Monday 16 December 2013

MENGAPA JEPUN BOLEH MAJU??



1. Di Jepun diajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” di mana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).

3. Jepun walaupun salah satu negara terkaya di dunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa ke arah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.



 5. Kanak-kanak di sekolah akan membawa berus gigi yang telah di“disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka di sekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.


6. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

7. Dilarang mengunakan handphone di dalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”
 

8. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang diperlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan d a tas pingan.

9. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.


                                    
pengalaman kawan sendiri :

 ada sorang kawan ni dulu dia kena pg jepun sbb exchange student.. memang dia kata menakjubkan. jepun SANGAT BERSIH ok.. bila jalan kat tepi jalan raya tu.. setiap 500 meter macam tu la akan jumpa tong sampah.. lepastu diorang pnye pekerja yg kutip sampah tu (kalau kat sini kita panggil DBKL) diorang mesti pakai sarung tgn dan baju khas yang macam baju hujan tu.. diorang sungguh2 jaga kebersihan. kalau train pulak.. memang betul.. tepat waktunya dia sampai.. kalau kat sini delay kadang2 satu jam .. tapi kat sana.. delay paling lewat 7 saat.. bayangkan.. betapa disiplin nya mereka kan?? kita pon boleh jadi macam diorang.. kalau kita ada sampah nak dibuang.. selagi tak jumpa tong sampah.. simpan dulu dalam poket.. dan kalau nak pegi kerja ke pg temujanji ker.. kena PUNCTUAL.. BE ON TIME.. jangan bagi bnyak alasan.. sebabkan alasan yang banyak ni lah MANUSIA BOLEH GAGAL .. 

sekiannn :)