Assalammualaikum dan salam sejahtera readers blog ku, lama tak menulis sebab tak semua perkara kita kena share kan.. hehehe
tapi trip DIY ke korea dan jepun ni kena lah share juga untuk reference diri sendiri dan kawan-kawan yang bertanya haritu..
maaf lah bnyak sgt muka kita dalam setiap gambar sebab sy tak mampu nak buka glove untk ambil gambar bnyak2.. kesejukkan
jd sy lah subject untuk suami capture apa2..
di mana sy berdiri.. itu yang dia tangkap 😅
Okay bermula lah kisah perjalanan kami...
Total: 3bag, 3box (food)
10-19 Dec 2025
Korea dan Japan DIY Trip..
Korea dan Japan DIY Trip..
My 1st experience naik Batik Air , premium flight with
cheaper price masa ni (husband yang booking.. huhu)
Pengalaman yang berbeza.. seat dia luas sikit dari Airasia..
untuk flight 7-8jam..memang selesa..
kalau tak, sakit pinggang blkg tido duduk je kan ...
But still sakit pinggang juga sbb berjalan banyak hahahaha..(DIY kannn )
Seoul, Korea
Day 1
Hello, Seoul Korea kali ke-3 menjejakkan kaki ke sini 😹
Kita sampai2 terus cari kaunter untuk beli T-money (naik train)
Tips and trick , semua kos perbelanjaan last entry okay..
sebelum tu nak pesan, bila singgah mana-mana masjid.. derma lah sorang sikit..
sebab masjid atau surau kat sini kebanyakannya di bina atas inisiatif NGO ..
sebelum tu nak pesan, bila singgah mana-mana masjid.. derma lah sorang sikit..
sebab masjid atau surau kat sini kebanyakannya di bina atas inisiatif NGO ..
jadi, dengan sumbangan kita bagi tu boleh lah NGO muslim kat sini dapat terus
jaga dan pelihara tempat solat untuk muslim di korea atau jepun ni..
tambahan pula, bila kita sedekah.. jaga solat.. perjalanan kita sepanjang
trip pon dipermudahkan .. tak percaya ? cuba lah tp pastikan niat kena betul..
bukan datang sini untuk pg konsert pula.. niat ke tempat maksiat tu lain yee😊
actually beberapa hari sebelum fly, ada gempa bumi di Hokkaido which is jauh dari kami dlm 7 jam.. but still dalam hati risau lah juga..
tp alhamdulillah.. takde apa perkara buruk berlaku.. sebab Allah jaga 🥰
dan terima kasih juga viewers status dan story sy doakan perjalana kami haritu 😊
smooth je perjalanan 🤲
Ittaewon Dah letak beg kat luar bilik (checkin time 3pm) , terus jalan2 ke ittaewon untuk solat dan mencari kedai makan Halal di sekitar
Portion ayam paling besar dan harga murah.. tapi yang tak berkenan adalah.. ternampak ayam yang diperap dalam bekas tp diletakkan atas lantai dan tak bertutup.. agak mengecewakan lah yaa.. staff pula mcm dari sabah/sarawak.. kerja sorg2 .. jadi taknak lah komen apa2.. mungkin sibuk sangat kerja sorang2 kan.. jadi ada lah yang dia terlepas pandang..
Gyeongbokgung Palace
Kali ke-3 datang sini sepatutnya plan nak pakai Hanbok, tapi sebab dah tak larat sangat2 sakit pinggang jalan bnyak + kasut tak selesa + sojukkkk = semua sakitt Ahahahaha
kalau nak sewa Hanbok anggaran harga 15,000 - 50,000 Won
(kena rajin survey kedai lah ya.. biasanya kedai yang jauh dari palace
ni lebih murah.. cuma korg lah kena tahan sejuk pakai hanbok
without winter coat hahaa)
Flea Market (macam pasar karat/bundle)
Kali ke-3 datang sini sepatutnya plan nak pakai Hanbok, tapi sebab dah tak larat sangat2 sakit pinggang jalan bnyak + kasut tak selesa + sojukkkk = semua sakitt Ahahahaha
kalau nak sewa Hanbok anggaran harga 15,000 - 50,000 Won
(kena rajin survey kedai lah ya.. biasanya kedai yang jauh dari palace
ni lebih murah.. cuma korg lah kena tahan sejuk pakai hanbok
without winter coat hahaa)
Flea Market (macam pasar karat/bundle)
Lepas kenyang dan sebelum balik ke bilik kita singgah Flea market untuk cari
kasut lebih selesa kat sini.. yang tahu je tahu kenapa hahahaha
2 kali beli kasut.. 1 di korea ni, 1 lagi beli yang baru harga murah di Jepun ..
ni pon sebab jumpa kedai pakcik tua.. jadi harganya tak cekik darah .. pastu kesian tgk dia takde customer.. rezeki dia lah kami datang masa tu dah malam.. beli juga kasut dengan pakcik tu hehee
Day 2
Kita siapkan bekal dulu sebelum berjalan.. sejuk2 memang cepat lapar yeee..
Kita tayang makan maggi je sebab ni je yang betul-betul sedap dan kena dengan tekak..
ada bawa nasi jenama macam-macam, tapi semua tak sedap.. jadinya taknaklah promote
kat sini hahaha untuk jenama nasi instant saya masih mencari
yang sedap selain jenama K*****A (yg ni agak pricy tapi berbaloi, memang sedap hehe)
Seoul Grand Park
Tiket (cable car 3x & zoo entrance) : Rm110+ / 2person
Myeongdong
Dalam banyak-banyak yang dijual kat sini, ubi bakar ni je yang meyakinkan.. Kalau ada pon kebab sebab ada sijil halal supplier daging (tgk beberapa stall guna sijil halal yang sama) sbb tu tak beli... sebab tak yakin.. copy paste je kot ? ntah.. kalau ada nak bgtau which stall betul2 halal boleh drop komen di bawah 😊 Dulu tak belajar bab halal sebab tak pergi kursus.. sekarang kerja sebagai Halal exec dan dah pergi kursus, jadinya kita ragu2 lah dengan kedai makan sembarangan ni sebab dah ada ilmu kan.. hehee agak susah nak verify halal dekat kedai stall yang tak tulis ingredient ni.. kalau bagi kad information bahan-bahan tak halal tu. diorg tgk sambil lewa lepastu iyekan jee.. tak baca betul-betul pon 😅
Banana uyu ni kita check ingredients guna apps halal korea..
takde bahan syubhah baru beli
Day 2
Nami island
Kita nak bgtau kat seat ni ada heater hehehe
ni masa nak tunggu bas nak ke Nami Island
Di Nami baru dapat snowfall lebat (-10 degree celsius).. alhamdulillah
Bila org asyik suruh tapau salji.. nah saya tapaukan dalam gambar hahah
Salji di korea agak kasar berbanding di jepun..
Orang cakap.. betul ke eh ?
Ingatkan dapat jumpa salji kat osaka... sekali osaka ada tempat masih autumn lagi..
jepun memang lambat sikit winter dari korea (take note for next trip hehehe)
Eid restaurant
Saya suka.. sedappppp semua makanan kat sinii..siap tapau ayam goreng makan kat bilik..
Sebab esok nak ke jepun.. kita habiskan duit won dengan makan-makan hehehe
Penginapan di Seoul
Seoul Dalbit
kita tak tunjuk gambar bilik sebab bilik sesuai untuk 2 orang sahaja..
sempit ye.. nak solat pon di hallway dari pintu masuk ke katil hahaha
tapi selesa je kat sini.. ada pantry disediakan..
peralatan kita guna peralatan sendiri..
Osaka, Jepun
Ni tangga landmark untuk pg ke bilik dan naik train hahaha
Checkin airbnb dulu sebab sampai dah malam ...
ni pon gambar last day... kita tgkap lepas dah kemas2.. hahahahaa
mak pesan lepas menginap/sewa rumah org kena lah kemas cantik2..
supaya org suka beurusan dengan kita.. arasso ?
Day 1 - Osaka Tour
Osaka castle
Universal studio Japan
Datang sini untuk tgk2 je.. tak main pon hahahahah
tapi macam membazir pula.. so kita bergambar kat bawah je lah..
jimat dah 5,000 yen hahahaha
Ditengah-tengah bandar belakang umeda sky building ni nampak orang jepun tanam sayur-sayuran, buah-buahan .. kemas je kebunnya.. tak boleh petik ye,. bergambar boleh hehee
Dotonbori
Halal Honulu Grande Shinsaibashi
Day 2 - Kyoto Tour
Togetsu Bridge
Arashiyama Bamboo forest
Kyoto Grand Mosque
Salman & Sohel Halal Kitchen
Day 3 - Kobe tour
Rokko Mt
Kobe Muslim Mosque
Day 4 - Nara Park Tour
Nara Park
Husband pencinta haiwan mulakan tutorial dulu cara bagi makan sebab
bini nya ni penakut dengan segala jenis haiwan hahahaha
masa ni dah dapat rentak macam mana nak bagi
makan sambil posing .. sebab rusa yang ni tak menekan-nekan hahahaa
okay makanan dah habis.. jom balikkk
Checkout Japan .. back to Malaysiaaaaa..
sekali flight delay 2 jam.. BatikAir bagi voucher meal 1,500 yen/person
terus cari kedai makan halal di airport kansai..
ni harga makanan kat sini.. kita beli meal redeem voucher... yang lain2 tu kita hbiskan duit yen yg masih ada..
Kitanya dah tak larat sgt2 dah.. nak buka mata pon tak boleh.. cari pintu doraemon kat jepun ni.. tp tak jumpa.. 😌
kalau ada kan.. nnti dah sihat dari demam nak dtg semula tanpa bayar tiket flight smua.. boleh tak? tak puas jalan lg sebenarnya 🥲
tgk tu.. makan pakai garfu budak je awaknya.. peduli lah kan.. jgn smpai sy guna tangan kang..
dah kita tak reti guna chopstick 😝😆
ok itu sahaja kenangan2 yang sempat di tangkap dalam phone kami berdua..
insyaallah ada rezeki lain nak dtg lagi...
korea 3x, Jepun 1x lepasni maybe Area Hokkaido pula ke kan..
1. e-Visa
Pastikan isi e-visa untuk Korea dan jepun ya.. sebab kat sana sampai airport
nak kena tunjuk QR code e-Visa kita.. korang boleh search dan tgk fee semasa
K-ETA (korea)
Visit Japan Web (Jepun)
2. Money cash / e-wallet
Korea ada kwasan boleh guna Tng QR code, ada yang guna cash, ada yang boleh bayar guna MAE QR code juga (tak silap), boleh guna debot card juga tauuu..
Tapi Jepun lebihkan cash sebab sini masih guna cash di mana-mana sahaja
3. Apps
(akan update Soon)
4. Makanan / Instant Food
kami dah siap listkan semua instant food yang kami bawa dan print hardcopy.. tapi tak kena check pon kat korea atau jepun.. mudah je lepas immigration .. alhamdulillah..
pernah share dulu scroll bawah lagi.. sy adaletak link previous sharing.. just follow dan trip kali ni dah di tambah baik mana yang patut..
5. Solat

Sampai je osaka station city, boleh cari prayer room .. tanya di kaunter ..
Punya bagus siap ada maps untuk muslim people cari tempat solat dalam station ni..
memang boleh sesat ye kalau takde maps ni.. sebab prayer room tu sebenarnya luar bangunan.. dan ada masa ditetapkan untuk guna.. staff bagi kami 20 minit jee.. ikutkan mana lah cukup untuk org perempuan macam saya ni.. nak buka tudung lagi, winter coat lagi, nak cuci makeup, nak ambil wudhu'.. nak menggigil lagi.. tak sempatttt .. adehhh
dengan 20 minit tu berjalan laju lah saya dan suami mcm masuk explorace hahahaha
tapi nasib baik dah 30minit pon takde yang halau,, cuma bila dah kluar tak boleh masuk lah tau..
yang ada anak boleh gilir2 jaga anak dengan pasangan
6. Train
Seoul, Korea (T-money)
Beli T-money: 5,000 won / person
Topup card 50,000 won / person
Train di korea simple je.. rileks jee.. sebab 1 lane kanan atau kiri.. tapi jepunnn ??
Osaka, Japan
Jepun ni bnyak lane tauuu.. kalau tak pakai apps memang boleh sesat berkali-kali hahaha
beli dari Klook kemudian redeem ..
ICOCA Card :
Kansai Mini 3day pass (JR lane) : 3,000Yen/person
Osaka Metro 1day pass : Rm50+ / 2person
(yang ni rugi beli sebab tak guna untuk bnyak tempat,
1 tempat je pg sbb kami 1st time DIY dan main redah jadi
tak tahu mana yang patut beli)
Setiap tempat bukan semua jenis train ada tau..
tapi yang banyak JR lane atau guna je ICOCA card tuu
memang pening nak cari lane train ikut tiket kita beli..
tapi boleh refer apps macam sy bgtau nombor 3 kat atas..
apps yang digunakan suami saya haritu
7. Bas
Di korea, bas/ teksi boleh guna cash atau T-money
manakala, di Jepun boleh guna cash atau ICOCA card
8. Toilet
10. Heater
Ada heater dalam masjid disediakan.. so, boleh lah panaskan badan sekejap lepas solat sebelum sambung perjalanan.. masa ni memang dah demam dah.. badan dah penat sangat2 rasanya hermmm
rasa ralat sangat sebab tak puas berjalan tp badan dah kata cannot goo.. hahaha
11. Souvenir @ Dotonbori
12. Banyakkan bertanya
My husband a.k.a tour guide ni memang function teruk..
dia banyyak bertanya.. dan saya? banyakkan bersabar mengikut sahaja
walaupon penat hahaha tp seronok.. ikut masa sendiri tak terkejar-kejar sangatt..
Yang bestnya setiap kali kita tanya.. orang jepun tak palaukan kita.. mereka akan tunjuk sampai kita jumpa apa kita cari.. terima kasih semua orang-orang jepun yang bantu kamiiii...
suami tanya yang berumur lingkungan 40-50 tahun , sebab this age range mereka tak pakai earphone.. jadinya boleh alert bila kita perlukan pertolongan..walauapon tak pandai cakap english sangat.. tapi masing-masing faham dengan body language masing-masing hehehe
trip DIY kali ni disertakan dengan doa dan selawat bnyak-banyak semoga mudah.. sebab suami research dari awal.. dulu pg DIY pon mengikut kawan-kawan je,, tapi kali ni dia yg plan dan cari semua road..Alhamdulillah semua berjalan lancar dari awal sampai balik 👐
Total perbelanjaan :
Tiket Flight (Multi-city):
1) Kul - Seoul, Osaka - Kul (BatikAir)
Rm3000+ / 2person
BA rules: max 5 bags = 20kg
2) Seoul - Osaka (Peach Aviaton)
Rm600+ / 2person
PA rules : 1 bag only = 20kg
Penginapan
1) Hotel di seoul (4D3N)
Rm300+ / 2person
2) Hotel di Osaka (6D5N)
Rm500+ / 2person
Additional tax (pay to owner) : 5,000 yen (Non refundable)
Travel Insurans
Rm50+ / 2person
Wifi
Rm270+/ 2person
e-Visa
1) K-ETA
Rm60+ / 2person
2) Japan
Free
Cash Money
150,000 Won = Rm450+ / person
20,000 yen = Rm500+ / person
Debit card (Big Pay)
Rm200/person
Total spent : Rm8,000/ 2person 📌
Posting sebelum-sebelum ini :
1st time datang korea dengan tour guide
2nd time Honeymoon time
Cara packing barang keperluan untuk musim sejuk
Nota kaki : Ni semua yang saya pernah buat tapi trip kali ni banyak ditambah baik dah..
beg skincare/make up tu takde dah ikat-ikat getah macam tu hahahahaahah
biasalah cara orang nak berjimat pastu tak jumpa orang jual yang macam kita nak..
kita DIY lah ikut specification diri sendiri hahhaaa








