Friday 28 June 2013

TIPS :penjagaan RAMBUT (tradisional)

assalammualaikum.. hari ni rasa macam nak kongsi sikit beberapa tips penjagaan rambut.. eh, walaupon kita bertudung.. rambut kena pastikan cantik tau.. dan haaa bila dah cantik.. jangan tak pakai tudung pula.. (bagi yang muslimah lah ..hee) kan WAJIB kan.. eh nak ceramah pulak.. ok ni ha cara caranya.. 


MENGHILANGKAN KELEMUMUR

-ambil 3 batang serai dan 2 biji limau nipis. kisarkan sehingga lumat , kmudian tapis dan ambil patinya sahaja.
-sapukan pada seluruh rambut.. alah macam pakai syampu lah kan..
-gosok bagi rata.. dan biarkan selama 15 minit
-selepas 15 minit, bilaskan rambut anda sehingga bersih
- boleh amalkan 2 kali seminggu



MENCANTIKKAN RAMBUT

-ambil beberapa helai daun limau purut dan bunga raya kmudian ramas sehingga hancur dengan sedikit air.
-apabila sudah hancur, tapis airnya dan lumurkan pada rambut anda.
-hasilnya, rambut anda akan semakin cantik dan yang paling penting akan berbau harum.. herrmm



MELURUSKAN RAMBUT

-perah sebiji kelapa, dan ambil patinya sahaja. Campurkn dgn air limau nipis.
-simpan santan pekat ini didalam peti ais sehingga permukaannya nnti nmpak macam krim tu..(kalau pnah smpan santan dlm peti ais anda taulah macam mane rupanya kan)
-gunakan krim ini untuk disapukan keatas kulit kepala dan keseluruhan rambut.
-tutup kepala anda dengan kain selama 1jam. Selepas itu barulah bilas dengan ait sebersihnya yee..
-lakukan 3 kali seminggu..



MENGILATKAN RAMBUT

-bersihkan biji betik dan jemur sehingga kering. kemudian, gorengkan tanpa minyak sampai hangus.
-selepas itu, tumbukkan atau giling sehingga lumat.
-pindahkan ke dalam piring dan bancuhkan dengan sedikit air.
-sebelum menggunakannya, bersihkan rambut dahulu yee..
-sapukan bahan tadi pada rambut anda.
-hasilnya, rambut akan berkilat dan lebih hitam...



ATASI KEGUGURAN RAMBUT

-masukkan tiga sudu besar serbuk teh kedalam secawan air mendidih. kemudian, tapis.
-tambahkan sedikit serbuk inai, dan putih telur kedalam air teh tadi.
-kacau sehingga sebati. kemudian sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama 3 jam.
-amalkan 2 minggu sekali.
                                                  
# nota kaki: walaupon cara tradisional ni agak merumitkan, tapi ia baik untuk kesihatan.. tak perlulah cari bahan chemical yee.. saya pon sedang mencuba petua2 ini.. harap2 berhasil.. semoga berjaya semua!


Wednesday 26 June 2013

idea :CARA CARA MENJAHIT BAJU

assalammualaikum.. hai hai.. aku sekarang ni tengah cuti semester... korang? sape yang study kat u.. kita samalah... tengah cuti kan.. *give me five.. haha ok, apa yang aku nak kongsi ye.. hermm sepanjang aku cuti ni.. (baru dua minggu sebenarnye) .. aku ni jenis yang suka mencuba benda baru.. heheh ape lagi.. aku pon carilah benda yang aku boleh buat then manfaat tuk dri sendiri.. ape tuh?? haha aku buat BAJU SENDIRI.. excited kot.. ni step by step yang aku dah belajar dari mak sendiri..mak dulu memang ambik tempahan jahit baju kurung.. tapi sekarang ni dia malas dah.. tapi kalau jahit untuk family boleh la.. hehehe, so there are some picture i took during sewing those clothes.. heee

 step 1: ni style baju kurung.. style yg lain mak tak reti.. tapi tkpe nnti aku boleh bljar kat mane2..
 step 2

step 3

 step 4

 step 5: ni nak buat ropol2 kat bahagian pinggang..

 step 6:bila dah siap bhagian ropol.. ni lah rupenye haha

 step 7: takde lengan lagi

 step 8 : ni nak jahit lengan.. terbalikkan dulu lengan yang nak disambungkan tu

 step 9: masukkan lengan yg dah diterbalikkan tu kat bhagian leher..

step 10: pastu pinkan untuk senang jahit nnti..

 step 11: siap baju style classic.. err -,-

 step 12: siap baju style blouse.. ade potongan kat tepi tu.. sikit jelah.. hee

so siaplah dua baju ni dalam masa 2 minggu cuti kat rumah.. happy sangat dapat buat baju sendiri.. aku rasa lebih senang jahit baju blouse dari baju kurung.. sebab takyah nak buat pesak baju.. ni tak siap jahit part pergelangan tangan lagilah.. nak jahit guna getah jer.. nanti mak nak beli kain lagi.. nak jahit baju maxi pulak lah.. haha.. tp ni kain kurung.. blouse ni lagi best kalau kita guna kain cotton atau kain lycra..

eh, ingat senang ke nak jahit semua ni..? kena ada minat dulu.. ni pon kena bising ngan mak berkali2.. tahan jelah telinga.. janji aku bersungguh sungguh nak buat.. then, inilah hasilnya.. alhamdulillah :) so, sape yang baru nak belajar menjahit tu.. kalau boleh mahirkan dulu KUASAI MESIN JAHIT.. sebab kalau korang tak reti bermain dgn mesin.. hancurlah baju korang nnti.. macam mula2 aku mnjahit dulu.. habis buruk baju kurung yang aku buat.. hehee.. i just give an advice,,.. k
SELAMAT MENCUBA

taraaaa..
ni la baju tu.. siap pakai pegi kelas lagi.. haha


Sunday 16 June 2013

tips: CARA CARA supaya ORANG SUKA KAT KITA



1. Jadilah orang yang berfikiran positif. Kebanyakan manusia tertarik kepada orang yang berfikir dan bersikap positif. Secara fitrahnya, manusia sukakan yang baik, dan ini termasuklah dalam perihal sikap.

2. Adaptasi tingkah laku orang yang anda ingin dekati. Ini kerana, persamaan tingkah laku boleh menghubungkan manusia secara psikologi. Misalnya, secara senyap-senyap tiru gaya atau intonasi percakapannya.

3. Berkongsi minat dan pengalaman yang sama. Ia boleh mengeratkan hubungan sesama manusia 
 kerana faktor persamaan tersebut.


4. Perasaan seseorang terhadap kita juga dipengaruhi oleh cara kita membuat dia rasa terhadap dirinya sendiri. Banyakkanlah memuji dan tingkatkan estim diri orang tersayang.

5. Jangan segan menunjukkan tanda-tanda bahawa anda sukakan seseorang kerana kajian mendapati bahawa seseorang manusia akan cenderung kepada orang yang menyukainya juga.

6. Apabila lebih kerap kita berinteraksi dengan seseorang, akan wujud tarikan yang positif antara keduanya.

7. Elakkan berhubung dengan seseorang yang berada dalam ‘mood’ yang tidak baik. Ini kerana, ‘mood’ yang baik boleh mewujudkan perasaan yang positif terhadap orang yang sedang berinteraksi.

Tuesday 4 June 2013

tips: AKU MAHU BERUBAH

ni ada tips untuk anda membuat perubahan terhadap diri anda jika anda mahu jadi yang LEBIH BAIK .. selamat mncuba !




 



di share dari blog insan yang mulia :) dan di tambah sedikit peringatan yee ..








notes : dah kena delete gmbarnya2 ni 👆..
updated on 19/1/2022 :(