Tuesday 30 April 2013

TIPS : cara tambahkan berat badan (weightgain)

haii.. assalammualaikum .. nak cara cara untuk tambahkan berat badan? entri ni sesuai untuk korang ..hee


okey hari ni aku nak share dengan korang cara tambahkan berat badan...
Hah bagi yang tercari-cari cara nak tambah berat badan tu bolehlah cuba cara ni.Thanks and credit to my friends Putra Nauritus sebab sudi share dengan aku.Aku pun dalam proses nak mencuba
DISIPLIN! JADUAL MAKAN 6X sehari.
Jadual putra :

1. Pagi (9 am)
nasi berlauk, plus makan suplement multi vitamin.

2. Makanan Sampingan (12 am)
makan makanan sampingan seperti roti dan susu protien

3. Makan Tengahari (2.30 pm)
 nasi berlauk

4. Makan Petang (5pm)
  kuih dan susu protien.

5. Makan Malam ( 8.30pm) 
 nasi berlauk

6. Sebelum Tidur
 makan pisang 2 biji


Kena makan lebih kalori untuk tambah berat badan
 3x nasi,dan 3x makan tambahan
(makanan tambahan boleh ikut citarasa korang yang penting kalori tinggi)

Hasil : Berat badan kawan aku bertambah 1.8 kg dalam masa 3 minggu

So apa yang korang perlu sekarang ni ialah multivitamin,susu protien dan juga pisang. (bagi bajek yang terhad boleh beli yang murah sebab kawan aku pun beli yang murah je )


Yang paling penting kena disiplin!! masa kena ikut.
(kalau susah sangat boleh set time dekat h.p)



Selamat Mencuba

#ini aku ambil dari blog kak nurul ain..dan bila aku cuba sendiri.. a ahh menjadi ! penah naik sampai 4kg tau.. tapi biasalah metabolisme tinggi kan.. sekejap je rasa 4 kg tuh wuwuwuw.. kepada sesiapa nk cuba..silakannn ..

Sunday 21 April 2013

tips: faktor datang HAID LAMBAT

assalamualaikum.. hai ..good morning.. haa.. ok..entry kali ni is more about woman.. woman and PMS is such a close apart.. lelaki ade ke PMS kan? haha .. tak tau PMS ape..? ok..PMS is stand for premenstrual syndrome.. so, before kita PERIOD tu.. kan ada tanda :

1) marah or sensitive
2) makan yang berlebihan dari biasa
3) senggugut
4) jerawat naik kat muka
5) muka lebih berminyak
                                                          
                                                        

ini smua adalah tanda2 yang anda akan datang haid.. but those things are common.. aku tak tau la kalau ada tmbahan... kalau ada boleh komen kat bawah ye..

haaa,, AIS ? apa kena mengena kan.. ok nak crite sikit ni.. bila dah ada tanda2 kat atas tu.. yang menunjukkan waktu nak dtg haaid..korang kalau boleh jauhkanlah dari MINUM AIR YANG BERAIS.. sebabnya .. secara general kita tau yang ais ni membekukan cecair kan.. jadi.. dalam rahim kita ada darah yang tunggu masa je nak kluar (*maaf kalau terlalu mendalam cerita..tp ni penting bg korang nmpak proses tu)  jadi.. darah tersebut akan menjadi BEKU/KETULAN/ PEKAT(coklat kehitaman).. bila bnda ni berlaku.. ia akan menyebabkan darah haid yang kluar adalah sikit.. kemudian bersih .. tiba tiba ada balik darah tu.. pnah berlaku? haa kemana yang lain? haaa yang lain akan tertinggal di dalam rahim.. ini la yang semua tak tau.. bila darah tu membeku dan kita pon perasan " kenapalah kali ni aku period sekejap jer? " ..darah yang tertinggal dalam rahim kita tu sebenarnya akan menyebabkan KANSER dalam rahim ataupon erti kata lain KETUMBUHAN DALAM RAHIM.. selain dari itu.. pembekuan darah dalam rahim menyebabkan badan kita tidak mengeluarkan darah kotor secara SEPENUHNYA..


dah nmpak apa yang berlaku..? maka dengan itu.. kalau nak tau datang haid..jgnla minum air yang berais ok kawan2.. kalau panas camne pon.. tahan.. tak pon jgn minum yang ada AIS tau tau.. kita perempuan.. sama2 kongsi pengalaman dan pengetahuan..TAK SALAH kan.. any comment please write below this entry.. thanks for reading my blog :) 

note: saya bukan DOKTOR tapi AHLI KIMIA.. ini pengetahuan..bukan DOKTOR je yang kena tahu.. ok bai.. assalamualaikum :)



Monday 8 April 2013

TIPS : KHASIAT PISANG


pisang mempunyai banyak khasiat.. lepas baca artikel ni pasti anda smua JATUH CINTA dengan pisang..

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.




Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.


Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor dan hospital!” tapi..kita hanya ikhtiar.. yang menentukan ADALAH ALLAH.. ingat tu hee

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan kan ! SAYA PENCINTA PISANG..wink wink :)

Sunday 7 April 2013

tips : cara cara Solat Sunat Istikharah..

 solat sunat istikharah..pembantu ketika kita mempunyai lebih dari satu pilihan..

Cara Solat Istikharah

a.  Lafaz niatnya:
Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.

b.  Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).

c.  Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:


Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!
d.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

e.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

f.   Membaca doa solat sunat Istikharah:


g.  Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 

h.  Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.

i.  Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.


#ILMU HENDAKLAH DISEBARKAN BAGI MENAMBAH AMAL DI AKHIRAT KELAK.. :)