Sunday 5 May 2013

pengorbanan seorang AYAH


assalammualaikumm.. haii apa khabar semua.. ada yang baca entri ni adalah seorang ayah kerr?? haaa.. kalau bukan seorang ayah pon BAKAL menjadi ayah ker kann.. insyaallah.. errmm,  hari tu aku tertengok satu video ni mengenai pengorbanan seorang ayah.. ya allah.. betapa sedih sangat.. teresak esak aku mengalirkan air mata.. tak terkata kott.. mungkin satu faktor sebab aku jauh dari umah kan.. lepas je tgk video tu rasa nak balik umah nak peluk abah.. huwaaa :'( tapi kalau aku tgk lagi sekali tak mustahil untuk menangis lagi.. nampak je luaran aku ni kental cekal.. tapi sebenarnyaa lembutttt sangaatt macam BANTAL.. hahaha .. jom baca doa ni dulu jom..
AYAH.. bila kita sebut nama ayah.. dia adalah orang yang kedua selepas IBU kan.. ada kisah di mana sahabat nabi  muhammad s.a.w pernah bertanya kepada baginda.. siapa yg perlu kita dahului.. jawapannya: IBUMU.... dan siapa selepas itu?? IBUMU.. dan siapa pula selepas itu? IBUMU.. siapa pula selepas itu?? AYAHMU.. haaa.. nabi sendiri telah menyarankan sebanyak tiga kali bahawa kita perlu utamakan ibu kita.. sebab dia yang telah merasa perit, sakit melahirkan kita.. 
bila dah besar ni mak aku siap tunjuk lagi kesan jahitan kat perut dia..   MAK : "ila.. tgk ni bekas masa lahirrkan kau.." ya allah.. ksian nya mak.. penat sakit tanggung semua tu selama 9 bulan.. tapi bila aku besar aku melawan cakap mak.. KENAPA? dn an aku juga bakal merasa semua tu.. kerna aku juga BAKAL menjadi seorang ibu.. dan jika telah ditakdirkan untuk aku mendapat zuriat kelak.. aku juga akan rasa pengalaman seperti mana mak aku lalui.. tiba tiba sebak dada.. MAAFKAN ILA MAK.. ILA NAK JADI ANAK SOLEHAH.. ILA TAK NAK NAKAL2 LAGI YE MAK.. 

 tapi tapi tapi.. perlu ke kita abaikan ayah kita? perlu ke kita berkasar dengan dia?? perlu ke kita biarkan dia merempat..?? biarkan dia sakit sorang2.. ?? PERLU KER?? walaupon dia adalah yang kedua .. dia tetap orang yang telah mencari nafkah untuk kita.. sentiasa bekerja kuat walaupon sesetengah ayah yang tak mampu.. tetap mencari sesuap nasi untuk anak2nya.. tak sanggup melihat anak2 bini kebuluran..  tanpa dia.. tak lahir kita di dunia ni.. dia yang bersusah payah bantu kita cari sekolah.. dan hantar kita ke sekolah.. macam macam lagi pengorbanan seorang ayah tu..dan kini aku sudah berada di menara gading.. siapa yang telah mencari duit yuran semua? yee ayah ..
macam abah aku.. masa aku kecik dulu.. dia akan kejut aku pagi2 untuk sembahyang subuh.. walaupon kena naik ke bilik aku untuk kali keberapa sekalipon.. dia akan tetap kejutkan aku sampai aku bangun.. tak pernah marah.. kejut dengan penuh kasih sayang.. macam tu jugak masa sahur.. aku ingat lagi waktu mak abah nak ajar kami adik beradik bangun sahur.. dia dukung aku duduk depan meja makan.. basuhkan muka aku.. lepastu bacakan doa untuk berpuasa.. yang aku ni mata tertutup lagi.. dia tolong suapkan aku.. aku taknak.. AKU KATA : ila nak tido la abah.. taknak puasa.. ABAH JAWAB : makanla.. sekali suap pon takpe.. lepastu pg tido balik.. SABAR NYA ABAH KU..

bila aku dah besar , dia hantar aku pg asrama.. hujan panas dia sanggup redah untuk amik aku.. tapi masa tu.. aku berjiwa muda.. berjiwa memberontak.. segala benda aku tak suka.. aku tak nak dduk asrama.. aku tak suka dia amik aku dgn moto.. malu! kata ku.. tapi semua tu aku rasa menyesal.. aku tak patut buat macam tu.. aku tak patut malu.. dengan moto tu la jugak aku membesar.. dengan susah payah yang begitu la aku tahu rasa kemanisan sebuah kejayaan.. setiap kali aku rasa semangat aku jatuh... akan ku bayang muka mak dan abah ..  dan kmbali tersenyum sebab aku tak akan ulangi KENAKALAN MASA LAMPAU..* ok aku rasa nak nangis.. tak boleh sambung dah..
apa yang penting.. ILA SAYANG ABAH.. walaupon ila tau abah nak cakap benda yang sama kat ila.. tapi disebabkan abah seorang lelaki.. dan lelaki memang tak lari dari perasaan ego.. ila paham.. bila abah telefon ila setiap minggu walaupon cuma tanya.. dah makan? makan apa? itu jer.. ila dapat rasakan .. abah rindukan ila.. bila balik.. mak cakap.. abah kau tu.. tak habis habis pegang telefon nak telefon kau..  aku jadi macam tak sangka.. sebabnya kalau kat umah dia tak bnyak cakap.. biasalah kalau aku nak cerita banyak hal perempuan.. mestilah kat mak aku kan.. so, abah aku tak boleh nak borak sekali.. huhu.. bila dah jauh baru dia hantar mesej atau call.. 

 kepada sesiapa yang telah kehilangan ayah atau ibu.. doakan mereka.. bacakan al-fatihah setiap kali teringat.. doa kamu pembawa ketenangan kepada mereka disana.. dan kepada sesiapa yang masih mempunyai ayah dan ibu.. HORMATILAH MEREKA, SAYANGI MEREKA, KENANG JASA MEREKA. jangan menyesal bila mereka dah takde.. ingatlah , setiap kali kita rasa ada je benda tak kena.. nak marah je kat ayah kita.. pikir balik. pikirla bahawa: 

PENGORBANAN SESEORANG ITU AKAN DAPAT DILIHAT BILA KITA MENGGUNAKAN MATA HATI, TAPI KEBURUKAN SESEORANG ITU AKAN JELAS KELIHATAN BILA KITA LIHAT DENGAN PERASAAN BENCI... "

ni la video tuh.. hayati lah yee. :')  oh jap..sebelum tu.. TUTUP LAGU DI BLOG DAN KUATKAN SUARA DI VIDEO.. selamat menonton :)

selamat hari bapa  :) 

2 comments:

Do comment this entry :)