kalau print 1-1 size 4R tu pulak cara lama.. ni kita ajar cara luar biasa dan menarik.. hehhee dulu sy jadikan bisnes buat photobook ni.. tapi makin lama.. makin malas nak buat plus fokus pada bisnes lain dahh hehe.. sebabnya buat photobook ni kena ada MOOD dan IDEA baru hasilnya CANTIK dan MENARIK
ramai tanya cam mana nak buat .. jd kita abadikan je dlm ni.. mudah orang lain dapat ilmu sekali :)
jadi, kat sini saya nak ajar cara buat buku bergambar atau dipanggil sebagai PHOTOBOOK (step by step)
1) INSTALL PHOTOBOOK MALAYSIA
DESIGNER APPS
(di dalam komputer atau laptop anda)
KLIK SINI
2) CARA INSTALL
klik pada icon photobook designer tu.. dan akan keluar macam dibawah ni
install semua ni.. jgn lupa select all.. internet pastikan laju dan smooth .. baru dpt download semua dengan baik ye :)
(valid 14 hari untuk digunakan, pastikan beli voucher mengikut jenis yang anda pilih di designer apps.. )
DISARANKAN DESIGN DULU PHOTOBOOK ANDA.. KEMUDIAN BARU CARI VOUCHER YA..
Sy sertakan contoh2 size yang ada.. harga berlainan tauu..
anda boleh cari voucher ni sama ada di shopee, lazada, atau apa2 je platform jual beli voucher lain.. pastikan voucher photobook malaysia bukan brand lain dan kena buat sama mcm naka voucher yg anda beli .. nanti tak boleh guna pula.. hehehe
shipping fee pula dalam range
RM8- RM10 (semenanjung)
5) MULAKAN TUNJUK BAKAT ANDA DI SINI
Namakan hasil project anda .. letak je nama apa2.. bila tengok semula untuk edit, anda tahu nak pilih mana satu ..
6) SUBMIT HASIL KERJA ANDA
IKUT CARA2 NI BILA NAK GUNA VOUCHER
masukkan code yang anda dapat ni,
dalam masa 3 bulan lepas beli..
Ni semua bekas2 customer dulu hehehe..
terima kasih sbb menggunakan khidmat @nkay.fotobuk dulu.. sekarang tak buat dah servis ni.. buat untuk diri sendiri je hehehe
beza size 6 x 6 inch dengan 8x8 inch..
NI PULA KOLEKSI DAN HASIL DIRI SENDIRI
baru puas hati dapat design macam mana kita nak.. sebab pernah viral ada orang dapat album gambar buruk.. bayar mahal2.. tapi kualiti ke laut dalam.. kita kawen ni sekali je seumur hidup.. kalau boleh nak lah moment tu dapat di tengok balik kemudian hari... kan?
so bila dah buat banyak2 photobook ni.. baru lah tahu.. jangan nilai hasil kreativiti seseorang tu.. bila dia letak harga mcm tu... mcm ni.. sbb penat yee kerah otak nak hasilkan photobook cantik dan tersusun.. kalau sy buat.. mesti habiskan masa 3-6 jam sehari untuk 3-4 kali edit ...
cara sy edit ada 4 step:
1) masukkan gambar
2) design background
3) tambah icon dan tulisan
4) final touch up
kalau malas, hire je org buat.. tp pastikan hasil kerja dia padan dengan bayaran tauu... hehhe
NI HASIL NYA.. DARI ZAMAN BUJANG SAMPAI DAH KAWEN PUNYA PHOTOBOOK
kalau nak tengok cara saya design photobook sy..
BOLEH TEKAN LINK NI 👇
SEKIANN.. SELAMAT MENCUBA :)