Monday 5 November 2018

TRIP REVIEW: Tempat menarik di Ho Chi Minh, Vietnam (4D3N)

Assalammualaikum semua.. macam biasa.. ada tempat menarik yg aku pg.. barulah nak update blog ni..hahaaa so kita tulis ringkas je ye.. ni tempat2 menarik yang aku dan family pg untuk 4 hari 3 malam di Ho Chi Minh, Vietnam.


BAJET  
Flight tiket (return): RM250++
RATE: RM 176 = VND 1 juta
SPEND: ~RM336.5 = VND 2 juta
TUKAR : VND 2 juta
(currency on 7/2018 )

(Park kereta di salak tinggi : Rm3 per entry
Kemudian naik klia express untuk ke KLIA1)
Hotel bos 3 : Rm1860 ( 3 bilik (3 katil/bilik )
Mekong river ticket fee: Rm 60/person
Chi chi tunnel ticket fee: Rm 55/person
Aiport transfer ( Mini bus untuk 14 dewasa, 9 kanak2 ) : Rm240
(bus ni untuk ke semua tempat yg kami lawati kecuali ben than market dan juga untk ke airport)
Grab charge (dari hotel ke ben than vice versa ):
Motor : 12k dong
Car : 25k - 35k dong (depends on peak hour)

ITINERARY 4D3N TRIP 
(14Adult, 9 children)
18-21/8/2018



DAY 1
FREE AND EASY 
Dari tmpat menunggu di klia1 untuk naik kapal.. jangan bawak air masak atau any solution more than 500 ml ye.. memang kena buang atau kena tinggalkan di luar.. so simpan siap2 dalam check in luggage (aku bgtau ni sbb trkena haritu huhuu).. tapi kat vietnam nak naik kapal.. diorg bg lepas bawak air masak untk naik flight.. setiap tmpat lain cara pengawasan dia.. so kna hati2 je ok.. 
Memandangkan trip ni bersama family dan ada anak2 kecik.. jadi hari pertama ni kami hanya santai2.. sampai sahaja di hotel terus rehat2 dan keluar makan..kami menginap di hotel BOS 3 (10-15 min ke ben than market )

HOTEL BOS 3
Selesa sangat hotel ni... katil semua king size.. ada aircond.. tv dan pemanas air.. 



KEDAI MAKAN (a.k.a Malaysian street)
harga yang berpatutan dan sedap ..ada banyak restoran halal di sini tapi kami hanya makan di restoran MUSAKARIEM .. so kalau korang nak try kedai makan lain pon ok juga.. janji halal, murah dan sedap.. betul tak? heee



 



sepanjang malaysian street ni.. anda akan nmpak penjual air kopi sedap.. hanya rm3 sahaja.. mesti cuba tau!


BEN THAN MARKET 
Market ni sesuai untuk beli brg2 murah spt :
English cotton :~Rm30/sepasang
Hand luggage (copy ori) : Rm100-140
Kasut wanita:Rm10-15
Backpack bag (copy ori) : Rm110
macam2 lagi.. dan kalau ikutkan bayar menggunakan dong lg jimat dari duit malaysia.. 


nota: ben than market di buka pada pukul 10 pagi sehingga 6 ptg.. manakala pasar disekeliling ben than market di buka pada pukul 5 ptg sehingga lewat malam..

DAY 2
MEKONG RIVER (FULL DAY ACTIVITY)




Disini kami melawat ke:
1. Kilang kelapa 
(ada pure coconut oil, coconut sweet kind of thing dll)



kalau nampak ni.. jangan gatal nak cuba ye.. ni strong wine .. dalamnya ada ular yang diawet dan ada bahan2 lain yang mmbuatkan si peminum akan berada di alam lain hahah 
 
2. bee farm



3. Traditional craft





4. Sanizah Nawiyah halal food restaurant (Lunch)



5. Bersiar-siar menaiki sampan




6.Menunggang keldai selama 15 min


DAY 3 
CHU CHI TUNNEL (FULL DAY ACTIVITY)

Disini adalah kubu tentera vietnam bg menyelamatkan diri dari musuh (tentera english).. dalam ni ada beberapa perangkap dan senjata yang dibuat menggunakan serpihan bom dari musuh ...disepanjang perjalanan .. tour guide akan cerita pada kita mengenai sejarah dalam kubu ni.. ia mengambil masa dlm 2-3 jam ditambah pula dgn video show semasa peperangan di zaman dahulu..

 











lepas dah habis berjalan .. diorang akan jamu kita dgn ubi rebus .. sebagai peringatan bagaimana askar vietnam mengalas perut selama berada di dalam hutan.. 
SHOPPING PLACE 
kat sini terdapat baju melayu, baju kurung dewasa dan kanank2 yang dijual dgn harga yang berpatutan dan design pon  trkini tau.. rugi kalau tak beli sepasang.. hahahaa so kalau naik grab ke atau ada tour guide yang tanya nak kemana.. suruh dia bawak ke LINDA WHOLESALE okayy heehe
DAY 4
 BALIKKKKKKKK YEAYY



sekiannnn..next trip kemana kita niii..... ??