Saturday, 8 April 2023

Gold Info: 4 Cara untuk pastikan EMAS TULEN ATAU PALSU

Assalammualaikum dan salam sejahtera readers, kali ni sy nak share CARA UJI KETULENAN EMAS anda sama ada emas TULEN atau Palsu.. Ada BEBERAPA TEKNIK DIPERLUKAN YE.. BUKAN SEMATA dengan menggunakan MAGNET je tau


 CARA-CARA MENGUJI KETULENAN EMAS 

Terdapat 4 cara yang biasa di gunakan untuk menilai ketulenan emas yang biasa di gunakan di Malaysia.

Cara-cara tersebut ialah:

1. Energy-dispersive X-ray spectroscopy

2. Densimeter

3. Ujian Asid

4. Ujian Fizikal
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

1.Energy-dispersive X-ray spectroscopy
Paling tepat tetapi agak mahal.

2. Ujian menggunakan densimeter
Apakah itu densimeter?
Densimeter ialah mesin yang di gunakan untuk menguji ketumpatan emas, ianya bukanlah kaedah terbaik untuk menguji ketulenan dan jenis emas. Fungsi utamanya ialah untuk menguji ketumpatan emas. Biasa kita lihat mesin ini di kedai emas dan di arrahnu

Dengan menggunakan prinsip Archemedes dan teori ketumpatan jisim, ketumpatan sesuatu emas dapat dinilai. Perlu diingat kaedah ini dapat memberikan bacaan yang jitu untuk emas jongkong dan emas dalam bentuk padu sahaja.

Ketulenan emas dalam bentuk barangan perhiasan emas tidak boleh dinilai dengan tepat kerana terdapat banyak ralat yg mengganggu bacaan seperti ukiran, sambungan & buih-buih yang terperangkap di antara sambungan barang kemas. Kadang-kadang, daki dan kualiti air pun boleh mengganggu bacaan.

3.Ujian Asid
Ujian ketulenan emas menggunakan asid merupakan salah satu cara yang lebih mudah dan murah. Kit ujian ketulenan emas menggunaan asid ini terdiri dari 3 bahan

1. Asid Hidroklorik (HCI) - digunakan untuk menentukan produk itu adalah emas atau sebaliknya.

2. Natrium Hidroksida (NaOH) – digunakan untuk menentukan kualiti emas

3. Batu menguji emas atau di kenali sebagai batu hitam

Kaedah ini sangat sesuai untuk menentukan kualiti emas dalam bentuk barang kemas. Permukaan batu yang digosok barang kemas digosok padanya akan meninggalkan kesan kuning, dan seterusnya diuji menggunakan kedua-dua asid.

Perlu diingat setiap jenis emas akan memberikan kesan warna kuning yang berlainan pada batu hitam. Secara umumnya, semakin tinggi kualiti sesuatu emas, warna kuningnya akan semakin terang. Warna kuning pada emas yang kurang mutunya juga mudah luntur apabila dikenakan ujian asid berbanding emas yang berkualiti.

4.Ujian Fizikal
Tidak berapa tepat.

Diantara ujian fizikal menguji ketulenan emas yang boleh di lakukan ialah


(a) Ujian kepanasan
Ujian ini dilakukan dengan membakar barang kemas tersebut sehigga merah. Emas yang tulen tidak akan terjejas manakala emas yang lain akan meninggalkan kesan hitam mengikut kategori masing-masing.


(b) Ujian kelembutan
Emas yang tinggi mutunya adalah lebih lembut dan boleh dibengkokkan jika di bandingkan dengan emas yang lain.

(c) Warna dan Berat
Dengan melihat kepada warna dan berat barang emas itu. Lebih kuning dan berat emas tersebut maka lebih banyaklah kandungan emasnya. Untuk mendapatkan perhiasan yang kuat dan warna yang diinginkan, emas asli dicampur dengan logam lain. Logam-logam yang biasa digunakan untuk campuran perhiasan emas adalah Tembaga, Perak, Timah Putih, dan Nikel. Disamping menambahkan kekuatan emas yang berbeza-beza maka campuran logam juga untuk mendapatkan warna yang diinginkan, sehingga dikenal beberapa macam warna perhiasan yang dibuat emas iaitu :

Emas Merah – Emas murni dicampur Tembaga.
Emas Kuning – Emas murni dicampur Perak.
Emas Putih -Emas dicampur dengan Timah atau Nikel

d)Ujian kemagnetan
Emas tulen tidak akan ada tarikan kuasa magnet.

❤Semoga bermanfaat utk semua. PASTIKAN TULEN BARU BELI okay ? 😉



Follow fb & Ig untk testimoni 💗

💢Facebook page:
https://www.facebook.com/goldsistershop/
 

No comments:

Post a Comment

Do comment this entry :)