Monday 25 February 2013

JOM belajar SIMPLE SPANISH..

haii.. holaa!! ehh belum apa2 dah start eh.. hehe.. ok first thing first.. nak cerita la dulu... macam mane boleh nak mngajar org blajar spanish ni kan.. dah perfect sgt ke?? dah terror sangat?? hehe TAKLAH.. actually, im taking an elective subject for this semester.. to fullfill my credit hour, i take a spanish's class.. nak di pendekkan cerita sgt AWESOME ok.. amik bahasa spanish ni.. its spelling is very closer with english word.. betul tak tipu.. nak tau takk? meh aku ajar sikit.. sebab aku baru tau sikit je ponn..this is about CONVERSATION ~~



hola ! = helo !

Buenas Tardes ! = selamat tengahari !

BERTANYA NAMA
[informal]  como te llamas? = siapa nama awak?
answer : soy  ( nama ) / me llamo ( nama )  = nama saya

[formal]  como se llama usted,seniora? = siapa nama anda ?
answer : soy ( nama ) =  nama saya



TANYA TEMPAT TINGGAL [ informal] De donde eres? = di mana awak tinggal?
answer : soy de ( tmpat tinggal ) = saya dari (tmpat tinggal)

[formal ] De donde usted, seniora ? di mana anda tinggal ?
answer : soy de ( tmpat tinggal ) =saya dari (tmpat tinggal)

note : informal situation = untuk org yg kita rapat atau kenal
         formal situation = untuk org yg kita tak pernah kenal
#kalau kita guna informal situation untuk org yg kita tak kenal...kita dianggap KURANG AJAR. .hati2 k!

sebutan : llama ------> yaama
              usted -------> ushted
              como --------> komo

sampai situ je ehh ?? thanks for reading.. and i am pleasure to let you keep reading my blog.. i will updating a new spanish word later.. BYE!

Tuesday 19 February 2013

tips: RAHSIA tulisan tangan


Pertama : Tekanan ketika menulis

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
• Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
• Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit



Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
• Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
• Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)




Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
• Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
• Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak
• Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

iv. Campur-campur
• Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)



 Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
• Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
• Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut


Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z


i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
• Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Pendek dan tak sempurna
• Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri


Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
• Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah
• Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah
• Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu. Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.

Sumber : Dr Fadzilah Kamsah

Sunday 17 February 2013

tips: Cara senang hafal MUKA SURAT al-quran


Tips untuk menghafal "muka surat" Al-Quran yang sangat menakjubkan ♥

Di sini saya kongsikan dengan anda formula untuk menghafal halaman Al-Quran. Hanya untuk Al-Quran yang standard sahaja.Contoh 1


Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman ke berapa: 5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzu’ 5 adalah pada halaman 82 Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?


Contoh 2 Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman ke berapa: 10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182


Contoh 3 Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 23 di halaman ke berapa: 23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzu’ 23 adalah pada halaman 442


♥ Subhanallah, memang menakjubkan. Ajarkan pada anak-anak kecil agar mereka sentiasa membaca Al-Quran ♥


#cubalah kalau nak tau betul atau tak.. hehehe dan sila SHARE sbb berkongsi ilmu adalah ilmu akhirat yg tidak akan putus slpas kmatian.. :)



Thursday 14 February 2013

tips: Personality melalui TANDATANGAN


1. Tandatangan dengan satu garisan di bawah 
Seorang yang sangat yakin, mempunyai personaliti yang hebat, agak mementingkan diri sendiri dan percaya bahawa kebahagiaan dalam hidup sangat perlu.

2. Tandatangan dengan satu titik di bawahnya 
Seorang yang kelihatan mudah dan tenang tetapi mudah hilang kepercayaan kepada orang dipercayai apabila dikhianati.



3. Tandatangan dengan dua titik di bawahnya 

Seorang yang romantic, mudah bertukar pasangan seperti menukar baju, lebih memilih kecantikan (bagi lelaki), sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita), dan mudah menarik perhatian orang untuk mendampingnya. 



4. Tandatangan tanpa garisan/titik di bawahnya 

Seorang yang seronok dengan kehidupan , iikut gaya dan cara sendiri serta kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain



5. Tandatangan yang tiada kaitan dengan nama 

Seorang yang sentiasa berusaha supaya bijak, suka berselindung, jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup dan yakin dengan kebolehan diri sendiri



6. Tandatangan berasaskan ejaan nama tapi sukar dibaca  

Seorang yang cerdik tapi kurang hendak berfikir dan cepat menukar pandangan atau idea.


7. Tandatangan huruf tidak bersambung 
Seorang yang sangat prihatin, tidak pentingkan diri sendiri, sanggup berkorban apa saja untuk orang lain, seorang pemikir tetapi mudah serik.

8. Tandatangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas 
Seorang yang sangat baik, boleh sesuaikan diri dengan siapa saja dalam apa juga keadaan atau urusan, tegas dengan pendapat sendiri dan ada semangat yang tinggi 

sumber: http://www.suarapemikir.com

Friday 1 February 2013

tips: Ciri-ciri lelaki idaman wanita

assalammualaikum..nak tahu ke ciri2 lelaki idaman malaya?? haha macam dia ni lah.. AARON AZIZ..wow!! sebut nama hampir semua perempuan kat dunia MELTING haha... yeke?? ke aku jer?? hehehe.. aku suka aaron aziz ni bukan sebab dia macho..hensem.. no.. banyak lagi.. antaranya..dia seorang FAMILY LOVER.. dia kalau boleh taknak kluar pg shooting lama2.. dia taknak jauh dari family dia lama2.. peh..seronok kann.. dia juga seorang bapa yg caring.. ok so kalau korang takde ciri2 ini..mungkin korang ada ciri2 yg ni :

1) KEBERSIHAN DIRI

perempuan ni sangat suka bila tengok lelaki yg kemas..bersih.. walaupun korang ada muka..maksud aku..HENSEM GILA la kan..tapi korang tak jaga soal kebersihan diri..pakai baju kotor2.. koyak sana sini.. MAAF..anda tidak dipandang perempuan..

2) MEMPUNYAI GAYA TERSENDIRI

korang tak payah tiru gaya tom cruise ke..justin beiber ke.. TAK PERLU.. apa yg perlu.. gaya anda yg tersendiri sudah mampu menarik perhatian wanita di luar sana.. yg penting tak PALSU okei.. be natural is better ..

3) ADA SIKAP LUCU

kadang2..perempuan ni BEREMOSI sikit.. eh BANYAK..so masa ni lah korang nak pujuk dia.. dengan membuat LAWAK.. haaa sure muka yg tadi macam singa bertukar jadi HELLO KITTY.. i bet you lah..
                                             
4) PRIHATIN

sikap prihatin ni sgt bagus tau.. itu menunjukkan tanda sayang korang kat wanita.. setiap hari mesti kena tanya DAH MAKAN?? SIHAT??  kadang2 sbg kaum wanita ni aku rasa err tak abis2 soalan yg sama.. tapi..bila dia tak tanya sehari soalan tu..rasa macam..kenapa ni?? aku buat salah ker..haaa macam tulah yg aku rasa..HEHEHE (cerita lama)

5) SENYUM

kalau perempuan kena pakai gincu,mascara, bedak untuk nmpak cantik kan.. tttp, dengan senyum jer mampu menjadi MAKE UP terbaik untuk lelaki.. tapi..janganlah senyum meleret je.. sampai makcik yg lalu lalang pon korang senyum..haa kang tak pasal2 ada yg ikut korang balik rumah pulak nnti..CAIR la katekan.. seriusly.. kalau korang takde rupa sehensem aaron aziz pon, kalau korang selalu senyum pon akan mnjadikan wajah korang manis dan menarik perhatian perempuan.

 6) ADA SIKAP COOL

Lelaki yg cool or tenang ni antara salah satu sikap yg digilai wanita... sebabnya.. kaum hawa ni bila ada masalah berlaku..dia mesti gelabah tak tentu pasal.. buat itu ini semua tak jadi..jadi korang mesti jadi ubat penenang kat diorang untuk diorang relax and then bantu diorang selesaikan masalah dengan menjadi pendengar setia (dengar pon kira ok lah jugak kan) tengok tu IZZUE ISLAM woi.. haaa aku minat kat dia ni sejak tengok cara dia yang COOL or senang citer SELAMBER tu kan dlm citer sebenarnya saya isteri dia.. heeee..