nak cakap depan2 ,.. just send a letter. lagi senang hantar message ke.. bnyak cara kot.. haaa kalau nak bg dia senang ngan kita.. bagilah hadiah sikit... paling murah paling senang nak bagi.. bagilah COKLAT.. ehehehe pastu kau selitkan lah kata2 manis kat situ " I AM SORRY" .. senang kann ? kann ? 


P/S : aku admit . dalam situasi yang "GENTING" lagi "HENING" tips 1 paling berkesan.. DIAM.. ok itu je cara2 aku untuk hadapi diri sendiri yang pemarah dan hadapi orang sekeliling yang sedang marah :)  selamat mencuba :D 

Sunday, 7 September 2014

RESEPI TIPS : 12 simple and easy-to-make FOOD ..mesti cuba !

hai.assalammualaikum readers .. sihat tak ? dah sarapan ?? haaaa kat sini aku nak share some ideas yang korang boleh guna untuk menyediakan sarapan dengan cara paling kreatif dan senang.... ehheehe.. gambar dah ada step2 dia.. so korang just follow ikut step owkeyyy.. 

TRY 1 : bread cookies with chocolate 



TRY 2 : roti gulung with melt cheese .. yummy 

 TRY 3 : ala ala batang buruk la ni.. 

aku dah buat dah.. mak ajar .. yang serbuk tu guna chili  atau kacang hijau takpon nestum (kisarkan)

 TRY 4 : Roti telur satuuu.. haha

bagi tak membazir roti yang dah di potong empat segi tu.. kita guna balik dengan tutup atas telur yang dah masak tadi..  

 TRY 5 : ala2 roti bakar.,. sedapppp

dah try.. aku rasa macam roti bakar.. tapi bila buatkan untuk mak.. mak suka.. ehehe u should try okeii..

 TRY 6 : eskrem goreng.. 

ni trending tau sebelum keluar ready made kat tv,, uhuhu

 TRY 7 : karipap coklat with marshmallow ..

ni tak try lagi.. sbb taktau nak buat pastry karipap tu.. kalau korang dah try.. boleh la share yee kat komen.. =)

 TRY 8 : simple cookies 


TRY 9 : hotdog + egg 


TRY 10 : banana cookies covered with chocolate.. 


TRY 11 : roti gulung with strawberry coklat .



TRY 12 : pancakes tanpa tepung.. 



pengalaman latihan industri Frim,Kepong (part 2)

hai hai semuaaa..  entri kali ni. aku taknak cerita banyak.. cuma selepas berhempas pulas aku berpraktikal di FRIM,kepong .. ini hasilnya.. ini kegembiraan, ini suka duka.. ini kenangan selama 2 bulan di sana.. sambungan entri yang pertama dulu tu.. yang ni ---> pengalaman latihan industri

 mai mai tengok ehee :')

jamuan raya FRIM 






hari presentation + jamuan raya MAAK 

dup dap dup dap.. ni hari khamis. bsok jumaat last praktikal. gila lah. ni  last minit punya ready nih.. haha

present in front of those staff and head of MAAK + my own supervisor

sesi soal jawab.. banyak yg terkantoi sbb " masih belajar kan " moga selepas ini paham konsep kimia selanjutnya.



ni lah kakak2 RA yg rapat dan selalu tolong aku.. haa yang tudung hitam tu pon student.. huhu 

staff MAAK ( sebelum ni  + sekarang ni)

free style.. haaaa

thanks to my supervisor ( Dr nasir bin mat arip) dan ketua lab MAAK (pn salamah selamat )  , kak sabariah , kak najmah , kak nora, abang din dan abang wan .. in case kalau aku lupa ..boleh baca entri ni.. hehehe

ni report yang SUDAH di hantar.. syukur alhamdulillah =)

sekitar kawasan di FRIM 

cantik tak cantiklah kan frim nih.. selalu ada sesi photography org kawin tauuu..  natural view gituu

" will you stand beside me and walk next to me ? " 



meh habaq mai.. daun dia besar weihh.. boleh jadikan tmpat berteduh.. 

"batu belah.. batu belah.. telan lah aku ..aku kempunan putera raja.." haha 

bajet jd model lah kan.. T_T 

ni zulaikha. satu UPM. sama kos. satu tmpat praktikal

ehehe.. =)

nak knal? boleh pm yee.. huhu


last word : frim ni bukan sahaja tempat student kimia.. malah student engineering , perubatan ( ada kot) , biologi , mikrobiologi , perhutanan (sudah semestinya) dan  bnyak lagi kos yang korang boleh atau CUBA apply kalau nak buat intern kat sini..

sbb frim is used to be a place for them doing a new research on something (selalunya on kayu atau natural thing).. apa salahnya kalau nak mencuba.. mana tau ada rezeki korang kan.. just hantar resume kat HR.. diorang akan decide which department you will be locate.. ok guys.. ? kalau nak tgk apa yang aku buat .. projek apa aku kena buat .. meh siniii --> pengalaman latihan industri