Monday, 16 December 2013

MENGAPA JEPUN BOLEH MAJU??



1. Di Jepun diajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” di mana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).

3. Jepun walaupun salah satu negara terkaya di dunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa ke arah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.



 5. Kanak-kanak di sekolah akan membawa berus gigi yang telah di“disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka di sekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.


6. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

7. Dilarang mengunakan handphone di dalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”
 

8. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang diperlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan d a tas pingan.

9. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.


                                    
pengalaman kawan sendiri :

 ada sorang kawan ni dulu dia kena pg jepun sbb exchange student.. memang dia kata menakjubkan. jepun SANGAT BERSIH ok.. bila jalan kat tepi jalan raya tu.. setiap 500 meter macam tu la akan jumpa tong sampah.. lepastu diorang pnye pekerja yg kutip sampah tu (kalau kat sini kita panggil DBKL) diorang mesti pakai sarung tgn dan baju khas yang macam baju hujan tu.. diorang sungguh2 jaga kebersihan. kalau train pulak.. memang betul.. tepat waktunya dia sampai.. kalau kat sini delay kadang2 satu jam .. tapi kat sana.. delay paling lewat 7 saat.. bayangkan.. betapa disiplin nya mereka kan?? kita pon boleh jadi macam diorang.. kalau kita ada sampah nak dibuang.. selagi tak jumpa tong sampah.. simpan dulu dalam poket.. dan kalau nak pegi kerja ke pg temujanji ker.. kena PUNCTUAL.. BE ON TIME.. jangan bagi bnyak alasan.. sebabkan alasan yang banyak ni lah MANUSIA BOLEH GAGAL .. 

sekiannn :)

Saturday, 9 November 2013

tips:CARA MENENANGKAN HATI (cara islamik)

haii assalamualaikum.. jawab salam dulu for muslimin dan muslimat.. ahaaa ... ni dia entri tentang bagaimana kita nak buat hati kita jadi tenang..ok,  ramai yang kita lihat sekarang nih suka sgt marah2.. kalau tgk berita kan.. kita selalu dengar kes dera la.. kes pukul2 la.. memacam jer... macam sakit je.. macam sakit je.. haha yes.. actually they have a kind of sickness.. which is a UNHAPPY SYNDROME.. (penyakit ni aku yang bagi nama tu.. korang jangan pulak pg hospital tanya kat doktor pasal penyakit nih.. ok? )

 kebanyakan yang KAKI PUKUL , KAKI BARAN ni.. diorang ni tak happy.. diorang ni tak tenang.. kenapa? sebabnya ada je yang membuatkan diorang ni marah kat orang lain.. ada jee benda yang tak betul depan mata diorang..nampak anak buat salah sikit.. dipukul.. nmpak bini masak tak sedap sikit diherdik.. tak ke ada penyakit namanyaa tu..? kan kann? dari mana datangnya penyakit tu? kalau kita rasa tak bahagia.. datangla penyakit yang diberi nama penyakit HATI..  ataupon penyakit KURANG KETENANGAN DALAM HATI. ... cuba atasi setiap yang berlaku dengan tenang.. jangan ikut emosi.. memang perbuatan kita akan dipandu dengan akal.. tetapi.. akal kita juga di pandu oleh HATI kita..

tambahan tips: kalau kita nak tau org tu baik atau pon tak.. kita tengok perlakuan dia cara layanan dia dengan IBU dia.. dengan ISTERI dia.. dengan ANAK2 dia..  kalau baik layanan dia dengan kedua2 org wanita ni.. maka baik la dia dengan kita.. sebabnya.. kita boleh nilai seseorang tu dengan sikap dan perbuatan dia.. maka dari situ kita juga boleh nilai HATI dia.. orang yang bahagia ni akan selalu tersenyum.. TAK KIRA SIAPA .. malah dengan makcik sapu sampah pon dia akan tersenyum.. nampak??? orang yang macam tu lah dikatakan bahagia..ok.. ada sedikit petikan dari lagu nasyid yang berbunyi...

"..... pandangan MATA selalu menipu.. ..pandangan AKAL selalu tersalah.. pandangan NAFSU selalu melulu.... pandangan HATI itu yang hakiki.. kalau HATI ITU BERSIH "..

dari lagu ni kita dapat tangkap.. memang betul kalau kita pandang seseorang melaui pandangan mata.. kadang2 kita nmpak luaran org tu je.. see MATA kita selalu menipu..macam dlm gmbar ni.. kita nampak ikan macam dekat permukaan air je.. tapi sebenarnya kat dalam tu haahhh


kalau dari pandangan AKAL.. heyy tak tercapai akalmu nak menilai sifat peribadi org lain.. haaa pandangan NAFSU.. dah kata pon nafsu.. so pandangan nafsu ni memang selalu melulu.. jadi apa yang kita patut tgk adalah pandangan HATI.. setiap mata hati yang menilai kadang2 Allah yang memberikan kita petunjuk.. tapi tapi.. kalau hati kita bersih.. ini lah yang kadang2 org sebut instinct ataupon naluri.. aku susah nak describe betapa beruntungnya kalau kita dapat ikut kata hati ataupon naluri ni.. sebab memang 99% tepat bila kita ikut kata hati.. lagi2 bila kena buat satu keputusan yang susah.. ( aku kadang2 dpt naluri mcam ni.. tapi syaitan suka mengaburi aku dgn perasaan was was.. hurmmmm takpelah bukan rezekila tu )

 kadang2 instinct ni la yang bagitau sama ada kita patut ke tidak buat perkara ni.. perkara tu.. kalau tak sedap hati je.. namanya perkara yang kita buat tu tak elok.. dan sebaliknya.. jadi.. untuk mencari ketenangan hati.. kita kena laaaaaa....

Buat step2 ni.. :

1) sejukkan hati kita dgn mengambil WUDHUK
2) lapangkan dada kita dengan KHUSYUK ketika solat.
3) putihkan hati dengan ZIKRULLAH
4 ) bersihkan hati dengan MEMBACA AL-QURAN
5 ) kalau masih tak tenang ( kalau tengah berdiri, sila duduk, kalau tengah duduk, sila baring )
6) tak tenang lagi ? sila bayangkan KUBUR.. (bila takut mati.. ingatlah sikit nak buat amal kan.. hikss gurau jer )
                                           
kenapa aku kaitkan dengan bab bab keagamaan nih?? hrmm....sebabnya.. kita sebagai manusia kita mempunyai sifat suka mencari... suka mengkaji... nak tau banyak perkara.. tapi kita tetap rasa tak tenang.. tak happy.. tak cukup itu ini.. ? kenapa?? sebab kita jauh dari ALLAH.. manusia yang cuba dekatkan diri dengan ALLAH.. dengan AKHIRAT.. jiwa dia akan tenang.. PERCAYALAH .. dalam diri setiap manusia memang akan ada sekelumit perasaan dan jiwa yang berkait rapat dengan ketuhanan.. iaitu ROH kita.. dari mana ROH kita dtg? kalau bukan dari ALLAH.. sebab tu kalau setiap kali bila kita buat sesuatu perkara yang tak betul.. kita rasa tak sedap hati.. itu namanya kita masih ada iman.. dan segeralah beristighfar untuk mengelakkan dari hati kita menjadi HITAM dan KOTOR...

bila hati kita dah hitam dan kotor.. tiada ruang untuk iman menguasai hati kita.. maka susah untuk kita kecapi BAHAGIA walaupon kita tinggal dalam rumah yang dipenuhi emas sekalipon.. so kalau korang nanti dah ada anak kan.. jangan sesekali buat tak kesah tentang solat diorang, pelajaran diorang.. dunia ni semakin moden..tapi jangan agama diketepikan.. jangan agama di salah gunakan.. anak2 tu pon harta akhirat.. diorang yang akan mendoakan KEBAHAGIAAN korang di akhirat pulak nanti dan diorang juga penyambung generasi korang .. so korang mesti nak generasi yang berakhlak baik kan? jangan ingat nak kawin jer.. tanggungjawab besarkan anak jadi soleh solehah tu pon penting tau tau .. ( aku cuma saling ingat mengingati jer.. walaupon kawin pon belum lagi hah ).. bila masing2 terapkan amalan ni dalam keluarga.. mungkin kelak generasi di muka bumi ni akan terlahirlah generasi yang berakhlak mulia.. tapiii !! jangan suruh orang lain buat kalau diri sendiri tak mulakan dulu.. ok kawan kawan??


ingatlah!! harta DUNIA kita tak boleh bawa ke akhirat.. so, carilah dan kumpul lah harta AKHIRAT selagi kita masih sempat ^_^



Monday, 23 September 2013

pelakon sambilan ..

assalamualaikum kawan kawan yang cantik dan yang juga segak segak tu.. eh cari ape ye?? cari entri baru dari aku ye..? hehehe ok.. ni baru mood nak update blog dtg balik... tau tau  jela.. budak kimia ni bnyak keje kot.. in a week.. we have to make 3 reports kindly are physic's report, chemistry industrial's report and also polymer's report.. nampak tak?? pastu kena aktif kat kolej.. kumpul MERIT bla bla bla.. tahun ketiga kat UPM ni.. tahun ni aku kena aktif balik..macam tahun satu aku dulu..  sebabnya?? tinggal setahun ni je aku nak kena kumpul merit untuk stay for my final year.. ohhhhhh PENATTTTT sgtt -__- 

so, skrg dah second week im starting my study as a third year student with KAMI5th program.. aku dapat kampung 2.. melaka.. nama kampung aku CENCALOK LOK.. hahaha *yg tahun tahun lepas taknak pulak crita kan.. sbnarnye.. programm KAMI5th ni setiap tahun mesti buat.. nak merapatkan ukhuwah antara junior dan senior.. besttt.. macam2 aktiviti ada.. tapi aku tangkap gambar sikit je.. MALAS.. huhuhu


nak dipendekkan cerita.. aku masuk bola tampar, peti dan sukan rakyat.. the good news and the best news is aku menang bola tampar dan peti.. peti ni prtandingan multimedia atau buat short video camtula... ( pelakon sambilan la SANGAATT kan.. haha)  bnda bnda ni aku masuk tak aim nak menang pon .. SUNGGUH !! janji dapat MERIT je dalam kepala ni.. tapi bila dah menang tu.. cam tak caye plak.. aku rasa bnyak lagi video lain yang best.. rezeki kami namanye tu.. kan ?? syukurr. ..alhamdulillah :))
nak tgk tak yang video kitorang menang tu? tengok kat bawah ni yeee.. (sila abaikan muka aku yang gedik tu.. tapi tolong jadikan video ni sebagai pengajaran OK?? .. good ! )


Wednesday, 4 September 2013

TRIP REVIEW: Tempat menarik di sarawak (6D5N)

hai assalammualaikum.. kamik baru saja balik darik sarawak... haha ceh sikit je aku pndai.. yelah 6 hari je kot bukan 6 thun dduk sarwak tu.. hehehe kalau melancong luar dari KL ni sarawak adalah trip ke-2 aku semasa belajar di universiti ni..  first dulu aku ngan kawan2 pg PENANG jalan kaki je kot.. tak naik kreta sewa.. haa yg ni nnti aku buat entri lain..

kat sarawak beza masa 30 minit dengan KL.. aku akan mulakan dari hari pertama .. sampai balik dan mungkin gambar akan menceritakan segalanya..nah nah

DAY 1

sampai2 je kitorang stay kat umah 4 bilik.. siap ade dapur smua lah.. complete.. nama jalan ni JALAN ASTANA.. kat sini majoriti orang melayu.. kalau tak silap nama taman ni taman MALAYSIA JAYA.. so kat sini korang senang nak cari makanan halal k.. sebab srawak pelbagai kaum dan bangsa.. kalau kat area MUKAH dan MIRI tu .. yg tu korang kena ready sembelih ayam sendiri la.. kat situ paling susah nak cari mknn halal (pengalaman sepupu yg dpt kerja kat situ dulu)

DAY 2 

 okay  , ape yang menarik kat sarwak ni yee.. hurmm ni aquarium ikan.. FREE JE .. bak kata org yg jaga aquarium ni "di sarawak free saja.. kalo di KL satu langkah satu ringgit " haha sambil tergelak kecil.. betul apa dia cakap tu.. tapi tak semua yg free juga ok..
gambar kucing kat atas tu makcu bersama tiga anak buahnya.. haha... (perangai cam budak-budak lagi aku ni.. kihkih )


ni museum kucing..FREE jugak.. aku stay kat area KUCHING so, memang lmbang terbesar nye museum kucing ni lah.. ada kucing betul2 tp yg dah mati la ..dia awet semula bagi terbukak mata.. ksian aku tgk..  

DAY 3

  serikin ni pulak terkenal dgn tmpat jualan brg2 murah.. sama mcam kat wang kelian dan padang besar, perlis.. kalau kat perlis tu sempadan thailand.. tapi kat sarawak ni sempadan indonesia..

DAY 4

 kampung budaya ni TAK FREE.. tgk lah pada keadaan waktu korang pg nnti.. setakat ni dewasa- RM 60, warga emas- RM 60 , kanak2 - RM 25 (not sure ) sebab masa ni kitorang dapat discount.. abang hensem bagi..hewhew..
kat sini ada pelbagai kampung dan alat2 yang digunakan oleh orang sarawak macam sumpit, pakaian orang srwak yg dibuat dari dahan pokok, kain sulaman, macam2 lagi.. 


 bila dah abis semua destinasi kampung kitorang berjalan.. akhir sekali kitorang di persembahkan (ceh gituu ) dengan persembahan teater dari orang bidayuh, orang ulu, dan orang melanau.. besttt.. smpai dia tunjuk macam mane dia sumpit belonn depan mata kitorang.. orang ulu ni paling handal menyumpit.. apa yg bagus tentang diorang ni.. diorang tak sumpit manusia.. diorang guna sumpit untuk cari makann je.. diorang ni pon bukan dari kalangan yang suka bergduh sesama manusia.. (menurut instructor kat situ)
 tapi semua dah moden. takde yang pakai cawat tu dah.. ni area bandar.. kalau kat pendalaman mungkin ada kot.. huhu tapi masa buat persembahan tu adalah dua tiga orang yg pakai cawat .. kena tutup mata la jugak.. sekejap je lah.. (bertambah dosa aku.) kalau aku ttutp mata sepanjang dia buat persembahan tu baik tak payah masuk kan.. hehee

 DAY 5
haaa ni pulak pengalaman kitorang masuk hutan (hutan la sangatt) tapi memang kitorang lalu dalam hutan ( ade la dalam 10 minit ) bila kluar baru jumpa kandang haiwan .. kat sini diorang kekalkan hutan yang ada.. dan orang utan tu bebas, takde atap ataupon bangunan,. tapi jgn risau.. orang utan tu tak melompat tinggi la.. diorang ni badan berat.. besar.. naik gerun aku tengok.. mula2 nak masuk... dalam kepala semua pikir, ni binatang bebas ke dalam kandang ni..?? hahaha kelakar sgt.. kitorang takut nak masuk bila tengok benda ni ..kalau korang ape yg korang pikir sebelum masuk tempat yg korang tak penah pg?? hahaha cuak kann?? huhuhu


atas ni yang biasa2 je (bcoz they are in their cage, so tak takut sngat haha ).. yang luar biasa tu orang utan ni haaa..(macam yg aku cakap kat atas tadi laa..)  ZOO kat kl kalau buat mcm ni aku rasa tak senang dduk orang utan ni..
 
yang atas sebelah kiri tu abah aku.. haha buat lawok.. menatang2 monyet tu dlm sangkar.. boleh pulak abah main kan dia.. monyet tu pon pandang seronggggg aje... hahaha

DAY 6

  last but not least.. we are going to back homee !! haha pengalaman yang sgt best.. haa lagi satu.. masa ni kebetulan pulak yang sarawak adakan cuti cuti malaysia sempena tahun ke 50 diorang merdeka.. kita ni sudah tahun ke-56.. kena tahu ni.. huhu..

 MAKANAN 

selit sikit pasal makanan yang korang patut rasa kalau pg sarawak --->  LAKSA SARAWAK, KEK LAPIS, MEE KOLOK dan IKAN TERUBUK MASIN.. ok lahh penat bercerita.. jetlag malam tadi balik pon tak hilang lagi.. masa naik kreta aku tertido.. bila bngun ingatkan dalam kapal terbang.. hahaa sengal -___-

# P/S :tapi, pengalaman yang kita lalui tu tak sama dengan orang lain.. so datanglah sendiri ke sarawak kalau nak tau lebih lanjut pasal sarawak ni ok.. sarawak is my second trip.. NEXT?? in planning..muehehe




Friday, 12 July 2013

TIPS: doa doa untuk ibu hamil

assalammualaikum.. ok.. sebarkanlah kebaikan walaupon dari sepotong ayat.. haaa selalu aku dengar ayat2 macam ni.. jadi dengan ity.. aku nak share la sikit ilmu yang aku dapat dari siaran SEMANIS KURMA semalam.. ustazah tu kongsi.. bacaan2 yang baik dan bagus untuk ibu2 yang sedang mengandung..



1) surah yassin - memberikan anak ketenangan jiwa dan kemuliaan hati
2) surah hujurat - menambahkan susu si ibu
3) surah luqman - menjadikan si anak yang dilahirkan bijak pandai
4) surah yusuf - mnjadikan wajah si anak cantik rupa dan cantik akhlak
5) surah maryam - memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang sabar dan taat
6) surah al fatihah - menguatkan daya ingatan dan menerangkan hati

# bacaan di atas ni bukan untuk si ibu je yang kena baca.. si ayah pon kenaa baca jugak.. lagi SWEET kalau baca bersama.. tak gitu ^_^ .. selamat mmbaca dan menambah amal yeee ..

Friday, 28 June 2013

TIPS :penjagaan RAMBUT (tradisional)

assalammualaikum.. hari ni rasa macam nak kongsi sikit beberapa tips penjagaan rambut.. eh, walaupon kita bertudung.. rambut kena pastikan cantik tau.. dan haaa bila dah cantik.. jangan tak pakai tudung pula.. (bagi yang muslimah lah ..hee) kan WAJIB kan.. eh nak ceramah pulak.. ok ni ha cara caranya.. 


MENGHILANGKAN KELEMUMUR

-ambil 3 batang serai dan 2 biji limau nipis. kisarkan sehingga lumat , kmudian tapis dan ambil patinya sahaja.
-sapukan pada seluruh rambut.. alah macam pakai syampu lah kan..
-gosok bagi rata.. dan biarkan selama 15 minit
-selepas 15 minit, bilaskan rambut anda sehingga bersih
- boleh amalkan 2 kali seminggu



MENCANTIKKAN RAMBUT

-ambil beberapa helai daun limau purut dan bunga raya kmudian ramas sehingga hancur dengan sedikit air.
-apabila sudah hancur, tapis airnya dan lumurkan pada rambut anda.
-hasilnya, rambut anda akan semakin cantik dan yang paling penting akan berbau harum.. herrmm



MELURUSKAN RAMBUT

-perah sebiji kelapa, dan ambil patinya sahaja. Campurkn dgn air limau nipis.
-simpan santan pekat ini didalam peti ais sehingga permukaannya nnti nmpak macam krim tu..(kalau pnah smpan santan dlm peti ais anda taulah macam mane rupanya kan)
-gunakan krim ini untuk disapukan keatas kulit kepala dan keseluruhan rambut.
-tutup kepala anda dengan kain selama 1jam. Selepas itu barulah bilas dengan ait sebersihnya yee..
-lakukan 3 kali seminggu..



MENGILATKAN RAMBUT

-bersihkan biji betik dan jemur sehingga kering. kemudian, gorengkan tanpa minyak sampai hangus.
-selepas itu, tumbukkan atau giling sehingga lumat.
-pindahkan ke dalam piring dan bancuhkan dengan sedikit air.
-sebelum menggunakannya, bersihkan rambut dahulu yee..
-sapukan bahan tadi pada rambut anda.
-hasilnya, rambut akan berkilat dan lebih hitam...



ATASI KEGUGURAN RAMBUT

-masukkan tiga sudu besar serbuk teh kedalam secawan air mendidih. kemudian, tapis.
-tambahkan sedikit serbuk inai, dan putih telur kedalam air teh tadi.
-kacau sehingga sebati. kemudian sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama 3 jam.
-amalkan 2 minggu sekali.
                                                  
# nota kaki: walaupon cara tradisional ni agak merumitkan, tapi ia baik untuk kesihatan.. tak perlulah cari bahan chemical yee.. saya pon sedang mencuba petua2 ini.. harap2 berhasil.. semoga berjaya semua!


Wednesday, 26 June 2013

idea :CARA CARA MENJAHIT BAJU

assalammualaikum.. hai hai.. aku sekarang ni tengah cuti semester... korang? sape yang study kat u.. kita samalah... tengah cuti kan.. *give me five.. haha ok, apa yang aku nak kongsi ye.. hermm sepanjang aku cuti ni.. (baru dua minggu sebenarnye) .. aku ni jenis yang suka mencuba benda baru.. heheh ape lagi.. aku pon carilah benda yang aku boleh buat then manfaat tuk dri sendiri.. ape tuh?? haha aku buat BAJU SENDIRI.. excited kot.. ni step by step yang aku dah belajar dari mak sendiri..mak dulu memang ambik tempahan jahit baju kurung.. tapi sekarang ni dia malas dah.. tapi kalau jahit untuk family boleh la.. hehehe, so there are some picture i took during sewing those clothes.. heee

 step 1: ni style baju kurung.. style yg lain mak tak reti.. tapi tkpe nnti aku boleh bljar kat mane2..
 step 2

step 3

 step 4

 step 5: ni nak buat ropol2 kat bahagian pinggang..

 step 6:bila dah siap bhagian ropol.. ni lah rupenye haha

 step 7: takde lengan lagi

 step 8 : ni nak jahit lengan.. terbalikkan dulu lengan yang nak disambungkan tu

 step 9: masukkan lengan yg dah diterbalikkan tu kat bhagian leher..

step 10: pastu pinkan untuk senang jahit nnti..

 step 11: siap baju style classic.. err -,-

 step 12: siap baju style blouse.. ade potongan kat tepi tu.. sikit jelah.. hee

so siaplah dua baju ni dalam masa 2 minggu cuti kat rumah.. happy sangat dapat buat baju sendiri.. aku rasa lebih senang jahit baju blouse dari baju kurung.. sebab takyah nak buat pesak baju.. ni tak siap jahit part pergelangan tangan lagilah.. nak jahit guna getah jer.. nanti mak nak beli kain lagi.. nak jahit baju maxi pulak lah.. haha.. tp ni kain kurung.. blouse ni lagi best kalau kita guna kain cotton atau kain lycra..

eh, ingat senang ke nak jahit semua ni..? kena ada minat dulu.. ni pon kena bising ngan mak berkali2.. tahan jelah telinga.. janji aku bersungguh sungguh nak buat.. then, inilah hasilnya.. alhamdulillah :) so, sape yang baru nak belajar menjahit tu.. kalau boleh mahirkan dulu KUASAI MESIN JAHIT.. sebab kalau korang tak reti bermain dgn mesin.. hancurlah baju korang nnti.. macam mula2 aku mnjahit dulu.. habis buruk baju kurung yang aku buat.. hehee.. i just give an advice,,.. k
SELAMAT MENCUBA

taraaaa..
ni la baju tu.. siap pakai pegi kelas lagi.. haha


Sunday, 16 June 2013

tips: CARA CARA supaya ORANG SUKA KAT KITA



1. Jadilah orang yang berfikiran positif. Kebanyakan manusia tertarik kepada orang yang berfikir dan bersikap positif. Secara fitrahnya, manusia sukakan yang baik, dan ini termasuklah dalam perihal sikap.

2. Adaptasi tingkah laku orang yang anda ingin dekati. Ini kerana, persamaan tingkah laku boleh menghubungkan manusia secara psikologi. Misalnya, secara senyap-senyap tiru gaya atau intonasi percakapannya.

3. Berkongsi minat dan pengalaman yang sama. Ia boleh mengeratkan hubungan sesama manusia 
 kerana faktor persamaan tersebut.


4. Perasaan seseorang terhadap kita juga dipengaruhi oleh cara kita membuat dia rasa terhadap dirinya sendiri. Banyakkanlah memuji dan tingkatkan estim diri orang tersayang.

5. Jangan segan menunjukkan tanda-tanda bahawa anda sukakan seseorang kerana kajian mendapati bahawa seseorang manusia akan cenderung kepada orang yang menyukainya juga.

6. Apabila lebih kerap kita berinteraksi dengan seseorang, akan wujud tarikan yang positif antara keduanya.

7. Elakkan berhubung dengan seseorang yang berada dalam ‘mood’ yang tidak baik. Ini kerana, ‘mood’ yang baik boleh mewujudkan perasaan yang positif terhadap orang yang sedang berinteraksi.

Tuesday, 4 June 2013

tips: AKU MAHU BERUBAH

ni ada tips untuk anda membuat perubahan terhadap diri anda jika anda mahu jadi yang LEBIH BAIK .. selamat mncuba !




 



di share dari blog insan yang mulia :) dan di tambah sedikit peringatan yee ..








notes : dah kena delete gmbarnya2 ni 👆..
updated on 19/1/2022 :(