Wednesday, 22 March 2017

TIPS : CARA BERKESAN PENJAGAAN MUKA


1. Pastikan wajah sentiasa dalam keadaan bersih.


2. Jangan terlalu kerap menggunakan mekap yang tebal di wajah


3. Bersihkan wajah dengan sempurna setiap kali selepas mengunakan mekap


4. Cuci wajah sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan air suam dan gunakan pembersih yang sesuai untuk kulit wajah yang berminyak dan berjerawat. Lakukan dalam urutan berputar.


5. Jangan lakukan urutan atau pembersihan yang berlebihan kerana ia akan menyebabkan iritasi.


6. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku! Memicit jerawat akan menyebabkan kulit menjadi bengkak, merah dan berparut.


7. Jagalah kebersihan rambut dan tangan kamu. Jangan menyentuh wajah dalam keadaan jari yang kotor. Sebaiknya bersihkan tangan sebelum menyentuh wajah.


8. Hentikan menggunakan mekap ketika wajah masih berjerawat.


9. Sering berganti tuala pengelap wajah dan pastikan tuala tersebut lembut dan bersih


10. Lindungi kulit dari sinar matahari dengan menggunakan sunscreen/sunblock.. kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.


11. Jika jerawat tumbuh di bahagian belakang, pakailah pakaian yang longgar, ringan dan dapat menyerap peluh.


12. Kurangkan memakai skarf dan topi kerana ia sering menjadi tempat terkumpulnya minyak dan debu


13. Bnyakkan minum air masak (maximum 2L sehari)


14. Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori.

Friday, 17 March 2017

TRIP REVIEW : Tempat menarik di Seoul, Korea (6H5M)

Hai assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca-pembaca hakak yg setia.. macam biasa.. bila ada trip baru.. baru lah ada new post.. hakak dah busy tak macam dulu banyak masa untuk blogging.. ni pon curi-curi masa je ni.. kang ada yg tanya pasal korea. dah kena explain bnyak kali.. heheheheh 
first of all mesti korang nak tau bajet yeee... 

BAJET ALL-IN ONE (with tour guide)

Ni tour guide kitorang.. Wan a.k.a Jeroong wia.. traveller solo ni.. bertuah dapat dia jdi tour guide..
bnyak pengalaman yang dia share.. 
RM1899

1. Tiket flight 
2. 24 guesthouse 
3. Breakfast + lunch 
4. tiket (ferri+Nami island+gyeongbokgung village+entrance fee ski resort ) 
5. Hannok village (masuk free)
6. Gyeongbokgung village
7. Nami island
8. Namsan tower (masuk free)
9. Ittaewon (masjid kan..mestilah free heheh)
10. Elysian ski resort 
(17-22/2/17)

11. Tukar duit (shopping + makanan tambahan+ sledding ski resort)
: RM 800 ( 200,000 ₩)

Kitorang pg ngan tour guide.. jadi takdelah itinerary yg aku boleh cerita sangat..banyak tempat yg kitorg pg.. kitorang follow jee tour guide.. sampai tak sempat nak jot down nama tempat tu.. yelah excited sangat.. kah!

DAY 1 
(6 hour in flight) 
Here we gooo !
DAY 2
Namsan Tower 





Myeongdong 

untuk pengetahuan korang.. kat sini memang SYURGA KOSMETIK.. banyak gila kedai2 macam etude house.. nature republic, face shop.. skinfood, innisfree ... macam2 lagi... rambang mata jugaklah nak beli face mask harituu.. tapi aku akan cari nature republic je.. sebab memang guna face mask diorang.. and recommended ..
Kat sino pon ada FOOD STREET jugak ye.. kedai2 mknn arab, taiyaki ..sotong goreng tepung.. mcm2 ada.. make sure tgk dulu halal ke tak ok.. 



ni dia... peminat setia kpop... jumpa patung pon boleh cair dah.. =P 

Budget summary (ni barang2 yang aku beli yee) :
Face mask 
20 keping (2015) : 30,000 ₩ = RM100 (ni masa aku survey before pg)
60 keping (2017) : 40,000 ₩ = RM 160
120 keping (2017) : 60,000 ₩ = RM 240
*korang carilah face mask yang sesuai dan berbaloi2.. banyak pilihan.. dan pilihan ditangan korang.. hheheeh*

Face mist 
Nature republic : 5,500 ₩ = RM 22

Namdaemun  
Okayy.. tak sah lah kalau berjalan tak cari hadiah kan.. so kat namdaemun ni tempat korang boleh cari cenderamata.. cendarahati... buah hatii... eh ehh ehh  hahaha banyak gila kedai2 jual t-shirt I LOVE KOREA.. keychaiinn.. beg tangann.. semua lah.. u named it.. smua ada... kalau takde bukan salah aku.. salahkan diorang .. nape tak jual.. hahahaha 

kitorang borong ngan ahjussi ni.. sebab t-shirt yg dia jual nmpak berkualiti.. harga tetap sama macam kedai lain.. 
Budget summary : 
T-shirt I LOVE KOREA  3 helai (black/grey/white) : 10,000 ₩ = RM 40
keychain biasa (10-12 keping) : 6,000-7,000 ₩ = RM 24-28
magnet fridge (10 keping) : 7,000 ₩ = RM 28
wallet : 10,000 ₩ = RM 40
Seaweed
Kimchi seaweed (18 paket kecil) : 10,000 ₩ = RM 40
Original seaweed (18 paket kecil) : 15,000 ₩ = RM 60 (ni aku tak sure.. tapi dia mahal skitlah dari perisa kimchi)

DAY 3 
Nami Island 
ahaaaaa tempat wajib pg yeee ... takyah cakap banyak tengok gambar je lah k.. 


kalau datang nami island.. cari kedai ni.. smua mkanan korea dia boleh masuk tekak melayu kita.. sedap.. tak tipuu)


Budget summary : 
Tiket Ferri : 8,000 ₩ = RM 32
Basikal : 4,000 ₩ = RM 16 (ni aku tak naik pon.. sebab tak jumpa kaunter. *facepalm* )

DAY 4 
Hannok village 
Annoyed prince back theree.. 
cara pkai hanbok secara free  hahaha

Gyeongbokgung village
Model tak berbayar 1 
Model tak berbayar 2 kahkah
Ittaewon  

kat Ittaewon .. korang senang nak cari kedai makanan halal..bnyak jugak kedai makanan arab..
dan kedai runcit.. inshaallah tak ragu2 nak beli barang dapur yee... 
DAY 5 
Elysian guncheon ski resort 



Acah-acah magazine cover sangatt.. hahahaa
Budget summary : 
Entrance fee : 3,000 ₩ = RM 12
Kasut ski : 10,000-30,000 ₩ = RM 40-120
Sledding : 15,000 ₩ = RM 60

DAY 6 

balik key ell . yeayyy so kat sini nak share lah sikit.. kitorang guna WIFI TRAVEL ni.. berbaloi-baloi .. wifi dia laju kemain.. kat mana2 pergi pon still boleh connect.. cuma kalau member2 dah jauh (1 km away maybe) dari aku (pemegang router ni) tak dapat dah lah diorang connect hehehe

Rm 15 sehari (sharing with up to 5 person )  : Rm 3 per person  
(ada promosi and limited time .. so kna pg instagram dia sndiri k untuk tgk promosi2 yg diorang offer..search :"travelrecommends" ) atau klik link ni 
1. WIFI TRAVEL 



satu lagi nak share.. aku kalau dalam aircond terlalu lama. kulit akan cepat kering.. tapi kat sana (korea, musim winter -4 degree .. haaha specific sikitt ).. aku jumpa solution how to retain my skin from getting dry.. and i applied these skin care products during my trip... paling best face mist tu lah and plus.. malam2 aku akan pakai face mask..  hehehe 

2. MY SKIN PROTECTION 


Step :
1. Moisturizer (safi aloe vera)
2. Sunscreen (sun play clear water , SPF 60) 
* jangan ingat musim sejuk korang tak kna sunburn yee.. cuaca memang sejuk.. tapi matahari tetap memancarkan cahayanya tanpa belas kasihan (amboi ayatt )
3. BB cream foundation (silky girl)
4. HD Compact powder / bedak tabur Johson baby 
5. Lipstick + lipbalm 
6. Face mist (nature republic)
*Untuk bg apa yg korang pakai tadi tak bercapuk dan kekal lama.. 
7.Losyen (pkai kat tgn dan kaki) 
8. Wet tissue (for make up removal)

*nampak bnyak kan kena pakai.. biasalah kulit aku ni senang sunburn.. kena rajin lah sikit ..hmmm *

3. BARANG KEPERLUAN
 (KENA ADA DLM BEG GALAS)

1.Hot pack (kalau beli kat malaysia.. beli kat daiso tapi tu pon tak rasa sgt), smpai je kat sana.. korang terus cari kedai ala-ala mcm 7e tu.. korang cari hot pack yg ada gmbar askar tu (contoh) yang tu tahan lebih lama .. 10-12 jam tahan dia.. so takdelah korang menggigil kesejukan.. 
2. Energy bar .. korang boleh lah penuhkan beg korang ngan makanan ringan.. tapi aku recommend bawak coklat lah.. sbb coklat boleh hilangkan rasa lapar tu sekejap.. sementara nak cari kdai makan.. 
3. Air masak.. kalau boleh isi dalam flask lah.. bg air panas kite tu tahan sikit.. 

Tambahan : 
- baju hujan yang mudah lipat dan ringan (rm5 je kat giant/7e/daiso) 
- Botol air pkai buang.. untuk korang guna masa masuk tandas / ambil air sembahyang .. biasalah kat korea tandas diorang takde paip.. tak mesra wudhuk lagi.. paham2 lah sndiri.. huhu
- adapter (beli yang universal punya ye.. jenis yang hujung dia bulat)
-Kompas (disarankan bawak bnda ni.. supaya korang tak gelabah nak cari kiblat.. yelah nak tanye org tak reti cakap kan.. aku lebih percaya kompas manual dari kiblat dalam phone tu.. kdang2 tak betul.. dan kadang2 internet takde.. hahaa )

4. PAKAIAN HARIAN (winter )
1. Inner (aku bawak 3 helai untuk 6 hari)
2. heattech (1 helai )
3. seluar tight (1 helai)
4. Pakaian harian ( 3 helai , lagi minima lagi bagus. kan pakai winter coat kat bhgian luar nnti .. so tak nmpak pon baju korang ni.. buat berat beg jee bwak bnyak2.. hahaa)
5. Seluar jeans (2 helai)
6. baju tido plus seluar tido (dua pasang)
7. winter coat 


5. RECOMMENDED FOOD (HALAL + SEDAP)


(Asian cuisine:nami island)

(Kedai arab: ittaewon)


(Asian cuisine:nami island)
(Street food:myeongdong)


sapee suka makan dan suka texture roti croissant tu.. haa ni memang taste korang.. (bcoz i love it too heeee)


Ni website kalau nak try mknn lain : 
https://www.thevocket.com/makanan-halal-yang-mesti-dicuba-bila-travel-ke-korea-selatan/

Tu jelah yang aku dapat share ye kawan-kawan.. tapi lepas ni kalau 
nak pg sndiri pon boleh je.. banyak apps yang best2 untuk subway .. 
dan bgtau tempat2 menarik kat korea... 

1. Korea subway
2. Halal korea 
3. Korean english dictionary (lg untung klau korang boleh berbahasa korea) 

oh lagi satu.. kalau nak naik subway/ktx/bus diorang.. korang kna topup kad macam touch n go.. tapi kat sini panggil T-Money .. pastikan dlm tu ada duit 1,000 ₩ dan keatas.. tapi jangan risau.. kat sana banyak kaunter untuk tambah nilai.. akhir skali bila korang nak balik malaysia.. korang boleh redeem balik duit dalam kad tu .. smua just guna mesin ye...

Currency ( on January 2017 ) :
1,000 ₩ = RM 3.8

  SEKIAN...