Friday, 7 March 2014

TRIP REVIEW: Berjalan sambil belajar ke universiti JOGJAKARTA, indonesia

assalamualaikum readers .. it has been a long time im not updating this blog.. ecehh berapa minggu je baru.. cepuk tau lah.. haha camni..  aku ada join satu program under fakulti sains, UPM...  ke mana eh ?? ke JOGJAKARTA, indonesia lahhh. huhu semua yg terlibat nih student kimia.. (major kimia, kimia petroleum ngan kimia industri ) excited ? kau tanye aku excited ke tak? mestilah.. pg negara org kot.. dah la jauh dari keluarga .. pastu first time pulak tu ..walaupon hanya negara jiran je kan..  ohhh hanya jantung aku je tau tahap excited aku waktu tu.. eh melalut lagi.. maaf :)
here we are.. JOGJAKARTA!!
kat sini aku nak cerita yang kami semua sepatutnya kena SIT-IN program tu cuma satu minggu.. tapi Allah telah uji kami dgn sedikit bencana alam kat sana.. debu gunung kelud meletus pulak three days before we should back to malaysia.. masa tu dgn duit semua hujung2 tanduk je kan.. tapi ada yang secara tak sengaja prepare duit lebih.. macam tau2 je benda nak berlaku.. apa2 pon alhamdulillah kami semua selamat walaupon aku ni kena demam nak masuk dua minggu dah nih.. sob sobb :"(
tebal kan debu tu.. smpai moto ni pon tenggelam..


feel macam power puff girls gunung kelud nihhh.. hahaha 

dipendekkan cerita.. ni lah tempat2 yang kami dapat pergi selama seminggu 4 hari kat jogja..

1) Universitas Negeri Jogjakarta,indonesia (UNY)
student UNY sambut kami di sini...
chemistry's club
ni la lecturer yg ajar kami inorganic chemistry
universiti ni pulak kalau tak silap dah lama ditubuhkan.. tak ingat pulak brape lama.. haha tapi kat sini kitorang belajar kinetic chemistry dgn inorganic chemistry.. apa yang kitorang sempat sedut ilmu kat situ ialah.. kitorang kena buat model ni .. C60, C70 ngan C80.. ( yg amik kimia je tau.. yang tak tau tu takpe.. tgk gambar je okei ..hehe )

2) Universitas Islam Negeri (UIN)

 universiti ni kalau kita tengok secara kasar kan.. lebih kurang macam universiti islam antarabangsa.. (UIA ) apa yang kami dpt belajar kat sini .. menakjubkan.. kimia dikaitkan dgn ayat2 al-quran.. wahh.. terasa seperti setiap kejadian yang Allah cipta tu sgt indah..



ni la lecturer yg bagi mukadimah kimia dlm al-quran..

wajah-wajah ceria masuk kuliah .. HAHAHA  -___-

3) Universitas Gadjah Mada (UGM)

UGM ni pulak kebanyakan student malaysia amik medical.. memang takdelah student malaysia yg amik kimia kat sini.. dan dia punye lab pon cantik kot.. baru lagi.. dlm 7 tahun kot dibina lab tu..

ni ala ala pakaian doktor kat jogja.. 

mas, pinjam logonya ya.. mahu tangkap gambar.(nnti org ingat aku gatal nak snap blkg bdn dia pulak heh )
ni bis = bus la.. hehe


masih bersemangat.. 

4) Malioboro

malioboro ni.. kalau korang dtg jogja.. korang kena dtg sini untuk beli souvenir.. kirenya kalau kat KL, malioboro ni macam central market tak pon jalan masjid india.. ada jual baju2 , keychain.. bla blaaa..


im here.. malioboro.. shoppinggggg!

kalau tak larat nak jalan jauh.. kuda ada di situ dan sedia membawa korang yee...


 aku bukan nye suka sgt berjalan jauh ni.. pastu bersesak- sesak cari brg... nnti aku cepat rimas.. rasa nak pitam..(low blood pressure kan,.. memang camni) so, tak beli apa2 la.. hehe


5) candi borobuddur

candi borrobudur ni tempat paling bersejarah.. tapi time kami dtg ni kurang cantikla sikit tempat dia.. sebab berdebu.. haha
aucaaakkkk .. senyum mata je lah.. mulut tak nmpak pon.. haha
tu ada sebilangan student UNY yg bawak kitorang jenjalan.. 
ni diaaa.. bila ahli kimia menari.. eeeewwaahhh

kepenatan berjalan wehhh..
6) parangritis

ni pantai .. kat sini popular lah jugak pantai nih.. nak masuk kena bayar tau.. lebih kurang 40,000 rp .. pastu masuk tandas lagi 2,000 rp.. errr sila convert duit malaysia ye .. anda tau mahal ke tidak harga tuh.. hhehehe


keindahan pantai parangritis .


haaa.. tu diaa.. masa ni la nak cuba semua yg ada.. murah kan.. hehee
7) Lampion

lampion ni pulak kalau kat malaysia.. its look alike icct, shah alam..but, it just a simple icct i guess.. nak masuk pon kena bayar tau.. ingat free.. ? haha lebih kurang dlm 25 000 rp - 35 000 rp setelah diskaun.

p/s : maaf .. kat sini aku tak tgkap gmbar .. sbb bateri phone habis.. kalau ada pon kat phone org lain.. so nnti boleh search sendiri ye pasal lampion nih..

8) Goa pindul

haaaa, dlm banyak2 tempat yg aku pg.. aku suka tempat nih.. sebab challenging weh ! aaaghhh seronok gila.. masuk gua.. masuk dlm air.. hikss.. yg suka aktiviti challenging nih.. aku suggest korang PATUT datang sini.. it is a must !  nak masuk kena bayar jugaklah kan.. dlm 50, 000 rp.. tapi berbaloi.. trust me.. 


yeayyyy! full of energy ...

taklimat sikit sebelum masuk gua.. aku boleh ambil risiko masuk gua tak pakai spek.. tapi takpe.. ni masuk gua ramai2.. kalau tak mau aku sesat kot tak nampak apa woi kalau tak pakai spek sebenarnye.. tapi buat2 tak rabun je lahh.. hahah

keadaan dlm gua tu.. CANTIKKKK !!

aku : yg ada lampu kat kepala jgn jauh dari aku.. (mangsa: zarin)


rehat japp. penat ....


lepastuuu.. kitorang mandi sungai pulaaaa..hehehe  sungai sepanjang 4 km..

bergabungggg... hehe

kami : pakcik.. tgkap gambar kami.. kenangan kenangan nihhh
ni dia aksi lasak dari mereka.. aku ? memang taklah nak lompat setinggi tu.. kang bertambah demam aku kang.. demam kepialu takut hantu.. ehh mengarutt

9) Alun-Alun

ni tempat yang ohsem jugak.. kat sini korang boleh naik kereta tapi kena kayuh .. ala-ala basikal gitu.. pastu kereta korang ada aircond semulajadi.. hahaha seronok.. lagi2 naik ramai2.. kalau ada kat malaysia nih.. mesti ramai dtg ( ramai kalau murahlah hahaha ) aku naik satu kereta 9 orang camtu kena bayar 40,000 rp.. so 40,000 kitorang bahagi la dgn 9 org... jimat sikit duit kan.. kena lah pandai berbelanja disamping nak enjoy tu.. kate pon student.. paham2 lah.. hiksssss



jadi kat sini aku nak cakap.. kalau ada peluang korang dapat ke luar negara tu.. grab cepat2.. tak kisah la negara tu kaya dari kita or susah dari kita..
aku ingat lagi masa kitorang nak masukkan beg dlm kargo.. ada pramugari tu tanya.. "kenapa lah pg jogja.. ? ade ape je kat sana..? pg lah bandng ke " see.. lagipon kitorang pg jogja ni untuk pengalaman belajar di negara org.. kalau nak ilmu tak kira lah kat tempat kaya atau miskin..  yang penting korang akan bertambah sayang dekat negara sendiri.. bak kata pepatah.. hujan emas di negeri orang.. hujan batu di negeri sendiri.. maksudnya.. walau bagus mana pon negara orang.. kita tetap sayang negara tempat kita lahir tu jugak.. ngerti nggak ?? hehehe  kluar dah bahasa indon sikit.. sebelum tu nak selit sikitt...

makanan fames - NASI KUCING 

nasi kucing sebab dia sikit macam nasi lemak 60 sen .. haha kena makan 2 bungkus baru kenyang.. kalau budak laki nih.. 3 bungkus la baru cukup kot..


kitorang makan kat luar.. kat tepi2 kedai.. sambil makan tu nikmati udara luar la katekan.. hehehe



ni la warung nasi kucing tu..

 tempat cari barang dapur - INDO MARKET 



 model indo market tak berbayar bersama seluar batiknya.. (kat indon je aku berani pakai seluar ni pg kedai.. kalau kat malaysia.. errr krik krikkk )


ni lah hasil tangkapan kami selama setengah jam mencari makanan dlm kedai ni.. (hari lain)


oh yee.. bukan nak cakap ape lah.. kalau pg mane2 tu pastikan korang ada pelindung diri.. lindungi diri korang dari ilmu hitam atau ermmm ada kes tau sebenarnya masa kitorang kat sana.. one of my friend hilang duit dgn cara senang.. ada la sorang mamat indon nih lalu sebelah kawan aku tu.. then tetibe dia pegang peha kawan aku .. pastu tak samapi 10 saat mamat tu tepuk peha dia sendiri.. once kawan aku sedar, duit dlm poket dia lesap.. semuaaa sekali.. so aku bg link nih untuk korang baca dan amalkan yee :)
 http://iellakylla.blogspot.com/2013/01/tips-doa-doa-pelindung-diri.html


Friday, 7 February 2014

MEKAH : PERUBAHAN YANG KETERLALUAN & AGENDA TERSEMBUNYI


 
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.

aku sgt kecewa dengan PERUBAHAN yg berlaku kat mekah.. perubahan yg terlalu EKSTREM.. sehinggakan sejarah peninggalan .. rumah sahabat2 nabi di hapuskan.. makam2 sahabat.. apa semua ini???! siapa disebalik atau dalang yg buat nih?? yang aku tau AGENDA utama diorang adalah untuk menghilangkan kewujudan sejarah islam tu sendiri..  mungkin 20 ke 30 tahun akan datang.. anak2 dan cucu2 kita nanti tak jumpa di mana bukti kewujudan islam?. astaghfirullahhh :'(
(sungguh aku mngalirkan air mata mengenangkan nasib anak2 aku kelak .. ya allahhhh )

dulu aku pg umrah pada tahun 2006 masa tu aku form 2.. tepi-tepi dataran masjidil haram je hotel aku.. tapi skrg ni.. hotel yg murah2 tu jauh dia samapai 1 KM kott.. kalau nak betul2 dekat dgn masjidil haram.. MAHAL GILAAAA.. so kalau korang dpt package umrah atau haji tu murah dlm 5000++ camtu.. toksah la pecaye.. aku ada pengalaman.. and i talk with a little bit experienced.. so mari baca apa yang aku dpt dari blog ni..

Siapa yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?!

Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidil Haram yang dibina oleh kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini menerima tentangan ramai pihak terutamanya ahli arkaelogi yang merasakan kerajaan Saudi merosakkan struktur bersejarah Islam tanpa mempedulikan kesannya.


Pihak Saudi memberi alasan bangunan binaan kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini mempunyai rekaan bida'ah/syirik kerana terdapat ukiran nama sahabat. Selain itu juga terdapat perancangan untuk memusnahkan stukutur kubah Masjid Nabawi sekarang kerana ia juga dikatakan tidak cukup Islamik.

Kenapa tidak cukup Islamik? Kerana kubah hijau yang menutupi makam Rasulullah SAW juga dikatakan bida'ah. Kubur tidak boleh mempunyai tanda mengikut fahaman Wahhabi. Kuburan Saidina Umar dan Abu Bakar yang disemadikan bersebelahan makan Rasulullah juga akan dimusnahkan suatu hari nanti jika keadaan ini berterusan.

Walaupun atas nama pemodenan dan pembesaran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, tetapi itu bukanlah tiket khas untuk menutup sejarah dan tempat tinggalan Nabi SAW dan para sahabat!
Persoalan ini membawa kepada soalan  seterusnya, iaitu, "Mengapa hanya pihak SAUDI mempunyai hak membentuk arah tuju Mekah dan Madinah? Kenapa tiada persetujuan diambil terlebih dahulu sebelum projek pembinaan/pemusnahan ini dilakukan? dan haruskah Mekah dan Madinah berada di bawah jajahan keluarga Al Saud"

PERSOALAN DEMI PERSOALAN
Kesemua projek naik taraf dan pembangunan di kedua-dua kota suci Islam ini dilakukan di bawah arahan Raja dari keturunan Saud, sebab tu nama negara tersebut Arab Saudi. Beliau juga digelar "Penjaga Dua Masjid Utama".

Keyword disini ialah PENJAGA dan bukannya TUAN PUNYA. Di dalam Islam sendiri kita sedia maklum wujud konsep MUSYAWARAH. Jadi mengapa tiada musyawarah dilakukan diantara kesemua pemimpin negara Islam untuk membincangkan hala tuju permodenan Mekah dan Madinah?

Pihak Saudi nampaknya sangat autokratik dalam membuat keputusan permodenan. Tak mengapalah untuk keselesaan orang awam tapi kalau dah sampai menghancurkan termpat-tempat sejarah sahabat dan Nabi SAW, apa cerita ni?!

Kemudian semua projek pembinaan diberikan kepada firma Saudi Bin Ladin Group. Kita semua sedia maklum bila seseorang Muslim itu menderma kepada pembinaan sebuah masjid, surau atau tanah wakaf, pahala dari pemberian mereka itu akan berterusan sehingga hari kiamat. Kenapakah keluarga Al Saud dan Bin Ladin memonopoli projek ini tanpa perbincangan dari semua negara Islam?

Tidak banyak pemimpin Muslim yang berani menegur monopoli  2 masjid suci ini untuk kerabat dan kroni mereka sendiri? Hanya Presiden Turki dan Iran yang mempunyai semangat dan keberanian untuk mempersoalkan kemusnahan bangunan bersejarah Islam di Kota Mekah dan Madinah yang sedang giat dilakukan kerajaan Saudi. Mereka juga membantah pengkomersilan melampau yang berlaku di Mekah.

Contoh pengkomersilan melampau ialah Raffles Makkah Palace, hotel mewah siap dengan butler yang terletak bersebelahan Masjidil Haram. Menara jam gergasi yang ada sekarang pula rata-rata dipersetujui telah mengalihkan perhatian umat Islam dari memandang Kaabah.

Saya yakin anda pasti bersetuju bahawa tarikan utama Mekah sepatutnya ialah untuk beribadah dan melihat Kaabah. Bukannya pergi hotel mewah dan jam gergasi tertinggi di dunia. Agak ironik rumah nabi, sahabat, makam isteri-isteri nabi dan telaga nabi dimusnahkan kerana "bida'ah" dan di atas tapak yang diratakan itu pu dibina cawangan makanan 'HARAM' Starbucks, Marks and Spencer, Raflles Hotel dan McDonalds.

Antara kesan yang nyata akibat permodenan Mekah dan Madinah ialah kos untuk menunaikan haji serta umrah menjadi terlalu mahal. Ini mengakibatkan umat Islam yang sepatutnya sudah mampu menunaikan haji terpaksa mengumpul lebih banyak wang untuk memenuhi rukun Islam ke 5.

Ramai golongan tua yang baru pulang umrah mengeluh Mekah yang mereka lawati pada tahun 90-an ketika menunaikan haji dahulu sudah hilang. Menurut mereka pengkomersilan yang melampau membuatkan Mekah terasa seperti seakan sebuah theme park dan bukan lagi tempat untuk beribadat kepada Allah.

Salah siapa kalau bukan kerajaan-kerajaan Islam sendiri yang memberikan keluarga As-Saud keizinan mutlak untuk melakukan apa yang mereka suka. Kalau berani bersuara kuota Haji negara akan dikurangkan oleh As-Saud and Co. Islamik kah ini?!
Last but not least mungkin lebih baik jika Makkah dan Madinah menjadi mini country seperti Vatican dimana penjaganya digantikan mengikut undian umat Islam. That way tak ada one person yang boleh buat keputusan sesuka hati. Ini juga akan membebaskan Mekah dari menjadi milik keluarga As-Saud untuk mendesak negara Islam lain untuk menutup mulut mereka atau dikurangkan kuota apabila sebarang rancangan mereka digugat atau dipersoalkan.

Masjidil Haram 2020: Sanggupkah kita kehilangan segala tinggalan Rasulullah SAW?!

 
 
Semoga Allah membantu kita semua dan Islam walaupun saya sedar bahawa salah satu daripada tanda akhir zaman atau kiamat kecil adalah apabila kaum yang dahulunya mengembala kambing di gurun-gurun mula berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi-tinggi (atas tujuan menonjolkan kekayaan mereka).

Moga Allah sentiasa merahmati kita dan memahamkan kita betapa pentingnya peninggalan sejarah tamadun awal Islam kepada kita...