Assalamualaikum semua.. salam sejahtera ... memandangkan ada yang bertanya mengenai trip aku ke sabah haritu..so, aku terangkan dalam blog ni jelah ye.. penat nak terang kat sorang2.. First of all, trip aku banyak di sponsor oleh kawan aku sndiri (bermalam dua hari di sandakan + transport for one week trip)..sebab tu kot kitorang pg 7 hari and bajet pon kurang sikit lah..(kami satu group masih lagi student. so, bajet pon bajet student lah yee ). hahaha so, korang boleh pilih destinasi mengikut kesesuaian korang tau..
Aku mulakan dengan bajet yang kitorang spend for the whole one week (7 person in a group):
Tiket flight AirAsia : RM280.33 per person (return ticket)
Sandakan
Shellout at Dad's Kitchen : RM75 for 7 person
Muzium Batu Tulug : RM2 per person
Makan durian + buah tarap tepi jalan : RM12
Semporna
Semporna
Chalet Warisan Tampi-tampi : RM150 per night
Sewa boat + snorkel : RM570 for 7 person
Ranau
Ranau
Tawai Rainforest Camp : RM3 per person
Tagal Fish Spa : RM5 per person
Kundasang
Kundasang
Hounon Ridge Farmstay & Camping : RM190 per night
Desa Cattle Dairy Farm : RM3 per person
Kundasang War Memorial : RM2 per person
K.Kinabalu
K.Kinabalu
Kinabalu Park : RM3 per person
Promenade Service Apartment : RM274 for 3 nights
Makan-makan + masak-masak : RM240
Total fuel (one week)
Total fuel (one week)
Fuel : RM218+-
Total expenses (exclude flight ticket): RM1855 (RM265 per person)
p/s : expenses tu plus minus je ye part makan-makan + fuel tu. Sebab tak berapa ingat sangat. Rasa part makan tu lebih lagi.
Kredit to bendahari of our group : Fatima zahara (cantik manis orgnya ..pffftt )
Okay dah boleh tau kan bajet sikit2.. skrg aku nak bgtau pulak tempat2 menarik yang kitorang pg ...tp, sebelum tu meh nak tunjuk sikit peta sabah..
Okayy.. first thing first nak bgtau yang sabah ada bnyak airport (please refer to the map attached : Labuan, Kota kinabalu, Kudat, Sandakan, Lahad datu dan tawau) so korang kena pilih airport yang dekat dengan tempat korang nak tuju... nak bgtau awal2.. dari satu destinasi ke satu destinasi lain, tempat dia bukan dekat2 tau.. mengambil masa 2-3 jam jugak ada yg lebih 3 jam pon ada.. so, be wisely to choose your arrival aiport okay..perjalanan kami bermula dari :
Airport Sandakan > Sandakan (kinabatangan) > Semporna > Sandakan (kinabatangan) > Ranau > Kundasang > Kota kinabalu > Airport K.Kinabalu
SANDAKAN
kitorg ke sandakan ni sebab ni hometown kwan kitorang (kinabatangan).. and kitorang decide nak snorkelling di semporna .. so sandakan jadi tempat kitorang transit sebelum ke kota kinabalu. meh tgk kitorg pg mana dan makan apa.. herherr
Muzium Batu Tulug
Kat sini kena mendaki sikit. tapi ada tangga disediakan.. and kalau nak naik kena pakai kasut lah ye.. |
Dari atas ni kita boleh tgk pemandangan yg cantik (semestinya tmpat di sabah semuanya cantik2 so tak rugi lah berpeluh menapak naik atas ni) |
Selepas |
Buah durian merah. agak rare kan.. hanya di sabah ja bah.. (Buah ni takde rasa. memang kena masak sambal baru sedap. pastu makan dengan mee atau dengan pisang penyek) |
Pisang penyek . (homemade) |
Buah tarap (buah ni macam buah cempedak. tapi bersaiz kecil dan manisss ) |
SEMPORNA
Chalet Warisan Tampi- Tampi
Kitorang stay kat sini satu malam sebab dekat dengan pulau yg kitorg nak pg
Kitorang stay kat sini satu malam sebab dekat dengan pulau yg kitorg nak pg
Kena naik jambatan ni untuk ke homestay |
Ni ruangan depan homestay. ada tempat mandi ( kalau nak mandi tmpat bersih u have to pay Rm1) |
Pulau hopping
"Difficult journey often leads to beautiful destination" (ada pulak org lain interrupt kat blkg. acah2 relationship goals gittew) |
Cantik kannnnnnn .. kena tgk sndiri baru puas. herherr. |
2. SIBUAN + MENTABUAN
Benda yang aku tak penah tgk dan pegang selama ni.. korang kenal tak ? yes, tapak sulaiman.. banyak kat pesisir pantai tu.. tapi jangan simpan dan bawak balik pulak hokey |
pusing2 pulau dengan abg jo . ehh bukan abg jas..kihkihh |
Nota kaki: kitorang spend masa untuk pulau hopping ni dari pukul 8 pagi smpai pukul 2 pm. lama kan.. mana lah tak sunburn ..hahaha .. ahaaa , ada aktiviti bg ikan makan jugak tau.. unfortunately kitorg takde goPro untuk capture moment2 dan ikan2 yang cantik tuu.. :(
OH yee. ada satu lagi pulau mabul namanya.. tapi kitorg tak pg sbb jauh sikit dari sini.. so taktau balik pukul brapa nnti.. kalau korg nak ke mabul.. korang pg mabul je.. takyah pulau hopping mcm ni.. kat mabul pon boleh snorkelling juga tau..
KUNDASANG
1. Hounan Ridge Farmstay & Camping
Perjalanan untuk sampai ke tempat cantik ni bukan mudah yee..
jalan dia berbukit bukau dan berliku-liku..disarankan korang ada guidance dari member lelaki atau org yang biasa dgn jalan kat sini.. (manalah tau kereta stuck tgh jalan.. dah susah nak cari bantuan..always be extra careful yeee semua)
2. Desa Dairy Farm
1. Hounan Ridge Farmstay & Camping
Perjalanan untuk sampai ke tempat cantik ni bukan mudah yee..
jalan dia berbukit bukau dan berliku-liku..disarankan korang ada guidance dari member lelaki atau org yang biasa dgn jalan kat sini.. (manalah tau kereta stuck tgh jalan.. dah susah nak cari bantuan..always be extra careful yeee semua)
Kredit to : Fb destinasi percutian |
Kredit to : Fb destinasi percutian |
Kredit to : Fb destinasi percutian |
Kredit to : Google (sedap sgt aiskrim dia smpai lupa amik gamba sendiri. heeee) |
Nota kaki : kat sini ada pelbagai dessert disediakan untuk korang cuba
spt: susu kotak, yogurt dan aiskrim
3. War Memorial park
KOTA KINABALU
1. Pasar Filipina
Kraftangan .. boleh beli untuk yg tersayang.. hahaa |
syurga seafood . nyummmm |
Nota kaki : First attempt masak shell out.. kat tmpat org pulak tu . hahaa. Resepi kitorg google jee boleh tgk kat sini (http://cinta-caramel-latte.blogspot.my/2016/01/resipi-shell-out-yang-confirm-sedap.html) ..balik dari sabah . mak suruh buat kat rumah pulak.. tapi aku tak ikut sebiji-biji resepi dalam ni.. kena kurangkan atau tambah mengikut citarasa masing2.. |
Rasanya tu je lah coretan dan pengalaman mengenai sabah yang aku boleh share.. anything nak tanya boleh tanya kat komen eh.. atau korang boleh juga baca blog kawan aku ni (http://sukasukisuku123.blogspot.my/2016/09/sabah-7-hari-vs-7-pengembara.html) siap itinerary lagi dia buat (aku malas sikit.. and lebih suka konsep "biar gambar berbicara." gitewww) OKBAI habis dahh ..