emas fungsikan berkali..
kalau guna duit habis mcm tu je kan..
(last masa form 2 tahun 2006 😆)
banyak sangat perbezaan ye.. salah satunya dulu budak lagi..kali ni dengan penambahan ahli keluarga dan diri sndiri dah matang haha
Ustaz pesan datang UMRAH kita bawa 2 D
DOSA : untk diampunkan
DOA : untk dikabulkan
jadi, betulkan niat dan fokus untk beribadah..
jual beli tu last sekali kita fikir..
2006 : bangunan belum mewah dan tinggi2
macam skrg..
dulu masuk2 pintu masjid terus nampak kaabah..
(ni moment yang buatkan hati kita sebak dan sayu)
kedai2 makan .. kedai baju dan barangan di kanan kiri masjid tak bnyak mcm skrg.. dan kedai masa tu pon hanya di stall2 je..
perjalanan dari hotel nak ke masjid pon tak jauh
(hanya 50-100m je)
itupon menyesal rasa masa buat umrah dulu banyak tido je dari ikut mak abah g masjid..biasalah budak2 ..mana tau apa 😅 bila teringat .. dulu nak ke masjid tak jauh.. skrg jauh2 ye..
nasib baik trip kali ni dpt hotel dekat juga.. 50-100m je hotel ke masjid di makkah dan madinah.. alhamdulillah..
dgn pelbagai perubahan yg mendadak ni.. jadi, sebelum nak buat umrah.. saya sarankan tgk video ni dulu untuk betulkan niat anda..
rugi tau datang sana tapi tak dpt umrah
yang mabrur kan ?
(PERGI UMRAH: Melancong atau beribadah?)
klik sini : https://youtu.be/y-2mDs6eRAo
okay dah tgk video tu.. jom sy sharekan moment dan persiapan sy sebelum mengerjakan umrah dan ziarah di tanah haram..
segala moment dan posing dilakukan selepas beribadah dan selesai umrah untuk dibuat kenangan.. hehe
jom baca smpai habis ye..
ada info2 menarik kat hujung entri
TANAH HARAM
kenapa dipanggil tanah haram ? boleh baca kisahnya di SINI dan INI
PENGALAMAN UMRAH 16 - 27/11/2022
(12 HARI 11 MALAM)
kami sekeluarga decide untk mengerjakan umrah bersama KRS Travel sdn bhd sebagai travel agensi (TA) kami.. sepanjang di sana.. Ustaz hisham sebagai mutawwif kami .. sangat best dan banyak pengalaman baru kami dapat..
sepanjang di makkah pula Ustaz hisham kenalkan kami dgn sepasang suami isteri yg dah lama menetap di makkah sebab further study iaitu admin facebook Makkah Kenangan Terindah.. mereka bawa kami untuk buat umrah pertama dan guide kami ke beberapa buah tempat..
package kami : Rm8490/pax
jarak hotel dan masjid : 50-100m
(madinah & makkah)
jarak hotel ni mainkan peranan penting.. lagi2 bila bawa parents yang dah lanjut usia.. bila dekat.. mudah beribadah tanpa sebarang masalah.. insyaallah..
Review hotel dan makanan : di madinah kami hanya dapat makanan sama setiap hari.. jadi mutawwif kami iaitu ustaz hisham orderkan makanan malaysia (bungkus) setiap hari di makkah.. alhamdulillah semua lauk sedap2.. setiap hari lauk berlainan..ikutkan kami ok je dpt apa2 pon.. tp kalau dah mutawwif offer nak belikan makanan malaysia.. kami lg happy hahaha
Hotel pula cantik dan best.. sy taknak kongsikan di mana kami tinggal.. nanti semua org nak hotel yang sama.. mesti full dan tambah mahal lepas ni 😆 skrg dah boleh buat umrah DIY kan.. visa pula valid setahun tu..
salah satu hotel yang dekat dan ramai instafemes share - movenpick (makkah dan madinah pon ada)
PERSIAPAN UMRAH
1) ILMU
- Baca pantang larang umrah dan basic buat umrah (niat, tawaf, saie, tahalul)
- nota2 yang travel agent bagi
- senaraikan doa2 yang nak di baca
Tempat2 mustajab doa
:
1. Multazam
2. Hijir Ismail
3. Rukun Yamani
4. Dalam Kakbah
5. Sa'i antara Sofa dan Marwah
6. Belakang Makam Ibrahim
7. Muzdalifah dan Mina
8.Raudhah tiang Aisyah (Madinah)
9. Sepanjang di tanah haram
2) KEPERLUAN HARIAN
LELAKI
- Kain Ihram : 2 PASANG
(Notes: JANGAN basuh dengan tambah pewangi..
hanya basuh dengan sabun je.. kalau tak ..tak boleh guna semasa buat umrah ye.. sy pesan awal2 ni)
ringan tau..
PEREMPUAN
- Telekung tanpa kain : 2@3 helai
(Notes: JANGAN basuh dengan tambah pewangi..
hanya basuh dengan sabun je.. kalau tak ..tak boleh guna semasa buat umrah ye.. sy pesan awal2 ni)
- Stokin : 7 pasang
(bawa jenis tebal dan ada silicone di tapak
kaki supaya tak licin dan sesuai guna masa tawaf dan saie sbb tebal..beli di shopee je)
masa umrah.. sila dapatkan di mana2 klinik)
- Selipar hotel terbuka depan blkg: 3-4 pasang
(harga di shopee dalam Rm2-3/pasang)
haiwan tak boleh dimakan najisnya dikira najis
(cth monyet/kucing/harimau)
haiwan boleh dimakan najis nya tak dikira najis..tetapi hanya kotoran sahaja
(cth lembu/burung/kambing)
dpt lagi.. siap ada sejadah besar dan
counter zikir ni hehe
dan yg bagusnya masuk waktu dalam flight, MAS akan pasang azan (ikut waktu destinasi).. jd kena alert... jgn tinggal solat walaupon dlm flight..guna cara sama kalau fly ke negara lain juga..
(beza Waktu Malaysia - Madinah/Makkah : 5 jam)
- Mini sejadah
- Ubat (panadol, air cengkih , ubat charcoal, gula2 sakit tekak, ubat selesema, madu, vitamin)
perubahan tempat dan cuaca membuatkan
kita mudah demam..
jadi prepare bawa ubatan yg diperlukan ..
- Minyak angin
- Bekas air/botol lipat (untk isi air zam2)
- Bekas basuh baju foldable + sabun basuh serbuk
- Toiletries
- Tools Jahit baju (optional)
- Tisu basah/ wet tissue
(buat lap taik burung atau guna bila perlu)
- Alas/tikar nipis (disarankan bg yg hotel jauh dan perlu duduk seharian di sekitar masjid)
- Simkad mobily : 58 SR/pcs
(beli di kiosk2 sekitar masjid/hotel)
Checked in luggage (30kg) :
boleh bawa cecair lebih 100ml per bekas .. gunting/pengetip kuku (kategori: bnda2 tajam).. tiada larangan
3) KEPERLUAN - DUIT
rate yg sy dapat masa tukar duit haritu.. ada turun naik sikit..kena tukar masa rate rendah baru dpt lebih
18.10.2022
100 SR = Rm125.5(ada tmpat Rm128)
6.11.2022
100 SR = Rm128
Sy dan suami tukar Rm500/sorg dapat 400 SR je..
sbb tak plan nak beli apa2..
tp bila hari nak balik baru rasa nak membeli belah.. masa tu tak cukup bajet..
sy jual emas dan dpt duit segera.. alhamdulillah tak sia2 jd dealer emas direct kilang..
dan sah lah emas ni laku di mana2.. tak kira tempat.. janji tulen.. beli emas dpt harga murah (harga dealer) jual pon dpt harga tak mengecewakan 😊
ni pon kena survey beberapa kedai..
ada kedai bg lg rendah..
1g Goldbar = 200 SR
0.5g Goldcoin = 95 SR
Gate dari hotel kami hanya 50m ke masjid..
boleh ke gate 329/330 untk ke tempat solat lelaki (kiri) dan perempuan (kanan)
Kerusi foldable wakaf di sediakan di tiang2 luar masjid.. bagi yang memerlukan, boleh ambil kemudian letak semula lepas guna..
setiap waktu kejarlah untk solat dalam masjid nabawi.. pahalanya 1000x kali lebih dari solat di tempat lain..
siang di sini pon pendek.. antara zohor smpai isya' beza waktu sgt lah dekat.. hanya 2-3 jam je.. jadi, plan masa sebaiknya ye..
Di sini waktu subuh ada 2 kali azan.. azan pertama pukul 4 lebih (azan solat tahajjud) dan azan kedua waktu subuh 5.19 am..
jadi sepanjang sy di sana... sy akan kluar 3.30am untk ke masjid.. baru dpt solat kat dalam.. kalau kluar lambat pkul 4 mcm tu dah penuh ruangan pintu 16.. bhgian perempuan.. ruangan solat wanita sgt limited.. tetapi ruangan solat lelaki sangatlah luas..
waktu zohor sy akan ke masjid dan tnggu sehingga asar.. baru balik ke hotel
begitu juga waktu maghrib.. sy akan tnggu smpai isya' baru balik hotel..
Solat Jenazah = 1 qirat
alquran dan air zam2 disediakan di dalam masjid.. tapi kalau masjid dah penuh agak sukar nak ambil .. jadi bila dah dpt tempat duduk.. boleh terus ambil air zam2 dalam botol, baca alquran dan berzikir sementara tunggu subuh..
Sekitar MASJID NABAWI
Kami di bawa ke sekitar Masjid Nabawi dan mendengar sejarah2 di sini..
baru tahu dulu tanah Masjid Nabawi ini
dipenuhi pokok tamar..
(di dalam Raudhah tiang2 dlm tu adalah lokasi pokok tamar sekitar rumah Saidatina Aisyah.. sebab tu ada tiang Saidatina Aisyah... juga di mana tempat Saidatina Aisyah memohon doa)
ada library di gate 10..
lelaki je boleh masuk rasanya..
dan ruangan solat di roof top.. ni abg yg pg ..
kita curi gambar dia hahaa.. naik ikut pintu berapa pon sy taktau.. 😂
MUZIUM
(Berdekatan gate 38 rasanya..tak ingat haha)
Muzium ni menceritakan tentang proses masjid nabawi dibesarkan, tentang makam nabi.. dan rumah para2 sahabat berdekatan masjid nabawi
Tiket : 15 SR/pax
masa di entrance bgtau kita dari malaysia.. supaya masuk nanti akan dpt gadget translation mcm phone.. hanya perlu dekatkan gadget tersebut pada sensor disetiap pameran.. akan ada audio dalam bahasa melayu.. di translate dari bahasa arab..
Orang perempuan tak boleh masuk tau..
lelaki je boleh.. sebenarnya lagi baik tak berkasut bila masuk ke perkuburan baqi' ni untk menghormati para ulama' dan sahabat2 nabi
(taman2 syurga)
Slot untuk masuk ke Raudhah ni kena booking dari malaysia lagi ye.. bagus ada slot2 ni tak bersesak sgt mcm sebelum ni (kata jemaah yg pg tahun 2008 ke atas)
slot perempuan malam (pkul 10pm ke atas) manakala lelaki siang (pukul 12.30pm ke atas)..
boleh booking guna APPS NUSUK .. cara nya di SINI
perempuan tak dapat masuk
makam Rasulullah s.a.w ..
kami hanya dapat kirim salam dari luar je.. ustaz cerita sebab perempuan terlalu taksub.. jadi mereka buat kawalan hanya untk lelaki je boleh melawat makam nabi
lelaki boleh masuk tanpa bersesak2 pon.. suami setiap lepas waktu solat, dia ziarah Rasullullah s.a.w ..
tapi adab semasa ziarah.. tak perlu lah record2.. bukan senang nak jumpa Nabi kesayangan Allah ni dan masuk ke Raudhah (taman2 syurga).. jadi fokus berdoa..
Sementara tunggu asar atau isya'
tu boleh jalan2 kat sini..
banyak kiosk jualan .. ada kunafa, bakso, kurma, coklat, air buah, kebab, murtabak versi org arab (isinya sayur) , samosa sayur , aiskrim dan sebagainya..
boleh pulak berjumpa secara tak sengaja dan makan2 kat sini dgn family.. ikutkan bila kat madinah.. pg masjid ikut masa masing2.. sebab dah separate bilik .. jadi jumpa bila kena kumpul di lobby untk ziarah atau di tempat makan hotel je haha
kenangan best sgt bila family pg sekali..
simpan sini.. taktau bila boleh
repeat sama2 lagi :(
kalau nak mendaki bukit uhud ni ambil masa seharian.. jadi kami hanya melawat di kaki bukit dan naik ke bukit sebelahnya sahaja (lebih rendah)
LADANG KURMA
Tempat beli kurma dan coklat2.. agak murah jugak tau beli kat sini .. dapat diskaun 5 SR untuk certain2 brg,.. depends pada TA masing2 ye.. kat sini kami dijamu nasi arab lauk ayam dan kambing.. sedap..tapi portion terlalu banyak .. 1 dulang boleh makan 7-8 org sebenarnya haha
dalam 15-25 SR..
itu je tempat2 ziarah yang kami pergi di madinah..
sebelum sy share tentang Makkah (Part 2).. ini adalah sebahagian doa2 yang hati kecil sy terdetik dan Allah makbulkan terus waktu tu
BERDOA LAH YANG BAIK2 SEPANJANG DI TANAH HARAM.. SEBAB SETIAP DOA MUDAH DIMAKBULKAN DI TANAH PENUH BARAKAH INI.. JANGANLAH BERKATA YANG BUKAN2 .. RISAU ALLAH MAKBULKAN JUGA..
Ziarah Wada'
(selamat tinggal bumi madinah)
VIDEO UMRAH : MELANCONG ATAU IBADAH?
https://www.youtube.com/watch?v=y-2mDs6eRAo&t=658s
VIDEO KENANGAN DI MADINAH:
https://www.youtube.com/watch?v=Qi4vrYLJgxg
VIDEO CARA AMBIL WUDU' GUNA BOTOL SPRAY:
Part 2 akan disambung kat sini.. Stay tune..
No comments:
Post a Comment
Do comment this entry :)