Friday, 7 March 2014

TRIP REVIEW: Berjalan sambil belajar ke universiti JOGJAKARTA, indonesia

assalamualaikum readers .. it has been a long time im not updating this blog.. ecehh berapa minggu je baru.. cepuk tau lah.. haha camni..  aku ada join satu program under fakulti sains, UPM...  ke mana eh ?? ke JOGJAKARTA, indonesia lahhh. huhu semua yg terlibat nih student kimia.. (major kimia, kimia petroleum ngan kimia industri ) excited ? kau tanye aku excited ke tak? mestilah.. pg negara org kot.. dah la jauh dari keluarga .. pastu first time pulak tu ..walaupon hanya negara jiran je kan..  ohhh hanya jantung aku je tau tahap excited aku waktu tu.. eh melalut lagi.. maaf :)
here we are.. JOGJAKARTA!!
kat sini aku nak cerita yang kami semua sepatutnya kena SIT-IN program tu cuma satu minggu.. tapi Allah telah uji kami dgn sedikit bencana alam kat sana.. debu gunung kelud meletus pulak three days before we should back to malaysia.. masa tu dgn duit semua hujung2 tanduk je kan.. tapi ada yang secara tak sengaja prepare duit lebih.. macam tau2 je benda nak berlaku.. apa2 pon alhamdulillah kami semua selamat walaupon aku ni kena demam nak masuk dua minggu dah nih.. sob sobb :"(
tebal kan debu tu.. smpai moto ni pon tenggelam..


feel macam power puff girls gunung kelud nihhh.. hahaha 

dipendekkan cerita.. ni lah tempat2 yang kami dapat pergi selama seminggu 4 hari kat jogja..

1) Universitas Negeri Jogjakarta,indonesia (UNY)
student UNY sambut kami di sini...
chemistry's club
ni la lecturer yg ajar kami inorganic chemistry
universiti ni pulak kalau tak silap dah lama ditubuhkan.. tak ingat pulak brape lama.. haha tapi kat sini kitorang belajar kinetic chemistry dgn inorganic chemistry.. apa yang kitorang sempat sedut ilmu kat situ ialah.. kitorang kena buat model ni .. C60, C70 ngan C80.. ( yg amik kimia je tau.. yang tak tau tu takpe.. tgk gambar je okei ..hehe )

2) Universitas Islam Negeri (UIN)

 universiti ni kalau kita tengok secara kasar kan.. lebih kurang macam universiti islam antarabangsa.. (UIA ) apa yang kami dpt belajar kat sini .. menakjubkan.. kimia dikaitkan dgn ayat2 al-quran.. wahh.. terasa seperti setiap kejadian yang Allah cipta tu sgt indah..



ni la lecturer yg bagi mukadimah kimia dlm al-quran..

wajah-wajah ceria masuk kuliah .. HAHAHA  -___-

3) Universitas Gadjah Mada (UGM)

UGM ni pulak kebanyakan student malaysia amik medical.. memang takdelah student malaysia yg amik kimia kat sini.. dan dia punye lab pon cantik kot.. baru lagi.. dlm 7 tahun kot dibina lab tu..

ni ala ala pakaian doktor kat jogja.. 

mas, pinjam logonya ya.. mahu tangkap gambar.(nnti org ingat aku gatal nak snap blkg bdn dia pulak heh )
ni bis = bus la.. hehe


masih bersemangat.. 

4) Malioboro

malioboro ni.. kalau korang dtg jogja.. korang kena dtg sini untuk beli souvenir.. kirenya kalau kat KL, malioboro ni macam central market tak pon jalan masjid india.. ada jual baju2 , keychain.. bla blaaa..


im here.. malioboro.. shoppinggggg!

kalau tak larat nak jalan jauh.. kuda ada di situ dan sedia membawa korang yee...


 aku bukan nye suka sgt berjalan jauh ni.. pastu bersesak- sesak cari brg... nnti aku cepat rimas.. rasa nak pitam..(low blood pressure kan,.. memang camni) so, tak beli apa2 la.. hehe


5) candi borobuddur

candi borrobudur ni tempat paling bersejarah.. tapi time kami dtg ni kurang cantikla sikit tempat dia.. sebab berdebu.. haha
aucaaakkkk .. senyum mata je lah.. mulut tak nmpak pon.. haha
tu ada sebilangan student UNY yg bawak kitorang jenjalan.. 
ni diaaa.. bila ahli kimia menari.. eeeewwaahhh

kepenatan berjalan wehhh..
6) parangritis

ni pantai .. kat sini popular lah jugak pantai nih.. nak masuk kena bayar tau.. lebih kurang 40,000 rp .. pastu masuk tandas lagi 2,000 rp.. errr sila convert duit malaysia ye .. anda tau mahal ke tidak harga tuh.. hhehehe


keindahan pantai parangritis .


haaa.. tu diaa.. masa ni la nak cuba semua yg ada.. murah kan.. hehee
7) Lampion

lampion ni pulak kalau kat malaysia.. its look alike icct, shah alam..but, it just a simple icct i guess.. nak masuk pon kena bayar tau.. ingat free.. ? haha lebih kurang dlm 25 000 rp - 35 000 rp setelah diskaun.

p/s : maaf .. kat sini aku tak tgkap gmbar .. sbb bateri phone habis.. kalau ada pon kat phone org lain.. so nnti boleh search sendiri ye pasal lampion nih..

8) Goa pindul

haaaa, dlm banyak2 tempat yg aku pg.. aku suka tempat nih.. sebab challenging weh ! aaaghhh seronok gila.. masuk gua.. masuk dlm air.. hikss.. yg suka aktiviti challenging nih.. aku suggest korang PATUT datang sini.. it is a must !  nak masuk kena bayar jugaklah kan.. dlm 50, 000 rp.. tapi berbaloi.. trust me.. 


yeayyyy! full of energy ...

taklimat sikit sebelum masuk gua.. aku boleh ambil risiko masuk gua tak pakai spek.. tapi takpe.. ni masuk gua ramai2.. kalau tak mau aku sesat kot tak nampak apa woi kalau tak pakai spek sebenarnye.. tapi buat2 tak rabun je lahh.. hahah

keadaan dlm gua tu.. CANTIKKKK !!

aku : yg ada lampu kat kepala jgn jauh dari aku.. (mangsa: zarin)


rehat japp. penat ....


lepastuuu.. kitorang mandi sungai pulaaaa..hehehe  sungai sepanjang 4 km..

bergabungggg... hehe

kami : pakcik.. tgkap gambar kami.. kenangan kenangan nihhh
ni dia aksi lasak dari mereka.. aku ? memang taklah nak lompat setinggi tu.. kang bertambah demam aku kang.. demam kepialu takut hantu.. ehh mengarutt

9) Alun-Alun

ni tempat yang ohsem jugak.. kat sini korang boleh naik kereta tapi kena kayuh .. ala-ala basikal gitu.. pastu kereta korang ada aircond semulajadi.. hahaha seronok.. lagi2 naik ramai2.. kalau ada kat malaysia nih.. mesti ramai dtg ( ramai kalau murahlah hahaha ) aku naik satu kereta 9 orang camtu kena bayar 40,000 rp.. so 40,000 kitorang bahagi la dgn 9 org... jimat sikit duit kan.. kena lah pandai berbelanja disamping nak enjoy tu.. kate pon student.. paham2 lah.. hiksssss



jadi kat sini aku nak cakap.. kalau ada peluang korang dapat ke luar negara tu.. grab cepat2.. tak kisah la negara tu kaya dari kita or susah dari kita..
aku ingat lagi masa kitorang nak masukkan beg dlm kargo.. ada pramugari tu tanya.. "kenapa lah pg jogja.. ? ade ape je kat sana..? pg lah bandng ke " see.. lagipon kitorang pg jogja ni untuk pengalaman belajar di negara org.. kalau nak ilmu tak kira lah kat tempat kaya atau miskin..  yang penting korang akan bertambah sayang dekat negara sendiri.. bak kata pepatah.. hujan emas di negeri orang.. hujan batu di negeri sendiri.. maksudnya.. walau bagus mana pon negara orang.. kita tetap sayang negara tempat kita lahir tu jugak.. ngerti nggak ?? hehehe  kluar dah bahasa indon sikit.. sebelum tu nak selit sikitt...

makanan fames - NASI KUCING 

nasi kucing sebab dia sikit macam nasi lemak 60 sen .. haha kena makan 2 bungkus baru kenyang.. kalau budak laki nih.. 3 bungkus la baru cukup kot..


kitorang makan kat luar.. kat tepi2 kedai.. sambil makan tu nikmati udara luar la katekan.. hehehe



ni la warung nasi kucing tu..

 tempat cari barang dapur - INDO MARKET 



 model indo market tak berbayar bersama seluar batiknya.. (kat indon je aku berani pakai seluar ni pg kedai.. kalau kat malaysia.. errr krik krikkk )


ni lah hasil tangkapan kami selama setengah jam mencari makanan dlm kedai ni.. (hari lain)


oh yee.. bukan nak cakap ape lah.. kalau pg mane2 tu pastikan korang ada pelindung diri.. lindungi diri korang dari ilmu hitam atau ermmm ada kes tau sebenarnya masa kitorang kat sana.. one of my friend hilang duit dgn cara senang.. ada la sorang mamat indon nih lalu sebelah kawan aku tu.. then tetibe dia pegang peha kawan aku .. pastu tak samapi 10 saat mamat tu tepuk peha dia sendiri.. once kawan aku sedar, duit dlm poket dia lesap.. semuaaa sekali.. so aku bg link nih untuk korang baca dan amalkan yee :)
 http://iellakylla.blogspot.com/2013/01/tips-doa-doa-pelindung-diri.html


Friday, 7 February 2014

MEKAH : PERUBAHAN YANG KETERLALUAN & AGENDA TERSEMBUNYI


 
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.

aku sgt kecewa dengan PERUBAHAN yg berlaku kat mekah.. perubahan yg terlalu EKSTREM.. sehinggakan sejarah peninggalan .. rumah sahabat2 nabi di hapuskan.. makam2 sahabat.. apa semua ini???! siapa disebalik atau dalang yg buat nih?? yang aku tau AGENDA utama diorang adalah untuk menghilangkan kewujudan sejarah islam tu sendiri..  mungkin 20 ke 30 tahun akan datang.. anak2 dan cucu2 kita nanti tak jumpa di mana bukti kewujudan islam?. astaghfirullahhh :'(
(sungguh aku mngalirkan air mata mengenangkan nasib anak2 aku kelak .. ya allahhhh )

dulu aku pg umrah pada tahun 2006 masa tu aku form 2.. tepi-tepi dataran masjidil haram je hotel aku.. tapi skrg ni.. hotel yg murah2 tu jauh dia samapai 1 KM kott.. kalau nak betul2 dekat dgn masjidil haram.. MAHAL GILAAAA.. so kalau korang dpt package umrah atau haji tu murah dlm 5000++ camtu.. toksah la pecaye.. aku ada pengalaman.. and i talk with a little bit experienced.. so mari baca apa yang aku dpt dari blog ni..

Siapa yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?!

Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidil Haram yang dibina oleh kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini menerima tentangan ramai pihak terutamanya ahli arkaelogi yang merasakan kerajaan Saudi merosakkan struktur bersejarah Islam tanpa mempedulikan kesannya.


Pihak Saudi memberi alasan bangunan binaan kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini mempunyai rekaan bida'ah/syirik kerana terdapat ukiran nama sahabat. Selain itu juga terdapat perancangan untuk memusnahkan stukutur kubah Masjid Nabawi sekarang kerana ia juga dikatakan tidak cukup Islamik.

Kenapa tidak cukup Islamik? Kerana kubah hijau yang menutupi makam Rasulullah SAW juga dikatakan bida'ah. Kubur tidak boleh mempunyai tanda mengikut fahaman Wahhabi. Kuburan Saidina Umar dan Abu Bakar yang disemadikan bersebelahan makan Rasulullah juga akan dimusnahkan suatu hari nanti jika keadaan ini berterusan.

Walaupun atas nama pemodenan dan pembesaran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, tetapi itu bukanlah tiket khas untuk menutup sejarah dan tempat tinggalan Nabi SAW dan para sahabat!
Persoalan ini membawa kepada soalan  seterusnya, iaitu, "Mengapa hanya pihak SAUDI mempunyai hak membentuk arah tuju Mekah dan Madinah? Kenapa tiada persetujuan diambil terlebih dahulu sebelum projek pembinaan/pemusnahan ini dilakukan? dan haruskah Mekah dan Madinah berada di bawah jajahan keluarga Al Saud"

PERSOALAN DEMI PERSOALAN
Kesemua projek naik taraf dan pembangunan di kedua-dua kota suci Islam ini dilakukan di bawah arahan Raja dari keturunan Saud, sebab tu nama negara tersebut Arab Saudi. Beliau juga digelar "Penjaga Dua Masjid Utama".

Keyword disini ialah PENJAGA dan bukannya TUAN PUNYA. Di dalam Islam sendiri kita sedia maklum wujud konsep MUSYAWARAH. Jadi mengapa tiada musyawarah dilakukan diantara kesemua pemimpin negara Islam untuk membincangkan hala tuju permodenan Mekah dan Madinah?

Pihak Saudi nampaknya sangat autokratik dalam membuat keputusan permodenan. Tak mengapalah untuk keselesaan orang awam tapi kalau dah sampai menghancurkan termpat-tempat sejarah sahabat dan Nabi SAW, apa cerita ni?!

Kemudian semua projek pembinaan diberikan kepada firma Saudi Bin Ladin Group. Kita semua sedia maklum bila seseorang Muslim itu menderma kepada pembinaan sebuah masjid, surau atau tanah wakaf, pahala dari pemberian mereka itu akan berterusan sehingga hari kiamat. Kenapakah keluarga Al Saud dan Bin Ladin memonopoli projek ini tanpa perbincangan dari semua negara Islam?

Tidak banyak pemimpin Muslim yang berani menegur monopoli  2 masjid suci ini untuk kerabat dan kroni mereka sendiri? Hanya Presiden Turki dan Iran yang mempunyai semangat dan keberanian untuk mempersoalkan kemusnahan bangunan bersejarah Islam di Kota Mekah dan Madinah yang sedang giat dilakukan kerajaan Saudi. Mereka juga membantah pengkomersilan melampau yang berlaku di Mekah.

Contoh pengkomersilan melampau ialah Raffles Makkah Palace, hotel mewah siap dengan butler yang terletak bersebelahan Masjidil Haram. Menara jam gergasi yang ada sekarang pula rata-rata dipersetujui telah mengalihkan perhatian umat Islam dari memandang Kaabah.

Saya yakin anda pasti bersetuju bahawa tarikan utama Mekah sepatutnya ialah untuk beribadah dan melihat Kaabah. Bukannya pergi hotel mewah dan jam gergasi tertinggi di dunia. Agak ironik rumah nabi, sahabat, makam isteri-isteri nabi dan telaga nabi dimusnahkan kerana "bida'ah" dan di atas tapak yang diratakan itu pu dibina cawangan makanan 'HARAM' Starbucks, Marks and Spencer, Raflles Hotel dan McDonalds.

Antara kesan yang nyata akibat permodenan Mekah dan Madinah ialah kos untuk menunaikan haji serta umrah menjadi terlalu mahal. Ini mengakibatkan umat Islam yang sepatutnya sudah mampu menunaikan haji terpaksa mengumpul lebih banyak wang untuk memenuhi rukun Islam ke 5.

Ramai golongan tua yang baru pulang umrah mengeluh Mekah yang mereka lawati pada tahun 90-an ketika menunaikan haji dahulu sudah hilang. Menurut mereka pengkomersilan yang melampau membuatkan Mekah terasa seperti seakan sebuah theme park dan bukan lagi tempat untuk beribadat kepada Allah.

Salah siapa kalau bukan kerajaan-kerajaan Islam sendiri yang memberikan keluarga As-Saud keizinan mutlak untuk melakukan apa yang mereka suka. Kalau berani bersuara kuota Haji negara akan dikurangkan oleh As-Saud and Co. Islamik kah ini?!
Last but not least mungkin lebih baik jika Makkah dan Madinah menjadi mini country seperti Vatican dimana penjaganya digantikan mengikut undian umat Islam. That way tak ada one person yang boleh buat keputusan sesuka hati. Ini juga akan membebaskan Mekah dari menjadi milik keluarga As-Saud untuk mendesak negara Islam lain untuk menutup mulut mereka atau dikurangkan kuota apabila sebarang rancangan mereka digugat atau dipersoalkan.

Masjidil Haram 2020: Sanggupkah kita kehilangan segala tinggalan Rasulullah SAW?!

 
 
Semoga Allah membantu kita semua dan Islam walaupun saya sedar bahawa salah satu daripada tanda akhir zaman atau kiamat kecil adalah apabila kaum yang dahulunya mengembala kambing di gurun-gurun mula berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi-tinggi (atas tujuan menonjolkan kekayaan mereka).

Moga Allah sentiasa merahmati kita dan memahamkan kita betapa pentingnya peninggalan sejarah tamadun awal Islam kepada kita...

Monday, 13 January 2014

Tips menarik REZEKI

assalammualaikum pembaca semua.. hari ni aku nak bagitau sikit tips menarik rezeki .. okei aku ni bukanlah bomoh ke ape.. aku ni hanyalah hamba Allah yang juga meminta kepada-Nya untuk dimurahkan rezeki..

takyah cakap bnyak la. nak tau kan apa cara untuk kita dapatkan rezeki atau dimurahkan rezeki .. tips2 ni semua mak aku yang suruh amalkan.. kalau boleh jangan sesekali tinggal..


1) solat 5 waktu JANGAN tinggal.. (solat di AWAL waktu.. sebab kita nak minta sesuatu kat Allah so, kita kena disiplin lah dengan Allah.. sama macam kita nak minta sesuatu kat mak kita kan.. kita mesti buat dulu apa yang dia suruh. baru dapat kan..tak pon dengan bos kita ke kan  haaaa )

2) Berpuasa penuh di bulan Ramadhan
(sesiapa yang cuti atau sengaja cuti .. sila ganti sebelum tiba ramadhan seterusnya  yee )

3) Rajin Solat dhuha..
lebih afdhal dalam pukul 8.30 pagi hingga pukul 10.30 pagi.
 
4) baca Doa " Ya allah , kau buka kanlah pintu rezeki untukku.. limpahkan lah kurniaan-Mu kepada ku.. jika rezekiku di langit maka Kau turunkanlah.. jika rezekiku di bumi maka Kau keluarkanlah.. jika rezekiku haram, maka Kau halalkanlah ya allah, Ya Allah. jika rezeki ku jauh maka Kau dekatkanlah dan jika rezeki ku kabur maka Kau perjelaskanlah.. aaammiiinn  "  ( ni doa harian aku.. kalau korang nak buat ayat lain pon takpelah.. Allah paham isi hati kita.. kita minta lah apa2 yang kita nak..)

5) Baca surah Al-Waqiah  ...kalau tak setiap hari sekalipon at least seminggu sekali pon boleh...

6) Halalkan barang kita yang tlah dicuri  sebagai contoh : kita ada kebun buah.. setiap kali musim buah.. kita tengok buah2 kat kebun kita dicuri orang.. tak pon dimakan burung atau monyet.. janganlah kita sibuk memaki hamun orang yang curi tu .. sebaliknya.. halalkan je.. rezeki kita kan datangnya dari Allah.. kalau kita berkongsi rezeki kat orang lain.. Allah akan tambah2 rezeki kita.. kita niatkan sedekah jer .. ok? )

aku nak cerita sikit.. ada sorang pakcik ni dia nak amik buah pisang kat kebun dia.. lepastu dia nampak monyet makan buah2 pisang tu.. hampalah dia.. sebab dah lama tunggu nak makan buah pisang tu.. dah lama dia tanam.. tengok2 monyet yang makan.. lepastu nak tau apa dia buat?? dia geram ngan monyet tu lalu dia pergi letak racun kat buah-buahan kat kebun dia.. satu hari tu monyet termakan la racun tu.. menggelupur monyet tu kat tanah.. lalu mati.. nak tau apa yang terjadi kat pakcik tadi tu?? rupanya dia pon terasa panas kat rumah dia.. menggelupur sama macam monyet tu rasa.. nampak tak? Allah balas cash je dgn pakcik tu sebab menganiaya binatang tu .. salah ke monyet tu tadi?? nak rasa rezeki Allah jugak.. kenapalah di racun.. ish ish.. jadikanlah pengajaran yee.. ni cerita betul.. berlaku kat kampung aku..


7) Ringankan tangan bersedekah : Dari Abu Hurairah r.a. berkata : Rasulullah S.A.W telah bersabda " Barangsiapa yang bersedekah walaupon hanya sebesar biji kurma, dari usahanya yang HALAL, maka Allah akan menerima sedekahnya itu  dengan tangan kanan-Nya , kerana sesungguhnya Allah hanya menerima sedekah dari usaha yang halal dan akan memberi tambahan kepada pemiliknya dan terus menambah tabungnya yang sedikit hingga menjadi gunung " HR Bukhari dan Muslim

cerita aku : setakat hari ini.. aku mengamalkan apa yang mak aku selalu ajarkan ni.. alhamdulillah rezeki aku murah.. pernah seminggu aku duduk kat kolej hanya ada seringgit dua je.. tapi aku cukup makan cukup minum.. sebab masa tu duit aku  dah habis.. biasalah hujung bulan kan.. lagi pon nak cuti sem.. aku percaya pada kuasa Allah .. ada je yang bagi aku makan.. kekadang mak hantarkn makanan.. tapi sebenarnya mak tak tau pon aku takde duit.. setiap kali mak tanye aku cakap.. "ila ada duit mak.. mak jangan risau " 

kekadang tu aku korek korek poket aku cari duit. sebab aku ni suka selit duit merata-rata.. hahaha tapi kan.. mesti korang akan cakap.. "haaa dah kau yang simpan duit tu.. mestilah kau tak kebulur.. sebab mesti ada punye duit dalam poket kau tak pon dekat mana2.."  ok kalau itu yang korang rasa.. pernah terpikir tak.. kalau Allah tak bagi kita rezeki.. agak2 kita jumpa ke duit yang kita simpan tu? walaupon kita simpan kat tempat yang senang kita cari ?? so maksudnya.. kalau ada rezeki ...lagi-lagi waktu kita betul2 perlukan duit.. Allah bagi kita petunjuk untuk kita terjumpa duit2 tu.. paham tak maksud aku?? haha harap2 apa yang aku sampaikan ni sampai ke hati korang yee.. sebab aku bercerita dari hati.. dan entri ni khas untuk korang pembaca setia aku.. terima kasih :) 

Monday, 16 December 2013

MENGAPA JEPUN BOLEH MAJU??



1. Di Jepun diajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” di mana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).

3. Jepun walaupun salah satu negara terkaya di dunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa ke arah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.



 5. Kanak-kanak di sekolah akan membawa berus gigi yang telah di“disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka di sekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.


6. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

7. Dilarang mengunakan handphone di dalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”
 

8. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang diperlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan d a tas pingan.

9. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.


                                    
pengalaman kawan sendiri :

 ada sorang kawan ni dulu dia kena pg jepun sbb exchange student.. memang dia kata menakjubkan. jepun SANGAT BERSIH ok.. bila jalan kat tepi jalan raya tu.. setiap 500 meter macam tu la akan jumpa tong sampah.. lepastu diorang pnye pekerja yg kutip sampah tu (kalau kat sini kita panggil DBKL) diorang mesti pakai sarung tgn dan baju khas yang macam baju hujan tu.. diorang sungguh2 jaga kebersihan. kalau train pulak.. memang betul.. tepat waktunya dia sampai.. kalau kat sini delay kadang2 satu jam .. tapi kat sana.. delay paling lewat 7 saat.. bayangkan.. betapa disiplin nya mereka kan?? kita pon boleh jadi macam diorang.. kalau kita ada sampah nak dibuang.. selagi tak jumpa tong sampah.. simpan dulu dalam poket.. dan kalau nak pegi kerja ke pg temujanji ker.. kena PUNCTUAL.. BE ON TIME.. jangan bagi bnyak alasan.. sebabkan alasan yang banyak ni lah MANUSIA BOLEH GAGAL .. 

sekiannn :)

Saturday, 9 November 2013

tips:CARA MENENANGKAN HATI (cara islamik)

haii assalamualaikum.. jawab salam dulu for muslimin dan muslimat.. ahaaa ... ni dia entri tentang bagaimana kita nak buat hati kita jadi tenang..ok,  ramai yang kita lihat sekarang nih suka sgt marah2.. kalau tgk berita kan.. kita selalu dengar kes dera la.. kes pukul2 la.. memacam jer... macam sakit je.. macam sakit je.. haha yes.. actually they have a kind of sickness.. which is a UNHAPPY SYNDROME.. (penyakit ni aku yang bagi nama tu.. korang jangan pulak pg hospital tanya kat doktor pasal penyakit nih.. ok? )

 kebanyakan yang KAKI PUKUL , KAKI BARAN ni.. diorang ni tak happy.. diorang ni tak tenang.. kenapa? sebabnya ada je yang membuatkan diorang ni marah kat orang lain.. ada jee benda yang tak betul depan mata diorang..nampak anak buat salah sikit.. dipukul.. nmpak bini masak tak sedap sikit diherdik.. tak ke ada penyakit namanyaa tu..? kan kann? dari mana datangnya penyakit tu? kalau kita rasa tak bahagia.. datangla penyakit yang diberi nama penyakit HATI..  ataupon penyakit KURANG KETENANGAN DALAM HATI. ... cuba atasi setiap yang berlaku dengan tenang.. jangan ikut emosi.. memang perbuatan kita akan dipandu dengan akal.. tetapi.. akal kita juga di pandu oleh HATI kita..

tambahan tips: kalau kita nak tau org tu baik atau pon tak.. kita tengok perlakuan dia cara layanan dia dengan IBU dia.. dengan ISTERI dia.. dengan ANAK2 dia..  kalau baik layanan dia dengan kedua2 org wanita ni.. maka baik la dia dengan kita.. sebabnya.. kita boleh nilai seseorang tu dengan sikap dan perbuatan dia.. maka dari situ kita juga boleh nilai HATI dia.. orang yang bahagia ni akan selalu tersenyum.. TAK KIRA SIAPA .. malah dengan makcik sapu sampah pon dia akan tersenyum.. nampak??? orang yang macam tu lah dikatakan bahagia..ok.. ada sedikit petikan dari lagu nasyid yang berbunyi...

"..... pandangan MATA selalu menipu.. ..pandangan AKAL selalu tersalah.. pandangan NAFSU selalu melulu.... pandangan HATI itu yang hakiki.. kalau HATI ITU BERSIH "..

dari lagu ni kita dapat tangkap.. memang betul kalau kita pandang seseorang melaui pandangan mata.. kadang2 kita nmpak luaran org tu je.. see MATA kita selalu menipu..macam dlm gmbar ni.. kita nampak ikan macam dekat permukaan air je.. tapi sebenarnya kat dalam tu haahhh


kalau dari pandangan AKAL.. heyy tak tercapai akalmu nak menilai sifat peribadi org lain.. haaa pandangan NAFSU.. dah kata pon nafsu.. so pandangan nafsu ni memang selalu melulu.. jadi apa yang kita patut tgk adalah pandangan HATI.. setiap mata hati yang menilai kadang2 Allah yang memberikan kita petunjuk.. tapi tapi.. kalau hati kita bersih.. ini lah yang kadang2 org sebut instinct ataupon naluri.. aku susah nak describe betapa beruntungnya kalau kita dapat ikut kata hati ataupon naluri ni.. sebab memang 99% tepat bila kita ikut kata hati.. lagi2 bila kena buat satu keputusan yang susah.. ( aku kadang2 dpt naluri mcam ni.. tapi syaitan suka mengaburi aku dgn perasaan was was.. hurmmmm takpelah bukan rezekila tu )

 kadang2 instinct ni la yang bagitau sama ada kita patut ke tidak buat perkara ni.. perkara tu.. kalau tak sedap hati je.. namanya perkara yang kita buat tu tak elok.. dan sebaliknya.. jadi.. untuk mencari ketenangan hati.. kita kena laaaaaa....

Buat step2 ni.. :

1) sejukkan hati kita dgn mengambil WUDHUK
2) lapangkan dada kita dengan KHUSYUK ketika solat.
3) putihkan hati dengan ZIKRULLAH
4 ) bersihkan hati dengan MEMBACA AL-QURAN
5 ) kalau masih tak tenang ( kalau tengah berdiri, sila duduk, kalau tengah duduk, sila baring )
6) tak tenang lagi ? sila bayangkan KUBUR.. (bila takut mati.. ingatlah sikit nak buat amal kan.. hikss gurau jer )
                                           
kenapa aku kaitkan dengan bab bab keagamaan nih?? hrmm....sebabnya.. kita sebagai manusia kita mempunyai sifat suka mencari... suka mengkaji... nak tau banyak perkara.. tapi kita tetap rasa tak tenang.. tak happy.. tak cukup itu ini.. ? kenapa?? sebab kita jauh dari ALLAH.. manusia yang cuba dekatkan diri dengan ALLAH.. dengan AKHIRAT.. jiwa dia akan tenang.. PERCAYALAH .. dalam diri setiap manusia memang akan ada sekelumit perasaan dan jiwa yang berkait rapat dengan ketuhanan.. iaitu ROH kita.. dari mana ROH kita dtg? kalau bukan dari ALLAH.. sebab tu kalau setiap kali bila kita buat sesuatu perkara yang tak betul.. kita rasa tak sedap hati.. itu namanya kita masih ada iman.. dan segeralah beristighfar untuk mengelakkan dari hati kita menjadi HITAM dan KOTOR...

bila hati kita dah hitam dan kotor.. tiada ruang untuk iman menguasai hati kita.. maka susah untuk kita kecapi BAHAGIA walaupon kita tinggal dalam rumah yang dipenuhi emas sekalipon.. so kalau korang nanti dah ada anak kan.. jangan sesekali buat tak kesah tentang solat diorang, pelajaran diorang.. dunia ni semakin moden..tapi jangan agama diketepikan.. jangan agama di salah gunakan.. anak2 tu pon harta akhirat.. diorang yang akan mendoakan KEBAHAGIAAN korang di akhirat pulak nanti dan diorang juga penyambung generasi korang .. so korang mesti nak generasi yang berakhlak baik kan? jangan ingat nak kawin jer.. tanggungjawab besarkan anak jadi soleh solehah tu pon penting tau tau .. ( aku cuma saling ingat mengingati jer.. walaupon kawin pon belum lagi hah ).. bila masing2 terapkan amalan ni dalam keluarga.. mungkin kelak generasi di muka bumi ni akan terlahirlah generasi yang berakhlak mulia.. tapiii !! jangan suruh orang lain buat kalau diri sendiri tak mulakan dulu.. ok kawan kawan??


ingatlah!! harta DUNIA kita tak boleh bawa ke akhirat.. so, carilah dan kumpul lah harta AKHIRAT selagi kita masih sempat ^_^



Wednesday, 4 September 2013

TRIP REVIEW: Tempat menarik di sarawak (6D5N)

hai assalammualaikum.. kamik baru saja balik darik sarawak... haha ceh sikit je aku pndai.. yelah 6 hari je kot bukan 6 thun dduk sarwak tu.. hehehe kalau melancong luar dari KL ni sarawak adalah trip ke-2 aku semasa belajar di universiti ni..  first dulu aku ngan kawan2 pg PENANG jalan kaki je kot.. tak naik kreta sewa.. haa yg ni nnti aku buat entri lain..
kat sarawak beza masa 30 minit dengan KL.. aku akan mulakan dari hari pertama .. sampai balik dan mungkin gambar akan menceritakan segalanya..nah nah

DAY 1

sampai2 je kitorang stay kat umah 4 bilik.. siap ade dapur smua lah.. complete.. nama jalan ni JALAN ASTANA.. kat sini majoriti orang melayu.. kalau tak silap nama taman ni taman MALAYSIA JAYA.. so kat sini korang senang nak cari makanan halal k.. sebab srawak pelbagai kaum dan bangsa.. kalau kat area MUKAH dan MIRI tu .. yg tu korang kena ready sembelih ayam sendiri la.. kat situ paling susah nak cari mknn halal (pengalaman sepupu yg dpt kerja kat situ dulu)

DAY 2 
 okay  , ape yang menarik kat sarwak ni yee.. hurmm ni aquarium ikan.. FREE JE .. bak kata org yg jaga aquarium ni "di sarawak free saja.. kalo di KL satu langkah satu ringgit " haha sambil tergelak kecil.. betul apa dia cakap tu.. tapi tak semua yg free juga ok..
gambar kucing kat atas tu makcu bersama tiga anak buahnya.. haha... (perangai cam budak-budak lagi aku ni.. kihkih )


ni museum kucing..FREE jugak.. aku stay kat area KUCHING so, memang lmbang terbesar nye museum kucing ni lah.. ada kucing betul2 tp yg dah mati la ..dia awet semula bagi terbukak mata.. ksian aku tgk..  

DAY 3

  serikin ni pulak terkenal dgn tmpat jualan brg2 murah.. sama mcam kat wang kelian dan padang besar, perlis.. kalau kat perlis tu sempadan thailand.. tapi kat sarawak ni sempadan indonesia..

DAY 4
 kampung budaya ni TAK FREE.. tgk lah pada keadaan waktu korang pg nnti.. setakat ni dewasa- RM 60, warga emas- RM 60 , kanak2 - RM 25 (not sure ) sebab masa ni kitorang dapat discount.. abang hensem bagi..hewhew..

kat sini ada pelbagai kampung dan alat2 yang digunakan oleh orang sarawak macam sumpit, pakaian orang srwak yg dibuat dari dahan pokok, kain sulaman, macam2 lagi.. 

 bila dah abis semua destinasi kampung kitorang berjalan.. akhir sekali kitorang di persembahkan (ceh gituu ) dengan persembahan teater dari orang bidayuh, orang ulu, dan orang melanau.. besttt.. smpai dia tunjuk macam mane dia sumpit belonn depan mata kitorang.. orang ulu ni paling handal menyumpit.. apa yg bagus tentang diorang ni.. diorang tak sumpit manusia.. diorang guna sumpit untuk cari makann je.. diorang ni pon bukan dari kalangan yang suka bergduh sesama manusia.. (menurut instructor kat situ)
 tapi semua dah moden. takde yang pakai cawat tu dah.. ni area bandar.. kalau kat pendalaman mungkin ada kot.. huhu tapi masa buat persembahan tu adalah dua tiga orang yg pakai cawat .. kena tutup mata la jugak.. sekejap je lah.. (bertambah dosa aku.) kalau aku ttutp mata sepanjang dia buat persembahan tu baik tak payah masuk kan.. hehee

 DAY 5
haaa ni pulak pengalaman kitorang masuk hutan (hutan la sangatt) tapi memang kitorang lalu dalam hutan ( ade la dalam 10 minit ) bila kluar baru jumpa kandang haiwan .. kat sini diorang kekalkan hutan yang ada.. dan orang utan tu bebas, takde atap ataupon bangunan,. tapi jgn risau.. orang utan tu tak melompat tinggi la.. diorang ni badan berat.. besar.. naik gerun aku tengok.. mula2 nak masuk... dalam kepala semua pikir, ni binatang bebas ke dalam kandang ni..?? hahaha kelakar sgt.. kitorang takut nak masuk bila tengok benda ni ..kalau korang ape yg korang pikir sebelum masuk tempat yg korang tak penah pg?? hahaha cuak kann?? huhuhu


atas ni yang biasa2 je (bcoz they are in their cage, so tak takut sngat haha ).. yang luar biasa tu orang utan ni haaa..(macam yg aku cakap kat atas tadi laa..)  ZOO kat kl kalau buat mcm ni aku rasa tak senang dduk orang utan ni..
 
yang atas sebelah kiri tu abah aku.. haha buat lawok.. menatang2 monyet tu dlm sangkar.. boleh pulak abah main kan dia.. monyet tu pon pandang seronggggg aje... hahaha

DAY 6

  last but not least.. we are going to back homee !! haha pengalaman yang sgt best.. haa lagi satu.. masa ni kebetulan pulak yang sarawak adakan cuti cuti malaysia sempena tahun ke 50 diorang merdeka.. kita ni sudah tahun ke-56.. kena tahu ni.. huhu..

 MAKANAN 

selit sikit pasal makanan yang korang patut rasa kalau pg sarawak --->  LAKSA SARAWAK, KEK LAPIS, MEE KOLOK dan IKAN TERUBUK MASIN.. ok lahh penat bercerita.. jetlag malam tadi balik pon tak hilang lagi.. masa naik kreta aku tertido.. bila bngun ingatkan dalam kapal terbang.. hahaa sengal -___-

# P/S :tapi, pengalaman yang kita lalui tu tak sama dengan orang lain.. so datanglah sendiri ke sarawak kalau nak tau lebih lanjut pasal sarawak ni ok.. sarawak is my second trip.. NEXT?? in planning..muehehe




Friday, 12 July 2013

TIPS: doa doa untuk ibu hamil

assalammualaikum.. ok.. sebarkanlah kebaikan walaupon dari sepotong ayat.. haaa selalu aku dengar ayat2 macam ni.. jadi dengan ity.. aku nak share la sikit ilmu yang aku dapat dari siaran SEMANIS KURMA semalam.. ustazah tu kongsi.. bacaan2 yang baik dan bagus untuk ibu2 yang sedang mengandung..



1) surah yassin - memberikan anak ketenangan jiwa dan kemuliaan hati
2) surah hujurat - menambahkan susu si ibu
3) surah luqman - menjadikan si anak yang dilahirkan bijak pandai
4) surah yusuf - mnjadikan wajah si anak cantik rupa dan cantik akhlak
5) surah maryam - memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang sabar dan taat
6) surah al fatihah - menguatkan daya ingatan dan menerangkan hati

# bacaan di atas ni bukan untuk si ibu je yang kena baca.. si ayah pon kenaa baca jugak.. lagi SWEET kalau baca bersama.. tak gitu ^_^ .. selamat mmbaca dan menambah amal yeee ..