Monday, 23 December 2019

TIPS : Nak Kawen apa perlu buat Sebelum, Semasa dan Selepas (Kuala Lumpur & Kelantan)

Assalammualaikum dan salam sejahtera :) Aku dah lalui  journey persiapan kawen adalah pada November 2019 yg lalu.. so, ni adalah sharing dari apa yg aku lalui iaitu TIPS : To Do List Persediaan Sebelum, Semasa dan Selepas Kahwin (Kuala Lumpur & Kelantan)...

kalau korang rasa masih valid apa yang aku share ni..  boleh lah guna tau.. Takut ada perubahan dgn system/borang .. tu kena check semula :)

Apa step2 lepas korang dah ada plan untk kawen ?? macam aku.. aku ikat pertunangan selama 11 bulan.. sebab tunang bulan 12.. kawen bulan 11 hahaha.. so dari situ aku terus cari date untk nikah..

SEBELUM NIKAH

 1 tahun sebelum 

1) Tentukan TARIKH NIKAH

Macam mana nak kawen kalau takde tarikh nikah kan.. bnda ni penting sebab banyak benda kena buat sebelum sampai waktunya..

2) cukupkan  KEWANGAN

As for me.. simpanan ni .. both side kena buat simpanan.. bukan pihak lelaki je.. atau pihak perempuan je.. bila both side bekerjasama.. barulah sweet lpastu masing2 kena cut desire masing2 .. tak boleh enjoy sangat..barulah nampak EFFORT from both side.. tp tu dari pandangan aku lah tau.. ikut korang lah nak macam mana.. 

3) tentukan LOKASI MAJLIS 

Ada sesetengah tempat, kalau nak kawen di DEWAN, kena booking SETAHUN AWAL tau.. so, korang kena tgklah LOKASI MAJLIS yang sesuai.. kalau nak buat kat rumah.. tak perlu risau dah .. cuma kena cari khemah.. so, kena make sure ada yg available masa date korang nanti..


6 - 4 Bulan sebelum 

1) Hadir Kursus Kahwin (Rm120/person


Rasanya semua negeri akan dpt modul yg ni.. tapi modul ni sentiasa diperbaharui tau.. yelah.. setiap tahun kes perceraian meningkat.. jadi pihak berwajib perlu fikirkan cara .. cam mana nak kawal.. dan ilmu apa yg kena letak dalam modul ..
Kami berkursus di Putrajaya.. selama 1 hari setengah, recommended penceramah kat situ.. bnyak ilmu kami dpt.. makan pon dpt.. :) 
Ramai juga yang pernah pergi kursus kawen masa study untuk dptkan sijil kawen kan?? bagi pendapat akulah.. even korang dah pergi masa tu maybe 3-4 tahun lalu.. aku nasihatkan korang untuk pergi lagi.. sebab apa ??

sebab ILMU.. ilmu yang kita dapat tu masih FRESH dan ilmu tu lah yg kita nak terapkan dalam rumahtangga.. kalau dah lama pergi.. mesti dah lupa kan.. ? sebab tu masa kat univerisiti,, aku tak berapa minat nak join.. sbb aku dah target nak pergi dgn bakal suami nanti..biar sama2 belajar ilmu yg sama.. kalau pergi asing2.. takut ada pertelagahan bila  nak berbincang hehhe..tapi kalau dah masing2 jauh susah nak jumpa.. tak perlu lah ikut cara aku ni :)

(Tangkap gambar ex-tunang curi2 skrg dh jd suami😜)

kemudian pastikan korang tamatkan kursus dengan SIJIL KAWEN.. simpan elok2.. make sure tak terlipat ke kotor ke dan JANGAN LAMINATE yee.. nanti tak sah bila submit kat pejabat agama.. 

2) Booking Makeup Artis (MUA)

macam aku.. lepas dah bertunang.. aku memag terus search MUA mana yg aku rasa sesuai.. dan makeup pon tak heavy sangat.. sebab tak suka makeup.. berat je rasa.. bila dah jumpa terus booking dan bagi deposit.. Bukan apa.. takut MUA tak available.. dah kita tak puas hati masa majlis nanti.. taknaklah camtu kan..


3) Booking Wedding Planner

Yang ni pon sama.. aku akan cari yang TRUSTED dan harga pon berpatutan.. aku takde wedding dream.. as long as baju yang aku pakai ikut citarasa dan pelamin cantik aku ok dah.. plus taknak lah yang jenis LARI bila waktu majlis.. sebab banyak sgt aku dengar kes wedding planner lari lepas kita dah buat payment kan.. maka, research lah betul2 pasal wedding planner korang.. trusted atau tak..


4) Booking Photographer 

5) Booking Inai designer/Inai diri sndiri je hehee

6) Design/Tempah kad Kawen


7) Decide Goodies
Ni goodies gula2 masa majlis kawen aku untk kanak2.. dan dewasa kicap.. nanti aku cari gambar dan upload.. 

Here some list of goodies idea yang korang boleh pertimbangkan :
1) Kicap
2) Coklat Bar/Custom
3) Kacang
4) Sudu/Sudip
5)Gula2(Common)
6)Bahulu
7) Telur (Common)
8) Kerepek
9) Biskut Munchys /Chipsmore
10) Roti Gardenia
11) Mee Goreng
12) Bihun
13) Cawan
14) Kain Lap
15) Tuala

8) HANTARAN




Sebabkan masa tu takde org boleh tolong tunang untuk decorate hantaran.. aku kena buat both side punya dulang..kami beli barang2 sama2.. dan aku decorate.. it tooks 4 bulan jugak ye nak siapkan semua ni.. which is 9 dulang (Dari pihak perempuan) berbalas 7 dulang (Dari Pihak lelaki)

Duit mas kawen Rm80 untuk kl :)

mana boleh jimat.. kita jimatkan lagi.. bunga tangan pon buat sendiri tau.. siap attach kipas tangan kat blkg tu.. hehehe

9) HIV test


Pastikan korang buat HIV test ni seawalnya 3-4 bulan sebelum.. jangan terlalu awal dan jangan terlalu lambat sangat.. apa yang korang kena tau HIV test ni VALID 6 BULAN SAHAJA.. kalau korang buat 6 bulan awal.. tiba2 masa tarikh kawen kna postponed seminggu lagi.. then HIV test korang dah tak valid ye sebab dah tamat tempoh .. maka kena lah amik test lagi.. leceh kan.. jadi plan betul2 tau.. 

Bawa Borang HIV dari negeri kelahiran masing2.. mcm aku dan pasangan, aku lahir di KL (Ikut IC) , pasangan dari kelantan.. tapi, kami buat HIV test di klinik kat kl..so, pasangan aku kena download Borang HIV kelantan dari website.. boleh download kat sini (http://www.jaheaik.gov.my/v6/index.php?option=com_jdownloads&view=summary&id=14:borang-hiv-kelantan&Itemid=359&lang=ms) dan aku kna bawak Borang HIV kuala lumpur dekat website JAWI .. klik link ni ( http://www.jawi.gov.my/borang/borang_hiv.pdf ) 


Lepas dah dapat pengesahan dari Doktor yang korang NEGATIVE HIV, boleh lah ke step seterusnya :) which is about borang nikah


3 Bulan sebelum 

BORANG NIKAH 
Bila dah pasti nak nikah kat mana.. korang boleh dapatkan borang nikah di website pejabat agama..kawasan yang terlibat, kena isi beberapa details dulu baru boleh download.. macam aku...nikah di KL..so kena download dari sini WEBSITE SPPIM (http://www.sppim.gov.my/sppim/online/benarnikahonline) buat masa ni yang nak kawen dari Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan anda boleh menggunakan borang SPPIM ni ye..

Manakala pasangan aku kena download borang nikah dia dekat sini WEBSITE PEJABAT AGAMA NEGERI KELANTAN ni (http://eqaryah.jaheaik.gov.my/perkahwinan_prosedur.php) lepastu...

PIHAK LELAKI PERLU SETTLEKAN BORANG NIKAH DIA DAHULU ..
manakala pihak perempuan kena cari imam/jurunikah di surau/masjid/kawasan yg dia nak nikah.. kena tau daerah/mukim tau.. nanti nak isi dalam borang nikah..

DOCUMENT PIHAK LELAKI PERLU SEDIAKAN (KELANTAN)
Borang requirement pihak lelaki
(Website: permohonan berkahwin e-Qaryah jabtn islam klntan)
1.Borang nikah
2.Ic diri
3.Ic pasangan
4.Hiv test (diri sndiri) asal & 2 salinan
5. Sijil kursus kawen (diri sndiri) asal & 2 salinan
6.Dapatkan borang nikah luar kwsan

*Tambahan:kena bayar rm23 masa submit borang ke pejabat agama kelantan

DOCUMENT PIHAK PEREMPUAN PERLU SEDIAKAN (KL)
1.Borang nikah
2. Ic sndiri 2 salinan
3. Ic pasangan 2 salinan
4. Ic wali 2 salinan
5. Hiv asal & 1 salinan
6. Sijil kursus kawen asal & 1 salinan
7. Surat nikah mak abah perempuan (1 salinan)
8. Surat kebenaran pasangan untuk nikah luar kariah/negeri (1 asal)
9. Borang2/doc lain dari pihak lelaki
10. Surat wakalah wali (asal) 
(yg ni untk wakilkan ustaz nikahkan anak kalau bukan wali dari ahli keluarga, macam aku.. ustaz yang wakilkan ayah aku masa akad.. so kena baca ayat2 dlm borang ni sebelum ustaz akadkan)


*Tambahan:kena bayar rm25 masa submit borang ke pejabat agama JAWI

make sure baca requirement needed dlm website tu tau..semua dinyatakan kat dlm tu lepas korang sign up.. dont worry :)

SUBMIT KE PEJABAT AGAMA 

Seeloknya 3 BULAN sebelum dan PALING LEWAT 7 HARI SEBELUM NIKAH (tapi yg ni tak digalakkan.. takut ada borang atau document yang tak cukup.. tak sempat nak siapkan dalam masa 7 hari tu tau)

2 Bulan Sebelum 


JEMPUT TETAMU
FINAL CHECK mana yang tak siap lagi.. dan boleh jemput kenalan dah masa ni.. :)

SEDIAKAN UPAH NIKAH 
(Depends pada jurunikah masing2) 
1) Jurunikah (range dlm rm150-200)
2)Saksi2 (2-3 orang) (rm15-20/sorang)


SEMASA NIKAH

Macam sebelum ni.. aku ada buat reasearch nak kena bawak apa masa nikah.. ada yg kata kena bawak kad pengenalan.. tp masa aku.. jurunikah tak tengok pon.. mungkin sbb dah banyak kali kami jumpa ustaz tu untk check smua document before submit ke pejabat agama.. dan dia jugak adalah staff kat JAWI.. tp berhenti sementara sbb sambung study.. 

so apa yg kena bawak sebenarnya? 

1) Kad pengenalan masing2
2) Submited/Approval Borang nikah (lebih baik bg kat jurunikah siap2 lepas dah submit ke pejabat agama tu) 
3) Upah nikah


ME & MY HUSBAND :)


SELEPAS NIKAH

selepas akad, jurunikah akan bg korang surat pengesahan nikah sementara.. macam ni.. surat ni valid 1 bulan je tau..
kemudian.. 2 Minggu SELEPAS AKAD NIKAH. . korang dah boleh submit surat ni dkat pejabat agama kawasan korang nikah..untuk dptkan surat perakuan nikah asal dan terus tanya sama ada boleh buat kad nikah terus atau tak..

macam kami.. hari yg sama terus dapat KAD NIKAH.. kena bayar rm28 untk 2 kad dan bg gambar softcopy dlm cd..  harga ni ikut tempat tau..
ada yg rm50 untk 2 kad..

lpastu.. untk gmbar, bg lah yg elok2.. sbb ni nak guna smpai bila2.. pengganti sijil nikah kalau ada org tanya apa status kau dgn pasangan.. takyah bawak sijil nikah kehulu kehilir hahahaa


itu sahaja apa yang aku tahu.. siapa nak kawen tu semoga dipermudahkan urusan korang tau.. selamat pengantin baru :)

Friday, 13 December 2019

Tips : CARA TACKLE HATI LELAKI..


assalamualaikum.. aku nak kongsi CARA TACKLE HATI LELAKI dari sudut pandangan aku ye.. dan entry ini adalah tips untuk orang perempuan tackle hati lelaki untuk di jadikan suami ;D

1) JANGAN TUNJUK DESPERATE

okayy.. orang lelaki ni ..dia tak suka orang perempuan tunjuk desperate, lagi kau buat macam tu.. lagi jauh diorang ni tau..cuba rileks2 ,.. cool2 jee.. jangan diganggu dia dengan mesej berjela.. dengan call setiap masa.. RIMAS tau tak..

 so , korang just kenal2 gitu je dulu.. biar dia yang mulakan.. tapi kalau dia tak mulakan dulu.. start dengan orang tengah.. jadikan orang tengah untuk sampaikan hasrat korang ..sama ada kawan..atau mak ayah.. atau sedara pon boleh.. 

2) JAGA MARUAH 

orang lelaki yang baik imannya akan suka lihat perempuan yg pandai jaga maruah.. ye mungkin fitrah orang lelaki suka tengok yang seksi2..

tetapi lelaki yang BAIK IMANNYA .. akan lebih memilih yang BAIK AKHLAKNYA,... pandai jaga maruah diri.. untuk dijadikan isteri.. bukan dok gelek menari dekat soc med.. sebab apa?

bila dah jadi isteri diorang nanti, tabiat ni mesti susah nak ditinggalkan dan orang lelaki taknak isteri dia menjadi kegilaan orang lain.. cukuplah seksi dimata mereka sahaja :P


3) JANGAN MENGGEDIK

Ada certain perempuan yang suka gelak kuat2.. bila nampak lelaki lalu sebelah dia.. masa tu lah dia nak gelak terkekek-kekek.. tepuk2 meja.. bagi aku.. STOP IT.. kau buat lelaki menyampah je dik tengok perangai kau.. 


4) JANGAN TERLALU SHOWOFF

cukuplah dengan kau berpakaian simple2.. tak perlu kot nak makeup tebal bagai dah macam opera cina..  tapi boleh je makeup..

but make it looks NATURAL..

baru lah orang lelaki pandang dengan tak berkelip.. kalau over sangat makeup tu.. diorang pandang dengan mengumpat diknon dalam hati diorang.. nak ke macam tu ???

BE SIMPLE BUT SWEET 

5) BERBUDI BAHASA

orang perempuan dengan kelembutan takkan lari jauh.. tapi kalau korang memang jenis kasar, jangan lah sampai hilang adab dengan cikgu,pensyarah, dengan orang tua..

kalau orang lelaki tengok ni .. mesti dalam hati dia cakap "ni tak sesuai jadi bini aku ni" 

maka, berbudi bahasalah dengan semua orang tau.. bukan dengan PAKWE je lembut gigi dari lidah.. tu semua sementara je diknon.. perangai tu nak dibawa sampai bila2.. sampai ke kawen kalau tak berubah.. hmmm tau2lah kan..

so, berubahlah kalau korang masih muda,masih sekolah,masih study.. sebab hakak tau.. yang rajin cari entri macam ni.. selalunya budak sekolah /remaja kan :P

6) PANDAI MASAK (BONUS)

part ni bagi aku bukanlah main reason pon, sekarang zaman moden .. kau taktau masak.. internet kan ada.. ramai je share resepi.. cuma asas2 macam potong bawang, kupas bawang,, masak telur , masak nasi.. tu kena belajarlah sikit2..

dah kawen nanti.... mcm2 resepi kau nak try untk pikat hati suami pulak.. percayalah hahahaa tapi kalau perkara asas pon tak reti.. susahlah sikit hehehe

kalau kau dah memang pandai masak..its a BONUS guys.. untunglah.. bukan senang nak dpt bakat pandai masak ni.. jenis campak2 je.. sedap hahaha

7) JADI LAH ORANG YANG KEMAS, BERSIH

Kebersihan ni adalah PENTING tau.. bukan lelaki je terpikat.. kawan2 pon suka dekat kalau kita jenis yang kemas..wangi2..apa guna muka je cantik tapi pengotor.. selagi boleh jaga kebersihan.. plis jagalah tau..

bukan diri je kena jaga.. katil kena kemas, bilik kena kemas.. semualah.. 
dan kalau kat rumah tu..make sure sapu sampah..basuh baju jangan biarkan bertimbun.. sekeliling kita menggambarkan siapa kita.. dan dann barulah seri wajah naik.. aaa gituu ..

apa kena mengena dengan seri wajah eh ?? sebab bila kita dalam keadaan bersih,kemas  dan wangi... mood kita akan jadi BAIK dan kita mudah untuk tersenyum.. dari situ menaikkan seri wajah kita.. get it ??

8) TUNJUKKAN BAKAT (supaya mudah dikenali)

okay.. apa yang membuatkan seorang wanita tu nampak hebat..
nampak luar biasa ??
 bila dia BIJAK AKADEMIK, AKTIF BERSUKAN, dan MULTI TALENT..

hakak cakap ni berdasarkan pengalaman.. hakak dulu pelajaran taklah hebat mana, suam2 kuku je.. tapi hakak join kawad kaki BOMBA, Nasyid skolah.. jadi SOLO nasyid pon pernah.. lpastu masuk acara larian untuk rumah sukan.. macam2 lah hakak join.. hakak dulu takde masa nak menggatal..

tapi ada je yang nak kenal.. nak ngorat ..mungkin sebab hakak aktif, jadi orang cepat kenal..  memang akak akui dari zaman sekolah rendah sampai ke zaman universiti, ada je lelaki nak kenal.. akak tak pernah start tau..

hakak pon layankan je lah.. kawan je.. sebab kita tak tahu siapa jodoh kita kelak.. kalau still berkawan dengan orang yg sama sampai kawen.. means dia jodoh kita.. kalau sampai spm je dah putus..tak nampak bayang sampai bila2..

takde jodoh lah tu.. takyah over sangat bercinta zaman sekolah tu.. JAGA PELAJARAN DULU.. JAGA SIKAP.. JODOH AKAN DATANG KEMUDIAN..
okay ?


9) JADI DIRI SENDIRI

ye betul, jadi lah diri sendiri tak perlu nak jadi orang lain.. kau tengok dia bergaya,..kau pon terus beli brg mahal2 nak jadi macam dia.. tak perlu guys.. bila kita jadi diri sendiri .. kita akan lebih yakin..

just dalami
 karakter dan bakat diri sndiri untuk jadi lebih baik dan lebih menyerlah dari orang lain dengan cara tersendiri.. haa gituu

tapi, kalau kau jadikan seseorang tu sbg idola sebab nak jadi baik macam dia.. dipersilakan dan digalakkan dik :)

10) TERUS TERANG

bagi hakak bila kita terus terang.. ni cara lebih efektif dan cepat.. bagitahu je kau minat dia.. dia tolak ke terima ke.. at least kau dah luahkan.. kalau kau diamkan diri.. macam mana dia nak tahu.. manalah tahu dia pon minat kau.. kan dah cepat proses perkenalan tu.. tapi still berkawan je dulu.. jangan lebih2.. dah sampai waktu nanti.. kalau masih berkawan.. teruslah kawen ye... itu lebih baik :) 

sebab apa? zaman skolah ni kadang2 takleh pakai bila lelaki kata "saya suka awak and so on" benda akan berubah dik.. tapi kalau dia buktikan kekal sayang dan cintakan kau sorg sampai dah dewasa.. thats true love.. sama2 kumpul duit.. keje.. untk next planning bina keluarga.. jangan gatal nak kawen tapi still susahkan family.. please NOOo..

dan one more thing, plis JANGAN JUAL DIRI UNTUK TUNJUKKAN SAYANG KORANG..kalau si lelaki perlukan itu semua.. thats not love guys.. its a trap.. lepas dapat, diorang akan tinggalkan kau dik..diri sndiri pon mak ayah yang tanggung,, ni kan pulak nak jaga korang..  so, tolonglah jaga diri masing2..kekalkan berkawan dalam masa yg sama jangan buat perkara tak elok.. pleaseee

11) BERDOA

ini yang hakak selalu amalkan.. sebab akak sakit hati..setiap kali ada lelaki datang nak kenal.. tapi end up.. akak tengok semua tak ok..ada yang jenis PLAYBOY, ada yang merokok (hakak tak minat lelaki merokok), ada yang perangai dia jenis berlagak, ada yang tak matang..macam2 lah..Jadi, apa hakak buat..??

 akak doa
"YA, Allah,, jika dia adalah yang terbaik untukku..untuk agamaku..

untuk akhiratku dekatkanlah..Jika dia tidak baik untukku, agamaku dan akhiratku.. jauhkanlah.. berikanlah aku yang terbaik .. hanya kau maha mengetahui , ya Allah aminn"


akak mulakan doa macam ni since dari SPM tau .. sbb masa tu hakak pon dah ada pakwe :P tapi rupanya.. ada perempuan lain.. sakit hati hakak diknon.. jadi apa yang jadi lepas akak doa tu ?? Satu2 lelaki yang cuba nak rapat ngan hakak.. yang cuba nak kenal hakak.. semua pergi .. tak kacau dah.. maksudnya apa ?? maksudya diorang semua bukan yang terbaik..

 sampailah hakak jumpa HUSBAND akak pada 2016..dia pon yang mula dulu ngorat hakak tau.. akak doa benda yang sama.. tapi dia kekal sampailah sekarang, kitorang dah kawen pon.. nampak tak beza dia?? 

so, hakak nasihat.. korang doa je sungguh2.. Allah tak makbulkan doa seseorang tu direct/cepat..Allah akan makbulkan bila sampai waktunya.. dah baca entri ni ? belum kawen ?? doalah sekarang.. Allah maha baik dik.. tapi doa kena khusyuk dan ikhlas ye.. baru Allah perkenankan :)



Itu sahaja perkongsian hakak., sekiann <3

p/s : mendapat sambutan betul ye entry aku pada 2014 CARA TACKLE HATI PEREMPUAN tuuu..
tekanlah tajuk kalau nak baca :D