Monday, 8 April 2013

TIPS : KHASIAT PISANG


pisang mempunyai banyak khasiat.. lepas baca artikel ni pasti anda smua JATUH CINTA dengan pisang..

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.




Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.


Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor dan hospital!” tapi..kita hanya ikhtiar.. yang menentukan ADALAH ALLAH.. ingat tu hee

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan kan ! SAYA PENCINTA PISANG..wink wink :)

Sunday, 7 April 2013

tips : cara cara Solat Sunat Istikharah..

 solat sunat istikharah..pembantu ketika kita mempunyai lebih dari satu pilihan..

Cara Solat Istikharah

a.  Lafaz niatnya:
Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.

b.  Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).

c.  Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:


Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!
d.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

e.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

f.   Membaca doa solat sunat Istikharah:


g.  Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 

h.  Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.

i.  Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.


#ILMU HENDAKLAH DISEBARKAN BAGI MENAMBAH AMAL DI AKHIRAT KELAK.. :)

Saturday, 2 March 2013

TIPS :makanan HALAL dan berkhasiat

 1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma –
Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin –
Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.


7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan –
Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun –
Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima –
Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air –
Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.” ~Wallahullam"

Monday, 25 February 2013

JOM belajar SIMPLE SPANISH..

haii.. holaa!! ehh belum apa2 dah start eh.. hehe.. ok first thing first.. nak cerita la dulu... macam mane boleh nak mngajar org blajar spanish ni kan.. dah perfect sgt ke?? dah terror sangat?? hehe TAKLAH.. actually, im taking an elective subject for this semester.. to fullfill my credit hour, i take a spanish's class.. nak di pendekkan cerita sgt AWESOME ok.. amik bahasa spanish ni.. its spelling is very closer with english word.. betul tak tipu.. nak tau takk? meh aku ajar sikit.. sebab aku baru tau sikit je ponn..this is about CONVERSATION ~~



hola ! = helo !

Buenas Tardes ! = selamat tengahari !

BERTANYA NAMA
[informal]  como te llamas? = siapa nama awak?
answer : soy  ( nama ) / me llamo ( nama )  = nama saya

[formal]  como se llama usted,seniora? = siapa nama anda ?
answer : soy ( nama ) =  nama saya



TANYA TEMPAT TINGGAL [ informal] De donde eres? = di mana awak tinggal?
answer : soy de ( tmpat tinggal ) = saya dari (tmpat tinggal)

[formal ] De donde usted, seniora ? di mana anda tinggal ?
answer : soy de ( tmpat tinggal ) =saya dari (tmpat tinggal)

note : informal situation = untuk org yg kita rapat atau kenal
         formal situation = untuk org yg kita tak pernah kenal
#kalau kita guna informal situation untuk org yg kita tak kenal...kita dianggap KURANG AJAR. .hati2 k!

sebutan : llama ------> yaama
              usted -------> ushted
              como --------> komo

sampai situ je ehh ?? thanks for reading.. and i am pleasure to let you keep reading my blog.. i will updating a new spanish word later.. BYE!

Tuesday, 19 February 2013

tips: RAHSIA tulisan tangan


Pertama : Tekanan ketika menulis

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
• Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
• Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit



Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
• Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
• Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)




Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
• Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
• Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak
• Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

iv. Campur-campur
• Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)



 Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
• Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
• Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut


Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z


i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
• Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Pendek dan tak sempurna
• Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri


Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
• Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah
• Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah
• Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu. Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.

Sumber : Dr Fadzilah Kamsah

Sunday, 17 February 2013

tips: Cara senang hafal MUKA SURAT al-quran


Tips untuk menghafal "muka surat" Al-Quran yang sangat menakjubkan ♥

Di sini saya kongsikan dengan anda formula untuk menghafal halaman Al-Quran. Hanya untuk Al-Quran yang standard sahaja.Contoh 1


Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman ke berapa: 5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzu’ 5 adalah pada halaman 82 Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?


Contoh 2 Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman ke berapa: 10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182


Contoh 3 Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 23 di halaman ke berapa: 23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzu’ 23 adalah pada halaman 442


♥ Subhanallah, memang menakjubkan. Ajarkan pada anak-anak kecil agar mereka sentiasa membaca Al-Quran ♥


#cubalah kalau nak tau betul atau tak.. hehehe dan sila SHARE sbb berkongsi ilmu adalah ilmu akhirat yg tidak akan putus slpas kmatian.. :)



Thursday, 14 February 2013

tips: Personality melalui TANDATANGAN


1. Tandatangan dengan satu garisan di bawah 
Seorang yang sangat yakin, mempunyai personaliti yang hebat, agak mementingkan diri sendiri dan percaya bahawa kebahagiaan dalam hidup sangat perlu.

2. Tandatangan dengan satu titik di bawahnya 
Seorang yang kelihatan mudah dan tenang tetapi mudah hilang kepercayaan kepada orang dipercayai apabila dikhianati.



3. Tandatangan dengan dua titik di bawahnya 

Seorang yang romantic, mudah bertukar pasangan seperti menukar baju, lebih memilih kecantikan (bagi lelaki), sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita), dan mudah menarik perhatian orang untuk mendampingnya. 



4. Tandatangan tanpa garisan/titik di bawahnya 

Seorang yang seronok dengan kehidupan , iikut gaya dan cara sendiri serta kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain



5. Tandatangan yang tiada kaitan dengan nama 

Seorang yang sentiasa berusaha supaya bijak, suka berselindung, jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup dan yakin dengan kebolehan diri sendiri



6. Tandatangan berasaskan ejaan nama tapi sukar dibaca  

Seorang yang cerdik tapi kurang hendak berfikir dan cepat menukar pandangan atau idea.


7. Tandatangan huruf tidak bersambung 
Seorang yang sangat prihatin, tidak pentingkan diri sendiri, sanggup berkorban apa saja untuk orang lain, seorang pemikir tetapi mudah serik.

8. Tandatangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas 
Seorang yang sangat baik, boleh sesuaikan diri dengan siapa saja dalam apa juga keadaan atau urusan, tegas dengan pendapat sendiri dan ada semangat yang tinggi 

sumber: http://www.suarapemikir.com