Wednesday, 5 May 2021

Gold Info: Kenapa Saya Pilih Emas ORODESIGN ( EMAS HARGA KILANG ) ?

 Assalammualaikum dan salam sejahtera readers :)

Terlalu ramai skrg ni yang keluarkan emas jenama sendiri, emas melalui pembelian akaun pon ada.. jadi saya sendiri terpanggil untuk compare dengan jenama lain.. sebab saya sendiri nak buat tabung emas tapi nak yang berbaloi .. 

so, KENAPA SAYA BELI DAN PILIH EMAS ORODESIGN yang DIJUAL DIRECT DARI KILANG sebagai simpanan emas saya??


First of all, saya hanyalah manusia biasa yang kerja juga biasa2.. jadinya mampukah saya membeli emas dengan harga yang mahal tiap bulan ? dan sudah tentunya sy hanya mampu beli 1 gram tiap bulan.. kalau anda kaya.. sudah tentu anda mampu.. tetapi tidak bagi sy

Jadi, ni semua adalah point ..WHY saya beli dan jadi pengumpul emas ORODESIGN since 2020 ...

sebelum ni ada hasrat nak mulakan saving dgn emas..tapi tak jumpa yang betul2 ..yg tiada unsur riba atau gharar (meragukan) .. sebab tu sy tak pilih yg berkonsepkan akaun .. sbb emas ni item ribawi.. bila beli emas, kena dpt emas bila kita perlukan..

1) EMAS FIZIKAL ( Bukan Akaun)

ORODESIGN ni adalah system jual beli EMAS, DAPAT EMAS FIZIKAL tau.. takde akaun2 emas ni hehehe

sebab apa disarankan simpan emas fizikal ? supaya senang dicairkan menjadi duit bila terdesak ..sama ada untuk pajak atau jual .. if kita simpan emas dalam akaun.. akaun tu ada masalah.. kita pon tengah nak guna duit.. who knows kan.. emas dalam akaun tak dpt dikeluarkan.. even bank pon kena godam dengan penjenayah berkolar putih inikan pula akaun emas.. apa2 ciptaan manusia ni.. mesti ada cacat cela nya.. takkan sempurna.

so untuk elakkan dari berlaku.. simpanlah sendiri.. jgn pula dicanang2 berapa kita simpan. ye.. NO NO

org vietnam, menggunakan emas semasa darurat.. untuk kelangsungan hidup mereka.. kita pula nak simpan dlm akaun? tahukah anda.. simpan emas fizikal .. LHDN taktahu berapa banyak "harta" anda.. :)

for your info lagi, emas dlm akaun ni nampak je murah..lagi2 bila korg baca "buka akaun dan mulakan dengan RM100", tapi bila nak keluarkan emas korg.. ada cas tauu.. ramai yang tak tahu perkara ni.. so tolak tambah jadi mahal jugak harga emas 1 gram korg 

tp kalau nak beli emas secara ansuran..sbb tak mampu nak bayar penuh .. tanya dulu mana2 dealer orodesign yg TRUSTED dan SAH.... sama ada boleh buat ansuran atau tak.. mcm sy, sy buat ..cukup payment harga yg dah deal, baru sy akan pass emas ke customer sy ..tiada cas tambahan, cod/post je kena cas..

2) DIRECT KILANG BUMIPUTERA MUSLIM

bila ada kilang sndiri ni.. kilang pula dlm malaysia je.. bukan luar negara.. jd, stock mestilah ada sentiasa.. takkan ada isu stock habis.. mungkin kdang2 terjadi sbbkan PKP..terbatas pergerakan nak keluar ambil stock..  tapi tak lah lambat sampai berbulan baru nak dpt emas kita beli.. kan ??

kemudian, ada jaminan untuk mudah jual semula emas lama/rosak/patah/kemek ke kilang.. janji tulen .. sbb kilang nak proses emas baru.. dan harga buyback kilang ambil pon tggi ye :)

tambahan lg, kalau jd dealer, boleh je pickup emas yg kita beli di HQ.. ni bertambah best ni kan? :)

3) HARGA MAMPU MILIK

FYI, kilang MAA adalah pengeluar atau supplier brg kemas untuk kedai emas juga yee.. dah kata direct kilang.. jdnya, kita tak perlukan orang tengah untuk membeli.. sebab tu harganya jauh lebih murah dari kedai-kedai emas

dan jauh lagi murah dari emas FIZIKAL jenama lain ..Saya pick beberapa jenama yang sy kenal dan tahu lah yee..

Emas fizikal Public Gold : 1gram, Rm350

Emas Jubli Siti : 1gram, Rm360 


Emas Rizalman : 1gram, Rm290

 


manakala, harga

Emas ORODESIGN : 1gram, Rm260+ sahaja



4) SPREAD/SUSUT NILAI RENDAH

Spread Goldbar ORODESIGN Vs Jenama Lain
 
Apa itu spread/susut nilai ? spread ni adalah berapa banyak beza antara harga kita beli dan harga untuk kita jual semula nanti.. if kita beli, then bila nak jual..kita dpt HARGA TINGGI dari masa kita beli.. maksudnya percent spread untk emas anda adalah RENDAH.. 
 
kena tengok juga untuk jangka masa berapa lama.. mcm sy, sy beli dpt untung walaupon beza beberapa bulan..

okay sy bagi contoh.. pembelian sy sendiri ..
sy beli 10g pada NOV 2020 (harga dealer)
 

ini table harga jual pada April 2021 ..jd, jangka masa adalah 5 bulan

Nampak tak baru beberapa bulan saya dah dpt untung Rm126/10g 

if kita jual di kedai emas.. kebanyakan kedai emas akan ambil emas anda dengan harga rendah.. sbg contoh anda beli 10g pada Nov 2020 dgn harga Rm2479 bila nak jual kat kedai, kedai pula letak harga Rm2100.. jd kat sini anda rugi if anda tetap jual..so, kena tunggu lagi beberapa tahun atau beberapa bulan untuk dapat untung..


ada pula customer ni beli dari jenama PXXX tapi selepas 5 tahun dia nak jual semula.. even jual semula pada jenama tu sendiri.. diorg ambil rendah ..5 tahun tu jangka masa yg lama juga ye.. dan mungkin juga masa tu harga emas tengah merundum..sy pon tak pasti



kenapa macam tu ye? okay.. sy terangkan

kenapa Kilang atau dealer orodesign ambil emas anda dengan harga tinggi?

sebab Kami ada kilang sendiri.. kami memerlukan raw material untuk keluarkan emas baru.. manakala, kedai emas atau jenama lain yg takde kilang sendiri atau kilangnya diluar negara tuu.. 

perlu tengok keadaan emas anda dari segi luaran.. sebab mereka perlu jual semula kepada org lain.. so, kalau emas anda dah pernah dipajak.. dan emas anda pula jenis LAMINATE.. maka, kedai emas akan meletakkan harga rendah untuk beli emas anda.. sebab emas anda dah di"usik".. dan plastik goldbar dah ditoreh untuk staff ar rahnu test ketulenan sebelum anda dpt wang anda.. dapat sesuatu? 

kebanyakan kedai emas mcm ni ye..tp, tak semua.. jd..kena tanya lah dulu ...survey banyak tempat.. jgn baru pergi satu tempat..kedai kata tak terima goldbar.. terus kata rugi simpan emas.. 

sebenarnya banyak lagi kedai emas lain.. tak pon boleh jual kpd org.. dpt lebih tggi nnti..

jom tengok lagi keuntungan dealer lain.. semuanya adalah REAL testimoni dari dealer orodesign sendiri..




spread Antara Goldbar dan BARANG KEMAS pon ada tauu..

Spread Goldbar vs Barang kemas

1. Spread/susut nilai

Susut nilai bagi emas perhiasan adalah diantara 20-30% sedangkan susut nilai goldbar hanya 6-9%. Susut nilai ini akan dapat diperolehi semula dengan peningkatan harga emas. Jadi keuntungan goldbar adalah lebih cepat daripada emas perhiasan.

2. Upah
Selain spread yang tinggi, harga emas perhiasan ada kos upah. Kos upah boleh mencapai ratusan berdasarkan kesukaran membuat barang kemas tersebut. Goldbar tiada kos upah.

3. Jualan balik

Harga jualan balik emas perhiasan sangat rendah. Sebagai contoh, jika anda membeli emas perhiasan dan goldbar sebanyak masing-masing RM 10,000 dan ingin menjual pada hari yang sama, emas perhiasan, anda hanya akan dapat paling tinggi RM 8,000 manakala untuk Goldbar anda akan dapat paling tinggi RM 9,400. Jadi yang mana akan meminimumkan kerugian atau mempercepatkan keuntungan anda?

4. Emas rosak
Harga goldbar masih tinggi walaupon patah/calar. Emas perhiasan akan mengalami kejatuhan harga yang sangat drastik jika patah/kemek/rosak.
 
NOtes : Sebab tu anda kena tahu apa tujuan anda simpan emas.. kalau untuk pelaburan, simpanlah emas 999 atau goldbar.. kalau untuk perhiasan beli lah emas 916 ye 

5) ADA DESIGN SLOT CARD (MESRA AR RAHNU)
 
 Goldbar dari Orodesign ni ada buat design slot card macam ni tauu..kat tempat lain biasanya akan buat bentuk casing atau laminate.. so kalau nak pegang emas tu kena koyakkan atau potong kad..

kelebihan slot card ni.. just slot in keluar masuk kad tu je.. tak perlu potong bila nak pegang emas tuu..
 

so, bila nak pajak.. staff ar rahnu tak perlu koyakkan plastik dah.. just slot kad tu keluar masuk.. dpt pegang dan test ketulenan emas kita tu hehee

nampak kan bezanya ..jadi jgn pelik dengan design terbaru ni yee.. semuanya yg bos kami buat adalah untk bg item MESRA AR RAHNU supaya senang anda nak gunakan emas anda nanti dan mudah untuk dijual juga walaupon sudah masuk pajak..
 
6) BOLEH TUKAR GOLDBAR 916 KE BARANG KEMAS


 SPECIAL DARI ORODESIGN, ANDA KUMPUL GOLDBAR 916 (TIADA UPAH) KEMUDIAN BILA NAK PAKAI BARANG KEMAS.. TUKARKAN SAHAJA.. 
 
CONTOH:
anda ada goldbar 916 4g, anda nak beli brg kemas 4.87g maka, anda perlu bagi ke kilang/dealer sah orodesign 4g goldbar tersebut dan perlu tambah upah dan lebihan berat tadi.. best kann? jimat sgt sbb anda beli goldbar tersebut masa harga rendah :)



7) BOLEH JUAL EMAS LAMA SEMULA KE KILANG
 
ORODESIGN MENERIMA SEMUA JENIS EMAS LAMA TAK KIRA JENAMA, JANJI TULEN :)



UPDATE 30/9/2021 :
SERAMAI 52 DEALER BERDAFTAR DI BAWAH GOLDSISTERSHOP DARI SELURUH NEGERI.. JIKA ADA CUSTOMER YANG NAK JUAL EMAS LAMA.. SY AKAN BAGI CONTACT DEALER2 BERDEKATAN :)
 
8) DAPAT BELI EMAS LAGI MURAH BILA JADI DEALER
(hanya bayar yuran RM799/ seumur hidup)


nak tahu apa kelebihan dealer tak ? jom baca next post saya :)
  
 



boleh cari hashtag #TipsEmasGoldsister ni di instagram, facebook dan dlm channel sy untuk semua tips2 dari sy :)
 
 
nak tengok TESTIMONI dan TIPS MENGENAI EMAS lagi? boleh terus follow saya atau contact saya untuk sebarang penjelasan ya :)

 Mencari Goldbar/Dinar/Brg kemas? Kami ada, semuanya EMAS FIZIKAL direct dari kilang dan owner nya muslim .. harga semestinya MURAH dan BERPATUTAN

katalog orodesign :
http://view.orodesign.biz
.
.
Jom tambah gram anda atau mulakan Tabung emas Pertama anda :
http://www.wasap.my/601126303509/HaiNakBeliEmas
.
.
Nak kedai emas hujung jari? Nak berniaga tanpa perlu modal juta2.. atau nak buat SAVING EMAS dgn harga murah rapat pintu kilang? 
http://www.wasap.my/601126303509/HaiNakJadiDealerOrodesign/
 
Telegram:
https://t.me/GoldsisterShop


Follow page & Ig untk testimoni :
Facebook:
https://www.facebook.com/goldsistershop/

jemput baca topik lain :

Tuesday, 13 April 2021

Pengalaman pantang keguguran 7 week 1 Days

 Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

lepas 4-5 hari dari keguguran.. terus pg BERURUT satu badan sebab badan dah masuk angin.. sakit seluruh badan yeee.. pantang ni sbenarnya penting untk elakkan org perempuan kena penyakit meroyan.. 

sbb bila badan masuk angin.. BADAN kita akan SAKIT2.. smpai tak boleh buat kerja lain.. RASA MOODY, RASA NAK MARAH...RASA SEDIH sbb teringat baby dlm kandungan yg dah takde.. (sy menangis balik masa tu walaupon masa kat hospital acah2 kuat) husband balik kerja terus peluk.. redakan sy .. 

 during this phase tugas seorang suami amatlah penting..kena kuatkan isteri.. bg kata2 semangat.. Alhamdulillah suami sy bg kata2 semanagat "takpe, belum rezeki kita, nanti kita cuba lagi ye " diakhiri dengan senyuman manis dia yg memang buatkan hati sy lega sgt2.. 

BERTUNGKU

 kemudian, dah 4-5 hari lepas gugur.. dah boleh BERTUNGKU juga.. untuk lancarkan darah2 yg masih ada dlm rahim untk keluar habis (darah nifas/period) .. darah nifas/period sy betul2 habis dlm masa 2 minggu.. sepanjang hari memang keluar sikit2 je mcm spotting gitu.. smpai lah keputihan bertukar jd putih/kuning bukan brownish atau coklat dah...

BERTUNGKU : paling malas kena buat 2 KALI SEHARI.. pagi dlm pukul 8 lepas mandi dan petang dlm pukul 6 lepas mandi.. baru badan fresh ...pastu pakai BENGKUNG ye

lepastu Pakai stokin masa nak tido 

 MINUM AIR REBUSAN UNTUK BUANG ANGIN DAN LANCARKAN DARAH

kemudian, untuk buang kan angin dalam badan.. sy minum air rebusan SERAI dan HALIA ni.. yg ditumbuk2.. dipanaskan sehingga mendidih kemudian minum 2 kali sehari.. 

masa sbelum pregnant pon sy dah amalkan buat camni bagi darah period lancar... 

kalau tak, selalu sikit2 je kluar.. and sblum ni makan nenas untk lancarkan period.. tp tak elok.. sbb taktau bila kita dah mengandung kan.. 


 JAGA PEMAKANAN

Dalam masa seminggu ni tengoklah search makanan apa yg berangin ke tak berangin ke.. 

bila dah makan sy dapat tahu. yg badan sy

TAK BOLEH makan

KOBIS
KENTANG
UBI KAYU
TIMUN
TOMATO
BROKOLI
SAYUR KELADI
PUCUK UBI
KACANG PANJANG
PETAI
IKAN MASIN
IKAN PARI
IKAN BAWAL
IKAN KEMBUNG
SOTONG
UDANG
IKAN TONGKOL
KERANG
IKAN KELI

sy akan ELAKKAN DAN TAK USIK LANGSUNG.. sbb lepas makan satu badan SAKIT.. sbb makanan diatas adalah makanan berangin

so, sy just BOLEH makan 

SAYUR SAWI
AYAM GORENG 
(boleh mkn ayam sbb bukan surgeri)
I
KAN SIAKAP
IKAN SELAYANG
IKAN TENGGIRI
IKAN HARUAN

BUAH OREN

AIR REBUSAN SERAI DAN HALIA

SUSU

CARA MASAKAN

1) ikan atau ayam tu goreng dgn halia atau bawang putih
(tp lebih baik rebus atau steam)

2) ikan tu masak pindang atau berkuah je

3) sayur pon berkuah ..bila panas2 baru berselera dan tak masuk angin

4) ikan siakap masak 3rasa..lebihkan halia

sy pantang makan ni betul2 jaga dlm 2 mnggu jee.. lepas tu try makan mkanan berangin tp amik sikit2 je dulu.. if okay baru makan mcm biasa... 

MAKAN MULTIVITAMIN


LEPAS SEMINGGU dah start makan multivitamin dari shaklee..

VITALEA
BCOMPLEX WITH FOLIC ACID
CINCH (protein soy)

(ni kwn suggest sbb kakak dia pon ada pengalaman miscarriage dan ikhtiar hamil smula dan recover dgn shaklee)

sy juga distributor sah shaklee juga skrg sbb dah yakin dgn kualiti product ni..sy berpantang dgn SHAKLEE.. klau nak order boleh contact sy ye  :) 

nak jd distributor terus pon boleh.. yuran Rm35 shaja :) boleh consume dgn harga murah.. sbb nak beli selalu kan untk maintain kesihatan badan sndiri.. sy memang tak cukup makan vitamin dari sayur dan buah..sbelum ni consume multivitamin zinc tapi dah lama berhenti.. 

sejak preggy memang tak makan dah multivitamin.. SATU KESILAPAN sbb bila mengandung, bdan kita memerlukan khasiat dan nutrisi yg cukup (mcm ZINC untk tambah darah, vitamin B untk percepatkan folic acid diserap dan vitamin lain ) sbb kita BERKONGSI nutrisi dgn BABY dlm rahim..  sbb tu kena amik supplement tambahan dan minum susu untk KALSIUM..

http://www.wasap.my/601126303509/HaiNakBeliShaklee
 

tapi, doktor selalu sarankan makan folic acid je.. sy dah mkan sejak 3 bulan sebelum kawen lagi ... smpai lah dah tau pregnant makan hari2 kot.. smpai sy ingatkan salah beli folic acid hmmm ni entrinya bacalah ye..   

 http://iellakylla.blogspot.com/2021/04/tips-cara-kenal-pasti-product-ubat.html

 

MASUK KERJA , MC 7 HARI DAH HABIS

sy nak start masuk kerja dah sbb cuti MC 7 hari je.. so sy kena beli something supaya dpt bawa bekal dan makan makanan panas2..

jadinya sy beli self heating lunch box :)


 sangat recommended guna yg ni.. dpt free skali bekas aluminium dlm tu ada 4 bekas.. hanya rm40+ je.. murah kan? .. dan plug dia dari oversea ..so kena beli universal adapter tu nanti..

 


baru lepas panaskan dlm 25 minit sebelum lunch time.. helok smua kena panas.. best sgt2 alat ni.. hehhee



masa first day nak masuk kerja lepas habis MC., suami tegur hahahha
 
entri ni di tulis lepas 3 mnggu 2 hari sy habis pantang..dan pada 13/4/2021 start puasa hehe

masa PUASA sy makan kurma dan minum air masak je.. sbb tak boleh langsung makan nasi atau protein cinch .. nnti perut lapar bila tengahari... almaklumlah sejenis metabolisme kuat ..

so masa berbuka baru makan nasi, vitamin smua tu dan shake cinch + susu (masa moreh sblum tido) .. baru lah okay.. kenyang smpai sahur esoknya heehee

Dalam tempoh berpantang ni TAK BOLEH BERSAMA SUAMI YE.. jaga rahim anda.. kuatkan dulu.. ada org berpantang 44 hari.. 
 
depends.. 
 
mcm haritu nurse kata lepas 2 mnggu boleh dah nak bersama suami.. tp lebih baik bila dah period baru bersama semula.. sbb kang pregnant taktau berapa week janin dlm rahim ..sbb org kata lepas gugur ni cepat lekat hehehe
 
 SEKIANN.. semoga iellakylla dapat mengandung dan ada zuriat semula .. dan kandungan selamat hingga kelahiran AMINNNNN :')

Terima kasih sudi membaca dan doakan kami :)
 

ILMU STATUS DARAH GUGUR
(PERIOD ATAU NIFAS?)

Kalau usia kandungan 10 mnggu ke bawah darah yg keluar dari masa gugur tu.. dikira sbg darah period selama 14 hari..if darah tu keluar berterusan atau stop 1-2 hari je pastu keluar semula dan lebih 15 hari means hari ke-15 dikira darah istihadah  
 
kalau usia kandungan lebih 10 mnggu dimana janin dah lengkap terbentuk... darah yg keluar dikira darah nifas.. dan darah nifas berlangsung selama 60 hari.. 

if darah berhenti kluar lebih 15 hari, kemudian keluar darah semula.. dikira period... if berlanjutan darah keluar kalau berhenti pon kurg dari 15 hari dikira masih darah nifas (masih dlm tempoh 60 hari).. dan jika lebih dari 60 hari dikira darah istihadah dan kena solat dan puasa mcm biasa 

 
my situation, keluar darah selama 12 hari selepas gugur (30/3/2021) pastu stop (10/3/2021), darah tu just spotting sikit2 je sepanjang 12 hari tu,
ada brownish colour, ada dark coklat colour...
 
then lepas 10 hari dtg balik (20/4/2021)  ni dikira darah istihadhah ..
darah tu just light brownish je dah 2 hari.. pastu ada buat UPT test masih positive
(sy is konfius kenapa positive which is HCG masih ada dlm badan tp period ? nantilah research...tp kalau ada sesiapa tahu tlg komen di bawah yee)
 
 so next , nnti boleh minum air rebusan serai dan halia lg untk lancarkan period/darah nifas ni ye... lepastu boleh buat TTC journey semula insyaallah :)

boleh rujuk kat sini untk lebih details 
 
 
updated 3/5 level HCG dah habis dalam badan (almost 30 hari lebih ye).. bila buat UPT dah satu line.. tapi period sgt lama.. ada juga yg kena tempoh istihadhah.. sbb haritu darah tak habis keluar hehee 
 
sekian ..itu sahaja perkongsian dari sy.. insyaallah akan cuba lg untk next pregnancy..  doakan sy ye :) 


SUBSCRIBE MY CHANNEL UNTUK TIPS TTC DARI DOKTOR2 PAKAR KEHAMILAN DAN INFO2 RUMAHTANGGA :)

https://www.youtube.com/channel/UC4JJFLn7P5Bu62nUZGK5UAg

Thursday, 8 April 2021

Tips: cara check ubat daftar KKM atau tak (hologram barcode KKM)

 Assalamualaikum, kali ni nak share cara kenalpasti ubat yang anda nak guna tu berdaftar kkm atau tak.. 

sebelum tu nak share sikit.. haritu beli folic acid dari shopee yg sy agak yakin sbb beli dkat nama shop "farmasi ..... " so, saje nak beli untk compare sama tak dgn yg beli kat farmasi dlm watson sebelum ni.. dulu sebelum kawen memang consume folic acid jenama Hovid ni smpai lah disahkan mengandung masa bulan 3 haritu.. pastu habis stock (yg beli dari farmasi dlm watson).. yg tggal stock beli dari shopee je.. start tau mengandung terus consume sbb terlupa misi asal beli dari shopee kenapa...

lepastuuu..just makan tanpa rasa pelik..smpailah miscarriage masa kandungan masuk  7 minggu.. so, masa tu terpikir sbb folic acid beli dari shopee ni ke? tak ori kee.. jomlah tgk crita yg sy share di status sehinggaaaa habis..... baca ayat di caption di setiap gambar tau :)









 
 

Pesanan sy: just be extra careful dgn sebarang ubat.. sbb haritu masa checkup dkat klinik nurse bgtau beli kat farmasi sahaja.. takut yg online jenis imitation (atau dibuat semula/copy ori) wallahualam... yg penting banyak lg sebab lain terjadinya miscarriage haritu.. so kena aware dan lebih berhati2 lepas ni :)

 

 Sekian, harap dpt membantu anda yg buntu dlm pemilihan ubat..

 

Wednesday, 31 March 2021

Pengalaman checkup selepas KEGUGURAN

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,
okay bersambung yee..lepas dah keguguran pada 30/3/ haritu..

ni entri haritu
https://iellakylla.blogspot.com/2021/03/pengalaman-ttc-try-to-conceive-selepas.html

 
sepatutnya malam tu dah boleh terus pg kecemasan (ni yg nurse bgtau) tapi sy taknak sbb dah tau memang gugur habis dah.. tgk kantung tu cantik elok je dia kluar kan.. anak mama yg pertama so strong.. i love you syg mama :)

pada 31/3/2021

terus ke klinik kesihatan paling dekat ... tapi bukan dlm taman.. sbb dlm taman tu bila dah buka buku pink je boleh checkup kat situ..


bila dah check.. Doktor suruh scan dulu untk tgk complete miscarriage atau tak.. pastu baru check UPT sbb taknak sy kosongkan pundi kencing... nanti scan tak nmpak lg sbb rahim kat blkg pundi kencing kita hehehe

 RESULT SCAN

dinding masih tebal sebab ada darah tak keluar habis..
kena keluarkan masa pantang nnti 

so, kena tahu ye.. UPT akan positive dlm masa 2 mnggu ke 6 mnggu tgk pada usia kandungan.. sbb paras HCG masih tggi dlm badan...sbb tu lepas sehari ni UPT sy masih positive :(

so, doktor klinik ni buat referral letter untk checkup dari bawah kat HKL pula... supaya betul2 complete miscarriage.. sgt bahaya ye kalau tak complete.. takut ada infection..

 
 
pada hari yg sama.. dlm pkul 10pg terus ke HKL..
 
journey di HKL (hospital Kuala lumpur) , masa ni cari bangunan ibu & anak atau gynae /O&G/EPAU..tak jmpa sbb taktau dah pindah bangunan baru ..pastu tanya org.. and rupanya boleh bawak kereta masuk bangunan dan parking di lobby aras 1.. tp sy dan husband pg parking dkat bangunan parking awam depan bangunan O&G lama yee.. jauh menapak ke bangunan baru berdekatan masjid yg baru dibina..dah lah lepas miscarriage kena jalan jauh pulak tu.. balik rumah memang sakit2 badan sy..
 
  sebelum nak masuk kena bg kad kawen atau sijil nikah, check suhu, declare takde contact dgn covid patient..


menunggu dipanggil untk disoal selidik perjalanan miscarriage tu dgn MA dan nurse dan doktor.. bnyak kali juga masuk kluar bilik ni kena tukar kain yg hospital provide.. sbb nak checkup dan diseluk dari bawah...

Alhamdulillah dlm pkul 1 lebih selesai.. dan keluar terus makan lunch... kesian husband tggu berjam2 kat luar.. elok je dia main game ke tgk movie ye.. sy menahan sakit dan malu hermmm.. takpelah its rawatan bukan saje2 nak tadah kat Doktor tu.. 


settle urusan dapat balik dan dapat MC SEMINGGU ..

alhamdulillah.. tak kena D&C sbb ni lg perit hmmm

bermulalah journey pantang di next entri :)

SUBSCRIBE MY CHANNEL UNTUK TIPS TTC DARI DOKTOR2 PAKAR KEHAMILAN DAN INFO2 RUMAHTANGGA :)

https://www.youtube.com/channel/UC4JJFLn7P5Bu62nUZGK5UAg