Thursday, 29 May 2014

"ORANG PERTAMA" dalam ISLAM

assalammualaikum dan selamat tengahari .. hehe manusia.. kebanyakan hanya tahu siapa manusia pertama yang mencipta telefon.. manusia pertama yg naik ke bulan.. semuanya yg PERTAMA akan sentiasa diingati.. tahukan kita sejarah ORG PERTAMA dlm islam..?? kelak kalau anak2 kita tanya mengenai sejarah islam.. tahukah kita untuk bercerita kepada mereka?? at least tahu .. walaupon tak ingat.. so silakan baca dgn tenang .. hehehee
30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM 

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.
Rugilah kalau tak SHARE sebab hanya 1 peluang dakwah yang MUDAH. . . Jom share!! 

Tuesday, 27 May 2014

D.I.Y : Dinner photobooth

salam semua.. ni nak share sikit apa yg aku dah buat untuk dinner blok hari tu.. untuk mnjimatkan wang.. so, aku buat sendiri.. mula2 decoration part untuk dinner ni sepatutnya org lain yg handle.. then tetibe 3 hari sebelum event.. aku di propose untuk ambil alih.. sbb kakak tu ada hal sikit.. hehehe so, aku malas nak beli2 ni.. ape lagi.. buat sendiri.. tgk gambar dah boleh tau kot ape yg aku buat.. kann.. heee
sediakan brg2 seperti dlm gambar... gunakan apa yg ada...
print mana2 ayat2 yg terbaik untuk digunakan nanti...

sediakan sehelai kertas A4 untuk buat pasu (pasu lah sgt.. haha)
taraaa.. untuk balut botol ni sbnrnyaa.. hehe.. lpas potong ikut acuan.. tulislah apa2 atas kertas tuh.. 
letak sedikit plasticine untuk cucuk tulisan2 yg korang dah buat..
DONE !!! 
this is the simple deco that come across my mind..

Finally.... siapp.. hehehe 
this is my EX-rumate masa tahun 2 dulu.. and my ex-matrik collegemate..
ni pulak rumatee sekarang..(tahun 3)  hehe dia ni my junior la..  
Crew of DEcoRation Part .. =)


THATS ALL.. selamat mencuba =)

Wednesday, 14 May 2014

Tips: CARA TACKLE HATI PEREMPUAN...

assalamualaikum semua. . hamboii tgk tajuk excited kan nak click.. haha aku terpikir tetibe kenapalah lelaki ni kalau nak mengayat awek mcm2 cara yg diorang guna.. tapiiiiiii anooyingg... rasa mcm nak kena ketuk pon ada.. hurm..
eh tetibe short message mcm ni.. cam tak kena je.. -____-
ok.. first thing first, bila korang yang rasa dah LAYAK untuk BERKAHWIN.. maka inilah cara2 yg korang patut guna.. tapi kalau yg tgh belajar lagi tu.. lagi2 sekolah rendah tuuu.. toksah lah tahu ye.. adik2 pg baca kitab dulu.. khatam kan al-quran dulu ye baru baca entry akak nihh.. hehehe 

1) TERUS TERANG

 bagi aku sebagai KAUM HAWA ni atau pon wanita.. ecehh.. aku lebih suka kalau lelaki tu yg mulakan dulu.. contoh " hai awak,, boleh saya nak kenal awak dan jadi kawan kepada ayah dan mak awak suatu hari nanti ? " - mcm isham proposed namee  hikss .. ini baru cara gentleman.. guys,  korang cakap je terus terang.. korang nak kenal ngan dia.. terima atau tak tu belakang kira.. yg penting korang dah luah apa yg korang rasa.. mana tau perempuan tu pon ada perasaan yang sama.. kalau aku, aku suka berkawan so anyone yg nak berkawan ngan aku.. aku akan layan macam kawan.. tapi kalau ada yg nak anggap lebih.. masa tu lah aku akan pikir sedalam2-nya.. then, kalau org tu adalah pilihan hati aku.. ada ciri-ciri lelaki yang akan jadi suami dunia akhirat aku.. aku akan kata " yesss.. i do" .. mcm drama mat salehhh gituwww.. umur pon dah 20-an so takde kot rasa nak berkapel2 ni...pikir yg halal aje skrg ni.. sape nak kapel aku bg pelangkung.. haaaa


2) JANGAN TERLALU MESRA

ok kat sini point yg agak PENTING.. sebab perempuan ni..dia pantang dan kuat jeles kalau tgk lelaki yg dia  dah mula suka atau syg... berkawan RAPAT atau terlalu MESRA dgn perempuan lain..  kau dah la luahkan perasaan kat dia yg kau suka kat dia.. nak jadikan isteri lah bagai.. dlm masa yg sama kau layan perempuan lain.. mentang2 kau ramai peminat.. semua kau layan sama.. so,mana keistimewaan perempuan yg kau minat tu? so the answer for your first proposal will be REJECTED! hey guys, please be sensitive if you want to tackle her heart.. ok ?

3) JANGAN TERLALU MENJENGKELKAN

hahaha ayat teruikkk sgt.. menjengkelkan tuu.. nak tau kenapa ? korang lelaki kalau nak mengorat anak dara org.. tgk2 la kiri kanan.. ini mak dia atau ayah dia ada kat sebelah kot.. korang boleh "peewiit pewiiitt.. nak kenal boleh ? " aduhh .. ni kalau dgr tak tgk muka pon lagi.. aku dah reject.. ni kalau aku lah eh.. hahaha ntah pape ngorat anak dara org mcm tu. ... kau ingat anak tikus agaknyaaa?? T_T dahlah mak ayah dia kat sebelah.. tak respek langsung .. ni memang tak boleh nak jadikan calon suami.. tahuu ??


4) DO SOMETHING DIFFERENT 

ehemmm.. for me org yang buat sesuatu kelainan ni nampak macam dia bersungguh2 nak dpatkan kita.. seriusly.. cara ni boleh buat aku jatuh cinta..hahaha sebagai contoh zaman sekarang ni kan zaman teknologi.. semua dihujung jari.. tapi apa kata buat kelainan .. mengorat guna surat balik ke.. nampak cam simple but it is too special .. bagi aku sgt istimewa kalau ada org bagi surat.. yelah zaman sekarang kan semua nak senang.. through the phone je nak berkenalan..tak pon facebook.. tapi cara2 cam tu mcm tak bersungguh lah.. sbb kalau dia boleh berkenalan ngan aku melalui facebook.. mungkin dgn perempuan lain pon dia boleh senang2 nak berkenalan melalui facebook jugak..  kalau tulis surat kan kena amik pen, kertas.. pastu kena tulis.. karang ayat.. pastu kena cari org atau cari cara mcm mana nak bg surat kat org yg kita suka tu.. dgn cara2 tu aku rasa mcm sweet je dan boleh buat hati perempuan ni cairrrrr =')  lagi2 hati aku.. hahahaha

ni cara lama.. masa sekolah2 dulu.. haha ntah pape .. --__--

5) TUNJUK CIRI KELAKIAN

haaa macam mana tuu.. ahaha ok tunjuk ciri kelakian kat sini maksud aku.. kalau perempuan yg kita minat tu perlukan pertolongan ke.. even benda kecik.. pergilah tolong dia.. buat2 caring ke.. lelaki kalau terlalu caring ngan perempuan ni pon boleh buat perempuan tu jatuh cinta sebab dia rasa special.. and plis jgn lah kau caring ngan semua perempuan.. tu namanya PLAYBOY ( ohh serik dah knal ngan mamat playboy.. so kena hati2 ok kaum2 wanita semua.. jgn jadi mangsa playboy .. hahaha ) then, kau kena lah tunjuk ciri kepimpinan sikit.. boleh handle event kolej ke.. pastu boleh jadi pengarah program ke .. ketua kelas pon boleh.. dari situ kau akan nampak macho masa tgh beri arahan.. hahaha .. ini tak ada sesetengah org tu.. asyik nak meniru.. perempuan tengok pon.. heiihh takleh jadi calon suami ni.. takde sifat tanggungjawab.. (betul ni.. tak tipu)

6) PENYAYANG 

oh kalau nak tgk lelaki penyayang sgt susah.. kadang2 ego.. so cukuplah kalau korang tunjuk tak pon buatlah secara ikhlas... tunjukkan sifat penyayang korang ngan ibu2.. tak pon ngan orang2 tua.. ngan anak2 kecik.. nampak ciri2 seorang lelaki yang baik..ciri kebapaan.. haha  ni pon boleh buat hati perempuan cair dan terpikat tgk korang..
aku minat aaron ni sbb dia ada ciri lelaki penyayang.. HEHEHE
7) PUJI 

hermm puji.. kaum hawa amat suka dgn pujian.. so pujilah si dia dgn pujian ikhlas.. bukan pujian yg dibuat2.. contoh masa tu dia selebet sgt pergi kelas.. kau pujilah cantiknya kasut.. baru beli ke? ( tapi kena make sure yg kasut dia tu memang nampak lawa.. nanti dia ingat kau perli dia pulak.. tak pasal2 kena reject.. hahaha ) 

8) JANGAN KOMEN BERLEBIHAN

hurmm kat sini point yg agak sensitif bagi kaum perempuan.. korang nak kenal ngan dia.. tapi ayat korang start macam ni " awak ni cantik, tapi kalau berisi sikit lagi hot " .. " awak kalau tukar style sikit mesti lagi cun".. " awak pandai memasak tak" ?? those questions buat perempuan rasa mengecil .. nak tau apa yg kecil?? tu haahh part HATI.. aduhh sakitt kot hati kalau kena tanya macam tu.. kau nak perempuan macam tu macam ni. kenapa nak ubah dia.. kenapa kau tak cari je yg betul2 badan berisi ke kan.. memasak.. benda tu kan boleh blajar lepas kawin.. dan mungkin skill memasak tu tak nmpak lagi sekarang.. tapi nanti lepas kawin kan sweet kalau kau pon ajar dia memasak.. so perkara2 kecik macam ni buat hati kaum2 hawa macam aku ni rasa 'kurang selesa untuk berkenalan ngan kau ' ..haha paham .?

p/s : setakat ni.. ni je la idea yg aku rasa bernas.. sebab aku pon mengalami benda2 ni.. hehehehe kalau nak share kisah korang.. silakan tulis di ruangan komen ehh.. feel free to comment me =

Wednesday, 7 May 2014

Meniru .. Bagus atau Tidak??

haii.. aku kembali lagi ke laman ini.. walaupon besok ada quiz java.. (ahli kimia amik subjek budak komputer  ..knape ntah.. tak paham) haha malas pikir.. banyak kali aku run tak dpt2.. last give up ! heee so amik mood balik dgn menulis.. yeayyy

assalammualaikum.. haaaa kli ni aku nak share pndapat aku pasal meniru.. baik ke tidokk?? 
bagi aku.. kalau kita meniru perangai atau perwatakan orang yg kita minat.. or kita admire.. ITU BAGUS.. tapi kalau meniru dalam peperiksaan.. ITU TERUK.. serius teruk.. tapi kalau tiru assignment tu lain sikit.. sbb kita mesti ubah ayat assignment kawan tu jadi ayat kita.. the other word, kita jadikan assignment kawan sbg rujukan.. jadi.. itu BUKAN MENIRU..
ok dari sudut POSITIVE meniru perwatakan org lain tu bagus sebab kalau lah ada org dah tegur " eh kau ni.. tak kemas lah ", " eh kau boleh tak sopan sikit, perempuan kott.. " , " kau cuba tgk dia rajin kot buat keje" haaa dari sini kita boleh ikut atau tiru gaya dan cara orang lain untuk menjadikan diri kita lebih baik dari sebelum ini.. ok?


then, dari sudut NEGATIVE .. kenapa itu TEROKK? sebabbbb.. kalau kita meniru masa exam.. itu salah satu penipuan.. dan dlm menuntut ilmu.. penipuan paling terbesar yang kena elak adalah meniru semasa exam.. kenapa? kau tak rasa ke ilmu yang kau tiru tu akan di bawa sampai kerja nanti.. bayangkn bila kau meniru.. konon2nya kau dapat markah tinggi berbanding dgn org yang JUJUR.. pastu kau dapat pointer tinggi.. pastu kau dapat kerja.. kau rasa kerja kau nanti HALAL ke dgn cara "meniru kau tu" agak2 duit kau kerja tu kau nak bg mkn anak2.. elok ke ?? bagus ke? mungkin ada yg kita tgk " eh dulu dia kaki meniru.. skrg berjaya gila" hermm.. itu aku tak dpt nk ckp.. mungkin ada yang akan "KURANG" dlm kehidupan dia.. mungkin anak2 rosak ke takberapa nak pandai ke.. . dia rasa tak happy ke.. Allah itu maha adil..

sila buat muka cam ni kalau ada kawan nak tiru jawapan kite.. ok ?? hehehe
so, untuk elakkan korang punya masa depan hancur.. istighfarlah kalau korang penah buat kerja2 meniru ni.. lepas tu.. jgn lah di buat lagi okei.. ? kalau korang dah baca buku.. even sikit.. jawap je apa yang ada dlm kepala.. kalau blurr.. baca doa ni.. inshaallah bolehh! ok kawan2.. =)
aku amalkan doa ni setiap kali baca nota tapi tak boleh masuk dah.. macam ajaib.. tetiba  lpas baca boleh hafal.. alhamdulillah.. kuasa DOA

# ingatlah.. setiap tingkah laku kita SEKARANG untuk kita bawa ke MASA HADAPAN.. dan effect nya juga akan datang di masa hadapan.. 

idea lain.. buat aje macam nih.. haha
tapiii tapiii. kalau tetibe lecturer or cikgu korang kata.. haaa boleh bincang .. tu maksudnya boleh tiru lah.. so takpe kott heee