Assalammualaikum dan salam sejahtera readers blog ku,
lama tak menulis sebab tak semua perkara
kita kena share kan.. hehehe
tapi trip DIY ke korea dan jepun ni kena lah share juga
untuk reference diri sendiri dan kawan-kawan
yang bertanya haritu..
maaf lah bnyak sgt muka kita dalam setiap gambar
sebab sy tak mampu nak buka glove untk ambil
gambar bnyak2.. kesejukkan..
jd sy lah subject untuk suami capture apa2..
di mana sy berdiri.. itu yang dia tangkap π
Okay bermula lah kisah perjalanan kami...
Total bag: 2bag, 3box (food)
10-19 Dec 2025
Korea dan Japan DIY Trip..
My 1st experience naik Batik Air , premium flight with
cheaper price masa ni (husband yang booking.. huhu)
Pengalaman yang berbeza.. seat dia luas sikit dari Airasia.. untuk flight 7-8jam..memang selesa..
kalau tak, sakit pinggang blkg tido duduk je kan ...
But still sakit pinggang juga sbb berjalan banyak hahahaha..
(DIY kannn )
Seoul, Korea
Day 1
Hello, Seoul Korea kali ke-3 menjejakkan kaki ke sini πΉ
Kita sampai2 terus cari kaunter untuk beli T-money (naik train)
Tips and trick , semua kos perbelanjaan last entry okay..
Ittaewon
Dah letak beg kat luar bilik (checkin time 3pm) , terus jalan2 ke ittaewon untuk solat dan mencari kedai makan Halal di sekitar

sebelum tu nak pesan, bila singgah mana-mana masjid.. derma lah sorang sikit..sebab masjid atau surau kat sini kebanyakannya di bina atas inisiatif NGO ..jadi, dengan sumbangan kita bagi tu boleh lah NGO muslim kat sini dapat terus jaga dan pelihara tempat solat untuk muslim di korea atau jepun ni..
tambahan pula, bila kita sedekah.. jaga solat.. perjalanan kita sepanjang trip pon dipermudahkan .. tak percaya ? cuba lah tp pastikan niat kena betul.. bukan datang sini untuk pg konsert pula.. niat ke tempat maksiat tu lain yeeπ
actually beberapa hari sebelum fly, ada gempa bumi di Hokkaido which is jauh dari kami dlm 2 jam lebih (by flight).. jadi dalam hati risau lah juga..tp alhamdulillah.. takde apa perkara buruk berlaku.. sebab Allah jaga π₯° dan terima kasih juga viewers status dan story sy doakan perjalanan kami haritu π
smooth je perjalanan π€²
Portion ayam paling besar dan harga murah.. tapi yang tak berkenan adalah.. ternampak ayam yang diperap dalam bekas tp diletakkan atas lantai dan tak bertutup.. agak mengecewakan lah yaa.. staff pula mcm dari sabah/sarawak.. kerja sorg2 .. jadi taknak lah komen apa2.. mungkin sibuk sangat kerja sorang2 kan.. jadi ada lah yang dia terlepas pandang..
Gyeongbokgung Palace
Kali ke-3 datang sini sepatutnya plan nak pakai Hanbok, tapi sebab dah tak larat sangat2 sakit pinggang jalan bnyak + kasut tak selesa + sojukkkk = semua sakitt Ahahahaha
kalau nak sewa Hanbok anggaran harga 15,000 - 50,000 Won
(kena rajin survey kedai lah ya.. biasanya kedai yang jauh dari
palace ni lebih murah.. cuma korg lah kena tahan sejuk
pakai hanbok without winter coat hahaa)
Flea Market (macam pasar karat/bundle)
Lepas kenyang dan sebelum balik ke bilik kita singgah
Flea market untuk cari kasut lebih selesa kat sini..
yang tahu je tahu kenapa hahahaha
2 kali beli kasut.. 1 di korea ni, 1 lagi beli yang baru harga
murah di Jepun .. ni pon sebab jumpa kedai pakcik tua..
jadi harganya tak cekik darah .. pastu kesian tgk dia
takde customer.. rezeki dia lah kami datang masa tu
dah malam.. beli juga kasut dengan pakcik tu hehee
Day 2
Kita siapkan bekal dulu sebelum berjalan.. sejuk2
memang cepat lapar yeee.. Kita tayang makan maggi je
sebab ni je yang betul-betul sedap dan kena dengan tekak..
ada bawa nasi jenama macam-macam, tapi semua tak sedap..
jadinya taknaklah promote
kat sini hahaha untuk jenama nasi instant saya masih
mencari yang sedap selain jenama K*****A
(yg ni agak pricy tapi berbaloi, memang sedap hehe)
Seoul Grand Park
Tiket (cable car 3x & zoo entrance) : Rm110+ / 2person
Pertama kali tgk beruang besarrr..
gaduh dua ekor hahahaha
Ni je haiwan yang munculkan diri..
yang lain menyorok kesejukkan hahahaa
Myeongdong
Dalam banyak-banyak yang dijual kat sini, ubi bakar ni je yang meyakinkan.. Kalau ada pon kebab sebab ada sijil halal supplier daging (tgk beberapa stall guna sijil halal yang sama) sbb tu tak beli... sebab tak yakin.. copy paste je kot ? ntah.. kalau ada nak bgtau which stall betul2 halal boleh drop komen di bawah π
Dulu tak belajar bab halal sebab tak pergi kursus.. sekarang kerja sebagai Halal exec dan dah pergi kursus, jadinya kita ragu2 lah dengan kedai makan sembarangan ni sebab dah ada ilmu kan.. hehee
agak susah nak verify halal dekat kedai stall yang tak tulis ingredient ni.. kalau bagi kad information bahan-bahan tak halal tu. diorg tgk sambil lewa lepastu iyekan jee.. tak baca betul-betul pon π
berasap lagi ubinyaa,, memang syiok makan panas2
ditempat sojuk hehehe
Banana uyu ni kita check ingredients guna
apps halal korea.. takde bahan syubhah baru beli
Day 3
Nami island
Kita nak bgtau kat seat ni ada heater hehehe
ni masa nak tunggu bas nak ke Nami Island
Di Nami baru dapat snowfall lebat (-10 degree celsius).. alhamdulillah
Bila org asyik suruh tapau salji.. nah saya tapaukan
dalam gambar hahah Salji di korea agak kasar berbanding
di jepun.. Orang lah cakap.. betul ke eh ?
Ingatkan dapat jumpa salji kat osaka juga... sekali osaka
ada tempat yang masih autumn lagi..jepun memang lambat sikit winter dari korea (take note for next trip hehehe)
Asian Restaurant
(dalam ni ada surau)
Eid restaurant
Saya suka.. sedappppp semua makanan kat sinii..
siap tapau ayam goreng makan kat bilik..
Sebab esok nak ke jepun.. kita habiskan duit won
dengan makan-makan hehehe
Trip kali ni tak dapat makan ikan mackerel goreng..
tak jumpa kedai halal yang jual kali ni..
Bergambar dengan patung pororo on the way balik hotel..
Penginapan di Seoul
Seoul Dalbit
kita tak tunjuk gambar bilik sebab bilik sesuai untuk
2 orang sahaja.. sempit ye.. nak solat pon di hallway
dari pintu masuk ke katil hahaha
tapi selesa je kat sini.. ada pantry disediakan..
peralatan kita guna peralatan sendiri..
Checkout from Korea to next destination .....
Osaka, Jepun
Ni tangga landmark untuk pg ke bilik dan naik train hahaha
Checkin airbnb dulu sebab sampai dah malam ...
ni pon gambar last day... kita tgkap lepas dah kemas2..
hahahahaa
mak pesan lepas menginap/sewa rumah org kena lah
kemas cantik2.. supaya org suka berurusan dengan kita..
wakarimasu ka?
Supplement yang saya makan dari 2024 lagi untuk kesihatan diri sendiri.. dari daun M***** , alhamdulillah
ramai juga dapat kesan yang sama.. Kita dah tahu mana
yang baik, mana yang membahayakan kan..
Jadi, pilihan yang terbaik .. dari alam semulajadi..
Day 1 - Osaka Tour
Osaka castle
depan istana ada time capsule ..
Universal studio Japan
Datang sini untuk tgk2 je..
tak main pon hahahahah
Ikutkan husband nak ajak naik atas boleh tengok seluruh osaka .. tapi macam membazir pula..
so kita bergambar kat bawah je lah..
jimat dah 5,000 yen hahahaha
Ditengah-tengah bandar belakang umeda sky building ni nampak orang jepun tanam sayur-sayuran,
buah-buahan .. kemas je kebunnya..
tak boleh petik ye,. bergambar boleh hehee
Dotonbori
okay ni kita pula pg beli tiket.. dari awal asyik
husband je beli .. kesian dia ... Ayuh naik mini cruise
pusing-pusing 20 minit..
ada seorang Rakugoka @ local storyteller bercerita tentang semua bangunan sekeliling kami ni.. ada kedai apa, ada event apa.. faham sikit2 je lah bila terselit word
english tu ahahahaa
Halal Honulu Grande Shinsaibashi
Day 2 - Kyoto Tour
Togetsu Bridge
Arashiyama Bamboo forest
Kyoto Grand Mosque
Salman & Sohel Halal Kitchen
Day 3 - Kobe tour
Rokko Mt
Kobe Muslim Mosque
lepas solat cari kedai makanan ringan ... halal...berdekatan masjid..
Day 4 - Nara Park Tour
Nara Park
Sampai je Nara Park, beli makanan untuk rusa duluuu ..
1 pack biskut tu harganya 1,000 yen
Husband pencinta haiwan mulakan tutorial dulu
cara bagi makan sebab bini nya ni penakut dengan
segala jenis haiwan hahahaha
Ok now its my turnnnnn. nervous sebab 1st time jumpa rusa kat luar kandang hahahaha
masa ni dah dapat rentak macam mana nak bagi
makan sambil posing .. sebab rusa yang ni
tak menekan-nekan hahahaa
okay makanan dah habis.. jom balikkk
Checkout Japan .. back to Malaysiaaaaa..
sekali flight delay 2 jam.. BatikAir bagi voucher
meal 1,500 yen/person
terus cari kedai makan halal di airport kansai..
ni harga makanan kat sini.. kita beli meal redeem voucher... yang lain2 tu kita hbiskan duit yen
yg masih ada..
Kitanya dah tak larat sgt2 dah.. nak buka mata pon
tak larat.. cari pintu doraemon kat jepun ni..
tp tak jumpa.. π
kalau ada kan.. nnti dah sihat dari demam nak dtg semula tanpa bayar tiket flight smua..
boleh tak? ni pon demam sebab tak dpt jaga makan.. tak dpt avoid makanan bergluten.. dah lapar kan.. yg penting cari makanan halal dulu untuk isi perut.. balik malaysia saya betulkan semula usus sy dgn jaga makan π
ok itu sahaja kenangan2 yang sempat di tangkap
dalam phone kami berdua..
insyaallah ada rezeki lain nak dtg lagi...
korea 3x, Jepun 1x lepasni maybe Area Hokkaido pula ke kan..
Tips and trick
1. e-Visa
Pastikan isi e-visa untuk Korea dan jepun ya..
sebab kat sana sampai airport
nak kena tunjuk QR code e-Visa kita..
korang boleh search dan tgk fee semasa
K-ETA (korea)
Visit Japan Web (Jepun)
2. Money cash / e-wallet
Korea ada kwasan boleh guna Tng QR code,
ada yang guna cash, ada yang boleh
bayar guna MAE QR code juga (tak silap),
boleh guna debit card juga tauuu..
Tapi Jepun lebihkan cash sebab sini masih guna
cash di mana-mana sahaja
3. Apps
Korea
Cari Jalan : Naver Maps / KakaoMap
(Google maps tak function kat korea)
Untuk berkomunikasi: Whatsapp / KakaoTalk
Translate bahasa : Papago
Teksi apps : Kakao T
Subway/Train : KakaoMetro
Grab/lalamove kat sana : Shuttle / Coupang
Jepun
Cari Jalan : Google Maps / Citymapper
Untuk berkomunikasi: Whatsapp
Translate bahasa : Google Translate / Kuli Kuli
Teksi apps : GO Taxi / Uber / Suica
Apps cari makanan halal : Halal Japan
Sewa portable powerbank : ChargeSPOT
ni apps yang sy refer haritu untuk cari kedai makan halal /
scan ingredient pada makanan / masjid..
tp boleh cuba apps lain yang lg best..
sbb sy punya ni ada yg kena bayar lepas beberapa kali guna..
4. Makanan / Instant Food
kami dah siap listkan semua instant food yang kami bawa dan print hardcopy.. tapi tak kena check pon kat korea atau jepun..
mudah je lepas immigration .. alhamdulillah..
pernah share dulu scroll bawah lagi.. sy ada letak link...
just follow dan trip kali ni dah di tambah baik mana yang patut..
5. Solat
Sampai je osaka station city, boleh cari prayer room .. tanya di kaunter .. Punya bagus siap ada maps untuk muslim people cari tempat solat dalam station ni..memang boleh sesat ye kalau takde maps ni.. sebab prayer room tu sebenarnya luar bangunan.. dan ada masa ditetapkan untuk guna.. staff bagi kami 20 minit jee..
ikutkan mana lah cukup untuk org perempuan macam saya ni.. nak buka tudung lagi, winter coat lagi, nak cuci makeup, nak ambil wudhu'.. nak menggigil lagi.. tak sempatttt .. adehhh dengan 20 minit tu berjalan laju lah saya dan suami mcm masuk explorace hahahaha
tapi nasib baik dah 30minit pon takde yang halau,, cuma bila dah kluar tak boleh masuk lah tau.. yang ada anak boleh gilir2 jaga anak dengan pasangan
Ada kedai makan halal insyaallah ada surau disediakan.. cuma space kecik untuk sorang
6. Train/Subway
Seoul, Korea (guna T-money)
cari T-money di level bawah sekali Terminal 1 nak ke subway..
2020 dulu boleh beli di mana-mana convenience store..
haritu kami pergi ada jual kat mesin ni sahaja...
Beli T-money: 5,000 won / person
Topup card 50,000 won / person

Train di korea simple je.. rileks jee.. sebab
1 lane kanan atau kiri.. tapi jepunnn ??
Osaka, Japan
Jepun ni bnyak lane tauuu.. kalau tak pakai apps memang boleh sesat berkali-kali hahaha
beli dari Klook kemudian redeem ..
ICOCA Card : 5,000 yen/person
Kansai Mini 3day pass (JR lane) : 3,000Yen/person
Osaka Metro 1day pass : Rm50+ / 2person
(yang ni rugi beli sebab tak guna untuk bnyak tempat,
1 tempat je pg sbb kami 1st time DIY dan main redah jadi
tak tahu mana yang patut beli)
Setiap tempat bukan semua jenis train ada tau..
tapi yang banyak JR lane atau guna je ICOCA card tuu
memang pening nak cari lane train ikut tiket kita beli..
tapi boleh refer apps macam sy bgtau nombor 3 kat atas..
apps yang digunakan suami saya haritu
kalau nak topup boleh cari mesin dia..
7. Bas
Di korea, bas/ teksi boleh guna cash atau T-money
manakala, di Jepun boleh guna cash atau ICOCA card
9. Internet
10. Heater
Ada heater dalam masjid disediakan.. so, boleh lah
panaskan badan sekejap lepas solat sebelum
sambung perjalanan.. masa ni memang dah demam dah..
badan dah penat sangat2 rasanya hermmm
rasa ralat sangat sebab tak puas berjalan tp
badan dah kata cannot goo.. hahaha
11. Souvenir @ Dotonbori
JAPANeid Osaka
(Muslim-friendly@Halal Japanese Souvenir Shop)
12. Banyakkan bertanya
My husband a.k.a tour guide ni memang function teruk..
dia banyyak bertanya.. dan saya? banyakkan bersabar mengikut sahaja
walaupon penat hahaha tp seronok.. ikut masa sendiri tak terkejar-kejar sangatt..
Yang bestnya setiap kali kita tanya.. orang jepun tak palaukan kita.. mereka akan tunjuk sampai kita jumpa apa kita cari.. terima kasih semua orang-orang jepun yang bantu kamiiii...
suami tanya yang berumur lingkungan 40-50 tahun , sebab this age range mereka tak pakai earphone.. jadinya boleh alert bila kita perlukan pertolongan..walaupon tak pandai cakap english sangat.. tapi masing-masing faham dengan body language masing-masing hehehe
trip DIY kali ni disertakan dengan doa dan selawat bnyak-banyak semoga mudah.. sebab suami research dari awal.. dulu pg DIY pon mengikut kawan-kawan je,, tapi kali ni dia yg plan dan cari semua road..Alhamdulillah semua berjalan lancar dari awal sampai balik π
Total perbelanjaan :
Tiket Flight (Multi-city):
1) Kul - Seoul, Osaka - Kul (BatikAir)
Rm3000+ / 2person
BA rules: max 5 bags = 20kg
2) Seoul - Osaka (Peach Aviaton)
Rm600+ / 2person
PA rules : 1 bag only = 20kg
Penginapan
1) Hotel di seoul (4D3N)
Rm300+ / 2person
2) Hotel di Osaka (6D5N)
Rm500+ / 2person
Additional tax (pay to owner) :
5,000 yen (Non refundable)
Travel Insurans
Rm50+ / 2person
Wifi
Rm270+/ 2person
e-Visa
1) K-ETA
Rm60+ / 2person
2) Japan
Free
Cash Money
150,000 Won = Rm450+ / person
40,000 yen = Rm1000+ / person
(Tukar duit bulan 10-12/2025)
Debit card (Big Pay)
Rm200/person
Total spent : Rm8,000/ 2person π
Nota kaki : Link di atas semua ada info-info berlainan..
saya taknak ulang hahahaha
Ni semua yang saya pernah buat tapi trip kali ni
banyak ditambah baik dah.. beg skincare/make up tu
takde dah ikat-ikat getah macam tu hahahahaahah
biasalah cara orang nak berjimat pastu tak jumpa orang
jual design yang macam kita nak.. kita DIY lah ikut
bajet dan specification diri sendiri hahhaaa