Thursday 4 March 2021

Tips: Cara daftar SSM dan buka akaun bisnes pertama kali (Step by step)

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera, pertama kali nak buat sijil SSM untuk bisnes dan buka akaun bank untuk bisnes online atau bisnes fizikal anda ? sy tunjukkan cara nya sebab sy baru buat haritu hehe :) 


di musim pkp ni, semua perkara kalau boleh secara online.. lebih bagus dan memudahkan.. haritu pergi bank C*** tapi sebab tak cukup document SSM, kena tengking..
bukan smua cawangan mcm tu.. maybe staff yg patut belajar untuk lebih berbudi bahasa..

kita dahlah first time nak buka akaun bank untk bisnes.. cuba lah guide elok2.. takpelah kita dah bertukar ke Maybank pulak ..

ramai juga yang guna.. jadi tak salah nak buka akaun maybank sebagai platform untk jual beli.. kalau bank lain sy tak try.. takde masa nak kena beratur lama..


Dengan Maybank hanya apply online je hehee

 
First sekali, kena tahu jenis bisnes anda.. mcm sy, sy buka jenis tunggal atau Sole proprietorship.. bermaksud sy takde cawangan atau takde penama kedua..


untuk dapatkan document berikut:

1) Sijil SSM
2) Borang A 
3) Business info 

Notes: 3 document ni diperlukan sebelum anda boleh 
buka akaun bank untuk bisnes anda..

Jom sy ajar step2 nak dapatkan document tersebut 👇


Anda perlu register dulu untuk pertama kali di https://ezbiz.ssm.com.my/?0

kemudian, baru boleh daftar new bisnes pula..

Bila dah masuk web, anda akan nampak page pertama macam ni..
kemudian pg ke my business service dan click new bussiness 




kemudian, isikan detail maklumat diri dan syarikat anda..

Lepas dah isi dan payment, ada step2 yang anda kena buat .. ada step query dan anda kena jawab query tersebut dalam masa yang diberikan.. semua tu ada dalam user manual.. boleh download ye :)

kos bayaran
untk daftar web ezbiz.ssm : FREE buat masa ni

sijil SSM (renew setiap tahun)
: Rm60 (if trade name)
  :Rm30 (if nama sendiri)

Bussiness info : Rm10

notes: settle dalam masa kurang seminggu

kemudian selepas dah approved atau nak check sndiri,
 pergi ke "list new business"
 


bila dah approved, untk download document, tekan yg sy tandakan bulat merah tu.. dan dowload lah 3 document tersebut .. 



CARA DAPATKAN DOCUMENT BUSINESS INFO 


Kalau anda terkena macam sy , sy tak tick business info masa buat SSM.. jd sy kena dptkan di..

 
 
cuma perlu daftar mcm biasa (free), kemudian isi detail  syarikat dan proceed with payment, lpas bayar akan dpt terus document dalam web ni.. jom sy ajar step by step
.

first sekali, tekan search
 

masukkan nama syarikat anda .. dan akan keluar document yang available.. cuma perlu add to cart.. dan buat payment.. bila kita dapatkan document asing macam ni.. lebih mahal.. sbb kena bayar SST dan cas lain.. 

jd kos untuk document bussiness info sahaja melalui website ini
Rm15.30 (3/2021)

 


inilah sample document bussiness info tu.. make sure lepas payment,
terus download, save dan print ya.. dia tak bg di email..


CARA RENEW SIJIL SSM

sila ke laman web yang sama masa daftar...

https://ezbiz.ssm.com.my/?0

diingatkan anda perlu renew SEBELUM tamat tempoh ye.. kalau tak kena kompoun ... mcm sy lewat sebulan kena bayar RM30 😆 jadi, take note.. macam nak kena renew lesen memandu anda.. hehehe

kemudian.. click 👇

- my bussiness service

- renewal service

- renewal by owner / by others (boleh pilih)

dan

tekan Bussines Renewal - (download manual).. ada cara2 penuh dalam manual ni..


CARA BUKA AKAUN BANK MAYBANK
UNTUK BISNES

pergi ke website maybank https://www.maybank2u.com.my/





bila dah berjaya isi, akan dapat email macam ni





kemudian install mybank2u apps untuk 
memudahkan check baki dan transaction customer 
 

Credit : Terima kasih kpd kak nor asiah dan abg sy yg bg tunjuk ajar ..hehee 

UPDATED 5/4 : alhamdulillah, sy dh berjaya buka akaun bisnes dgn MAYBANK WALAUPON TIADA AKAUN PERSONAL DGN MAYBANK.. 
 
staff tanya kenapa tak buka yg ada akaun personal sbb senang diorg nak go through tengok record payment smua.. tp alhamdulillah Allah mudahkan.. 
 
sbb kita TRUSTED, so TOLONG JANGAN BUKA AKAUN BISNES untk jd SCAMMER ye.. TOLONGGGGG jujur untk bisnes anda terus maju dan berkat !!
 
lepas submit document SSM dan bukti sy adalah seller yang TRUSTED
(print hardcopy TESTIMONI CUSTOMER, STOCK YG SY ADA, DETAILS MENGENAI BISNES) .. ikutkan sgt susah nak buka sbb ramai SCAMMER.. jd hati2 dan sila bg bukti untk kuatkan application anda :)

STEP SETERUSNYA LEPAS SUBMIT DOCUMENT

1) dapat call dari staff maybank suruh aktifkan akaun..

2) dtg branch yg sama bawa IC dan COP SYARIKAT BERSERTA NOMBOR SSM
 
3) duit Rm1000 untk transfer masuk dlm akaun bisnes kita sndiri untk aktifkan akaun (boleh transfer by online dan boleh withdraw smula nnti)

4) aktifkan dan register apps Maybank2u MY dan QRPayBiz (siap ada staff tlg guide,sgt friendly :)



SEKIAN, selamat mencuba :)

KENAPA sy buka akaun bank
khas untuk bisnes ni?

sebab taknak berlaku sebarang salah laku bila ada transaction dengan jumlah yg besar..sejak sy join orodesign, dan sales melibatkan beribu ringgit..saya nekad untuk fix dengan bisnes yg sy buat skrg.. makanya kena buka akaun bank juga.. dan untuk lebih professional in business :)

boleh dapatkan info lebih lanjut mengenai bisnes terbaru sy berkaitan dengan jual beli EMAS FIZIKAL, sy jual emas direct kilang MAA , dan sy adalah dealer ORODESIGN yg sah :)

"anda beli emas, anda dpt emas dlm tangan (EMAS FIZIKAL) BUKAN AKAUN 😊

jom baca next kupasan mengenai bisnes :
 
 

No comments:

Post a Comment

Do comment this entry :)