Tuesday, 20 September 2016

TRIP REVIEW : Tempat menarik di SABAH (7H6M)

Assalamualaikum semua.. salam sejahtera ... memandangkan ada yang bertanya mengenai trip aku ke sabah haritu..so, aku terangkan dalam blog ni jelah ye.. penat nak terang kat sorang2.. First of all, trip aku banyak di sponsor oleh kawan aku sndiri (bermalam dua hari di sandakan + transport for one week trip)..sebab tu kot kitorang pg 7 hari and bajet pon kurang sikit lah..(kami satu group masih lagi student. so, bajet pon bajet student lah yee ).  hahaha so, korang boleh pilih destinasi mengikut kesesuaian korang tau..


Aku mulakan dengan bajet yang kitorang spend for the whole one week (7 person in a group):

Tiket flight AirAsia : RM280.33 per person (return ticket)
Sandakan 
Shellout at Dad's Kitchen : RM75 for 7 person
Muzium Batu Tulug : RM2 per person
Makan durian + buah tarap tepi jalan : RM12
Semporna
Chalet Warisan Tampi-tampi : RM150 per night
Sewa boat + snorkel : RM570 for 7 person
Ranau
Tawai Rainforest Camp : RM3 per person
Tagal Fish Spa : RM5 per person
Kundasang
Hounon Ridge Farmstay & Camping : RM190 per night
Desa Cattle Dairy Farm : RM3 per person
Kundasang War Memorial : RM2 per person
K.Kinabalu
Kinabalu Park : RM3 per person
Promenade Service Apartment : RM274 for 3 nights
Makan-makan + masak-masak : RM240
Total fuel (one week)
Fuel : RM218+-

Total expenses (exclude flight ticket): RM1855 (RM265 per person)
p/s : expenses tu plus minus je ye part makan-makan + fuel tu. Sebab tak berapa ingat sangat. Rasa part makan tu lebih lagi.
Kredit to bendahari of our group : Fatima zahara (cantik manis orgnya ..pffftt )

Okay dah boleh tau kan bajet sikit2.. skrg aku nak bgtau pulak tempat2 menarik yang kitorang pg ...tp, sebelum tu meh nak tunjuk sikit peta sabah.. 
Okayy.. first thing first nak bgtau yang sabah ada bnyak airport (please refer to the map attached : Labuan, Kota kinabalu, Kudat, Sandakan, Lahad datu dan tawau) so korang kena pilih airport yang dekat dengan tempat korang nak tuju... nak bgtau awal2.. dari satu destinasi ke satu destinasi lain, tempat dia bukan dekat2 tau.. mengambil masa 2-3 jam jugak ada yg lebih 3 jam pon ada.. so, be wisely to choose your arrival aiport okay..perjalanan kami bermula dari :
Airport Sandakan > Sandakan (kinabatangan) > Semporna > Sandakan (kinabatangan) > Ranau > Kundasang > Kota kinabalu > Airport K.Kinabalu

SANDAKAN 
kitorg ke sandakan ni sebab ni hometown kwan kitorang (kinabatangan).. and kitorang decide nak snorkelling di semporna .. so sandakan jadi tempat kitorang transit sebelum ke kota kinabalu. meh tgk kitorg pg mana dan makan apa.. herherr

Muzium Batu Tulug 
Kat sini kena mendaki sikit. tapi ada tangga disediakan.. and kalau nak naik kena pakai kasut lah ye.. 
Dari atas ni kita boleh tgk pemandangan yg cantik
(semestinya tmpat di sabah semuanya cantik2 so tak rugi lah berpeluh menapak naik atas ni)
Selepas
Buah durian merah. agak rare kan.. hanya di sabah ja bah..
(Buah ni takde rasa. memang kena masak sambal baru sedap. pastu makan dengan mee atau dengan pisang penyek)
Pisang penyek . (homemade)
Buah tarap
(buah ni macam buah cempedak. tapi bersaiz kecil dan manisss )

SEMPORNA
Chalet Warisan Tampi- Tampi 
Kitorang stay kat sini satu malam sebab dekat dengan pulau yg kitorg nak pg 
Kena naik jambatan ni untuk ke homestay 
Ni ruangan depan homestay. ada tempat mandi ( kalau nak mandi tmpat bersih u have to pay Rm1)







Pulau hopping
 (Bohey Dulang + Sibuan + Mentabuan) 
kitorg sewa satu boat ni (RM 570 termasuk aktiviti snorkelling + makanan ikan)
nama boat:  "sexy lady"

1. BOHEY DULANG

Nak bgtau awal2.. trek untuk naik ke atas sepanjang 500 m - 600 m tau..
(mohon tabah naik atas ye.. )

"Difficult journey often leads to beautiful destination"
(ada pulak org lain interrupt kat blkg. acah2 relationship goals gittew)
Cantik kannnnnnn .. kena tgk sndiri baru puas. herherr. 
 2. SIBUAN + MENTABUAN 


Benda yang aku tak penah tgk dan pegang selama ni.. korang kenal tak ?
yes, tapak sulaiman.. banyak kat pesisir pantai tu.. tapi jangan simpan dan bawak balik pulak hokey
pusing2 pulau dengan abg jo . ehh bukan abg jas..kihkihh 


Nota kaki: kitorang spend masa untuk pulau hopping ni dari pukul 8 pagi smpai pukul 2 pm. lama kan.. mana lah tak sunburn ..hahaha ..  ahaaa , ada aktiviti bg ikan makan jugak tau.. unfortunately kitorg takde goPro untuk capture moment2 dan ikan2 yang cantik tuu.. :( 
OH yee. ada satu lagi pulau mabul namanya.. tapi kitorg tak pg sbb jauh sikit dari sini.. so taktau balik pukul brapa nnti.. kalau korg nak ke mabul.. korang pg mabul je.. takyah pulau hopping mcm ni.. kat mabul pon boleh snorkelling juga tau.. 

RANAU
Tagal Fish spa 
"Selamat datang ke Tagal Sg. Moroli " - kata pegawai upahan itu
Ikan kat sini dah besar2. kalau kecik macam kat spa tu berani lah jugak nak masukkan kaki .. hmmm
KUNDASANG
1. Hounan Ridge Farmstay & Camping
Perjalanan untuk sampai ke tempat cantik ni bukan mudah yee.. 
jalan dia berbukit bukau dan berliku-liku..disarankan korang ada guidance dari member lelaki atau org yang biasa dgn jalan kat sini.. (manalah tau kereta stuck tgh jalan.. dah susah nak cari bantuan..always be extra careful yeee semua)
Kredit to : Fb destinasi percutian
Kredit to : Fb destinasi percutian
Kredit to : Fb destinasi percutian



separuh muka ditutupi cahaya matahari . so nmpak lah kan kalau korang kluar lmbat . matahari dah terpacak dah ..tak dapat tgk kabus acah2 macam kat cameron tu.. nasihat aku... bangun awal... keluar awal tgk pemandangan .. heeee
2. Desa Dairy Farm  





Kredit to : Google
(sedap sgt aiskrim dia smpai lupa amik gamba sendiri. heeee) 
Nota kaki : kat sini ada pelbagai dessert disediakan untuk korang cuba
spt: susu kotak, yogurt dan aiskrim

3. War Memorial park




Nota kaki : kat sini banyak sejarah di zaman peperangan dulu.. masa kami pg ni hari kemerdekaan ..so dapatlah kitorg flashback dan mendalami sejarah malaysia.. hahaa (acah-acah jee tuu. sedangkan masa kat sekolah dulu time subjek sejarah semua tido. hahaha)
KOTA KINABALU
1. Pasar Filipina 
Kraftangan .. boleh beli untuk yg tersayang.. hahaa
syurga seafood . nyummmm
Mutiara sebenar dalam shell tu.. selama ni 
aku ingat satu shell..satu mutiara herherrr 
#TravelMoreLearnMore

2. Kinabalu Park 
Kat sini checkpoint untuk mendaki gunung kinabalu.. siapa kaki hiking.. ni lah tempat anda .. heee




3. Shellout homemade
Nota kaki : First attempt masak shell out.. kat tmpat org pulak tu . hahaaResepi kitorg google jee boleh tgk kat sini (http://cinta-caramel-latte.blogspot.my/2016/01/resipi-shell-out-yang-confirm-sedap.html) ..balik dari sabah . mak suruh buat kat rumah pulak.. tapi aku tak ikut sebiji-biji resepi dalam ni.. kena kurangkan atau tambah mengikut citarasa masing2.. 

Rasanya tu je lah coretan dan pengalaman mengenai sabah yang aku boleh share.. anything nak tanya boleh tanya kat komen eh.. atau korang boleh juga baca blog kawan aku ni (http://sukasukisuku123.blogspot.my/2016/09/sabah-7-hari-vs-7-pengembara.html) siap itinerary lagi dia buat (aku malas sikit..  and lebih suka konsep "biar gambar berbicara." gitewww) OKBAI habis dahh .. 

Saturday, 9 July 2016

TIPS: penjagaan MATA



Untuk tips penjagaan mata yang terbaik, saya ada sedikit petua kepada anda:

1) Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum yang mungkin, kemudian berhenti sekejap, seterusnya gerakkan pula mata ke arah  kiri, berhenti sekejap, dan seterusnya ke atas, bawah dan tengah (julingkan mata), lakukan beransur-ansur dan lajukan perlahan-lahan.

2) Apabila kepenatan kita mengadap komputer selama 2-3 jam, rehatlah sekejap minda, untuk menghilangkan kepenatan pada mata, lihatlah objek yang berwarna hijau kerana hijau itu merehatkan dan menenangkan mata anda. 

3) Amalkan makan makanan yg kaya dengan vitamin A & C, susu, sayur (terutama carrot & brokoli) dan buah-buahanan (terutama aprikot & anggur) dan sebagainya.


Saturday, 18 June 2016

TIPS: cara tradisional hilangkan PARUT


1- mula mula ambilkan sedikit madu dan dicampurkan dengan bedak sejuk ..in sha allah cara ni berkesan..saya dah buat dah..hehehe

2- ambil sepotong ubi kayu.. kupas dan buang kulitnya...bersihkan..parutkan..blend dan perah untuk dapatkan airnya...kemudian sapukan air perahan tersebut di muka..lakukan setiap hari selama seminggu.. cuba la dulu..

3- tumbuk sepuluh helai daun sireh muda..tempelkan pada muka terutama bekas jerawat..setelah kering cuci muka sehingga bersih..amalkan sebanyak 3 kali seminggu..

4-kisar timun dan tapis airnya. tampalkan hampas timun pada bekas parut tu..biarkan selama setengah jam..kemudian cuci dengan air suam..

5-rajin basuh muka dengan air suam..

6- basuh muka dengan air basuhan beras..

7-perah buah lemon dan ambil jusnya sahaja ...lumurkan jus lemon ke muka 2 kali sehari dan minum jusnya 1 kali sehari.

8-Tenangkan diri..jangan biarkan diri anda stress dan ini akan menyebabkan muka berminyak.. faktor BESAR kepada jerawat tumbuh.

9-banyakkan minum air masak.. kalau boleh sehari kena cukup 2 Liter tauu..



:. cara2 diatas  ni sangat berkesan..PERCAYA LAH.. dan cuba lah dulu..

Sunday, 20 December 2015

TRIP REVIEW: Tempat menarik di PENANG

kali ni nak share tempat menarik di PENANG huk huk.. tgn laju je nak menulis.. okay kali ni trip bersama rakan2 tersayang pulaa.. tak bnyak pon tempat yg kami pg.. so happy reading guys : D


acah-acah backpackers lah ni.. beg  berat  (untuk 3 hari je kot) tapi ,bawak baju macam dduk seminggu . haha *typical perempuan*

1) BUKIT BENDERA 
okay naik ni kalau nak murah.. tunjukkan kad pelajar (bg yg pelajar) dan myKad (warganegara malaysia shj) so korang boleh dpt harga serendah RM5 je..hehe murah kann 





2) Escape .. 
yeayyy ni lah tempat paling best kat sini. walaupon susah jugak nak ke teluk bahang.. semata-mata nak pg escape ni. tapi takpe. it worth okay. seriusly untuk yg challenging person. hehehe tiket masuk kalau korang nak murah. tempah by online ( macam flight tiket juga. lagi awal lagi murah ) so,yg ni kami tempah sebulan awal. so , dalam RM68 per entrance. mainlah smpai penat. masa main monkey walk, tak boleh bwak phone yee. so, kena tgkap gambar dari bawah je.  makan dan minuman are not allowed. sobs sobs.. korang kna bawak duit dan beli kat dlm.. ( boleh reload kat handband korang tu nanti ) 

ni gambar lepas main. dah tukar baju segala. tu yg pakai skirt tu haha.. 



monkey walk station : gambar ni dari official photographer. huuuu
pandangan sisi monkey walk station

abaikan diri aku.. haa ni platform yg korang tgk kat bawah ni.. ada brani ? aku naik yg 20m (srius rasa macam terjun bangunan weehhh . nyesal naik hahaha )

ni pon monkey walk station. 



sebenarnya banyak lagi game lain dalam ni. especially flying fox.. lebih dari 10 checkpoint rasenye kna naik flying fox. tapi besttt boleh menjerit sekuat hati lepaskan stress hahaha.. lpastu kami nak naik game ni. tak dpt lah pulak. masa tu hujan. then diorang stopkan aktiviti.. 

Nota tambahan untuk naik bus : Kalau nak pg naik bus.. dari komtar korang boleh naik bus 101  atau mana2 bus rapid yang ke teluk bahang.. harga tiket dari komtar > teluk bahang around RM 4 ..untuk makluman lebih lanjut boleh tgk website ni  http://www.rapidpg.com.my/journey-planner/schedules/

untuk owner video. halalkan yee. hikss :D

OK tu je tempat2 yg menarik yg aku pg masa di penang. hehehe kirenye entry ni sesuai untuk student la sebenarnya. hehe so,  kalau ada sebarang pertanyaan dan cadangan komen di bawah yee.. :D

TRIP REVIEW : Tempat menarik di LANGKAWI

assalamualaikum dearest sekalian. Okay taknak ckp panjang lebar, so aku nak bgtau budget trip yg aku pnah lawati masa kat LANGKAWI dengan family aku. so tempat2 menarik yang aku rasa sesuai untuk korang2 nak pg kalau ngan isteri, keluarga malah rakan2 pon boleh.. 

1) Island hopping 
untuk island hopping ni kami sewa satu bot untuk kami sekeluarga ( 7 dewasa , 4 kanak2 ) harga biasa RM280/trip nak2 kalau cuti sekolah mesti mahal sikit. so prepare je awal2 cari agensi yg boleh bawak anda ke sini ye.. tempat2 yg kami pergi : 

- Beras basah- 
Seindah-indah air laut . lebih indah kalau awak berdiri tepi saya #PickUpLine 

Borak2 nak pg kemana lepas ni.hee
- dayang bunting 



sape nampak dayang tu bunting ? angkat tangan.. mata anda sgt tajam. bagus. hehehee
- Pulau helang (kot) - 
tak sah lah kalau pg langkawi tak tgk REAL helang kan.. tapi agak menakutkan lah ..sbb bnyak sgt helang kat situ. nasib baik abg2 boat dah sediakan mknn untuk diorang. takdelah buas sgt nak terkam kitorang hahaha.. 



2) dataran langkawi 

ni takde apa nak cerita. tapi tmpat ni pon wajib lah pg kalau dah dtg langkawi kan. huhuu
mak abah jadi model .. not bad la kan. sweet couple gituu. hahaha

3) Cable Car @ SkyCab

ok tempat ni best sgttttt.. walaupon kena beratur panjang. tapi berbaloiii.. hahaa kalau nak tau sejarah sikit2.. sky cab ni adalah yg kedua tercuram didunia..  dan shah rukh khan penah berlakon kat sini masa mula2 ditubuhkan (kalau tak silap lah, masa beratur tu ada diorang bg information2 ni .. so lmbat sgt update. dah lupa sikit2. maafkan sayaaa :p ) masa ni ada promotion kalau ada myKad dapatlah harga promotion tu dalam RM 20 je (untuk gondola biasa ) kalau nk tau harga semasa,  kena check it out through their website okay . 




rasenye tu je yg aku dapat kongsikan ..mungkin kalau korang pnah pg tempat lagi menarik kat area langkawi ni share lah sikit kat komen, terima kasih semuaaa : D