Assalammualaikum readers, first of all aku hanyalah chemist yang bekerja di balik tabir pembuatan shampoo dan product2 lain. Apa yang aku nak share adalah.. pengguna yang mengalami penyakit gatal2, alahan pada seafood, atau makanan laut, ada eczema atau allergic.. apa yang korang perlu buat adalah say
NO to ANTI-BACTERIAL PRODUCTS
Bahan chemical utama dlm anti-bacterial products:
1. Triclosan
2. Benzalkonium chloride
3. chloroxylenol
4. Chlorohexidine gluconate
5. DMDM (antimicrobial formaldehyde)
6. O-Cymen-5-OL (antifungal preservative)
Apa kena mengena bahan chemical ni dengan seafood ? okay seafood tu hanyalah penambah/pengaktifan je.. bila kita guna product yang mengandungi bahan chemical di atas..bahan chemical ni akan diserap di dalam badan, dia akan mengaktifkan cell allergik dalam badan manusia bila kita makan seafood.. sebab tu kita selalu nampak effect lepas makan seafood.. seafood tak salah.. yang salah product harian yang kita guna.. setiap orang ada cell allergik ..cuma kuat atau tak je.. bergantung pada pemakanan dan product harian yang kita guna..dan bahan2 di atas memang familiar digunakan dalam pembuatan anti bacterial product :)
contoh product antibacteria
jadi, lepas ni cuba guna product yang tiada bahan chemical yang saya list di atas dan cuba guna product organik.. tapi susah nak jmpa yang 100% organik..jd, baca ingredient belakang product dulu ye sebelum guna.. insyallah masalah allergik, alahan dan eczema anda akan sembuh :)
Bahan chemical yang dermatitis suggest untuk elakkan :
tapi susah nak jumpa product yang tak guna bahan2 ni.. nombor 3 tu adalah bahan pengawet.. kalau takde langsung.. shampoo tak tahan lama..
contoh product yang bagus untuk sensitive user
|
jenama : simple
|
|
jenama: cetaphil
|
|
jenama: sebamed
|
ini sahaja senarai product yang sy tahu sesuai untuk allergik atau eczema.. tapi product harian kita.. gantikan yang bukan antibacteria macam dalam gambar bawah ni.. ni ada orang share di facebook, dia pg klinik dah 8 tahun kena allergik .. Doktor suggest product2 kat bawah ni..alhamdulillah lepas tukar product harian.. sembuh allergik yang beliau alami.. tapi kalau tak jmpa.. cari lah yang bukan anti bacteria product ye :)
semoga sembuh penyakit yang kalian alami dan makanlah seafood sepuasnya :)
Tambahan info : CERITA DARI PESAKIT ECZEMA DI FACEBOOK
ALLERGIC, ECZEMA DAN BAGAIMANA AKU PULIH?
Biasanya FB ni aku guna
untuk buat benda –benda santai je: baca news, follow group memancing
dan skodeng barang- barang hobi je..
Tapi harini status aku
panjang sikit. Kebetulan pulak esok Ramadhan dan peristiwa ni jadi masa
bulan Ramadhan. Kalau ada kelapangan masa, jemput baca. Semoga
bermanfaat.
Aku ni memang ada masalah allergic dan eczema. Aku
kene masalah ni masa tahun pertama aku buat master di UPM. Aku kene masa
bulan Ramadhan 2011. Masa mula-mula kena, tempat gatal tu kecik je
sebesar duit lima sen di betis kanan. Sangat gatal, tapi gatal dia lain
macam, Tuhan je tau.
Pada mulanya, aku tak ambil kisah, mungkin
ni gatal biasa. Aku terfikir mungkin kena gigit serangga dan aku tak
perasaan. Selepas seminggu, gatal ni makin membesar dan macam nak
merebak satu badan. Tempat lain di badan aku pun naik biji-biji gatal.
So, aku ambil keputusan pergi ke Pusat Kesihatan Universiti UPM (PKU
UPM).
Bila aku jumpa doctor yang bertugas, dia bagi aku
Dermovate, sejenis ubat sapu pada tempat gatal. Dermovate ni ada dua
jenis: ointment dan cream. Ya, ini krim steroid yang memberikan tindak
balas yang sangat cepat sapu je terus ok, gatal-gatal yang berair tadi
tu terus kering.
Tapi masalah aku tak selesai. Bila aku tersalah
makan gatal-gatal ni datang balik di kawasan parut gatal yang dah
kering. Bila aku sapu dermovate tu, bila dah gatal aku garu sampai pecah
kulit aku, garu berdarah-darah tu pekara biasa. Sentiasa kena spare
tisu la dalam poket, sebab kadang kau tak nak garu pun akan tergaru
juga. Memang sengsara hidup aku.
Aku pergi PKU UPM untuk kali
kedua. Kali ni doktor sahkan aku kene eczema. First time aku dengar nama
penyakit macam nama orang. Aku pun study pasal eczema ni dan yang
paling aku tak boleh terima eczema ni penyakit yang agak misteri sampai
ada yang cakap takda ubat lepastu banyak pulak aku jumpa wawancara di
tv, surat khabar berkenaan eczema yang misteri ni. Memang termenung la
aku bila tau eczema ni bukan biasa-biasa punya penyakit. Ramai yang cuba
berubat tapi tak ramai yang berjaya. Apa yang boleh buat ialah kene
pantang makan dan kenal pasti kau allergic dengan benda apa.
Macam dalam
kes aku ni aku allergic dengan semua seafood. Sebelum ni aku makan
seafood memang takda masalah, lepas kene eczema ni semua seafood aku tak
boleh makan, kalau aku makan memang cari penyakit sebab kulit aku akan
jadi bengkak-bengkak gatal dan bila aku garu kulit aku pecah dan berair.
Sengsara
dia Tuhan je tahu. Yang tak kene memang la boleh jadi pakar tak
bertauliah bagi nasihat buat itu ini, cakap aku gatal sebab faktor
psikologi lah dan macam-macamlah. Banyak la orang datang cuba membantu
bagi tips macam-macam, berubat cara islamik minum air jampi kene buatan
orang lah macam-macam lah. Bila kau berada dalam keadaan terdesak macam
ni, nak baik punya pasal, kau cuba je semua yang orang bagitahu.
Hasilnya sama juga, paling berkesan sekali ialah aku kene elak semua
makanan yang menyebabkan aku allergic ni terutama seafood.
Selepas
kene allergic yang sangat teruk, aku buat kesimpulan aku memang dah tak
boleh makan seafood sampai mati. Harapan nak makan seafood tu semula
dah boleh dilupakan dan aku pun pantang memang mengalahkan orang
bersalin, yang aku boleh makan ayam je.
Walaupun aku pantang dan
sangat berdisplin pasal makan tapi aku tetap kene juga allergic ni,
sebab apa bila kau makan di restauran kau oder sup ayam..ye memang
sampai sup ayam tapi dalam sup tu terselit pulak sekor sotong la, sekor
udang la. Order nasi goreng pun sama, order nasi goreng ayam,
tengah-tengah makan ada sekor udang terselit dalam tu.
Hal hal macam ni
la buat aku jadi lagi stress sebab allergic aku ni memang sangat
sensitive. Contoh kau goreng udang, lepas tu kau goreng ayam guna minyak
gorengan yang sama bila kau makan ayam tu kesan dia sama macam kau
makan udang. KFC selalu buat macam ni. Aku boleh tau KFC goreng udang
dan ayam menggunakan minyak yang sama.
Jadi macam tu lah hidup
aku selepas kene eczema. Salah satu nikmat hidup aku seolah-olah ditarik
balik dan aku makan ayam je sepanjang aku allergic ni. Bosan tak bosan, memang tu je aku boleh makan sampai bila-bila.
Dipendekkan
cerita setelah lapan tahun, suatu hari aku terbaca kisah seorang ibu,
anak dia mengalami masalah kulit di FB sama macam aku eczema, pergi
jumpa pakar kulit di Prince Court dan macam-macam cara masalah tak
selesai juga sehinggalah dia pergi di Klinik Dr. Wong, Pakar Kulit di
Tangkak, Johor dan masalah dia selesai.
Kebetulan Klinik Dr wong
di Pekan Tangkak ni dekat dengan rumah mertua aku di Segamat Johor. Jadi
aku pun ambil keputusan untuk mencuba setelah penat mencuba pelbagai
cara berubat. Klinik Dr. Wong ni, klinik biasa macam klinik lama, tapi
kalau kau nak pergi kene buat appointment online. kalau nak walk-in kene
datang sebelah petang jam 2 p.m. dan digalakkan datang awal kalau tidak
memang beratur panjang la jawabnya.
Dr. Wong ni dah tua umur
lingkungan 60 -70 macam tu. Cara Dr. wong untuk detect allergic ni
sangat menakjubkan. Mula-mula aku terbayang alatan canggih macam scanner
ke, atau suntik jarum masuk substance dalam body ke tapi semua jangkaan
aku meleset. Apa yang aku kene buat ialah aku kene duduk atas kerusi
genggam test tube. Atas meja Dr Wong ni ada banyak test tube yang
dalamnya ada substance berbeza contohnya macam belacan, udang kering,
sotong, sos tiram, kacang dan sebagainya. Aku kena gengam setiap test
tube tu dan sebelah tangan lagi kene depang ke tepi macam kau nak
luruskan barisan semasa berkawad tu. Kemudian, tangan yang kau depang
tadi tu, Dr. Wong akan tekan ke bawah sambil sebelah tangan lagi kau
gengam test tube yang ada substance tadi tu.
Dialog Perbualan:
Dr Wong: “You tahan tangan you sekuat hati, saya mau tekan”
Aku : “Ok Doc”, (Setiap kali lepas die tekan tangan aku, dia akan tukar tube lain)
Dr Wong : “Ini sotong ok, kacang ok, udang ok, belacan ok, ikan masin ok, unagi ok”
Aku : Krik..Krik..Krik..(Dalam hati, betul ke aku jumpa Medical doctor nie?)
Tiba-tiba ada satu test tube tu aku pegang aku rasa Dr wong tekan dengan kuat sampai tangan yang aku depang tu jatuh kebawah.
Dr Wong : “Ok you makanan semua ok. Tak ada alahan, semua you boleh makan, you alahan pada anti-bacteria product”
Bila dengar je Doc tu cakap macam tu, aku macam kurang setuju..yela aku dah alergik 8 tahun kot.
Aku : “Tapi Doc, saya makan udang sotong badan saya naik gatal-gatal Doc”
Dr
Wong : “ You makan seafood, dia menyebabkan alergik you jadi lagi teruk
saja, tapi punca alergik you adalah anti-bacteria product”
Aku diam dan terkebil-kebil. Dalam hati aku, “betul ke doctor nie..”
Dr Wong : “Ok siap. You pergi bilik belakang, nanti nurse ajar apa you kena buat”
Aku pun bangun pergi bilik belakang jumpa nurse tersebut.
Nurse
: “Ok. Dr sudah detect you punya alergik. Takda masalah dengan makanan.
You alergik dengan any anti-bacteria product. You nampak atas almari tu
ada produk yang you boleh pakai. Pergi snap gambar, nanti pergi beli
dekat kedai Watson or Guardian”
Aku pun bawak keluar handphone
ambil gambar. Antaranya shampoo, pencuci muka, sabun mandi dan pencuci
baju semua aku kene tukar pakai yang dia disarankan.
Nurse : “Ok. lepas nie you boleh celebrate la. Apa yang you tak boleh makan, sekarang you boleh makan”
Aku : “Ok nurse”
Proses yang hanya makan masa 15 minit tu pun berakhir, consultant fee dan ubat untuk tiga bulan semua aku kena bayar RM 380.00.
Aku
masih lagi terpikir betul ke Doc ni cakap aku ni boleh makan seafood,
bila sampai je rumah aku tak kelam kabut mentekedarah seafood. Aku,
macam biasa masih lagi tak berani mencuba. Aku pun search method apa Dr
ni guna untuk diagnosis aku tadi. Rupanya dia guna applied kinesiology
technique. Dr ni dia menggunakan muscle strength untuk tahu body aku
alergik apa, dan badan aku jadi weak bila kene anti-bacteria product.
Bila aku pakai sabun yang ada anti-bakteria, badan aku tak gatal pun,
tapi bila aku makan je seafood terus jadi gatal. Ini kerana, badan aku
dah lemah disebabkan sabun tu tadi. Owh begitu rupanya… masalah aku.
Selepas seminggu lebih aku tukar semua produk mandian aku, aku cuba makan sikit-sikit seafood, sotong, udang, kacang dan memang menakjubkan tidak gatal langsung. Dan lepas tu apa lagi, sepinggan
sotong celup tepung aku lahap, ikan bakar, tomyam seafood semua aku
bedal dengan yakin. Alhamdulillah sikit pun tak gatal.
Setelah
lapan tahun aku tak makan seafood, rasa macam mati hidup semula. Semua
benda yang aku tak boleh makan kini aku dah boleh makan. Kalau dulu
tangan kaki penuh dengan parut kini dah semakin pudar dan hilang.
Kerana
itu aku harap jika ada kawan-kawan atau kenalan yang menderita masalah
kulit macam aku boleh share info ni, pergi la jumpa Dr Wong ni google
jer Dr wong tangkak. Aku faham perasaan orang yang ada masalah kulit,
memang sangat sengsara, Tuhan je tahu.
Artkel ini ditulis lebih
kurang satu bulan selepas aku jumpa Dr Wong. Boleh dikatakan, 100%
masalah aku selama lapan tahun selesai, Alhamdulilah,syukur padaMu Ya
Allah.
Kredit : YAWASI ADAM