Friday, 28 June 2013

TIPS :penjagaan RAMBUT (tradisional)

assalammualaikum.. hari ni rasa macam nak kongsi sikit beberapa tips penjagaan rambut.. eh, walaupon kita bertudung.. rambut kena pastikan cantik tau.. dan haaa bila dah cantik.. jangan tak pakai tudung pula.. (bagi yang muslimah lah ..hee) kan WAJIB kan.. eh nak ceramah pulak.. ok ni ha cara caranya.. 


MENGHILANGKAN KELEMUMUR

-ambil 3 batang serai dan 2 biji limau nipis. kisarkan sehingga lumat , kmudian tapis dan ambil patinya sahaja.
-sapukan pada seluruh rambut.. alah macam pakai syampu lah kan..
-gosok bagi rata.. dan biarkan selama 15 minit
-selepas 15 minit, bilaskan rambut anda sehingga bersih
- boleh amalkan 2 kali seminggu


MENCANTIKKAN RAMBUT

-ambil beberapa helai daun limau purut dan bunga raya kmudian ramas sehingga hancur dengan sedikit air.
-apabila sudah hancur, tapis airnya dan lumurkan pada rambut anda.
-hasilnya, rambut anda akan semakin cantik dan yang paling penting akan berbau harum.. herrmm


MELURUSKAN RAMBUT

-perah sebiji kelapa, dan ambil patinya sahaja. Campurkn dgn air limau nipis.
-simpan santan pekat ini didalam peti ais sehingga permukaannya nnti nmpak macam krim tu..(kalau pnah smpan santan dlm peti ais anda taulah macam mane rupanya kan)
-gunakan krim ini untuk disapukan keatas kulit kepala dan keseluruhan rambut.
-tutup kepala anda dengan kain selama 1jam. Selepas itu barulah bilas dengan ait sebersihnya yee..
-lakukan 3 kali seminggu..


MENGILATKAN RAMBUT

-bersihkan biji betik dan jemur sehingga kering. kemudian, gorengkan tanpa minyak sampai hangus.
-selepas itu, tumbukkan atau giling sehingga lumat.
-pindahkan ke dalam piring dan bancuhkan dengan sedikit air.
-sebelum menggunakannya, bersihkan rambut dahulu yee..
-sapukan bahan tadi pada rambut anda.
-hasilnya, rambut akan berkilat dan lebih hitam...


ATASI KEGUGURAN RAMBUT

-masukkan tiga sudu besar serbuk teh kedalam secawan air mendidih. kemudian, tapis.
-tambahkan sedikit serbuk inai, dan putih telur kedalam air teh tadi.
-kacau sehingga sebati. kemudian sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama 3 jam.
-amalkan 2 minggu sekali.
                                                   

# nota kaki: walaupon cara tradisional ni agak merumitkan, tapi ia baik untuk kesihatan.. tak perlulah cari bahan chemical yee.. saya pon sedang mencuba petua2 ini.. harap2 berhasil.. semoga berjaya semua!


6 comments:

  1. BW here..
    Wah baru tau byk petua tradisional tuk rambut nie..nanti nak try la...

    ReplyDelete
  2. jom kita follow memfollow...
    Salam kenal

    ReplyDelete
  3. tips yang berguna :) nak try la.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.. salam perkenalan...menarik info ni.. mohon share... jom jenguk & follow blog saya jugak...
    maya : ilovemyvitamin.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Untuk atasi masalah rambut gugur dan untuk wangikan rambut kita, boleh guna rose hair perfume..
    http://muslimchoices.com/?p=rose_hair_perfumed&s

    ReplyDelete

Do comment this entry :)